Nuffnang Ads

Showing posts with label penyusuan. Show all posts
Showing posts with label penyusuan. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Tips Penyusuan untuk Edda dan Nadia

Alhamdulillah hari ini dah kurang tak sihat. semalam awal2 balik dan terus makan panadol, nasib baik budak2 nie tak buat perangai amcam2, dapatlah tido awal dan bangun awal pagi ni. berdezup pergi kerja dan terus teringat ada berhutang entry ini.

Edda, baby kamu masih terlalu kecil untuk menerima susu asing selain susu ibunya. Dia berhak untuk mendapat susu yang terbaik di dalam dunia iaitu susu kamu. Kita kena berusaha untuk pastikan dia dapat yg terbaik. Caranya:- Pertama kamu mesti kena kuat dan tabah, tetapkan pendirian yang Adra mesti dapat susu kamu sahaja. Untuk sekarang ini, teruskan penyusuan terus seperti biasa, Adalah normal jika pam selepas menyusu dapat sekitar 2-3 oz. Dulu, ummi pam hanya angin yg keluar pun ada. Kira kamu lebih bagus lebih baik dari ummi. Antara silap kita, suka membanding-bandingkan hasil pengepaman kita dengan orang lain. Allah itu sangat Adil dan Memahami. Dia menjadikan susu setiap ibu memang cukup untuk anaknya. Susu seseorang ibu itu amat bergantung kepada demand anaknya. Di sini la berlakunya konsep demand n supply. Ibu yang dapat menghasilkan susu yg banyak melalui kaedah pengepaman telah memperolehi permintaan yang tinggi dari bayinya. Bila permintaan tinggi, maka stimulation lebih kerap berlaku. Stimulation ini disebabkan penyusuan terus atau dengan cara expression susu melalui kaedah pam atau manual-tangan. Bila kita kerap melakukan stimulation, automatik otak kita menerima signal bahawa lebih banyak susu perlu dihasilkan. itulah konsepnya yg kita perlu percaya. dan ia memang berhasil.

Kita memang cepat membuat presumption dengan mengatakan kita kurang susu bila tengok pada hasil pengepaman kita. sebenarnya kita telah silap. Apa yang perlu dilihat ialah, adakah bayi kerap menyusu, bagaimana dengan diapers nya, adakah cukup buang air besar dan buang air kecil, kenaikan berat badan ok atau tidak. itulah kayu pengukur yang anak kita cukup susu atau tidak. dari situ kita tahu, susu kita sebenarnya memang cukup dan memadai dengan permintaan si bayi.

Apa yang ummi cadangkan ialah, untuk mulakan penyimpanan stok ebm, mulakan dengan buat secara tandem pumping. ia begini, semasa menyusu, sebelah lagi cuba pam. memang akan dapat banyak sebab penyusuan terus itu membantu mendapatkan let down, automatik susu akan keluar dengan lebih banyak untuk sebelah breast yang kita pam. Tips lain, setiap kali lepas menyusu pam sebelah breast lagi untuk stock up ebm yg ada. cuba bangun pagi dan mengepam, ambil masa selang sementara tak menyusu Adra. Kalau mengepam awal pagi, ia membantu meningkatkan pengeluaran susu dan susu yang kita dapat pada awal pagi lemaknya lagi tinggi dan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan anak kita.

Ok, setakat ini dulu, yg boleh disampaikan. Kalau ada lagi info yang diperlukan jgn malu2 bertanya dan boleh di explain di sini. Lebih prefer menulis di sini supaya orang lain juga dapat memanafaatkannya.:)

Jgn stress2....happy breastfeeding!

Friday, June 10, 2011

SGM Breastfeeding at SPA-open topic

alhamdulillah, tadi selesai sudah sessi SGM bersama-sama dengan ibu-ibu dan bakal ibu (ada yang hadir belum berkahwin pun dan dah kawin tapi belum ada anak). Kali ini ummi dijemput oleh Along Azrina, untuk bantu beliau conduct one session di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Walau pun dihadiri hanya 5 orang sahaja, tapi ia cukup bermakna. Ummi juga lebih prefer group yang kecil supaya fokus lebih dan semua orang ada peluang untuk menyatakan pendapat dan berkongsi pengalaman. Memandangkan Along kata, mereka ini sebenarnya memang bersemangat untuk menyusukan tetapi tiada sokongan dan kebanyakannya ada masalah tertentu yang hampir2 membuatkan mereka give up untuk meneruskan penyusuan.


