Nuffnang Ads

Showing posts with label cerita ummi. Show all posts
Showing posts with label cerita ummi. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

alhamdulillah....


TAHNIAH. PERMOHONAN ANDA BERJAYA.

NAMA: ZULIE HAFIZAH BINTI ABD WAHAB
No.KP: 810615016194

PROGRAM YANG DI TAWARKAN ADALAH :
Sarjana Undang-Undang
SURAT TAWARAN AKAN DIHANTAR KE ALAMAT ANDA.

---------------------------------------------------------

Terima Kasih


alhamdulillah:)....tak lama lagi bermula episod baru ummi sebagai seorang pelajar.

Wednesday, January 18, 2012

pap smear dan perancangan keluarga

nak berkongsi cerita sikit kat sini. 3/1/2012 yg lepas (cerita dah basi kan...tapi nak buat macam mana time ni je free), ummi berkunjung ke klinik kesihatan Presint 3, dengan hajat nak mengambil suntikan perancang kehamilan. actually ummi dah datang lepas ummi buat dnc november tahun lepas. tapi selepas dinasihatkan nurse di klinik tu, untuk amik suntikan hanya selepas period kembali datang selepas dnc...ummi dengan sabar, menunggu period kembali...nah! akhirnya pada malam sambutan awal tahun, ummi period...alhamdulillah...tension tunggu ni tau...sebab sekali tunggu tak datang2 kan naya..hahaah....

apa lagi terus 3 jan ummi ke klinik
kesihatan. since ummi sedang period, so nurse terus buat kad temujanji dan buku perancang keluarga..soal selidik sikit, buat test HB, urine dan timbang berat semua, gi jumpa Dr jap...dengar nasihat ...then terus cucuk...sengal seminggu..hehhe... nak citer jugak kat sini sebab berat ummi pada hari tersebut adalah 38.6kg ye...sangat la kurus dan ringan..itu berat ummi masa anak dara dan sebelum pregnantkan zhafran....nurse pun tengok dan check 2-3 kali..dia pun terkujat....ummi lagi la kan...sejak bersalin 2 anak ni..berat selalu maintain 43-44kg je...walaupun masih underweight...

suntikan perancang keluarga ni keberkesanan ny
a hanya untuk tempoh 3 bulan..means selps ini ummi ada temujanji 3 bulan lagi..dan akan berterusan sehingga habis 2 tahun (sekiranya ummi habis belajar mengikut jadual perancangan-amin)..kita merancang kan...hanya Allah yang menentukan...kalau sangkut nak dekat final sem tahun depan...ummi ok je...mana tahu dapat naik pentas amik scroll master dengan baby baru..mesti seronok..suka berangan lebih kan...hehheh..itupun kalau Allah tak murka dengan ummi...ummi bersyukur sangat denngan apa yang ummi ada...kalau ada rezeki ummi untuk ada anak lagi memang la extra syukur....


then kita pergi pada cerita pap smea
r..ummi kan selepas bersalin pada tahun 2008 dan 2009, tak pernah ye ,,diulang tak pernah gi buat pap smear...rasa kesedaran hadir setelah membaca di mana2 pasal kanser serviks yang mengancam nyawa wanita..so, ummi decided untuk buat pap smear..walaupun seriau sangat sebab lama dah bersalin kan...hehheh...buat kat klnik kesihatan ni, bagus sebab peralatan cukup dan dia hanya buat selepas 10 hari period...sessi mengambil spesimen tu berjalan dengan pengalaman agak mengerikan ye...hoho....walaupun sister yang buat, tapi kan dia dah lama tak buat, maka prosidur dia dah banyak lupa. siap masa nak buat tu pi tanya nurse2 lain...ummi yang tak berapa yakin ni lagi2 kurang keyakinannya bila tengok keadaan sister tu..siap dah plan nak buat hari lain je tak mo ngan dia..heheh...tapi sebab pikir takut lepas ni takde masa dah...serah diri je la...

bila dia start masuk mulut itik tu (device nak amik spesimen tu), dah mula rasa tak sedap dan memang sakit...dia dok ngomel2 kata ummi buat2 keras dan kejang...tension ummi..lepas dia amik spesimen tu, dia boleh tinggal device tu kat dalam..meraung dalam hati ummi tau...dalam 1 minit gak la...sampai ummi kata sister tak m
oh keluarkan dulu ke benda ni..sakit la...baru dia terhegeh2 nak kuarkan...tension tul...heheheh...rasa nya lepas ni ummi akan buat pap smear kat private je la..konon malas nak guna duit nak kena claim duit ofis bagai...takpe lepas ni harus kena rajin...result dia 2 bulan...giler bapak lama tu....apa2 la labu..ikutkan je...kalau buat kat private tu 1 week dah boleh tau...dia kata kalau ada problem, sekejap je dia akan call...tapi kalau pikir logik, nak tahu ada problem ke tak, mesti la hantar lab dulu dan test kan...kalau tak test, mana nak tahu...entah la....


suntikan perancang keluarga


pap smear

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Datang 2012

dah 3 hari rupanya kan 2012,..sekejap je rasanya. bila dok rumah uruskan anak2 dan rumahtangga masa berjalan terlalu pantas. kalau di ofis macam sedikit lambat..kalau time tak sibuk la...time sibuk rasa sungguh sekejap, kadang2 tahu dah pukul 12.30, time nak beli makanan. hadirnya 2012 ini, membuat ummi berdebar2 sebenarnya sebab tak lama lagi ummi nak mula kelas iaitu pada Feb. risau, berdebar, takut macam2 rasa ada. yelah otak dah agak berkarat nak study. kena restart engine balik. tapi kan bila tengok nenek2 dan atok2 pun boleh pass exam dengan jayanya..takkan le ummi yang baru nak cecah 31, harusla otaknya masih lagi ok kan...

cuti baru ni, ummi pergi kerteh dan otw balik tu kami singgah pulak di Gambang Water Park...best sangat tempat tu. sebab rasa santai dan happening. Ada kiddy rides, adult rides and family rides...habis zhafran dan afnan sun burnt sebab tak ada lotion sun block terus terjun masa dalam kolam...ummi dah ayah dia pulak yg over excited, keh keh...alang2 sampai kan apa salahnya..kalau kami pergi berempat memang la tak boleh nak main adult rides tu, sapa lak nak jaga anak2 kami kan...tapi sebab pergi ramai2...boleh la amik turn main dan jaga anak masing2...hehhehe....nanti upload gambo...gambo tak banyak sangat sebab sibuk main kerjanya...

