Nuffnang Ads

Tuesday, May 17, 2011

Berhutang Resepi Spagetti untuk Along Azrina

Hai Along..akhirnya hari ini baru dapat nak tulis dan share resepi spagetti ala2 zulie tu.hahah..berselera sungguh tengok anak2 akak makan. memang diorang minat italian kot. ini entry khas untuk Along tau. jom salin resepinya,

Bahan-bahan Kuah Spagetti



1) 1 labu bawang besar di cincang dadu;

2) bawang putih 2 ulas juga dicincang;

3) 1 paket daging cincang dilembutkan terlebih dahulu untuk elak daripada berketul2 bila dimasak;

4) 1 tin sos prego-traditional;

5) 2-3 sudu besar cili boh, kalau nak ada rasa pedas sikit;
6) 3 sudu minyak masak untuk menumis;

7) 1 tin cendawan butang apa2 brand yang Halal juga dicincang;

8) 1 tin krim cendawan.



Bahan Spagetti



1) 1 paket spagetti direbus dalam air yang dicampur dengan 2 sudu margerin/minyak masak.



Cara memasak krim cendawan



Keluarkan semua isi krim cendawan daripada tin nya dan masukkan air sebanyak 1 tin tadi (kandungan yang sama) kemudian masak atas api dan kacau sampai jgn ketul2..biar dia jadi macam sup cendawan..yummy!



Cara-cara memasak Kuah Spagetti:-



Mula-mula masukkan minyak dan tumis bahan2 yang dicincang tadi hingga naik bau dan warna bertukar kuning. Selepas itu, masukkan daging cincang tadi dan biarkan dia masak dan hilang warna merah daging. ia akan keluarkan air sebab kita sudah cuci daging tersebut. bila sudah masak, masukkan cili boh tadi (kalau nak pedas-ikut citarasa la). selps 2 minit, masukkan sos prego pula kedalamnya. dan boleh masuk cendawan butang. gaulkan dan boleh campurkan krim cendawan tadi kedalam kuah spagetti yang sedang dimasak itu. dah siap..tara......tak perlu letak garam pun sebab rasa nya memang original..terbaik dari ladang...dan setelah siap, hidangkan di atas spagetti yang telah direbus dan ditoskan airnya tadi.



Mudah kan? Kalau macam ni, boleh buat tiap2 hari la...dah tak kuar bahasa melayu dah nanti..hhahah..



Untuk kawan-kawan yang lain, Selamat Mencuba. kalau sedap meh hantar sepinggan ke rumah ye...

credit to pic from google..sorry yang homemade punya tak sempat snap gambar dah licin!

4 comments:

  1. TQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ zulieeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. yup Along....sorry lambat bagi resepi...selamat mencuba...

    ReplyDelete
  3. zulie, aku masak xpernah taruk krim cendawan tu..mau try la..kalo letak gula sket ok kan? bg rasa manis2 sket..anak aku suka kalo ada rasa manis2 ni..tp manis2 sket je..

    ReplyDelete
  4. kalau nak creamy biasanya letak krim cendawan tu, tapi letak gula tu mungkin boleh kot.sebab kalau tak agak masam...ada setengah budak tak suka..tapi anak2 aku suka....

    ReplyDelete