Nuffnang Ads

Showing posts with label raya 2011. Show all posts
Showing posts with label raya 2011. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Mini Open House

Sabtu lepas, ayah dan ummi anjurkan mini open house..taklah bukak besar2 cuma untuk kawan2 ofis dan juga sedara belah arwah mama sahaja. ada la dalam 20+ orang je.. menunya ialah soto ayam johor dan nasi minyak. first time tau masak banyak2.

9 sept 2011

nak citer gak, mula bersiap2 masak malam jumaat tu,,mula dnegan persiapan bahan tumisan dan rebus ayam dulu untuk soto. lepas tu tumis untuk kuah soto. ayam rebus di goreng dan dicarik2. kemudian, racik2 barang2 nak buat acara rampai. goreng kentang dan lenyek.. tugasan melenyek2 kentang untuk bergedil, ayah yang buat...lepas tu tgk jam dah dekat 2 pagi..maka tido lah dulu.

10 sept 2011

pagi2 sudah bangun walaupun sedap nak tido hujan lebat tu...pikir ada tak orang nak datang nie sebab hujan amatla lebat...tawakal je la...ayam yang telah dicuci, diletakkan kunyit dan garam goreng dahulu letak tepi. bahan tumisan juga diblend secukup ramuan. sediakan bahan2 soto dan rebus nasi impit. toskan nasi impit. masak acar rampai dan bulat2 kan bergedil dan goreng. masak ayam masak merah dan last sekali masak nasi minyak...goreng papadom...fuhhhh..akhirnya lengkap semuanya...

yg bestnya belum ummi habis masak nasi dah ada tetamu yang datang, kelam kabut jugak..tapi alhamdulillah semua tetamu memuji menu ummi hari itu, puas hati tengok orang makan bertambah2...cik hubby pun senyum ke telinga. ada juga yang mintak resepi.. biskut raya pun licin,..terutamanya yg ummi buat sendiri...seronok snagat...sebab tahun lepas biskut raya tak laku....

walaupun penat tapi berbaloi sangat...kata ayah, keluarga Rasah pulak nak bertandang 16 Sept ni...tengah pikir nak masak apa...kali ini rombongan pun dalam 20+ jugak nie..fuhhhh.....lagi sekali memasak...bestnya kalau ada anak perempuan boleh nyembang sambil memasak...nasib baik ayah ringan tulang tolong ummi apa yg patut....thanks ayah...love u...mmuaahhhsss...

Wednesday, September 7, 2011

Memori Raya Family Zarisman









ini dia gambar2 kami anak beranak semasa raya 2011....entry lepas dah citer pasal raya kan..so kali nie layan gambo je la...:)

Monday, September 5, 2011

Kembali Bekerja...

Sebelum apa2...nak ucapkan Selamat Hari Raya Kemaafan dipinta....kepada semua pembaca setia blog ummi walaupun telah di private kan...:) setelah private rasa nyaman sikit nak menulis!

Hari ini ummi kembali bekerja dan bezanya hanya lambat sikit keluar rumah tak le macam bulan puasa pukul 6.30 gelap gelita dah keluar rumah...zhafran dan afnan pun dah mula bersekolah semula..nasib baik mood mereka sedikit baik...so, senang nak uruskan mereka pagi2..biasalah mood budak2 pagi2 kan unexpected...

nak cerita pasal raya..cerita raya kami tak best mana pun...tapi simple dan meriah...no hard feeling..semuanya manis2 belaka...kali ni ayah dpat bersama raya pada raya pertama tapi malam dah bergerak balik tinggal kami anak beranak di kampung..nasib baik ahli keluarga lain ada so tak le terasa sangat...kalau dok rumah sndiri confirm rasa sedih...sehari sebelum raya, ummi dan mak sibuk di dapur siapkan lauk pauk ketupat..ummi masak rendang ayam..alhamdulillah menjelang pagi raya dah licin...hehhehe...tahun depan boleh buat lagi ni...

first raya kami berkunjung ke rumah sedara dan last sekali g rumah abang di muar jugak...budak2 ni seronok la raya sebab dapat angpau...ummi cuma tukang simpan je...dan tukang kira jugak..!...alhamdulillah rezeki mereka lumayan tahun nie...rezeki mereka boleh tambahkan tabungan mereka di Tabung Haji...

nanti nak upload la gambar raya tahun nie...seronok bergaya dengan baju yang dijahit manik penuh dengan rasa kasih sayang....hehhe...

khamis malam kami dah bergerak balik ke rumah...Jumaat kami terus balik kampung ayah dan beraya rumah mak bapak sedara..dan terus ke rumah ayah mertua di Bukit Mahkota..ala..sebelah je dgn taman rumah kami...malam sikit baru balik rumah...zhafran keletihan dan tidur sampai pagi..cuma adik je bangun masa kami sibuk makan malam...senang sikit sebab sorang askar dah tidur...hehehhe:)

bila berkumpul2 nie best pulak nampak diorang pegang baby...hhhee..niat di hati best jugak ada baby..tp risau takut badan yang tak larat..maklumlah dah takde maid...kena pulak ada sorang lagi askar..memang le, makin kurus agaknya ummi mengejar mereka bertiga nanti...

hari sabtu kami sibuk mengemas rumah yelah kan seminggu tak berkemas rumah pun ala tunggang terbalik...seronok juga mendecor rumah sekali sekala nie...bilik bawah tu ummi dan ayah telah decor jadi bilik mainan, so takde lah bersepah2 kat luar kalau bermain...contohnya orang datang...diorang main kat dalam bilik..siap letak sticker mickey mouse ..tp zhafran request sticker Thomas pulak....macam2 budak kecik nie...

tu jelah cerita raya kami...nak start buat kerja rasa sungguh malas...meh kita sambung buat kerja....off sekejap cari mood...:) selamat hari raya semua....