Azam tahun baru?..actually azam ini dah ada masa awal muharram hari tuh. kan kita orang Islam, mestilah berazam masa awal tahun hijriah ye tak...azam baru ummi ialah:-

1. nak jadi orang yang lebih bersabar, tak mo marah2...chewaah....;
2. nak jadi ummi yang baik tak nak jerit2 macam selalu dan tak mo cubit2 anak2 dah;
3. untuk diapers free kan zhafran..actually dah tercapai dah...mungkin tukar azam untuk diapers free kan adik pulak;
4. untuk jadi isteri yang baik dan sopan santun (ahaks...);
5. bekerja dengan ikhlas;
6. jadi student yang rajin datang kelas (tak ponteng) dan rajin belajar hehhehe;
7. nak jadi manusia yang well organized;
8. semoga dapat celebrate birthday zhafran dan afnan 25 Feb ni;
9. nak kena prepare kek untuk budak berdua..sebab masing2 dah pandai request kek feveret sendiri kan....;
10. kalau ada rezeki nak tukar keta besar sikit yang lebih selesa. maklumlah dengan 2 anak je dah penuh. nak ajak orang tumpang pun dah tak selesa;
11. nak penuhkan perabot rumah;
12. beli kerusi urut mungkin..sebab kalau ada hilang sikit lenguh2 badan..(mode berangan!).
13. tambah saham di ASB kalau ada offer;
14. buat fixed deposit untuk keuntungan masa panjang;
15. penuhkan tabung haji.....

banyak lagi azam2 lain yang tak ter list...hehheh...kot2 ingat lain masa, nanti ummi tambah ek..manusia memang tak pernah puas kan?....apa2 pun nak ucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua kawan-kawan ummi...jumpa lagi!

Wednesday, December 7, 2011

Ombak Rindu Kami....

5hb yg lepas ummi pergi menonton Ombak Rindu dengan ayah. Mula2 cerita ayah dah tido sebab kerja malam midnight. heheh...tapi berdengkur tu yang tak hingat...mula2 citer dah meleleh air mata macm takleh tahan. sedih bangat..sebenarnya i pernah kutuk Maya Karin yang pada pandangan i dia bukan seorang perempuan melayu kampung yg mmpu bawak character seberat itu...tapi i salah u olls...i rasa ok jer dan sayu sangat tengok izah kat dlm movie tuh...

aaron aziz tak dapat disangkalkan lagi sebab i memang minat dia ...tapi yang part i tak minat bila dia terpaksa mengikut arahan tuan director untuk pegang, peluk dan cium 4 perempuan dalam movie tuh...maya karin, lisa surihani, julia ziegler dan paling menyampah si azizah mahzan...tension aku tengok...rasa berdosa bila tengok scene yang tak sepatutnya ada dan tak perlu pun...kalau scene tersebut takde pun, rasa jalan cerita ok..lebih elok diselitkan dengan adegan aaron aziz yang sepatutnya benci izah..ni sekejap sangat dah jatuh cinta..mula2 macam ganas...hehhehe...gaya komen macam dah baca novel dia kan..tapi tak pernah pun...hahhaha....

watak2 lain ok2 sahaja just menyerikan movie...tapi lepas kuar panggung, ayah asyik bebel kami tak sepatutnya tengok movie..itu ini itu ini....pening kepala..sampai 2 hari tak habis cakap benda yg sama...rasanya next time ummi akan pergi menonton movie seumpamanya sendiri je la...susah kalau ada pengkritik lebih2 nie..apa2 pun ummi sangat suka cerita tersebut...

ayah kata pelik tengok kiri kanan depan belakang semua sob sob sob....hehhehe...yelah ramai kaum wanita...mestilah mengalir air mata kan...hehhe...lepas menangis puas2...kuar panggung ummi pening kepala sangat. entah kenapa....movie ini jauh lebih hebat dengan Lagenda Budak Setan....berbaloi untuk tengok!

Monday, November 28, 2011

Sudah Mula Bosan...

Baru nak masuk 5 hari

saya dah mula bosan duduk rumah

buat kerja sana buat kerja sini

tak tahu nak buat apa dah

nak rehat pun bosan jugak

nak datang ofis buat kerja masih dalam MC

nak pergi jalan2 husband pulak kerja

nak layan tv, macam dah tak larat mata dah

nak balik kampung takut bosan sebab takde astro...

last2 buat2 bodoh je la kat rumah sendiri....

(entry pening kepala..dan buhsan yang amat...)

Wednesday, November 23, 2011

Ectopic Pregnancy =Operate atau Molar Pregnancy= D&C

Saat ini barulah ummi rasa sedikit kuat untuk bercerita di sini. Last friday, seperti yg telah dijanjikan ummi buat check up sekali lagi. Terkejut sebab walaupun bleeding dah berhenti tapi masih berbaki, malah rahim menebal seperti ummi benar2 pregnant, cuma bezanya tiada karung dan tiada heartbeat. Kalau ikut kan due date, dah nak masuk 8 minggu. Mulanya Dr Fazlina cadangkan untuk D&C, tapi dia rasa tak confident dan minta ummi buat upt test. Apa yg pelik, uot test masih double line yg clear, kalau miscarriage Dr Fazlina kata line akan menjadi blur. Tapi lain pulak jadinya. Dr terus suspect ectopic pregnancy=luar rahim. Dr buat vaginal scan dan nampak ada fluid di belakang rahim tanda2 ectopic. Dr ubah decision, dia minta ummi ambil darah 2 kali untuk baca reading selepas 48 Jam. Ikut Dr kalau betul2 ummi pregnant dalam rahim, reading akan menjadi double dalam tempoh 48jam, tapi jika kurang dari double, menunjukkan ectopic dan perlu dikenalpasti di mana ia berada dan perlu dibedah.

22/11/2011, ummi sekali lagi check up dan result reading darah dah kuar. RESULT x double=ectopic. vaginal scan repeated untuk cari di luar rahim, tetapi gagal. So, Dr Noraini (ganti Dr Fazlina bercuti) cadangkan untuk undergo D&C dulu, baru tengok resultnya macam mana. Kalau masih upt double line dan bleeding, akan undergo prcedure lain...risaunya. Dr nampak ia dalam rahim tapi katanya molar pregnancy = kehamilan anggur. Dr suggest untuk buat D&C Khamis 24/11/2011 iaitu esok...esok pagi2 ummi kena berpuasa jam 8.00 pagi dan kena warded pukul 11.00 pagi dan masuk OT pukul 3.00 petang. sapa tak risau, ummi risau banyak benda dengan kerja ofis yang tetiba datang time ummi nak MC panjang, meeting dan coming bengkel dan kursus....rasa bersalah dengan semua orang di ofis. Ummi cuba untuk nampak steady dan calm, tapi ummi tak berdaya untuk lebih kuat, tertekan dengan banyak benda, keluarga, tanggungjawab kerja dan banyak lagi...akhirnya air mata tumpah juga. tapi satu semangat baru wujud selepas itu, betul juga orang kata menangis boleh release tension. Saat ini ummi masih bleeding.