Salah seorang ibu yang bayinya baru 3 bulan tetapi mengalami masalah kemeruduman susu. Menurut beliau, keadaan ini berlaku selepas beliau mengambil suntikan pencegah kehamilan di klinik desa di kampungnya. Beliau inginkan kepastian sama ada suntikan tersebut benar-benar penyumbang kepada faktor kemeruduman yang dihadapi. Di sini, peranan ummi adalah memberikan fakta sebenar tentang kesan-kesan penggunaan kaedah perancangan keluarga. Pada asasnya, suntikan tidak akan mengganggu penyusuan, tetapi ummi cadangkan beliau berjumpa dan consult doktor atau nurse klinik untuk memastikan sama ada benar atau tidak, kesan suntikan tersebut memberi tindak balas negatif untuk penyusuannya. Di sini, ummi perlu tahu had batasan ummi sebagai peer counselor kerana apabila sesuatu yang melibatkan medical, kita hanya boleh memberi asasnya dan untuk kepastian perlulah dirujuk kepada doktor atau nurse yang lebih arif di bidang tersebut. Ini kerana penerimaan sesuatu kaedah perancangan keluarga adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain.


Halangan lain, seorang ibu kepada seorang anak yang ingin tahu persediaan awal untuk menyusukan anak keduanya. Beliau sedang mengandung 5 bulan dan bernekad untuk menyusukan bayinya selepas lahir. Menyentuh soal pemilihan breastpump yang tepat dan bersesuaian dengan dirinya. Beliau terus bertanya bagaimana review pengguna spectra 3. Apa yang ummi boleh suggest adalah, pemilihan sesuatu breastpump bukan bergantung kepada mahal murahnya pam tersebut, tetapi kepada bagaimana ia bersesuaian dengan diri. Untuk mencapai titik keserasian itu juga perlu bermula dengan sessi berkenalan dengan pam. adakalanya memakan masa berhari2 dan berminggu2 untuk serasi dengan rentak pengepaman kita. Ummi cadangkan pilih pam yang dual pump untuk mempercepatkan terhasilnya let down reflex yang mana bila let down susu yang pekat lemak berkrim akan terhasil dengan banyaknya. Tetapi ingatan dan pesanan juga diberi bahawa sekiranya tiada sessi pengepaman yang konsisten dan berjadual, tiada gunanya berhabis duit beratus.


Apa yang penting, semangat dan niat sahaja tidak memadai. Untuk menjayakan penyusuan ini, ia perlu diiringi dengan usaha dan akhir sekali tawakal. Doa adalah senjata mukmin. Maka selalulah berdoa agar perjalanan penyusuan dipermudahkan. Walaupun sessi SGM tadi berjalan hampir sejam 15 minit tapi memang tidak terasa lama pun. Banyak lagi persoalan2 yang mereka ingin tanya tapi belum sempat. Mereka mahukan sessi2 yang lain pada masa akan datang. Insya-Allah, ummi akan cuba membantu mereka-mereka ini walaupun tidak secara face to face...mungkin dalam email atau thru phone. Plan kami kalau ada rezeki mungkin akan bertemu ibu-ibu di Jabatan Kerja Raya pula.


Walaupun penat sikit berkejar2 masuk ofis sebab kena bertugas dikaunter, tapi sedikit pun tiada rasa kekesalan. Rasa puas sepanjang hari. Ummi harap usaha ini tidak berhenti di sini sahaja. Ada masa insya-Allah kita jumpa lagi.

Friday, May 27, 2011

Sekalung Tahniah Kerana Berjaya Mengatasi Cabaran Untuk Menyusukan!!!!

