kesian adik..teruk pula batuk dia siap kahak banyak..susah nak tidur waktu malam..memang dah lama tak kena batuk sebab mungkin imuniti adik dah ok sejak dok taska ni...tapi sekarang ni kena batuk teruk..selalunya ummi bagi madu jer sebab dia tak pernah tolak untuk minum madu sebab sedap kan...last2 ummi menyerah kalah kena bawak jugak ke klinik..nah! sampai 5 jenis ubat ye..ubat kahak, paru-paru, demam, selsema, batuk dan antibiotik.ummi tak bagi antibiotik sebab once dah minum sekali kena habiskan ..takut adik tak nak habiskan....dr advise untuk amik neb..so malam tu amik jugak la neb...sian adik..nasib baik dia ok walaupun first time...malam tu lepas balik rumah sempat lagi request nak makan McD..makan ubat terus tido...lena je dia tido sebab dah clear sikit kot lungs dia.....
Nuffnang Ads
Showing posts with label cerita afnan. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012
Wednesday, June 22, 2011
Sunday, May 15, 2011
syok layan Astro BabyTV
syukur sangat ada channel baru ni. untuk hari ni sahaja, ummi dapat kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, cuci toilet, jemur baju, dan masak..semua benda ini untuk pertama kalinya dengan gangguan yang cukup minima berbanding dulu. terima kasih tak terhingga untuk astro. sekarang ini pun abang masih layan kartun BabyTV tanpa ganggu ummi nak update blog.. bagus2...sebelum tu nak share 1 benda ni, abang kan dia dah tunjuk 1 perubahan yang cukup baik dan menyenangkan hati ummi. sebab ummi sekarang ni sedang amalkan 1 doa untuk menjinakkan anak2...alhamdulillah ada kesannya walaupun lambat..abang dah mula kurang buat adik, boleh baca buku sama2, boleh lukis sama2...kalau dia ter "buat" adik pun, cepat2 dia kata sorry...so sweet!. tadi ummi marah kan adik sebab main air sampai habis basah luar toilet,..ter babab sikit adik, apa lagi adik kan manja terus melalak macam ummi pukul dia kuat2 je..hehhehe....tau tak apa abang buat?..dia terus dapatkan adik dan pujuk. ini pertama kali terjadi tau depan mata ummi. syukur sangat...tak leh nak digambarkan...
selalu jeles tengok orang lain tak ada masalah dengan anak2 yang mempunyai daya saing seperti anak ummi (ataupun mereka tak nak tunjuk apa yang sebenarnya berlaku), terus terang ummi katakan, anak2 ummi kedua2 nya mempunyai ego yang tinggi, dah namanya pun boy kan...tapi tak nak la melarat smpai jadi satu tabiat la sayang. ego mesti bertempat. tak boleh main taram je kan. ummi selalu memikirkan apa cara terbaik nak leraikan mereka bila mereka ber saing sesama sendiri. ada kalanya bagus juga. cthnya time nak makan ubat, time inilah masa terbaik untuk melihat sapa yang hebat. didik anak ini perlu guna phychology jugak. dulu ummi selalu handle guna perasaan..tapi sekarang fikir dulu apa nak buat baru bertindak. nampak mereka juga beri tindak balas yang baik.
eh, macam dah lari tajuk je kan?..takpe la...ni piccas kanak2 yang leka layan BabyTV

Thursday, May 12, 2011
giliran adik pula..
syafakallah untuk adik...kali ni adik pula kena chicken pox..kuat juga antibody adik sebab dia antara orang terakhir di sekolah yang kena. takpelah adik, bagus juga kena kecil2 ni, sebab dr kata kalau kena time kecil, kulit pun senang heal dan tak tinggal bekas. macam ummi dulu kena time sekolah darjah tiga..dah la kena ponteng sekolah kan...dulu takde mc2 nie..la ni senang2 je budak2 nak mc..macam dah kerja..nasib baik tak ada EL..hahhaha...dah kena ni insya-Allah tak kena lagi..tak payah la diorang mc sebab chicken pox. tapi adik macam tak berapa banyak..boleh kira..masa abang dulu rata2 kat muka badan dan kaki semua ada..lagi2 kat celah pelipat semua..tapi tak tunjuk rasa gatal...adik ni dia ngaduh kata sakit..gatal agaknya...tapi sapu2 pakai tangan dia senyap la..so, untuk 2 hari ini ayah take turn untuk jaga..so sabtu ayah dan ummi cuti boleh jaga dia bersama. ahad, ummi pulak take turn. isnin macam plan nak amik cuti..tengok macam mana. selasa public holiday...harap2 bay rabu dah ok..boleh kembali ke sekolah..kalau boleh tak nak susahkan mak datang sini jaga adik. diorang banyak sangat aktiviti masjid..orang kuat la katakan...
doakan adik cepat baik ye...