Risau bila result lepas D&C perlu operate pula. Ummi doa agar semuanya berjalan lancar esok dan resultnya turns to be a good one. Please pray for me everyone. Tekanan paling hebat untuk tahun ini di saat ummi nak sambut Anniversary yang ke 5 pada 1 Disember 2011 ini. Insya-Allah ummi akan update lagi lepas D&C. Buat anak2 dan suami, ummi perlu kuat untuk kalian semua....maafkan ummi sekiranya ummi tak sempurnakan tanggungjawab dan amanah untuk kalian....:(

Monday, November 14, 2011

Hamil?..

Entah di mana nak mula tahu pulak. perasaan pun campur baur..rasa sedih, terkilan, sedikit risau, sayang, stress semua ada. Rezeki tu benar tidak dijangka. Ummi disahkan pregnant semasa 1 hari sebelum menjelang raya haji baru ini, bila kira2 dah hampir 6 minggu. Rasa memula macam pregnant sebab lewat period dan sentiasa mengantuk. loya2 macam tak berapa ada. lepas habis cuti raya haji, ummi naik kerja mula sakit2 perut dan hari khamis lepas bleeding diikuti stain. memang sakit pada mulanya. tapi pagi jumaat sakit mula reda dan ummi terus pergi jumpa pakar o&g Dr Fazlina.

Kalau ikut due date memang jatuh masa semester break semester depan. terharu je rasa sebab cantik pulak planning. tapi bila fikir ada 2 flight travel tahun depan waktu tengah sarat rasa seungguh sedih sebab tak dapat nak join holiday. waktu tu pikir macam tu kejam sungguh. sungguh tidak adil pada nyawa kecil yang baru nak bertamu dalam rahim ummi.

Scan awal pagi di azzahrah menunjukkan proses pembentukan janin tidak menjadi. 6 minggu sepatutnya sudah boleh nampak heartbeat, tapi size pun memang terlalu kecil tidak seperti munggu yang tercatat di due date sebenar. mungkin Allah itu sebaik2 perancang. memang sedih pada mulanya, sebab abang2 dah mula cium perut ummi sayang baby kata mereka. sayu sangat hati bila zhafran tanya mana baby...abang nak cium baby gurl, confirm jek kali ni baby gurl, tapi kalau betul ummi la paling sedih sekali...kalau ikutkan memang tak ready lagi nak beranak kecil dengan keadaan ummi nak sambung belajar. memang plan nak amik injection perancang keluarga this month tak sangka pula lekat. rezeki Allah nak bagi kita tak jangka, dan bila Allah nak tarik rezeki tu bila2 saja. Ummi bersyukur walaupun hanya 6 minggu sahaja ia bertamu didalam rahim ummi, sekurangnya ummi rasa kehadiran nya. Mungkin silap ummi juga, terlalu lasak, maklumlah ummi beranak dua yang lasak, minta didukung tak sampai hati tak dituruti, angkat barang berat di awal kelahiran, Badan pula sihat sentiasa tak rasa seperti sedang hamil, dan pengambilan jamu dan ubat di awal kelahiran, waktu itu ummi tidak sedar sudah lekat.

Ayah kata mungkin belum rezeki mereka nak dapat adik lagi. Biarlah semuanya reda dahulu. Badan juga perlu rehat. Untuk tahun 2011, ini adalah keguguran ke 2 untuk ummi. pertama pada awal tahun lepas dan ini yang kedua. mungkin ini petanda ummi perlu lebih berhati-hati menjaga kehamilan pada masa akan datang. bila ditanya pasal apa yang ummi rasa, baru ummi tahu inilah perasaan kawan ummi HUSNI...("bertabahlah sahabat..semuanya telah dirancang dengan sebaik-baik perancangan oleh Allah)

saat ini, ummi masih bleeding. Dr fazlina kata biar ia discharge sendiri dan next appointment Jumaat ini untuk scan. sekiranya masih ada berbaki, akan dnc..risau nya tak tahu nak kata...doakan yang baik2 sahaja ye kawan2 sekalian. Doakan saya ada rezeki untuk beroleh cahaya mata lagi selepas saya habis belajar. Saya sungguh takut tidak berkemampuan untuk menguruskan anak2 dan diri sendiri sekiranya ada anak kecik yang perlukan perhatian. Saya mahu bertindak adil untuk kesemua anak2 saya dan juga untuk suami. saya akan rasa sangat kesal sekiranya tanggungjawab tidak dapat dijalankan dengan sempurna mengikut kaca mata saya sendiri. Tapi saya takut sekali sekiranya Allah murka kepada saya dan tidak mahu lagi dikurniakan rezeki ini pada masa akan datang. Selfish kah ummi?...tapi niat ummi bukan seperti mahu menolak perancangan Allah. Tapi ummi mahu bersikap adil kepada anak-anak dan keluarga itu sahaja. Doakan yang baik2 sahaja untuk ummi. Doa kalian amat ummi harap...terima kasih in advance...

Tuesday, October 25, 2011

Rasa Tak Best...

Entahla ye....sejak dua menjak ni rasa macam tak best je nak g kerja..macam rasa tidak dihargai, di pandang rendah, disalahertikan, rasa down sebab telah dilabel dengan perkataan *@#$%%...memang rasa tak best...ummi pernah tau rasa macam ni masa chambering dulu..waktu tu master ummi ada 2 orang chambie..seorang adalah umat kaum cina dan seorang lagi adalah budak melayu yang baik budi pekerti iaitu ummi..hahhah...apa yang tak best tu?..tak bestnya sebab master ummi suka compare ummi dgn cina tu. memang la dia graduate oversea kan..tapi tak bermakna dia memang dah bagus..kalau compare eng memang dia jauh advance dari ummi..but ummi tak salahkan cina tu punye badan..person yang ummi rasa bersalah adalah master ummi yang suka under estimate melayu walaupun dia sebenarnya seorang melayu yang cuma darahnya ada sedikit campuran cina..at least beri la peluang untuk ummi tunjuk apa yang ummi ada kan...tapi memang la ...bayang kan ummi rasa terpinggir macam tidak dihargai...tapi bila dapat satu task...walaupun task tu hanya reply surat untuk client je pun...gile mudah..tapi since nak tunjukkan ummi memang bagus dan berpotensi sama sahaja dengan that chinese lady...kemain ummi siapkan surat tu dengan jayanya..hahahah..lawak giler...