Entry ini ditulis khas untuk kak tie untuk entry nya bertajuk alkisah breastfeeding yang telah menyentuh perasaan ummi. jelas sekali kak tie telah mencuba sedaya upaya untuk menjayakan penyusuan kak tie kali ini. tapi ingin ummi betulkan pernyataan GAGAL itu, kak tie tak gagal...tiada istilah gagal dalam menjayakan misi penyusuan ini, ini adalah sebuah perjalanan..di mana tiada gagal dan berjaya...apa yg penting, kak tie telah berjaya mematahkan halangan2 dan cabaran yang datang dari semua segi. itulah kejayaan kak tie sebenarnya. Ketahuilah kak tie, kak tie bukan hanya perlu berbangga dengan ibu di luar sana yang menyusukan anak secara eksklusif tetapi kak tie sepatutnya berbangga dengan diri sendiri kerana telah berjaya dalam cubaan untuk menyusukan anak sendiri walaupun pernah melalui saat getir sewaktu menyusukan anak2 yang terdahulu. betul kata orang, pengalaman mengajar kita..ummi juga bersyukur dengan pengalaman menyusukan zhafran yang hanya untuk beberapa bulan benar2 memberi impak yang mendalam untuk ummi lebih gigih, disiplin dan tekad untuk menyusukan afnan selama mana yang boleh.


Tidak perlu untuk meletakkan sasaran yang terlalu besar, biarlah bermula sedikit demi sedikit supaya perjalanan penyusuan kita tidak diganggu dengan sebarang tekanan. Bila tekanan tiada, maka ia berjalan dengan tanpa paksaan dan kita lebih menghargainya. Hargai setiap detik kita menyusukan anak yang kita kandung selama 9 bulan,anak yang kita lahirkan dan anak yang kita nantikan selama ini. Ya, memang banyak cabaran untuk penyusuan ini. Ia adalah sesuatu yang normal, bila bayi yang baru lahir demand nya tinggi sehingga boleh menimbulkan salah faham orang disekitar kita bahawa bayi kita lapar dan tidak cukup susu. Sebenarnya, bayi ini perlukan masa untuk adapt sekeliling yang terlalu asing buatnya. Percayalah, dampingan bayi dengan kita dari sehari ke sehari akan berubah mengikut kepada pertambahan usia. Kadangkala, bukan menyusu yang mereka mahukan, tetapi lebih kepada keselesaan bila berada dekat dengan ibunya. Nikmatilah saat-saat indah bermanja dengan mereka sekrang ini, kerana bila mereka sudah tidak lagi spt sekarang, pasti kita akan rasa satu kepincangan dan kehilangan. Ummi hampir2 merasainya sekarang, bila afnan sudah mula tunjuk tanda2 mahu wean off totally dari ummi. Ianya jadi sesuatu yang sukar untuk diterima, apatahlagi bila si ummi nya yang belum bersedia untuk berpisah...


Apa ukuran kita sebenarnya bila kita merasakan bayi tidak cukup susu?..kerana dia kerap minta disusukan? atau kerap menangis? atau kerap menyusu lama seperti tidak kenyang2?...Ini bukanlah tanda2 menunjukkan susu tidak cukup. Tetapi kerap lihat outputnya. contohnya, sama ada beratnya naik ok, bagaimana dengan pembuangan najis dan air kencing sekiranya kita dapati diapers sering kering mungkin intake nya perlu ditambah, tetapi bukan di tambah dengan susu formula, tetapi dengan kekerapan breastfeeding. Apa yang perlu diingat, supply amat bergantung kepada demand. Bila kita mula selang kan penyusuan dengan susu formula, ia akan menurunkan peratusan demand secara automatik ia akan hantar signal ke otak untuk tidak menghasilkan susu dengan lebih banyak. Prinsip pengosongan payu dara tidak kira dari penyusuan terus atau pengepaman amat penting. Jangan sesekali tunggu payudara penuh baru mulakan pengepaman, ini kerana apabila payudara kita penuh dengan susu, jika tidak dikeluarkan susu baru tidak dapat dihasilkan dan kesan jangka panjang yang paling ditakuti bila production susu akan menurun. ini telah terbukti dengan kajian2 yang telah dijalankan ke atas ibu2.


