Nuffnang Ads

Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

update dari kampung!

salam semua...ummi bersiaran di kampung tercinta. ya, banyak benda yang memanggil ummi balik kg kali ni. pertama, pakngah zhafran dan afnan buat kenduri sempena housewarming rumahnya yg baru..suka pulak tengok rumah setingkat. taklah terkejar turun naik macam rumah ummi. apa nak buat kat area kl-bangi-kajang ini susah nak jumpa rumah setingkat kan...by the way, sedap sungguh nasi ayam yg zhafran dan afnan makan tengah hari tadi. penyebab kedua yang ummi nak sangat balik, adalah jeng-jeng-jeng, sebab rindu nak jumpa anak ummi seorang lagi qaleesya...dah besar dan comel qaleesya ini. nak masuk 7 bulan dah. nak tahu, sekarang ni ummi diserang penyakit beli baju kiut baby gurl. entah tak boleh stop, sebab comel sangat2..yg untung nya qaleesya lah yg dapat pakai..hehhhe...ketiga, ummi balik nak ber urut badan..sokmo berurut kan?,,yelah ummi kan multitasking mom yg buat everything. bila ada kesempatan nak berehat2, jgn lepaskan peluang yg ada. last but not least, esok sebelum balik, ummi nak setelkan urusan menempah langsir untuk raya dan juga baju raya kami anak-beranak...eh, kawan2 dah pilih ke tema warna baju raya tahun ini.. ummi punya tema adalah...RAHSIA....hahhaha....tahun ini ayah dan anak2 yg pilih...kalau ummi pilih harus lah warna pink,...no. no. nao...kalau pink tunggu baby gurl keluar ye ayah...mesti grand raya tahun tersebut...bilakah tahun tu...ummi pun tak tahu,,,Allah je yang tahu....nak tempah langsir ni, cerewet jugak..ada kain bukak besar so tak payah cantum...ada yang dah design cantik kat tepi, so tak payah guna basi kain...macam2...patutla ummi tak berminat pasal jahit menjahit ni dari dulu...tapi bab masak serah pada saya...hahhahah.....


insya-Allah dah selesai semua tugasan dan urusan, esok kami akan balik ke bangi...kerja melambak kat ofis. agreement yang belum habis di semak, template yg belum habis digubal, kertas mesyuarat yg belum di draft, beberapa meeting yg perlu di setting....uish2..pening2...kalau ikutkan boleh je nak bawak kerja balik kg..tapi ummi tak nak spoil kan masa luang kami 1 family...jarang dapat kumpul semua adik beradik, anak beranak, sepupu sepapat zhafran dan afnan 1 masa....seronok sangat bila dapat berkumpul macam ni..ala2 hari raya....


stop dulu sampai sini. jap lagi ummi update gambo2 qaleesya dan zhafran dan afnan...zhafran sangat sayang kat adik susuan nya seorang ni..tapi lain pula dengan afnan berlagak seolah2 tak perasan kehadiran qaleesya...dan bila mood dia kurang baik, dia akan bertindak ganas menolak2 qaleesya dari pangkuan ummi..tanda jeles seorang adik yang manja....ummi sayang zhafran, afnan dan qaleesya!

Sunday, October 31, 2010

bahagia begini:)

Lama betul rasanya tak update...ada banyak sebab yang buatkan ummi lebih suka berdiam diri...muhasabah diri apa yang tidak kena...menguruskan rumah tangga dan kerjaya...kehidupan ummi lebih mencabar sekarang..kenapa...mari kita baca satu persatu...

pada saat ini, ummi perlukan sebuah kekuatan yang betul2 tinggi, juga menuntut setebal mungkin kesabaran untuk lebih kuat menghadapi apa jua yang mendatang. alhamdulillah, segalanya telah mampu ummi lalui walaupun, sukar pada mulanya..tapi beransur mudah...syukur yang tidak bertepi ke hadrat Ilahi kerana beri kekuatan ini. Ku mohon agar ianya tidak berakhir di sini.

2 minggu lepas ummi dikejutkan dengan kehilangan (tidak pulang) pembantu rumah yang hampir 2 tahun bekerja dengan ummi. tak tahu mana silapnya, tapi dia membuat keputusan meninggalkan rumah dan tidak pulang kembali. adakah sebab ummi yang bertindak terlalu lembut membuatkan dia berlalu dengan senang hati. malas untuk memikirkan di mana puncanya, ummi harus bangkit segera..

beberapa adjustment perlu dibuat, tenaga juga sudah ber double, sementelah ummi tidak sekali2 boleh berkompromi dengan kekotoran...zhafran dan afnan terpaksa merelakan diri untuk ke taska, walaupun ummi boleh baca di sinar mata kalian, tidak mahu ke sana. ummi cuba buat yang terbaik untuk anak2 ummi, ummi usaha juga untuk cari pengasuh, alhamdulillah dah ada, esok akan mula episod baru dalam hidup kalian.. ummi panjatkan doa tanpa henti agar kalian serasi di rumah pengasuh. jangan nakal2...ummi tahu kalian berdua memang budak yang baik. kalian juga perlu kuat, kekuatan kalian adalah kebahagian tak terhingga bagi ummi. kalian sihat ummi ceria ke pejabat menguruskan kerja. dilema sungguh bila anak sakit, kerja pula menuntut komitmen.

emm, duduk taska 2 minggu(tak penuh sangat), telah memberi impak yang terlalu besar untuk anak-anak ummi. mungkin kerana mereka telah biasa dibesarkan di rumah sendiri, tak pernah ke taska, membuatkan mereka tidak dapat bertoleransi dengan suasana baru yang terpaksa berdikari dan tiada lagi tempat bermanja. ummi faham sayang, tapi apa pilihan yang ummi ada pada ketika itu, kerana sebab itu juga la, ummi usaha cara lain untuk kalian. hari ke 2, penyakit pula berkunjung, yelah bila dah ramai, macam tula. benda tu semua perlu ummi terima walaupun berat.

urusan rumah?.alhamdulillah, semuanya in order. terima kasih tidak tehingga pada ayah yang banyak membantu, walaupun ummi faham, ayah kadangkala tak larat bila terpaksa membuat kerja rumah sementelah penat bekerja pada malamnya. ummi faham.. ummi mintak maaf kalau ada yang terkurang. ummi tau dengan keadaan ayah yang kerja tak tentu masa, mesti sukar untuk adjust masa untuk mebantu ummi mana yang patut. apa2 pun, ummi tetap berterima kasih dengan pertolongan ayah. ummi sayang ayah....

apa yang ummi harapkan selepas ini, zhafran dan afnan serasi tinggal dnegan pengasuh, kesihatan yang lebih baik dari hari ini, ummi kuat dan diberikan kesihatan yang berpanjangan, sokongan ayah yang tidak berbelah bagi...

walaupun penat, tapi ummi puas hati dan berbahagia dengan apa yang ummi lalui.