yang best nye kan master lagi seorang berketurunan cina memang rely on ummi tau...what's a great feeling about being reliable person to a chinese boss..kalau boss cina sayang kita memang best sebab banyak benda dia train ummi..dari the simple one sampai tahap task senior lawyer tau...so many things i've learnt from him...sampai sekarnag masih ingat jasa dia..kat mana jua kes memang ummi akan membontoti bos...bermula dengan tukang tarik beg lawyer yang berat tu je...masa baik ngan bos cina nie la ummi merasa naik alphard tau..korang ada?...tak de kan..hahhaha..rasa tetiba jadi candidate dalam apprentice gitu bila time kitorang discuss pasal kes2 yang ummi research untuk jadikan authority dalam bundle of submission tau..keh keh...rasa sungguh manis bila dikenang2...from that moment of time, master sebenar ummi baru sedar potensi ummi alhamdulillah sikit2 dia train ummi...yg best sekali bila time long call dia hadiahkan ummi dengan set lawyer rob. sampai sekarng ada tau...

tapi kan...sob sob ..perasaan tu kembali menyinggah...salah siapa??? cuba berfikiran +ve tapi tak terdaya...sebenarnya tak suka nak citer sangat kat blog tapi kan ummi dah anggap ianya macam diari ummi untuk luahkan apa yang ummi rasa.. but since blog ummi nie pernah digeledah masuk oleh orang yang tak bertanggungjwb dan cuba menyebarkan entry dengan orang yang tak sepatutnya...rasa sungguh tidak selesa dengan blog sendiri..sebab tu lah private kan blog..tapi kan tak seronok sebab tak dapat kongsi info pasal penyusuan kat blog sendiri sebab readers tak dapat baca and get the info unless been invited...arghhhh..tension betul kan?...agaknya kan orang tu memang dah takde keje ke ek buat benda tu...tahu tak dengan perbuatan anda itu buat semuanya huru hara...bukan menjernihkan keadaan pun...tak payah la sibuk pasal orang lain..kalau rasa banyak masa..open blog sendiri dan meroyan la kat dlm blog sendiri..ada ummi kisah?...tak de punye...

walaupun rasa tak best..tapi ummi tetap rasa best nak g kerja sebab ada kawan2 yang masih berada di sisi...buat kerja dengan seikhlas mungkin..tak kisahlah apa orang nak rasa, apa orang nak nilai..ummi hanya buat kerja agar gaji yang ummi dapat halal dan diberkati.. pasal sambung belajar tu pun disebabkan faktor ini jugaklah...berkobar2 nya nak sambung dan kalau ada rezeki nak menghirup udara lain daripada duduk di takuk lama macam nie...ummi buat semua ini bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk kesenangan anak2 ummi jugak...insya-Allah segalanya dipermudahkan. ummi nak buktikan ummi mampu menjadi lebih bagus daripada orang lain yang suka pandang tak baik tentang ummi...kita tunggu masa dan ketikanya...

Wednesday, October 12, 2011

Adjustment...

Saat ini ummi sedang cuba membuat adjustment kepada status ummi daripada bergelar ummi bekerjaya kepada status yng pernah ummi sandang 6-7 tahun yg lepas....wah...teruja ok..teruja kenapa ek?sebab tak tahu sama ada boleh ke tak adjustment tersebut dilaksanakan dengan jayanya.

Minggu depan ummi akan menguruskan urusan permohonan sambung belajar di peringkat sarjana. Actually, cita2 dan hajat ni memang ada dalam wishlist tapi disebabkan banyak faktor penghalang tapi sementara je la...tu yang tersasar sedikit target untuk dapatkan master sebelum 30 tahun. tapi better late than never betul tak?..cita2 tinggi benor...sebab hajat di hati nak cecah tahap pendidikan paling tinggi PhD...kalau diizinkan Allah dan dimurah kan rezeki.

Sekarang anak2 pun dah besar..mudah sedikit nak urus masa. Pada mulanya banyak juga dugaan dan ujian yang datang walaupun sokongan tak henti2 dari sang suami (pada mulanya nak dia dulu sambung master tapi orang dah tak minat nak belajar buat apa kita paksa ye tak?..) dan juga sokongan yg tidak pernah henti dari orang tua..emak dan abah...semangat kamu berdua yang membuatkan ummi rasa bersemangat untuk sambung belajar. tatkala ummi suarakan hasrat nak sambung belajar, mereka terus offer nak jaga anak2..tapi honestly speaking ummi takleh hidup berjauhan dengan mereka. inilah antara dugaan yang membuatkan ummi kadangkala rasa terbantut hasrat. puas juga mencari setiap tempat untuk dapatkan pengasuh sambilan untuk tengok2 kan mereka berdua ni. maklumlah ayah tak tentu masa kerja. kalau tak, dah lama ummi teruskan niat sambung belajar. betullah Doa itu senjata orang Islam. Ummi berdoa agar niat ini dipermudahkan dan juga urusannya disenangkan laluannya. Alhamdulillah...puas ummi merata cari tempat nak letak mereka berdua lepas kerja, rupanya makcik sebelah rumah (mak jiran) offer nak jaga...Ya-Allah bersyukur sangat ye lah kan..punyala cari merata, rupanya sebelah rumah je.

Kelas ummi insya-Allah akan diusahakan untuk arrange selepas kerja weekdays dan kalau boleh amik subject tak effect weekends. tapi kena maklumlah memang kelam kabut sikit sebab kelas bermula pukul 6.30 petang. Ummi habis kerja pukul 5ptg kena bergegas pick up mereka dari sekolah dan terus balik rumah tinggalkan mereka di rumah mak cik sebelah dan bergegas ke UKM pula..walaupun jarak antara satu lokasi tidak berapa jauh..tapi memerlukan masa dan tenaga juga. harap2 mereka ok di rumah mak cik sebelah, takut juga mereka nak ikut ummi ke kelas..haru biru lak jadinya nanti. kalau ikut saranan kawan baik ummi, Awin (thanks win, bagi aku sedikit overview) kelas kalau amik part time ada 2 kelas dalam seminggu boleh adjust ikut kesesuaian masa sendiri. kalau boleh nak amik 2 kelas tu masa weekdays, apa2 pun kena g taklimat selepas pendaftaran untuk add subject yang sesuai dengan masa.

by the way, registration thn depan bulan 2..memang nampak mcam lama lg kan tp bahangnya dah terasa uolls...huhuuu....kena prepare banyak benda nie, prepare dari segi financial, mental dan fizikal. ummi mengharapkan doa dari kawan2 agar ummi kuat mengharungi semua ini...sehingga bergelar master nanti..kalau ada rezeki lebih mahu tukar profesion pulak..ada tokoh lecturer tak saya?...keh keh...mana tahu kan..kita tak cuba tak tahu...insya-Allah kalau buat part time 4 semester semua sekali bersamaan 2 tahun..kalau ikut hati sesuka hati ini nak je habis cepat buat full time tapi still kerja (tak cuti bergaji)...2 sem je bersamaan 1 tahun. tapi jgn gelojoh...biar lambat asal selamat..takut badan yang tak larat..dari sekeping takut jadi berkeping2....doakan ummi ye....