Wednesday, May 4, 2011
Koleksi Thomas Zhafran dan Afnan
Salam Rabu semua...pagi2 sudah huru hara sebab uruskan zhafran yang muntah2 dari pukul 4 pagi. dahlah ayah kerja shift malam, dengan afnan yang nak nyusu lagi..alhamdulillah lepas check up kat klinik, Dr kata muntah bukan sebab keracunan makanan atau air. tapi sebab kahak terlalu banyak. Semalam, ayah rajin menyusun koleksi Thomas anak-anak kami. rupanya banyak kalau dah dikumpul2...ini semua hasil belian ayah, ummi, nenek, pak long, dan yang terbaru pak lang yang baru balik dari Jepun..terima kasih ye pak lang:) sayang pak lang!...lain kali boleh bagi lagi...tu belum masuk barang2 lain spt baju, seluar, selimut, beg sekolah dll...
jom kita tengok koleksi mereka...

Friday, April 1, 2011
Wednesday, March 30, 2011
Friday, March 11, 2011
hadiah untuk buah hati ummi
ish22....sibuk betul lah lately nie..sampai kerja ofis pun terpaksa buat kat rumah..sambil meriba afnan menyusu, ummi sempat juga bukak laptop memerah idea siapkan kerja. yg penting kat ofis boleh settle kan benda lain. kat ofis sekarang sibuk meeting, discussion, bertugas di kaunter kompaun yang akan menghalang ummi untuk terus fokus menyiapkan kerja2 yang bertimbun tu...kali ini ummi bukan nak update pasal itu..tapi ummi nak citer pasal hadiah harijadi untuk hero2 ummi tu...
sampai sekarang ummi lum sempat nak buat majlis harijadi untuk mereka berdua..bila tanya ayah..tunggu bonus katanya..hahahha...sebenarnya masa mencemburui ummi dan ayah..kami jarang dapat spend weekend bersama2..jadinya plan tertunda sehingga hari ini. tapi untuk tidak mengecewakan anak2 ummi, ummi dan ayah mencari hadiah yang sesuai untuk budak berdua ni...kebetulan la ada warehouse sale my dear baru2 ni...so, ummi tak nak lepas peluang untuk dapatkan barang yang murah dari harga asal.
ummi takleh nak update panjang2...tengok je lah gambo nie, mereka berdua sangat suka dengan hadiah ini. zhafran sudah pandai kayuh basikal sendiri walaupun basikal roda tiga. afnan pulak excited naik truck owen (oren) heheh...seronok bila tengok mereka gembira...:)