Kak tie boleh mulakan pengepaman sekarang untuk mengumpul stok utk bekalan selepas kembali bekerja. Ummi dulu pun sudah lambat lagi 2 minggu naik kerja baru kelam kabut mengepam...alhamdulillah masih mampu bertahan. Ummi cerita pengalaman ummi bukan untuk memaksa kak tie untuk ikut seperti saya tetapi mahu memberi sedikit sinar dan harapan kepada kak tie supaya tidak mudah menyerah kalah, perjalanan penyusuan kak tie baru sahaja bermula. Simpan tekad, insya-Allah pasti boleh. Jalan terakhir setelah berusaha, sentiasa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan ini sehingga akhirnya.


Ummi berbangga mempunyai kawan2 yang mempunyai minat, niat dan menyokong penyusuan susu ibu ini. dan ummi tidak pernah berhenti untuk memberi sokongan kepada ibu-ibu di luar sana..Kerana mereka semua tidak boleh bersendiri, mereka perlukan sokongan...Kak tie, ummi dulu pun tidak pernah diberi sebarang sokongan walaupun dari suami sendiri, tetapi ummi tetap dengan niat dan semangat..alhamdulillah, menukarkan persepsi suami terhadap breastfeeding. Ummi bersyukur...


Ummi berbangga dengan Kak tie...teruskan perjalanan penyusuan ini sehingga setakat mana yang mampu...tiada istilah gagal,....USAHA + SEMANGAT + DOA = PASTI BOLEH!

Saturday, April 23, 2011

Mitos Penyusuan

Ummi nak share Mitos Penyusuan. Jom kita tengok satu persatu:-

Mitos 1

Sesetengah susu formula lebih baik daripada susu ibu kerana susu formula mempunyai vitamin tambahan dan zat besi

Fakta:


  • susu ibu tidak boleh ditiru

  • sesetengah vitamin tambahan dan zat besi di dalam susu formula boleh mendatangkan bahaya kepada bayi

Mitos 2

Bayi yang menyusu susu ibu hendaklah disusukan berdasarkan jadual yang sama dengan bayi yang menyusu formula

Fakta:


  • susu ibu sedia untuk dihadam

  • penyusuan susu ibu memenuhi keperluan emosi bayi dan juga keperluan nutrisinya

Friday, April 22, 2011

Info tentang Penyusuan

Ada beberapa info yang ummi dapat daripada Bengkel MBfPC baru2 ni. Antaranya:-

Persoalan Pertama

Sama ada expressed breast milk boleh diberikan kepada bayi untuk diminum sekiranya ibu/bayi dijangkiti thrush?

sebelum itu, mari kita lihat apa itu trush?

Source of Article : www.babycenter.com

What is it?

Thrush is a common and harmless yeast infection in a baby's mouth that can affect your nipples during breastfeeding. Yeast is a normal part of everyone's digestive system, but when there's an overgrowth, an infection sets in.

Many infants first come in contact with yeast as they travel down the birth canal (you can have a vaginal yeast infection during pregnancy and not be aware of it). After your baby is born, or during labor and delivery, antibiotics taken by you or your baby can trigger a case of thrush. That's because antibiotics, which get into your breast milk, kill off "good" bacteria that keep yeast in check.

So, for example, a baby delivered by c-section can develop a yeast infection if his mother is given antibiotics right after surgery. Similarly, antibiotics given to moms during labor for group B strep can also set the stage for an infection.

Your baby can pass thrush on to you, so it's important to seek treatment for yourself and your baby at the same time. Otherwise, you may pass the infection back and forth.

Sometimes it's hard to pinpoint any one cause of thrush. Some women and babies are simply more susceptible than others to yeast. It thrives in warm, moist, sugary environments, and that's exactly what your baby's mouth and your nipples provide during nursing.

