Nuffnang Ads

Monday, May 30, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar...

Disclaimer: Catatan ini tidak mempunyai niat riak atau bangga diri. tetapi ianya dicatat sebagai kenangan ummi untuk anak2 ummi. Semoga mereka bangga mempunyai seorang ibu seperti ummi....


Alkisah rentetan entry sebelum ini, ummi sampai awal ke ofis ada sebab. Alhamdulillah dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dilimpahi rahmat dan nikmat apabila ummi telah dipilih menjadi seorang daripada 69 orang pekhidmat cemerlang tahun 2010 yang akan berlangsung esok. Alhamdulillah sekali lagi:) Tak sangka nikmat untuk dinikmati tahun ini. Kerana untuk kerjaya ummi tidak pernah meletakkan apa2 sasaran, tetapi bekerja seikhlas hati seboleh mungkin. Abaikan entry lalu yg pernah mengusik jiwa kecil ini. Ummi rasa sungguh kesal menulis entry sebegitu. Tidak akan ada lagi entry sebegitu, i promise!.


Hari ini adalah raptai penuh kerana biasalah bila anugerah dibuat untuk semua agensi di bawah KWPKB iaitu DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan. Ramai sangat penerima anugerah, maka untuk setiap tahun memang diwajibkan raptai ini untuk memastikan segalanya berjalan lancar tanpa ada cacat cela. maklumlah Menteri Wilayah Persekutuan, Y.Bhg. Dato Raja Nong Chik sendiri yang akan menyampaikan anugerah kepada kami penerima2 anugerah. Sebab tula ummi terpaksa sampai ke ofis seawal pagi kerana bas akan bertolak pukul 6pagi. Ummi pukul 4.30 sudah bangun bersiap, dan kerana ayah kerja malam, nenek dan atok mengambil alih tugas ummi untuk jaga mereka berdua sementara ayah belum pulang. nak dihantar ke sekolah pagi2 , sekolah pun belum buka lagi. tepat pukul 5.20 pagi ummi sampai di ofis, dan rehat2 sekejap dalam keta dan naik ke ofis untuk solat subuh.


Esok, ummi akan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang setelah berkhidmat cukup 5 tahun di Perbadanan Putrajaya. Satu kenangan terindah untuk ummi dan untuk tatapan anak2 ummi. Ummi belum sempat berjumpa dengan bos-bos ummi di ofis untuk ucapkan terima kasih atas kepercayaan mereka kepada ummi. Semoga Allah permurahkan rezeki mereka berdua dan seluruh kawan2 lain di luar sana. Bukan hadiah wang tunai itu yang menjadi buruan tetapi lebih kepada penghargaan mereka terhadap usaha ummi selama ini. Terima Kasih.....


Tahniah juga kepada warga pekhidmat Perbadanan Putrajaya yang 68 orang lain...hari ini kena tido awal dan siap2kan baju, name tag, kasut, dan barang2 make up..sebab esok pagi2 rutin hari ini akan berulang untuk kali ke dua..tetapi ini bukan cobaan ..ini betul2 punya....

4 comments:

  1. waaaaahhhh... congrats zulie!!!!!! muda muda dah dapat khidmat cemerlang.... keep it up!!!! :)

    ReplyDelete
  2. thanks fidza...tak sangka juga..itulah namanya rezeki anak2 yang ditumpang oleh umminya....

    ReplyDelete