sayang2 ummi, nanti kalau ada rezeki dan masa, ummi akan buat majlis khas untuk kalian ye..:) mmmuahhsss
Wednesday, February 23, 2011
target 2 tahun tercapai
pertamanya ummi melafazkan setinggi2 kesyukuran kerana Allah memberi nikmat dan dengan limpah kurnianya dapatlah ummi melengkapkan tempoh penyusuan afnan. Ya betul, afnan menyambut hari lahirnya hari ini genap 2 tahun. tak terkata perasaan ini. segala penat lelah pengorbanan masa dan tenaga dalam menjayakan misi 2 tahun terbalas bila terpandang wajah kecil yg sentiasa bermain di fikiran ummi, walaupun antara kita pernah berjauhan. Jauh di sudut hati ummi, rasa seakan tidak merelakan afnan untuk melupakan bonding yg sekian lama terjalin. dan ummi juga tahu afnan juga masih belum bersedia untuk bercerai kasih yang satu2 nya ini. Ummi telah berbincang dengan ayah, dan kami bersetuju untuk meneruskan penyusuan ini selama mana afnan perlukan, biarlah masa yang menentukan, dan biarlah afnan yang menentukan.
Kali ini mungkin entry ini agak panjang lebar. di forum inilah ummi ingin luahkan segalanya. ummi menulis hanya untuk ingatan ummi dan anak2 ummi sekiranya kalian semua sudah boleh membaca dan menghargai nya. rasa sebak juga bila setiap kali terpandang wajah anak2 bila mereka sudah lena dibuai mimpi, selalu bermain di fikiran, sempatkah ummi melihat mereka membesar di depan mata, bagaimana mereka sekiranya ummi yang pergi dulu, ayah pernah kata kalau ummi yang pergi dulu, punahlah hidupnya, ayah kena ingat,,ayah kena kuat,..ada atau tidak adanya ummi bukanlah penentu segalanya. ayah kena kuat untuk anak2 kita..ingat janji kita..insya-Allah Allah akan permudahkan segala urusan hamba-Nya yang tak alpa kepadaNya.
Sejarah Kelahiran Afnan
2 tahun yg lepas pada saat ini juga, ummi sedang melawan kesakitan untuk melahirkan seorang bayi kecil yg tulus rupanya. pengalaman melahirkan afnan di pagi hari lebih kurang pukul 4 pagi tatkala yang lain sdang lena diulit mimpi benar2 meninggalkan kesan di ingatan. setelah mengharung segala kesakitan lahirlah seorang yang bernama Ahmad Afnan Hamimi, nama pilihan ayah sepenuhnya tanpa kacau ganggu dari ummi...ummi beri peluang sepenuhnya kepada ayah.. ayah pilih nama ini sebab nama ini dimiliki oleh seorang anak kepada imam besar masjid negara suatu ketika dulu. ditelek2 maksudnya yang baik, sebutannya pun tidak kebaratan, ejaan nya pun yang senang....maka tercatatlah nama indah itu di atas sekeping kertas sijil pendaftaran kelahiran.
ini beberapa saat afnan sejurus selepas keluar dari perut ummi
apa yang diharapkan oleh ummi dan ayah, besarnya afnan menjadi seperti insan yang terlbih dulu memiliki nama itu. ummi dan ayah harap suatu hari nanti afnan boleh jadi seorang tahfiz yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. mungkin tinggi sangat harapannya..tapi itulah dia harapan seorang ummi dan ayah...ya kiranya masih ada lagi rancangan Imam Muda, ummi dan ayah mahu adik jadi juara Imam Muda..musim ke berapa pula ye pada ketika itu...:). bercakap tentang perkembangan minda dan fizikal..afnan membesar seperti kanak2 lain di luar sana. terlalu banyak yang ummi bangga dengan afnan.. tak mampu ummi tulis di sini..kiranya ditulis mungkin tak habis pula nanti.
Pahit Manis Penyusuan
mari ummi ceritakan pula perjalanan pahit manis penyusuan ummi bersama afnan yang menjadi tonggak kepada kejayaan kami berdua, sekiranya tiada kerjasama yang baik dari afnan, mungkin ia tidak berjaya seperti sekrang. di mana nak dimulakan , ummi pun tidak pasti. apa yang pasti, niat untuk menyusukan afnan sehingga 2 tahun lahir bila ummi gagal untuk melengkapkan penyusuan zhafran, bab ini telah ummi kupas pada entry2 yg lepas. seperti mahu dipadam dari kotak hitam kamus hidup ummi, kegagalan yang tak mampu ummi tebus sehingga sekarang. berakhirlah episod gelap kegagalan tersebut, apabila ummi disahkan hamil lagi, ummi terus cari ilmu sedalam mungkin mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan segala macam kemungkinan.