Some common signs of a yeast infection in nursing mothers are:

  • itchy, pink, red, shiny, or burning nipples (may be cracked) (Note that pink, tender nipples can also be a sign of a bacterial infection, or dermatitis, which should be diagnosed and treated by a dermatologist.)
  • deep, shooting breast pain during or after feedings
  • a vaginal yeast infection

Most young babies have symptoms, but older babies might not. Those who do may:
  • have white patches on the inside of the lips and cheeks that look like cottage cheese and aren't easily washed off. If you notice a white coating on your baby's tongue but nowhere else, it's probably just milk residue.
  • cry when nursing or sucking on a pacifier or bottle. The white patches mentioned above may be painful and make feeding uncomfortable if the infection is severe.
  • have raised, patchy bright or dark red diaper rash with distinct borders. Small, red spots frequently appear around the edges of the main rash. The affected area is red and may be tender or painful, and the rash can creep into the folds of skin around your child's genitals and legs. It almost never appears on the buttocks.
untuk kefahaman yang lebih mudah, thrush ini terjadi di dalam bahagian mulut bayi dan boleh berjangkit kepada breast/nipple ibu. ia berbentuk putih-putih berada disekitar dalam mulut bayi.

Persoalan sama ada selamat atau tidak ebm dari si ibu yg dijangkiti thrush ini untuk diminum oleh bayinya. Jawapannya:

1) Susu yang baru diperah (fresh) boleh diberikan kepada bayi DENGAN SYARAT ibu sedang dalam rawatan (on medication)

2) Ebm yang dibekukan tidak digalakkan untuk diberikan kepada bayi kerana ebm tersebut ditakuti contaminated dengan yeast yang datangnya daripada thrush.


Persoalan Kedua

How long colostrum will last?

Colostrum biasanya akan keluar bergantung kepada badan si ibu. Ada yang terus keluar dan ada juga memakan masa berhari2. Walau bagaimanapun, colostrum berakhir 2 hingga 4 hari sejurus selepas ia keluar untuk kali pertama.

Persoalan Ke tiga

Bagaimana untuk mengenal pasti Nursing Strike?

Apa itu Nursing Strike?

Source of Article : kellymom.com

Nursing Strikes

When babies abruptly stop nursing, it's a nursing strike - not weaning. Babies rarely wean on their own before 18-24 months, and self-weaning is almost never abrupt.

Will baby nurse while asleep or just waking up? This is usually one of the best times to try. You also might try nursing lying down or while walking around. See also the tips at the top of this page for persuading baby to nurse.

As long as baby is not nursing as often as before, you'll want to express milk to maintain your supply, stay comfortable, and reduce the risk of plugged ducts and mastitis.

Mengikut text book Womenly Art of Breastfeeding nursing strike berlaku bila bayi tiba-tiba enggan menyusu secara terus daripada ibunya. ia berkemungkinan berlaku atas faktor-faktor berikut:

1) susu si ibu berubah rasa contohnya si ibu mengandung. Kerana susu ibu mengandung, rasanya mengikut kajian bertukar rasa;

2) bila berlaku perpisahan lama antara si ibu dan bayi. Bayi seakan merajuk dan ia memerlukan masa dan menuntut kesabaran untuk ibu memujuk bayi untuk kembali menyusu seperti biasa.

3) juga boleh berlaku bila bau si ibu bertukar. contohnya si ibu bertukar perfume, bau si ibu yang asal telah tiada. ini juga boleh menyumbang kepada keadaan ini;

4) bila bayi mahu tumbuh gigi atau sakit. bayi mungkin tiba-tiba tidak mahu menyusu terus dari ibunya. ini bukan memberi tanda bayi sudah mahu wean off dari ibunya;

5) bila si ibu lambat pulang kerja. bila si ibu biasanya pulang kerja pukul 6.00 petang. tetapi ada satu hari ibu terpaksa pulang selepas pukul 8.00 malam. jika keadaan ini berulang, bayi mungkin merajuk dan tidak mahu menyusu terus dari ibunya;

6) adakalanya, bila bayi mula menggigit nipple ibunya dan ibunya memarahi si bayi. bayi mungkin merajuk apabila dimarahi. ini antara sebab menyumbang kepada berlakunya nursing strike.

Cukupla untuk kali ini. Next entry ummi akan share myths regarding penyusuan dan kenyataan yang salah tetapi dianggap betul oleh ibu-ibu.

