Nuffnang Ads

Tuesday, May 17, 2011

Tips untuk Jinakkan Anak...

wah tajuk tak ingat kan??rasa macam tak best je guna perkataan jinakkan ...actually dalam kata lain bermaksud, menjadikan sang anak lebih senang mendengar kata, tidak terlalu aktif sehingga sukar dikawal, dan juga mungkin membantu ibu bapanya sekiranya diperlukan. siapa kata si kecil umur 2-3 tahun tidak boleh diharap..anda silap ye. ummi telah praktikkan dengan anak2 ummi yang baik2 belaka itu. ya, pada mulanya tidaklah semudah yang disangka...namun berkat kesabaran, alhamdulillah berjaya. sekurangnya mereka sudah tahu apa itu sepah, berselerak dan kemas. yup 1 perubahan yang bagus. siap dah boleh ajar adiknya supaya jgn bersepah!. good, kecik2 dah pandai kemas. nanti dah besar dah boleh tolong wife kemas rumah. walaupun kamu berdua lelaki itu bukan lesen untuk membenarkan kamu untuk menjadi seorang yang pengotor ye. ingat tu..lagilah jika perempuan. tak nak la harap muka je ala2 siti nurhaliza tapi rupanya pengotor tahap gaban. ada orang kata kalau nak tengok kepribadian seseorang, datang dan jenguklah tandas dan bilik tidur mereka. ini tidak di lantai toilet penuh baju2 anak yang entah nak di rendam ke apa ntah, buih sabun pun siap ada sana sini alasannya baru lepas mandikan anak, tu belum lagi, toiletries yang bersepah2. sumpah, ummi tak boleh hidup serumah dengan perempuan serupa ini. sorry ye kalau ada yang terasa tapi hakikatnya hidup ini perlukan undang-undang yang menuntut segalanya berada dalam keadaan teratur di tempat yng sepatutnya. itulah ADIL namanya...




membebel tak ingat pula..luahan perasaan je tuh ye..jom ummi share apa yang ummi amalkan untuk anak2 ummi. ummi amalkan surah waqiah ayat ke 89 (sila buka alquran untuk rujuk ye) ummi hafal dan baca diubun anak2 dan niatkan apa yang kita nak. surah alkahfi 5 ayat pertama juga bagus untuk diamalkan...ummi sedang amalkan baca keseluruhan surah waqiah juzuk ke 56 bacakan buat mcm air yasin dan bg anak2 minum. siapa lg yg layak untuk amalkan ini semua dan amalkan..mestila si ibunya kan?




disclaimer: mohon maaf sekiranya entry ini ada berkaitan dgn insan hidup dan mati..maaf dipinta:)

1 comment:

  1. thanks for the tip. anak aku kadang ikut le, kadang time datang angin kuskus, panjang alasan macam shopping list bila disuruh kemas =P

    ReplyDelete