Apabila afnan lahir ummi berpantang di rumah nenek di kg. biasalah, dengan pengalaman ummi yg tak seberapa, nenek semacam tidak menyokong penyusuan, bila melihat sejarah nenek sendri yg gagal menyusukan ke empat2 anak nya walaupun bergelar seorang suri rumah. bukan salah nya 100%, sumber ilmu pun kurang, dengan galakan yang boleh kata tiada. Ummi cuba kuatkan semangat memohon kepada nenek untuk berpantang sendiri. mungkin ada yang kata selfish tapi ummi benar2 mengharapkan kekuatan minda dek tiada sokongan sesiapa ketika itu. ayah juga tidak yakin dengan kemampuan ummi..bagaimana la perasaan ummi ketika itu, cuma ummi saja yang tahu...waktu ini, ummi kuatkan semangat, penat dilupakan, dengan demand afnan yang tinggi kuat menyusu 1-2 jam sekali, ummi mengepam tetapi bukan untuk stok kerana tiada apa yang berbaki, cuma mahu otak menerima signal, bahawa susu baru perlu dihasilkan. tiada stok dapat dibuat sehinggalah hampir 2 minggu ummi perlu kembali bekerja, kala itu, ummi menggelabah untuk mengumpulkan stok..benar pepatah melayu berkata...sikit2 lama2 jadi bukit...ummi bangun malam2 subuh2 kumpul stok untuk pastikan fridge penuh stok susu. akhirnya berkat gigih ummi berjaya kumpulkan hampir 30 bekas susu yang berisi 3oz..mungkin pada orang lain sedikit, tapi waktu itu ummi cukup berbangga.
Naik Kerja
bila naik kerja, afnan ada masalah minum susu thru botol, macam2 puting guna,,akhirnya pengasuh afnan yang rajin itu, perkenalkan puting dr baby dan afnan suka. mula2 memang sikit sangat afnan minum susu..tapi selepas itu intake dia bertambah dari sehari ke sehari dan ada ketikanya capai sehingga 24 oz sehari. mujur jugak demand afnan tinggi, ini sedikit sebanyak memberi semangat dan peringatan kepada ummi jgn mudah leka dan malas untuk mengepam. malam dan subuh mesti pam...alhamdulillah capai misi 6 bulan...ummi teruskan lagi walaupun ada kata2 sumbang mengatakan ummi tak mungkin bertahan..cukup salah kenyataan mereka..ummi capai lagi misi 1 tahun penyusuan. kala ini mulut2 itu terus senyap..pernyataan sinis pula dilontarkan..yelah mana mungkin tubuh ummi yang kecil ini (dan fikirnya breast yang kecil tak mampu hasilkan susu yg banyak) mampu menyusukan anak sehingga 2 tahun. hahahhahh...tawa ini sahaja yang mampu ummi ungkapkan....
Growth Spurt
blocked duct
sepanjang 2 tahun ini lebih 5 kali ummi diserang. memang sakit tapi nk buat mcm mana..usahakan juga untuk keluarkan susu. pernah juga berkunjung ke klinik, tp takut pula nak amik antibiotik takut effect susu....lagi sebln nak capai 2 thn masih experience ini semua..
Pil perancang dan period
ummi ambil keputusan untuk merancang menjarakkan kelahiran bagi memberi peluang kepada afnan untuk merasa susu kurniaan Allah ini. belajar dari pengalaman melahirkan anak dgn jarak yg terlalu dekat, ummi rasa inila cara yg terbaik..niat perlu disertai dengan usaha. kalu sibuk kata tak nak anak tapi tiada usaha ke arah tiu, apa gunanya. alhamdulillah pengambilan norriday tidak sesekali mengganggu produksi susu..bila stress kerja, baru ada sedikit kesan, dan sekiranya cuti yg panjang dan jadual mengepam pun dah lari, ada juga sedikit kesannya.alhamdulillah sehingga ke hari ini, hanya sekali ia datang tu pun ummi tk berapa pasti kerana hadirnya tidak seperti normal period yang biasa. mungkin faktor itu juga, susu ummi masih bertahan sehingga sekarang walaupun tak semeriah dulu sekali pump boleh capai 10oz..sekarang sekali pump hnya dapat separuh..tapi itupun dah lebih dari cukup sebab afnan dan makan macam2...
walaupun dapat macam ini..ummi tetap bersyukur..masih ada rezeki untuk afnan esok hari:)
uishhh..yg ini yg letih..benda ini boleh di kira ada dekat 4 kali bekalan elektrik terganggu. kesannya frozen ebm ummi berisiko untuk mencair..ini semua terjadi sejak ummi dan ayah berpindah ke rumah sendiri, maklumlah perumahan baru memang selalu macam tu, belum stabil katanya. alhamdulillah, rumah atok dekat, dan peti ais rumah atok la jadi penyelamat. mujur jugak atok bukan jenis simpan stok barang makan..kalau tak ke mana nak diletak susu afnan tu...hehhhehe
bagi menjayakan proses penyimpanan susu ummi telah menggunakan 2 jenis pam. bermula dari zhafran lahir ummi telah pun memiliki spectra 3 dan alhamdulillah berkat handling yg cermat, tak pernah rosak walaupun diguna secukup2 nya sehingga umur afnan setahun..selepas itu, ayah dengan mulia hatinya memberi hadiah medela freestyle untuk kes upgrade kepada yg lebih menyenangkan sebab ayah kesian kat ummi terpaksa mengusung beg besar setiap hari, tahu je lah spectra kan gabak sikit, dan yg paling penting mobile...pump everywhere u want..thanks ayah...ayah jarang tunjuk supprt dia untuk bab penyusuan ini, tapi bila dia dengan rela hatinya melabur kepada gadjet yang harganya pun boleh beli seutas rantai emas so, itu bermakna ayah betul2 yakin dnegan kemampuan ummi..dan yang paling best, dia juga pernah menyertai SGM susu ibu bersama-sama ummi...thanks ayah again for this...kejayaan ummi atas sokongan ayah juga....