ada orang bertanya kenapa ummi tetiba amik keputusan untuk amik master...merajuk ke?...mestilah antara faktor penyumbang kan?...tapi semua ini ada hikmahnya..sudah tertulis semuanya begini, dan ummi redha..hidup perlu diteruskan. buat apa menunggu sesuatu yang tidak pasti kan..rezeki lain di depan mata, gunakan sebaik mungkin. selagi nyawa dikandung badan, selagi kesihatan masih dikurniakan Yg Maha Esa, selagi insan2 yang ummi sayang menyokong penuh cita2 ummi yang 1 ini...baiklah teruskan tanpa menoleh ke belakang lagi.. ummi kena kuat demi anak2..semua orang pasti mahukan pembaharuan dalam setiap hidup kita bukan?...dan ummi tidak terkecuali. tiada yang mustahil dalam dunia. takkan kita nak hanya di takuk yg lama dan berserah sahaja pada takdir. dan ummi pasti pada keputusan ini. satu keputusan yang benar2 pasti....doakan ummi sekali lagi....

terima kasih juga kepada rakan2 ummi yg juga menyokong hasrat ummi...sayang semua kamu2...:)

Thursday, September 8, 2011

Mula Qada' Puasa

ehmm....dah berapa raya dah hari nie ek?..baru je dapat qada' puasa 2 hari bermula semalam..harap2 dapat habiskan puasa hari ini. tahun ini ummi kena qada' 3 hari jer..alhamdulillah tak banyak..lepas habis qada' nie bolehlah sambung ngan puasa sunat raya pulak kan...

alhamdulillah tahun ni pada 23 ramadhan ummi dapat khatam Al-Quran 30 juzu'. sepanjang 30 tahun hidup ni kan..baru tahun ini dapat khatam..lama kan?..orang lain tiap2 tahun. nak khatam ni kena dedikasi sungguh. syukur kepada Allah kerana diberi kesihatan yang cukup baik dan tenaga yang lebih. dapat berpuasa dengan sabar, dapat memasak juadah berbuka puasa dan sahur, dapat uruskan anak2 untuk bangun pagi memandangkan ummi masuk kerja punch pukul 7.30 pagi..by 6.30 am memang kena keluar rumah, dan yang paling membanggakan tak pernah pun lewat walau sehari ye pada bulan puasa...bangga betul dengan prestasi diri sendiri...heheheh..clap..clap...

tidak pernah masuk bazar ramadhan heehhe...banyak jimat woo...anak2 pun dapat makan makanan fresh ummi nya. alhamdulillah sekarang anak2 memang kuat makan. dah pandai request makanan. balik kerja first thing terus ke dapur dan terus masak sebab kalau lambat abang dah tunggu kat meja makan..sian...lapar sangat...kalau on the way balik driving tu memang sibuk memikir nak masak apa....tapi still focus kat jalan raya sebab ummi membawa 2 anak2 kecil yang comel nie...

hari ini ummi dan ayah akan berbuka puasa bersama tapi yang uniknya kami nak berbuka puasa di rumah terbuka member ayah yang dia open house nya bermula malam hingga 3 pagi...meh kita serbu...tak la letih ummi nak masak...esok pun dah plan nak puasa tapi lum tahu nak sahur apa....

sekarang kat ofis memang mood masih dalam mood raya kan?..kerja pun macam lembab jer..tiap2 hari ada jemputan open house raya Jabatan2...kalau ikutkan memang tak penuh puasa sunat dan qada' kalau nak ikut jemputan yang berturut2 tu..tapi takpelah makan boleh dapat lain2 hari..kalau puasa sunat raya nie setahun sekali jer..mana tahu tahun depan kita dah tak dapat sempat berpuasa...rugi jer kan....dulu masa anak2 dara memang tak pernah miss puasa sunat tau...apa kata bila anak2 dah besar dan senang diurus, boleh fokus sikit kat amalan2 sunat yang selama ini macam dah tinggal lama tu kan...alhamdulillah..memang teringin nak tambah anak..tapi bila fikirkan bestnya sekarang ni sebab macam2 aktiviti boleh buat sebab anak2 dah besar dan pandai melayan diri sendiri...terus macam tak jadi...tapi kalau makin tua dan berumur lagi malas kan...last2 nanti langsung tak menambah...

panjanglak membebel ummi kali ini...kali ini takde gambo nak share pun..kita jumpa lagi nanti..kalau ada umur panjang...amin

Friday, August 26, 2011

New Passion....

nak cerita jugak walaupun sibuk dah nak raya..hehhe...sejak beberapa hari ini ummi dilanda satu wabak penyakit iaitu meminati manik...yaa....first of all, thanks to adik ofis Aha, yang tidak lokek ilmu mengajar jahitan manik asas untuk ummi..kalau amik kelas memang mahal ooi...tapi sebab ummi plan untuk jahit sendiri dan bukannya untuk ambil tempahan pun, maka belajar dari orang je la..kalau nak bisnes mungkin juga akan attend kelas nanti..chewwahhh...

first jahitan manik ummi adalah pada baju raya sendiri la..kang tak cantik naya je kan...keh keh..pilihan design pada waktu itu adalah crumble iaitu design terkini untuk manik...nak tahu apa itu crumble..meh kita layan piccas...tapi gambar tak reflect warna sebenar manik dan kain sebab guna hp cap ayam ni je...huhu...komen kawan2 ofis..quite ok for the beginner macam ummi ni...disebabkan itu, ummi teruja sangat untuk menjahit manik pada baju2 ummi yg lain..hahhaha....seronok dan puas bila baju itu tampak lebih anggun dan mewah walaupun murah pada asalnya...tapi baju di bawah ini lagi istimewa buat ummi sebab dijahit dengan penuh rasa kasih sayang oleh ummi sendiri....kalau ada anak perempuan memang dah hbis ummi jahitkan manik di seluruh baju kurungnya....upah jahit manik sekarang ni pun bukannya murah tau...lebih baik jahit sendiri sebab kita boleh design ikut suka kita dan letak manik berapa banyak yg kita nak.....