Tunggu ya!

Thursday, April 21, 2011

Bukan Senang..

Ummi saja nak kongsikan serba sedikit apa yang ummi dapat daripada Bengkel MBfPC yang ummi hadiri baru-baru ini. Apa yang ummi boleh simpulkan ialah Bukan Senang...Ya, memang bukan senang rupanya nak jadi Peer Counselor untuk penyusuan ini. Dulu ummi selalu pikir, ala cakap je lah based on experience kan, tak le susah mana...NO NO NO..tak semudah itu rupanya. banyak guidelines yang perlu dipatuhi. Kata2 yang perlu ditapis dahulu. Meh ummi senaraikan Do's and Don'ts sebagai Peer Counselor:-

Do's

1) Fahami dan selami perasaan si ibu (affirm the feeling) kerana tidak semua ibu melalui breastfeeding journey semudah ABC;

2) Respect keputusan ibu sama ada mahu teruskan penyusuan atau berhentikan penyusuan. Tugas seorang PC bukan lah sebagai decision maker tetapi sebagai pembantu ibu-ibu membuat keputusan;

3) Be a good listener. Fahami situasi yang dihadapi ibu, cabaran-cabaran yang dihadapi sebelum mencadangkan apa2 cadangan untuk si ibu overcome cabaran dan halangan yang dihadapi;

4) Know our limitation. Kita sebagai PC bukan pakar di bidang kesihatan. Doktor, Nurse dan Pakar Kesihatan punya role di sini. Ada kalanya cabaran yang dihadapi perlu dirujuk kepada mereka ini. Maka kita kena tahu limitation kita;

5) Sentiasa betulkan niat untuk membantu ibu-ibu dan menjadi penyokong kala ibu menghadapi cabaran. Pastikan mereka tidak berasa keseorangan.

Don'ts

1) Jangan sesekali membuat presumption terlalu awal dengan ibu-ibu yang bermasalah untuk meneruskan penyusuan. Dengar dahulu cabaran si ibu sehingga selesai;

2) Jangan bercakap sesuatu cadangan based on experience sendiri. Ini bagi mengelakkan si ibu bergantung harap keputusan baik merujuk kepada experience yang kita ada. Jika result si ibu menjadi sebaliknya, maka satu tanggapan akan wujud dalam diri si ibu. Hilanglah keyakinan si ibu untuk meneruskan penyusuan;

3) Jangan sesekali mempromosikan sesuatu pam melalui modelnya. Mulakan cadangan dengan cara perahan mermet technique, mudah, ringkas, murah dan tidak menyakitkan. Beri cadangan pam mengikut kesesuaian si ibu mengikut situasi dan keperluannya, bukan bergantung kepada jenis pam.

4) Tidak boleh menerima sebarang bentuk bayaran. ini kerana apa yang diperjuangkan dalam memberi sokongan berbentuk percuma. Nama pun Sukarelawan kan....:)

Inilah antara perkara yang boleh dan perlu dijauhi untuk seorang yg bergelar PC. untuk ibu-ibu diluar sana, jgn rasa kecewa dan rasa gagal bila kita tidak dapat menyusukan bayi selepas segala usaha telah dibuat. Penyusuan ini merupakan satu perjalanan, it is a journey. Tiada istilah gagal dalam penyusuan. Apa yang kita usahakan adalah yang terbaik untuk anak-anak kita. Banyak input yang ummi dapat semasa kursus. Mungkin pada entry akan datang, ummi akan kupas sedikit demi sedikit ilmu supaya dapat menjadi panduan kepada ummi dan ibu-ibu lain yang ummi sayangi di luar sana. Doakan apa yang ummi usahakan ini diberkati dan dilindungi Allah. Semoga Allah permudahkan niat yang murni ini. Amin....

Wednesday, April 6, 2011

Bengkel?....

tajuk entry kali ini mempunyai persoalan...banyak betul bengkel dan kursus berkenaan kerja ummi syang berkaitan undang-undang tahun ini..makanya ummi memerlukan satu bengkel yang lari sikit dari tugas hakiki iaitu...
.....