Harapan Menggunung

Afnan lahir

Afnan kerap kali selang beberapa bulan mengalami ini, ia biasanya berlanjutan sehingga 1-2 minggu, memang sakit sangat bila dia mahu nursing lebih ketika malam, siang pula sebaliknya. tapi itu normal bagi bayi yang menyusu badan. Waktu ini, nak pam selepas menyusu memang menyedihkan, breast pun sentiasa kempis, tapi tak bermakna tiada susu..susu pasti ada...
blocked duct
sepanjang 2 tahun ini lebih 5 kali ummi diserang. memang sakit tapi nk buat mcm mana..usahakan juga untuk keluarkan susu. pernah juga berkunjung ke klinik, tp takut pula nak amik antibiotik takut effect susu....lagi sebln nak capai 2 thn masih experience ini semua..
Pil perancang dan period
ummi ambil keputusan untuk merancang menjarakkan kelahiran bagi memberi peluang kepada afnan untuk merasa susu kurniaan Allah ini. belajar dari pengalaman melahirkan anak dgn jarak yg terlalu dekat, ummi rasa inila cara yg terbaik..niat perlu disertai dengan usaha. kalu sibuk kata tak nak anak tapi tiada usaha ke arah tiu, apa gunanya. alhamdulillah pengambilan norriday tidak sesekali mengganggu produksi susu..bila stress kerja, baru ada sedikit kesan, dan sekiranya cuti yg panjang dan jadual mengepam pun dah lari, ada juga sedikit kesannya.alhamdulillah sehingga ke hari ini, hanya sekali ia datang tu pun ummi tk berapa pasti kerana hadirnya tidak seperti normal period yang biasa. mungkin faktor itu juga, susu ummi masih bertahan sehingga sekarang walaupun tak semeriah dulu sekali pump boleh capai 10oz..sekarang sekali pump hnya dapat separuh..tapi itupun dah lebih dari cukup sebab afnan dan makan macam2...

walaupun dapat macam ini..ummi tetap bersyukur..masih ada rezeki untuk afnan esok hari:)
Black Out
uishhh..yg ini yg letih..benda ini boleh di kira ada dekat 4 kali bekalan elektrik terganggu. kesannya frozen ebm ummi berisiko untuk mencair..ini semua terjadi sejak ummi dan ayah berpindah ke rumah sendiri, maklumlah perumahan baru memang selalu macam tu, belum stabil katanya. alhamdulillah, rumah atok dekat, dan peti ais rumah atok la jadi penyelamat. mujur jugak atok bukan jenis simpan stok barang makan..kalau tak ke mana nak diletak susu afnan tu...hehhhehe

ini saje stok yg tinggal..bahagian bawah tu yg dah expired dah kena buang:( pembaziran yang amat memilukan
Gadjet yang paling disayangi
bagi menjayakan proses penyimpanan susu ummi telah menggunakan 2 jenis pam. bermula dari zhafran lahir ummi telah pun memiliki spectra 3 dan alhamdulillah berkat handling yg cermat, tak pernah rosak walaupun diguna secukup2 nya sehingga umur afnan setahun..selepas itu, ayah dengan mulia hatinya memberi hadiah medela freestyle untuk kes upgrade kepada yg lebih menyenangkan sebab ayah kesian kat ummi terpaksa mengusung beg besar setiap hari, tahu je lah spectra kan gabak sikit, dan yg paling penting mobile...pump everywhere u want..thanks ayah...ayah jarang tunjuk supprt dia untuk bab penyusuan ini, tapi bila dia dengan rela hatinya melabur kepada gadjet yang harganya pun boleh beli seutas rantai emas so, itu bermakna ayah betul2 yakin dnegan kemampuan ummi..dan yang paling best, dia juga pernah menyertai SGM susu ibu bersama-sama ummi...thanks ayah again for this...kejayaan ummi atas sokongan ayah juga....

