Tahun 2011 adalah tahun ke 4 ummi bergelar seorang ibu. syukur kepada Allah kerana beri peluang untuk melahirkan zuriat sendiri. pernah juga terfikir satu ketika dulu, ummi tidak dikurniakan zuriat sendiri. tekanan pada mulanya bila ada di kalangan keluarga yang masih belum dikurniakan rezeki dari zuriat sendiri. pernah juga terfikir dulu, akan mengambil anak angkat bagi memenuhi setiap ruang hidup ummi dan ayah. tapi alhamdulillah, dengan izin Allah rezeki datang berganda2 seorang satu. sesuatu yang ummi tidak pernah terfikir dan terencana. Walaupun pada mulanya ummi seolah2 tidak dapat menerima satu nyawa lain yang menumpang di dalam rahim ummi. sungguh jahil ketika itu. perasaan ini mungkin terdorong oleh rasa bersalah dengan zhafran kerana ketika itu zhafran baru sahaja 5 bulan terlalu kecil untuk menjadi seorang abang.
duhai anak ummi afnan, maafkan ummi kerana ummi pernah merasa perasaan itu satu ketika dulu waktu afnan masih baru bertamu dalam rahim ummi. Allah sebaik2 perancang untuk hamba-Nya. afnan lahir ke dunia dengan mudah dan membesar dengan susu ummi yang ummi tak pernah terfikir boleh sampai mencecah 2 tahun. Berkat doa ummi sepanjang mengandungkan afnan untuk dipermudahkan perjalanan penyusuan setelah ummi lalui kepayahan semasa menyusukan zhafran dahulu. Ummi amat-amat berterima kasih kepada afnan kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang perjalanan penyusuan ini. Alhamdulillah afnan masih belum boleh dipisahkan susu lagi. biarlah sampai bila dia mahu, ummi akan teruskan penyusuan. bab perancangan anak, mungkin tahun depan kalau Allah perkenan niat kami. Tapi kalau Allah merencanakan hanya zhafran dan afnan zuriat ummi, ummi tetap bersyukur.
sejak ummi bergelar ibu ini, hati memang senang tersentuh. kadang2 sebab perangai anak pun ummi boleh menangis, tak tahu kenapa. air mata ini juga sering jatuh bila melihat raut wajah mereka berdua ketika tidur, lagi2 bila di siang hari ummi tak habis2 menjerit..."abang, jgn kacau adik", "adik, jgn main air nanti jatuh!", "abang, adik jangan berebut main sama2"....walaupun suara ummi terjerit2 ala2 linda jasmine tapi jauh di sudut hati ummi, bukan ummi tak sayang, bukan ummi berniat nak marah, bukan ummi suka2 nak jerit, tapi ummi nak semua yang terbaik untuk anak2 ummi. contohnya, kalau abang kacau adik, adik akan nangis, nanti ummi susah nak kemas rumah, basuh pinggan, mop lantai, basih toilet, lipat baju, masak, sapu sampah, dan sidai baju. kalau ummi tak boleh buat semua benda ni, rumah kita akan jadi huru hara, mungkin ada kalanya ummi kena balance kan perhatian dan tanggungjawab. perhatian kepada mereka berdua, dan tanggungjawab yang ditanggung dan dijalankan seorang diri. jarang ummi dapat berehat2 bersenang2 di hujung minggu. memang jarang sangat2. kerana ummi peruntukkan masa hujung minggu untuk membuat segala kerja rumah yang ummi tak sempat buat sepanjang lima hari bekerja. kadang2 terkeluar juga dari mulut ummi penat la ayah, penat bukan sebarangan ye, tapi penat sampai tak boleh nak lelap mata pada malam hari. ya, ummi seorang yang mementingkan kesempurnaan. kerana sifat itulah, mungkin yang mendorong ummi lebih suka membuat segala kerja sendiri. susah untuk harapkan orang yang sehidup semati dengan kita. sekiranya si dia tidak dapat menepati piawaian yang ummi harapkan, ummi juga yang kecewa. jadi dari sakit hati dan sessi ungkit mengungkit bermula episodnya, maka lebih balik uruskan semuanya sendiri. bila rumah bersih, kemas, cantik, wangi...barulah ummi puas hati. dari tingkat atas, tingkat bawah, 3 toilet, 4 bilik nak dikemas, uish memang banyak kerja non-stop.
bila melihat anak2 membesar, mesti teringat mak ummi yang dah banyak menabur jasa, melahirkan, membesarkan dan mendidik ummi sehingga ummi jadi seperti sekarang. terima kasih tidak terhingga. tak terbalas jasa mak. bersyukur kerana masih berpeluang mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak. hargailah mereka sementara mereka masih hidup. beribu sesalan kalau kita baru tersedar kehadiran mereka setelah mereka pergi meninggalkan kita. jasa mak juga bukan sekadar terhadap ummi tetapi untuk cucu2 nya. Beliau jugalah yang menjaga ummi ketika pantang zhafran, jaga zhafran selepas pulang ke tanah air dari Mekah menunaikan haji, menjaga mereka ketika ummi berkursus dan ketika mereka sakit cepat sahaja terus datang ke sini melihat cucu2 mereka, sanggup bersusah payah masak lauk sedap2 untuk ummi dan anak2..terima kasih sekali lagi. walaupun Hari Ibu ini bukanlah hanya perlu diraikan sehari dalam setahun, tapi kita sebagai seorang anak kepada seorang ibu, seorang ibu kepada anak2, perlu merasakan hari2 sepanjang tahun ini merupakan Hari Ibu yang perlu dilalui dengan suka tawa, gembira dan riang.
Buat anak2, ummi memohon maaf sekiranya ada yang terkurang semasa membesarkan kalian, ummi dan ayah hanya nak yang terbaik untuk kamu berdua. kala usia kamu sekarang ini, mungkin kamu masih belum menghargai pengorbanan ummi, tapi mungkin satu hari nanti.
Buat Bonda Hajah Mariam, jangan berhenti doakan kebahagiaan anak perempuan mu yang seorang ini dunia dan akhirat. tanpa doa dan restu seorang ibu, walau melangit ummi pergi, keberkatan pasti tidak mengiringi. Selamat Hari Ibu, mak! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....

No comments:
Post a Comment