Friday, July 8, 2011

4 pasang baju kurung budak dan sepasang baju kurung dewasa

wah, sungguh tak disangka cempedak jadi nangka, sebabnya ummi berjaya menjahit dan menyiapkan setakat ini lima pasang kesemuanya. ada sepasang yang otw. sekarang sudah mula berlatih menjahit baju bukan cotton. awal2 dulu untuk proses belajar, mula dengan kain cotton la kan...hehehhe..seronok sebenarnya menjahit sebabnya boleh release tension bila kita tengok hasil jahitan kita. banyak lagi yang perlu diperkemaskan.. biasala orang yang belum pernah menjahit tetiba menjadikan menjahit salah satu hobi masa lapang...at one part ia juga mengajar otak kita untuk berfikir dan explore bagaimana nak mencantumkan 1 bahagian kain yg telah dipotong untuk dijadikan ianya satu pakaian/baju yg boleh dipakai...menarik kan? ummi nasihatkan try lah menjahit...memang best tau...

alhamdulillah lepas nie, dah tak menempah lah jawabnya..dan yg paling penting almari baju macam kena tambah lagi la sebab asyik beli kain dan jahit..hehhehe....kalau ada kenduri, tak dah risau nak pakai baju baru..jahit sendiri je ..suka3x.....

walau tak berapa sihat ni, mood kembali ok bila ummi tengok hasil jahitan ummi tu....

Wednesday, June 29, 2011

Berlatih puasa...

Lama betul tak berpuasa, hari ini puasa untuk melatih diri kembalik ke keadaan berpuasa..lagipun bulan puasa tak lama lagi menjengah. cuma kali ini belum pasti dapat puasa full ke tak, since period memang dtg setiap bulan. Ummi pun dah tak mengepam, mungkin rasanya lain sikit, mana tak nya dah 3 tahun berpuasa, dan pada masa yg sama menyusu dan mengepam...alhamdulillah. badan boleh rehat sikit. beza tahun ni, semua benda kena buat sendiri since maid pun dah tak ada. pagi2 kena bangun awal, nak bersahur. lepas tu nak bergegas ke ofis pula sebab pilih masuk kerja awal 7.30 dengan niat dapat balik awal dan menyediakan juadah berbuka puasa. memang malas nak beli makanan di bazar ramadhan yg semakin lama semakin mahal. part sedap tu pun lagila...tak sedap mana pun, lagi sedap masak sendiri walaupun simple. insya-Allah tahun ni, dapatlah masak sendiri, anak2 ummi pun jenis baik dan ikut kata. dok depan tv tgk babytv ummi dah boleh pusing 1 rumah atas bawah siapkan apa yg patut. alhamdulillah. plan nak juga buit biskut raya sendiri, malas nak beli bukan sedap mana pun kan?..at least kalau buat sendiri, suka hati kita la nak adjust macam mana pun bagi lagi sedap kan?. plan lain nak beli kain lagi 2-3 pasang untuk buat baju raya...tahun nie macam nak beraya sakan je dengan hasil jahitan sendiri..seronok2....

banyak betul plan ummi nak sambut puasa dan raya nie..kalah budak2 kan...tak kisahla asalkan hati gembira...cuma tahun ni tak best sikit sebab ayah tak dapat cuti..mungkin kena raya 3 beranak je la..tapi dah biasa dah sejak kawin....

Sunday, June 5, 2011

Pengalaman Pertama...

Pengalaman apa tu ye? minggu lepas nenek dan atok call ummi mereka kata banyak durian kat kampung...so, ummi terpikir kena balik jugak nie tak leh jadi..nak tunggu 2 minggu lagi belum tentu ada lagi...durian tahun ni menjadi banyak pulak..tapi luruh serentak...nak jadikan cerita pulak, minggu lepas jugak, ummi belajar mengukur kain dan menggunting kain dengan kakak ofis ni. tapi satu alat jahitan pun tak de tau, sebab memang nenek dah cakap nak bagi mesin jahit dia, alat2 jahitan, pembaris...so, buat apa membazir kan? baik amik barang2 tu, at least minggu nie dah boleh start projek tu. nak handle dgn anak2...so far alhamdulillah tak de hal la. diorang dah besar. lagipun tahun ni banyak juga benda nak buat dah ada dalam plan. insya-Allah buat satu2 dulu. Kalau diizinkan Allah, nak juga buat biskut raya macam tahun lepas. tak nak buat banyak, asal lepas...tak payah beli. zaman ekonomi asyik naik harga nie..confirm tahun ni biskut pun naik harga kan...lagi satu projek jahit...so far nak bagi mahir buat baju kurung tradisional dulu..dah pandai nanti boleh extend kat benda lain....actually ummi memang suka bab2 ERT ni..Ekonomi Rumah Tangga ...suka masak, jahit, kemas, sulam...dll...cuma masa je tak izinkan dulu la..tp cuba untuk sempatkan...memang penat tapi bila kita minat, dan ada kemahuan mesti boleh punya...kalau dah pandai jahit nanti nak berguru juga jahit cloth diapers sendiri...jahit langsir, sarung bantal dan cadar....bestnya tak sabar rasanya...lebih kepada buat sendiri..belum terpikir nak amik tempahan ye....




Ini antara pengalaman pertama ummi la, yela takkan dalam hidup sama je kan?..kerjaya maju, personal life pun kena maju ye tak?..baru ada pembaharuan...bosan tau kalau tak de apa perbezaan...masa awal2 maid tak ada dulu, memang banyak keluhan, penat handle mereka berdua ni. lelama, dah biasa...ummi rasa senang buat kerja sendiri..lebih privacy...betul la kata orang...harap mereka berdua nie besar sedikit baru plan untuk tambah ahli keluarga. biarlah lambat sikit, yg penting hidup dan rumah tangga teratur..




Balik kg baru ni, ada rezeki lebih sikit, belanja nenek, atok, pak ngah, mak ngah dan busu makan di umbai..pergh...memang sedap makan kupang, pepahat segar...kecur lak air liur padahal baru malam semalam makan..lupa lak nak amik gambo dah lapar sangat..makanan sampai terus belasah...sotong goreng tepung dia pun sdap dan garing..kalau g sana, boleh la try makan kat gerai no 10, murah dan sedap..semalam makan sotong goreng tepung 2 pinggan besar, pepahat 1 pinggan sweet sour, kupang pedas 1 pinggan besar, ikan siakap besar 3 rasa, ikan pari sederhana bakar berlada, nasi untuk makan 7 orang, nasi lemak 2 bungkus untuk diorang nie, mcam2 air mintak...semua sekali RM135.00..murah kan?...makan sampai tak leh masuk perut dah...hehheh......




kalau di bagan lalang kadang2 murah dan kadang2 mahal...bermusim...kedai pertama kat hujung simpang tu. pernah makan bertiga RM100 macam tu la..tapi amik macam2...ada ketam lagi...ummi dan ayah memang suka seafood...tak leh tahan...sedap!...




ok lain kali kalau makan lagi boleh snap gambo.....:)