pump spectra ni amat berjasa dengan ummi untuk kedua- anak ummi...thanks
jasamu dikenang sehingga akhir hayat
hah ini dia budak yang dah umur 2 tahun si manja ummi...x
last but not least, ummi nak wish happy birthday untuk afnan..pagi tadi masa mandi pun dia nyanyi happy birthday untuk diri sendiri..ummi lum ada plan lagi nak celebrate anak-anak ummi punye birthday..insya-Allah ada masa ummi buat...biar kecil tapi meninggalkan memori indah untuk kita ye sayang...ummi harap adik akan menjadi anak yang soleh, bijak, handsome dan dengar kata ummi dan ayah..panjang umur dan murah rezeki...ummi dan ayah sayang adik dan abang...:)
Friday, October 8, 2010
malam sepi tanpa afnan....
wah sedihnya...minggu depan start isnin sampai khamis ummi kena pergi kursus dan exam di Avillion Legacy Hotel Melaka...walaupun tak le jauh sangat tapi yang ummi sedih sangat nie sebab afnan akan tidur malam tanpa ummi....boleh ke dia tidur lena?..nak ke dia minum ebm malam2? tak tercari2 ke dia ngan boobies ummi dia nanti?...ish risau gak bila pikirkan..harap2 afnan behave well nanti...dan tak menolak ebm..sebab afnan sekarang ada masanya kurang suka ebm..mungkin sebab dia dah besar, dah tau beza rasa yang fresh dan ebm...bab stok ummi memang tak risau..risau dia tak cukup minum susu jer...kalau balik petang memang dia dah ready depan pintu sambut ummi..biasanya around 5.30 macam tuh..mesti jerit2..nak dukung..lagi satu risau jugak tetiba balik dia dah lupa nenen ..huhu...yang nie paling takut...harap2 tak macam tu..walaupun afnan dah setahun 8 bulan tapi rezeki susu dia alhamdulillah sampai sekarang ada...hari ini pun ummi kena bengkak susu, mungkin makan nasi lemak plus afnan kenyang dan tak kerap susu malam tadi...bila lambat pump memang macam ni la.. Dr pun heran kenapa pada usia afnan sekarang nie ummi masih kena bengkak susu...sakit nye Ya-Allah ...Allah je yang tahu...nak pegang nipple pun tak boleh...dah puas pump perah pakai tangan pulak...denyut2 tak payah cerita la....
zhafran ummi tak risau sangat, dia seorang budak yang pandai bawak diri kalau ummi takder..kalau ummi ada jer yang terlebih manja...nenek atok pun ada datang..so, ummi memang tak risau.,,thanks nenek dan atok....zhafran loves both of u....
bercakap pasal exam, ummi sibuk kumpul nota je tapi tak tengok lagi dan tak baca..nak jugak revise sikit2...otak pun dah agak tumpul..nak juga hafal sikit2 kes sekurang2 nye boleh lah impress examiner nanti bila jawab soalan keh keh....topik untuk pengucapan awal dan public speaking pun belum pilih....memang pening kepala....risau2 pun ada jugak masa nak berpoya2...
nak share sikit la...baru2 nie dapat anak sedara 2 orang serentak...seronok sangat sebab gurl tau...walaupun sorang tu anak sedara angkat jer..tapi tetap anggap dia sebahagian keluarga En wahab....heheheh....tak sabo nak balik kg nak tengok baby comel tu...dengar kata mak kandung dia nak bagi nama Nur Qalisah Nabilah...apa maksud Qalisah tu ek...lagi 1 sekarang nie boleh ke anak angkat tu ber binti kan bapa angkat..apa ye hukum dalam islam...hari ini diorang nak setelkan kat Jabatan Pendaftaran dan Akuan Sumpah..harap2 semua berjalan dengan lancar....ammminnn....

Thursday, March 18, 2010
1,2,3,4,5...aiikk....5 jer ke dik???
hehheeh..ummi tersengih2 sorang diri sebab semalam ummi dapat menyaksikan afnan berjalan pada pertama kalinya..bestnya..sebab masa zhafran dulu ummi tak dapat tengok..sebab zhafran jalan pertama kali depan atok ngan nenek....heheheh..semalam masa ummi lepas masak..rileks depan tv..adik dari grill pintu depan...pandang straight pada ummi..sambil buat muka cuak...langkah satu step ke dpan...badan agak goyang2 la...lepas tu 2,...3,....4,...5..yeyyyyy!!! ummi terlompat2 macam apa ntah..hahah...abang pun lompat sama ngan ummi...lepas tu cakap yeyyyy.....zhafran tutup2 mulut gelak suka...(sajer lah tuh ikut gaya ummi gelak tutup2 mulut control cun...)...tapi sayangnya tak sempat nak record adik jalan....takper yang penting ummi nampak....dan ummi ingat....hehhe
ummi semalam excited g beli selipar yang agak ringan nak bagi afnan pakai...sebab ummi dah pesan kat kak yanti latihkan dia jalan sendiri....kat depan rumah...tapi biasala..jalan 2-3 tapak sibuk nak pegang tanah..tertonggeng2 gelak sorang2...tapi yang best bila ummi pimpin, adik dah boleh jalan tapi slow lah tak payah pimpin 2 tangan lagi..hehehhe...suka2 ummi sangat suka...nampaknya afnan lagi awal jalan daripada zhafran...takper..lambat pun ummi tak kisah..cuma nanti bila org tanya dah tumbuh gigi?? dah boleh jalan??...ummi boleh jawab DAH!!!! dengan hati yang bangga....hahhahahah

