Nuffnang Ads

Friday, May 27, 2011

Terima Kasih..

Assalammualaikum,
Sebenarnya mood ummi hilang untuk menulis di blog ini. kenapa ye?..sebab banyak benda berlaku dalam tempoh terdekat ini. Jenuh berfikir, kenapa dan kenapa? tapi tiada jawapan. lebih baik tak tahu daripada tahu. Anggap sahaja ini adalah satu ujian dan cabaran dari Allah... mungkin juga sebuah ingatan. Terima kasih atas ingatan ini. Mungkin kerana bukan ingatan ini, ummi masih seperti dahulu, berfikiran terbuka, tanpa was2 dan sangsi kepada sesiapa. Ingatan ini mengajar ummi untuk lebih berhati-hati dan tidak boleh meletakkan sepenuh kepercayaan kepada orang lain walaupun dengan rakan baik yang kita jumpa setiap hari makan bersama, luah perasaan bersama, sama-sama menangisi bila dimarah dan dileteri bos. Mungkin ummi silap sebelum ini. Terima kasih ini juga khas untuk "rakan baik" itu di mana juga anda berada, dan siapa juga anda atas segala perbuatan yang anda sendiri telah buat. Terima kasih sekali lagi. Semoga Allah akan balas dengan balasan yang paling setimpal. Terima kasih juga kepada baki2 rakan sejati ummi yang telah ummi invite dan ummi kategorikan sebagai kawan yang IKHLAS untuk membaca dan meninggalkan komen di dalam blog ummi. Tak kurang juga yang dahulunya silent reader tetapi setia membaca tulisan ummi. silent reader yang cukup ikhlas membaca walaupun tinggalkan jejaknya. Anda tahu anda siapa...ummi tetap berterima kasih kepada anda. Terima kasih kerana masih sudi membaca. Ummi minta maaf sekiranya selama ini segala tulisan ummi ada yang pernah mengusik perasaan. Kadang2 kita bertindak di luar batasan yang tidak boleh dikawal. Terima kasih juga kepada en suami yang sentiasa memberi sokongan walaupun dia jarang2 sekali membaca dan meninggalkan komen. Dia setia menegur kesilapan ummi dan menasihati ummi untuk lebih beretika bila menyuarakan pendapat dan luahan hati. takut2 ada yang tersentuh, betul juga tu. Cuma kadangkala, dengan tindakan ummi memprivatekan blog ini membataskan ummi untuk share ilmu tentang penyusuan dengan kawan2 dan semua readers yang baca blog ummi. macam kena buat blog lain pula. sebab blog ini ummi anggap dia terlalu peribadi dan hanya boleh dikongsi dengan kawan2 sejati ummi sahaja. bukan apa, sekarang ini, terlalu ramai makhluk Allah yang dengki, busuk hati tak boleh tengok orang senang dan gembira. walaupun banyak benda bergelora di dalam hati, tapi ummi cuba untuk berlagak tiada apa yang berlaku. Hanya Allah sahaja yang tahu, moga semuanya tiada apa2 yang buruk berlaku, Insya-Allah. Untuk kawan2 sejati ummi, terima kasih sekali lagi kerana sudi baca blog dan tinggalkan komen. Terima kasih kerana tidak menjadi sebahagian daripada golongan busuk hati dan dengki yang ummi sebutkan tadi. Doakan semuanya baik2 sahaja. Nasib baik mood menulis hilang untuk beberapa hari sahaja..kalau berminggu2 dan berbulan2 kan payah nanti...hehheh... Cheer up!..harap2 ada good news dalam masa terdekat ni yang ummi boleh share dgn kawan2 sejati ummi....TERIMA KASIH...THANK YOU....SYUKRAN....


No comments:

Post a Comment