Nuffnang Ads

Sunday, May 15, 2011

syok layan Astro BabyTV

syukur sangat ada channel baru ni. untuk hari ni sahaja, ummi dapat kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, cuci toilet, jemur baju, dan masak..semua benda ini untuk pertama kalinya dengan gangguan yang cukup minima berbanding dulu. terima kasih tak terhingga untuk astro. sekarang ini pun abang masih layan kartun BabyTV tanpa ganggu ummi nak update blog.. bagus2...sebelum tu nak share 1 benda ni, abang kan dia dah tunjuk 1 perubahan yang cukup baik dan menyenangkan hati ummi. sebab ummi sekarang ni sedang amalkan 1 doa untuk menjinakkan anak2...alhamdulillah ada kesannya walaupun lambat..abang dah mula kurang buat adik, boleh baca buku sama2, boleh lukis sama2...kalau dia ter "buat" adik pun, cepat2 dia kata sorry...so sweet!. tadi ummi marah kan adik sebab main air sampai habis basah luar toilet,..ter babab sikit adik, apa lagi adik kan manja terus melalak macam ummi pukul dia kuat2 je..hehhehe....tau tak apa abang buat?..dia terus dapatkan adik dan pujuk. ini pertama kali terjadi tau depan mata ummi. syukur sangat...tak leh nak digambarkan...

selalu jeles tengok orang lain tak ada masalah dengan anak2 yang mempunyai daya saing seperti anak ummi (ataupun mereka tak nak tunjuk apa yang sebenarnya berlaku), terus terang ummi katakan, anak2 ummi kedua2 nya mempunyai ego yang tinggi, dah namanya pun boy kan...tapi tak nak la melarat smpai jadi satu tabiat la sayang. ego mesti bertempat. tak boleh main taram je kan. ummi selalu memikirkan apa cara terbaik nak leraikan mereka bila mereka ber saing sesama sendiri. ada kalanya bagus juga. cthnya time nak makan ubat, time inilah masa terbaik untuk melihat sapa yang hebat. didik anak ini perlu guna phychology jugak. dulu ummi selalu handle guna perasaan..tapi sekarang fikir dulu apa nak buat baru bertindak. nampak mereka juga beri tindak balas yang baik.

eh, macam dah lari tajuk je kan?..takpe la...ni piccas kanak2 yang leka layan BabyTV




4 comments:

  1. Haih, dekatnya tgok tv , abg dan adik.
    Kang kecik2 lagi dah kena pakai spek..
    hehehhee

    ReplyDelete
  2. uiks..cenel bape tu..xtau pun..

    ReplyDelete
  3. awin, mungkin belum cukup besar kot tv tu..hahahha...

    ReplyDelete
  4. zimah: channel 618...senang nak buat kerja...hehehhe

    ReplyDelete