Wednesday, February 24, 2010
Setahun Berlalu Terlalu Cepat
Hari ini genap usia Afnan setahun...pagi2 bangun dah senyum2 anak ummi sorang nie...tak sangka ummi dah setahun dah anak ummi nie..sekejap sangat masa berlalu...masa zhafran dulu..macam lama jer..yelah time tuh ummi lak membawa Afnan dalam perut lagi...memang rasa lambat jer...
sempena setahun kelahiran ni ummi nak update la perkembangan afnan sebab ummi tak betah nak update setiap bulan. mungkin disebabkan kekangan masa dan juga terlalu banyak perkembangan afnan yang ummi tak larat nak tulis...so, kali ni ummi ambil sedikit masa ofis perah ingatan untuk tulis serba sedikit..at least ada la sikit better than nothing kan...
Antara perkembangan Afnan setahun ini:-
1) masih menyusu full ngan ummi (harap2 niat ummi tercapai untuk melengkapkan penyusuan)
2) sudah pandai bergaduh ngan abang (kawan2 dalam erti kata yang lain)
3) makan 5 kali sehari..amat berselera sekali (kalau malam tak makan akan mengamuk2)
4) sudah pandai nangis kalau nampak ummi nak g kerja dan keluar rumah pakai tudung (ini ikut perangai abang la)
5) suka berdukung..(bila la nak pandai jalan kalau asyik dukung jer anak oiii)
6)lum pandai jalan..(cuma bertatih dengan bantuan dinding, sofa, meja dan tangan orang)
7) gigi dah tumbuh 5 batang..(3 batang tumbuh diringi demam panas..sian dia..tapi sekejap jer)
8) dah tak makan bubur lagi..sebab dah ada gigi...
9) habit baru suka mengigit...(tak kira mana sahaja termasuk B ummi..uishhh sakit giler)
10)lebih suka merangkak daripada bertatih
11) kalau tengok kartun yang ada nyanyi2..fokus giler (sampai kuar air liur..kes tak tutup mulut)
12) selalu pandang ummi ngan mata terkebil2 kalau ummi membebel pasal abang
13) dah pandai nangis kalau ummi ter tinggi suara (selalu nya mangsa kena marah ayah dan abang la...afnan punye silap pun ummi marah orang lain..)
14) tersengih2 sendiri kalau nampak kak yanti
15) senang tidur kalau atas perut dan dada ayah
16) suka goncang2 grill..sambil tengok pemandangan luar
17) tak berapa suka ngan orang lain (walaupun tak la melalak kalau orang amik)
18) dah pandai main sorang2..sorong2 kereta (sweet sangat)
19) banyak cakap..ngomel sorang2...
20) suka main agah...gelak over kalau kena geletek...
21) pantang tengok tangga..cepat jer naik atas kalau safety terlupa nak ditutup (terima kasih safety gate..)
22) suka memanjat tak kira meja tv, coffee table, sofa dll...
23) boleh merayap dari satu sofa ke satu sofa yang lain dan pandai turun sendiri...(lagak ngeri yang menakutkan)
dan banyak lagi lah tertulis...hehehhe....ni gambo afnan dan zhafran masa kat hospital...tak sempat2 nak buat entry pasal zhafran masuk wad hari tuh....
Tuesday, October 13, 2009
RISAU NYE UMMI
Ummi sekarang ni tengah rasa risau...tak tahuler risau bertempat ke tak...ummi dengar2 ofis nie nak adakan kursus/bengkel lepas raya haji nanti...kenapa ummi risau?...sebab ummi tak nak tinggalkan afnan....haruskah ummi bawak afnan bersama?...macam wajib jer..kalau ikut kata hati ummi laa...tak kira apa pun jadi nak bawak jugak afnan....
yang ummi tension tu lama sangat 7 hari...takkan nak tinggal afnan lama2...risau nanti dia lupa kat ummi...huhuuuhuu....ummi akan usahakan jugak untuk bawak afnan sekali...biarlah susah pun...asalkan afnan ada bersama ummi...zhafran ummi tak risau sangat...huhuuu...
atau ummi nak kena terus terang status ummi sekarang nie pada bos..supaya diorang paham..diorang nie tak paham kot..dia mana tau pasal penyusuan nie...hari tuh pun dok pelik jeling beg2 yang ummi bawak..ada ker dia kata beg kamera ke..apsal bawak ke hulu ke hilir....itulah gadget2 yang ummi sayang dan paling berfaedah dalam menyumbangkan jasa sepanjang penyusuan afnan....kalau takder pertolongan mereka2 ini..mungkin afnan tak dapat merasa susu ummi sampai sekarang nie tau....tapi ada diorang kisah????..huhuu..part nie yang ummi susah nak explain kat diorang...
harap2 diorang leh paham kalau ummi explain...huhuuu.....nak mintak excuse boleh?...jgn mimpi lah...