Tuesday, August 17, 2010

melatih anak-anak ke masjid..:)

wah sudah 7 hari kita berpuasa nie..sekejap jer kan...ummi lum mula lagi buat biskut raya...sang suami dah sibuk bertanya2..nak amik mood nie hahha..tapi kali ini bukan nak citer pasal tu tapi pasal pengalaman ummi melatih anak-anak ke masjid bersolat terawih..alhamdulillah setakat nie cuma hari pertama sahaja ummi tidak dapat bersolat terawih due to keadaan badan yang amat tidak memberansangkan...yelah dengan berpuasa, mengepam 3 kali di ofis, balik ofis memasak di dapur, melayan karenah anak2, menyusu si afnan...sambil berbuka pun afnan bergayut..oh sungguh penat tak dapat nak diceritakan..usai suapan yang ke tiga, badan berpeluh2 tanda mau pengsan...terpaksa berhenti, mungkin tak cukup tido sama...entahlah..memang rasa regret yang amat sebab tak dapat melaksanakan sunat yang 1 itu...alhamdulillah hari2 berikutnya, badan dah dapat adjust, berjaya menyempurnakan solat terawih bersama suami merupakan kenangan terindah untuk ramdhan kali ini...dan lagi indah bila diserta dengan kehadiran anak2...

malam sabtu yang lepas, sementelah maid juga bercuti, ummi tekad untuk membawa zhafran dan afnan ke masjid, setelah 2 hari sebelum itu telah meninjau keadaan di masjid besi Masjid al-Mizan di Putrajaya yang rata-ratanya juga membawa anak bersolat bersama..mungkin afnan dan zhafran juga boleh bersama-sama fikir ummi..tapi ternyata ia tidak semudah itu,,,

ummi sampai ke masjid imam sudah pun 2 rakaat solat isya'..terkejar mendukung afnan dan zhafran mengiringi ayah ke tempat solat lelaki...ummi dapat menghabiskan solat isya' dengan jayanya walaupun afnan berada lebih kurang 30 meter dari ummi...niat ummi jgnla anak aku pergi tempat lain..usai solat, dan baru sahaja solat terawih bermula, afnan mula bergiat aktif, mem follow abang2 di sana menaiki tangga untuk ke tingkat atas..memang pantang nampak tangga ...tangga kat rumah memang telah dipasang safety gate atas dan bawah, memang jgn harap la nak mendaki tangga rumah...so, di sini peluang luas di depan mata...pada masa yang sama, ummi nampak ayah ke hulu ke hilir...kenapa ye, terdetik hati ummi, mana zhafran???...SAH!!! zhafran hilang...ya Allah risau nya tak tahu nak kata, sebab masjid tu dikelilingi air tasik...ummi berdoa jgn la jadi apa2 pada zhafran...jgn la dia pandai tekan lift untuk turun ke bawah...ummi berselawat 3 kali...dan akhirnya ummi berpecah dengan ayah..ummi tinggalkan afnan bermain di ruang legar...akhirnya belum sempat ummi ke mana2 sebab tak ada idea nak cari di mana dulu...zhafran turun dari atas dan menyebut ayah..ayah...tapi tidak menangis langsung,,,muka tak cuak, gembira, cuma berulang kali menyebut nama ayahnya...nampak ummi terus senyum2..apakah anakku??ummi risau sangat..ko boleh tersenyum2...ummi pikir nak balik sahaja..tapi rasa sayang pula...plan B pula..ummi gesa ayah solat dulu habiskan 6 rakaat lagi sebelum diganti dengan ummi..alhamdullillah kami selesai solat walaupunm berganti2...dan pada 3 rakat untuk witir, kamu solat serentak, cuma pada rakaat yang terakhir, zhfran buat pasal menindih adiknya, dan ayah terpaksa membatalkan solatnya untuk memujuk adik....ayah kata berpeluh 1 badan macam berjoging rasanya...walaupun penat ummi rasa puas sangat...

memang niat ummi nak melatih mereka berdua untuk kenal apa itu masjid, maklumlah kali pertama, nama pun kali pertama...cabarannya sungguh tak terkata....insya-Allah ada kelapangan dan kekuatan, ummi bawa kalian semua lagi...ummi berdoa 1 hari nanti kalian berdua tahu bahawa masjid itu rumah Allah yang kita perlu jaga kesuciannya, dan harap dapat kalian behave ketika ummi dan ayah bersolat...wahai anak-anak ummi, kalian kena tahu bahawa ummi dan ayah sayang kalian berdua....:

Tuesday, August 10, 2010

mengidam...:)

salam menyambut ramadhan untuk kawan2 sekalian...huhuu...nak tahu tak apa yang ummi mengidam kali ini..kali ini plan nak habiskan ramdhan dengan berterawikh...last g masjid solat terawikh ramai2 time ngandungkan zhafran, masa pregnant afnan dah solat kat rumah jer tu pun jenuh tunggu zhafran tido dulu..dan pada kesempatan kali ini, dengan niat yang menebal, nak teruskan balik amalan yang ummi buat masa sekolah dan "u" dulu2...best betul...nanti ramai2 makan moreh...hahaha...cuma kali ini ummi akan bersolat dengan jiran2 baru..harap2 dapat juga untuk berkenalan2..yang rata-ratanya berpangkat kakak dan makcik..maklumlah ummi agak muda di situ..:)

dan kali ini, ummi rasa paling best sebab dapat sambut ramadhan dengan suami tercinta, dapat bersahur bersama untuk first day ramdhan...(orang lain tak kecoh pun kan..)...baju raya zhafran afnan ummi dan ayah dah siap..cuma belum shopping untuk baju2 sampingan untuk budak2 nie..entah bila entah..azam lain nak buat biskut raya, harap2 cepat la ayah beli oven untuk ummi...tak sabar nak test power nie..mana tau tahun depan boleh bisnes kecil2 lan...hahhah

dan kali ini juga tahun kedua berpuasa dan menyusukan...tahun lepas umur afnan 6 bulan, dan memang agak kekeringan la bulan puasa terutama weekend, rasa kempis jer..hahhah...alhamdulillah dapat juga ummi genap berpuasa sebulan...insya-Allah kali ini ummi mampu untuk menghabiskan puasa dan mengepam. tak mau tinggal pump, takut production pun jatuh...:) stok2 ummi pun dah penuh tak tau nak letak ke mana dah..hari tuh hampir2 nak di let go sebab dah nak hampir expired, tapi nasib baik dapat di rotate dengan sebaik mungkin...mungkin kena pikir2 kan nak beli deep freezer kot:)..dan harap2 juga dapat genap sebulan berpuasa memandangkan ummi sampai afnan nak masuk 18 bulan nie belum datang period lagi...hehhehe....kagum tak?...betul la dengan penyusuan penuh, kita mampu merancang kerana secara automatik ummi tidak subur....keh keh...

inilah dia yang ummi idam2 kan...bukan mengidam sebab pregnant pun ....cis...terlebih sudah:)..ok kawan2, selamat menjalani ibadah puasa dan doakan agar ummi dipermudahkan perjalanan penyusuan ini insya-Allah..