~ afnan bushuk2 ummi....~
Monday, September 7, 2009
afnan dah jadi macam "ulat"
hehehhe...kenapa ummi cakap macam tu????...sebab nya afnan dah pandai menyusur ke depan...satu perkembangan terbaru yang baik....ke belakang memang dah exempted awal dah....seronok tengok anak kalau perkembangan dia cepat..tu tandanya dia bijak dan cergas..sihat dan kuat..hahhahahh......afnan kalau menyusur ke depan tu jadi macam ulat sebab dia muka menyondol2 apa sahaja benda yang ada depan dia....kalau dia boleh capai...bising2 mulut dia nak amik capai...hahah..dah dapat confirm masuk mulut punye..kalau kita amik dari dia..apa lagi marah sampai nangis2..hehhehe..comel sangat tengok gelagat dia tau....
sekarang nie ummi tunggu dia merangkak lak..lum ada tanda merangkak lagio..tapi ummi tetap tunggu....best tengok perkembangan anak2 nie...zhafran lak kalau nak belajar mesti nak dok sebelah adik..adik lak berebut buku..sebenarnya nak masuk mulut buku tuh....mula lah abang marah kacau dia nak study..hahahha..di ketuknya kepala adik..sebab pembelajarannya terganggu....comel sungguh diorang nie....seronok sangat...tak payah besar lah anak2 ummi..biar macam nie..jer..boleh ke macam tu....kalau dah besar mesti tak dapat tengok dah gelagat mcam tu lagi....hehehheheh.....

afnan and his solids...
dan dekat 2 minggu afnan started his solids...emmm so far alhamdulillah..walaupun pada mulanya agak sukar untuk introduce him food yang rasanya terlalu asing untuk deria rasa nya....tapi alhamdulillah for the first 2 weeks nie..banyak dah ummi introduce....4 days rule pun dah ok...emmm....sekarang dah boleh makan macam2..ummi pelbagaikan supaya afnan tak boring makan satu menu jer...ada sayur, kurma, ayam, buah....tapi buah nie ummi lum cuba banyak lagi..nanti ummi prepare puree lak ye sayang....yang ummi perasan...kalau baru bagi menu baru..mesti afnan macam nak muntahkan..tapi for second time dah ok dah..buat suspen ummi jer..so far no allergic sign pada mana2 menu yang ummi perkenalkan....sepatutnya ayam atau mana2 sumber protein kena introduce lewat sikit 7-8 bulan...tapi ummi ter awal sikit..nak bagi sedap sikit bubur afnan...heheheh...
tapi telur jer ummi postpone dulu...ikan pun nanti dulu....kekadang abang zhafran pun join sekali..sedap lah tu kot..hehehheh...dia kalau ada member makan sekali memang laju jer makan...hehhehe....ummi suka sangat time zhafran makan berselera....nanti takut adik boleh beat abang lak...setakat nie afnan tak pernah tolak lagi makanan dia....hehehehhe
walaupun dah makan, afnan tetap kerap menyusu...hehheh...agaknya macam tak puas walaupun makan bubur..nak pekena nenen dulu baru puas hati.....hehehehhe
nanti ummi update menu bubur2 afnan lak ye...asyik update menu buka puasa jer..hehehhe...ok seronok tau kalau baby kita dah mula makan....

Subscribe to:
Posts (Atom)