Tuesday, June 29, 2010

JUN....

bUlan ini adalah bulan yang istimewa sebenarnya tapi dalam masa yang sama banyak benda yang sedih berlaku...mungkin ini ujian dan pengajaran untuk ummi...dari bulan yang istimewa jadi bulan yang agak memenatkan, memeningkan dan apa ntah lagi..

di kala usia ummi nak menginjak 29 tahun yang lepas (dah tua rupanya ummi nie), ada peristiwa yang ummi takkan lupakan sebab tak eprnah terjadi sepanjang hidup ummi...kereta ummi kena pecah dah ummi hilang hand bag yang mengandungi segala kad2 peribadi dan anak2...pasport ummi dan pasport maid, duit, kad kredit dan atm, kad-kad panel klinik dan hospital, kad2 shopping...semua habis...kenangan2 banyak betul kat dalam wallet ummi...sampai hati betul la pencuri bodoh tu..kalau ye pun nak duit ko tak payah le angkut ngan dokumen2 ummi tu sekali..yang lagi sedih bila buku2 simpanan ummi, tabung haji pun hilang..sebab baru jer lepas masukkan duit zhafran dan afnan....

maka, bermula la operasi menguruskan replacement kad pengenalan, mykid dan semuanya la..yang paling tension bila pergi ke kedutaan indonesia ..dah la pergi masa bithday ummi...satu hari kat sana..macam dah kat negara indonesia lak...seriknya nak g lagi tempat macam tuh...huhuu....

nasib baik untuk replacement semua dokumen ini takder kena bayar..cuma untuk pasport indon kena bayar RM36...murah giler kan...kalau pasport malaysia punyela mahal...cuma ummi punye pasport lum uruskan lagi..dah tanya..memang kena denda Rm300 huhu...dan terpulang kepada discretion Ketua Pengarah Imigresen untuk grant berapa lama tempoh pasport...sedihnya...

nak buat macam mana benda dah jadi..terima jer lah..kira macam hadiah harijadi jugaklah...so, sekrang nie memang trauma gak nak tinggal apa sahaja bentuk beg dalam keta...orang bodoh yang gila duit nie memang tak kira asalkan dapat duit sanggup buat apa sahaja...mungkin masa ni orang tu dah mati kot...(hahhahahah)....sakit hati punye pasal....menyusahkan orang betul...bukan dpat banyak duit pun ( tapi ummi memang takkkan ahalal duit tu..biar kembung perut makan duit haram)....

buat kawan2....jgn sesekali tinggal barang berharga walaupun tempat letak kereta itu di kawasan laluan orang ramai, atau hanya untuk sebentar sahaja..orang gila macam nie tak kira ada peluang jer diorang kebas...ummi bengang sebab tempat letak kereta depan surau dan masa kejadian time orang solat zuhur....

Dugaan2......

Friday, March 19, 2010

3 tahun kawin perlu ke Merajuk????

entahla, bila pikir pasal semalam kelakar pun ada...sebabnya..ayah tetiba makan tak ajak ummi...geram sungguh....lepas tu dia cakap sayang pun pernah je makan tak ajak kan???..ummi bengang dan terasa hati...lepas tu dia tambah lagi..dah le sayur tak hidang....selalunya ummi hidang terus apa yang ummi masak kat atas meja..tugas sapa nak makan tu cuma senduk nasi jer dari dalam rice cooker dan makan...

ummi pun tetiba sebab berhangin punye pasal...cakap...orang penat2 balik kerja..terus dnegan baju kerja, tonggeng2 nak masak kat dapur...dia boleh seronok tengok doraemon, zhafran ngan afnan gaduh sesama sendiri....memang ler semua benda kuar...dah macam mengungkit lak...rupanya dia hangin sebab ummi lepas masak tukar channel tv ..dia rupanya tengah syok tengok doraemon, ummi tukar tengok American Idol...dah tua anak 2 tak payah le sibuk tengok kartun....

bila tengok ummi merajuk..baru nak pujuk...kelakar jugak ler merajuk bila dah tua nie..umur pun dah 29thn anak pun dah 2...kawin pun dah 3 tahun....boleh ke nak merajuk2 lagi????hehhehehe

Wednesday, November 11, 2009

NaSiB BaiK UmMi TaK LaMbAt

Lawak betul ummi pagi ni...ni semua gara2 'B' ummi bengkak lagi semalam..sepanjang malam rasa denyut2..sebab susu tak nak kuar sangat..macam itu hari..setiap jam ummi bangun sebab tahan sakit...pukul 12 malam macam tuh ummi dah tak leh nak tahan..try g pump..konon nak surutkan bengkak tu..tapi tak berhasil..belah yang bengkak tuh ummi dapat 1 oz jer...

ummi pun sambung balik tido..tengok dalam handbeg cari ubat surut bengkak yang dr bagi..tapi laa..tertinggal kat ofis la pulak...afnan lak macam kurang nyusu kalau compare dari malam semalamnya...dah nak dekat pagi tu bila afnan gerak2 jer..ummi pun tak lepas kan peluang, terus sumbat sambil baring ummi pun terlena sekali..sampai pagi...bangun2 ummi tengok jam dinding pukul 315 pg...tapi luar dah nampak terang...alamak jam mati lah nie...gila!!!..check hp laa..dah pukul 7.20....ummi pun terus bangkit ...sian afnan terus terbangun sekali..dah ler tengah syok nyonyot...hahahha...terkebil2 mata dia tengok ummi..sorry sayang..ummi dah lambat nie...ummi bawak dia g bawah..apa lagi subuh gajah lah pagi ni....

tapi thank u sayang...sebab dah setelkan problem B bengkak ummi nie..memang lah hisapan baby tak boleh ditandingi...pump lah banyak kali pun...afnan jugak lah pump yang terbaik untuk surutkan bengkak...lepas nie boleh lah guna tactic ni...

yang sedihnya tak sempat nak tapau apa2 untuk breakfast...sempat siapkan bekalan pump, tengok bekalan ebm dah cukup...pesan itu ini kat kak yanti...tengok zhafran ngan ayah masih nyenyak tido...malas nak kejut...tapi masa bukak pintu terjaga lak si zhafran..selalu dia merengek nak ikut..kali nie nangis terus cari kak yanti..nak susu kot...ape2 lah zhafran ummi kena cepat nie...apa lagi start engine...terus jalan..tak sempat panas pun....

ummi pecut macam pelumba keta lak...memang membahayakan kesihatan tul ummi drive tadi..masa sampai kat basement parking...ada lah hamba Allah nie lembab lak bawak keta..terhegeh2 ...ummi pum dengan denyutan jantung yang pantas macam berlari 100 meter, punch...hehehehe..7.50 pg....heheheh...ummi masih kekalkan rekod tak lambat...haru betul this day....