...

...

..

...

..

.

Bengkel MBfPC yang akan diadakan selama 4 hari tetapi tidak berturut-turut (9&10, 16&17hb April)


dah lama ingin join bengkel ini tapi kali ini bernasib baik dipilih untuk turut serta (setelah melalui proses jawab-menjawab soalan hati-ke hati..). rasanya semua kat sini dah tahu ummi terlalu cintakan dunia penyusuan ini. ummi dah buktikan ummi mampu menyusukan afnan selama 2 tahun. inilah masa nya untuk ummi menyumbangkan sesuatu untuk ibu-ibu di luar sana...tanggungjawab sosial jgn dilupakan..bantu membantu, kongsi berkongsi, sokong menyokong. bukan upah yang dipandang tapi lebih kepada kepuasan diri sendiri. tak dapat nak bayangkan apa modul yang akan ummi lalui nanti, nasib baik ada kawan seofis yang turut serta..at least ada rujukan teman mengadu..hehehhe..


penat akan dijangkakan sebab habis 9&10 April bengkel, ummi akan attend bengkel gubalan undang-undang pula di PD dari 11-13 April. rehat 2 hari sambung balik 16&17. moga2 pengorbanan masa ini berbaloi...amin.


doakan ummi dan kawan ummi ini berjaya ye..kalau ada rezeki bolehlah kami realisasikan impian kami untuk anjurkan satu program sokongan ibu ke ibu di ofis kami di bawah anjuran Puspanita. semoga impian kami berdua ini direstui Allah dan dipermudahkan. amin...will update more about this later!

Wednesday, March 30, 2011

Dulu & Sekarang

Just nak share apa yang ummi lalui untuk perjalanan penyusuan ummi ketika ini. Perubahan demi perubahan yang ketara jika dibandingkan dengan suatu ketika dulu dan semasa...banyak betul perubahan. mungkin sebab hormon prolaktin yang semakin mengurang, demand afnan pun dah semakin kurang, pengepaman yang tidak konsisten dan tidak disiplin menyumbang kepada kemerosotan pengeluaran hasil tuaian ummi sekarang ini. walau bagaimanapun, ini memberi lebih semangat kepada ummi untuk lebih kerap kosongkan breast untuk up kan balik production. mujur juga afnan masih nak minum frozen ebm..terima kasih sayang kerana memahami ummi ketika ummi dilanda badai begini.; tanpa kerjasama dari sayang, mungkin ummi tak sekental ini. doakan agar ummi tegar mengepam sehingga ke titisan terakhir...

dulu....one session:) masya-Allah



alhamdulillah:)





kini...sekali pump hanya 1-2 oz sahaja, juga alhamdulillah. masih ada rezeki untuk afnan:)




semoga ikatan ini tidak terlerai walaupun sekiranya khidmat ini terhenti. sedih:(!

Tuesday, March 1, 2011

Perlukah amik milk booster?

Ummi terpanggil untuk bangun awal pagi pukul 4.30 untuk menulis entry ini kerana rasa tidak senang duduk selagi tidak mengupas isu ini dengan panjang lebar. Sebenarnya ini adalah persoalan yang diajukan oleh seorang isteri kepada kenalan husband ummi yang sekarang ni dah jadi kawan ummi, lin. kami banyak persamaan dan yang paling ketara adalah kami mempunyai 2 anak hero:)
Persoalan
zulie, sekarang susu badan kita macam nak kurang la, sekali pam dapat 2oz je. awal2 dulu leh dapat 5oz, makan apa ye nak bg byk susu?
untuk ini ummi jawab dengan melihat kondisi si ibu dan si baby. lin, sekrg ni lin masih di rumah dan attach dengan baby. so mengepam selepas kita menyusu memang selalunya akan dapat kurang, tidak seperti kita di ofis atau di mana2 tanpa menyusukan. ia adalah keadaan normal. untuk pengetahuan lin, zulie dulu pun alami keadaan yang sama. lebih menyedihkan kadangkala tiada apa yang keluar, hanya angin saja, lin mungkin tak alami ini bukan?.sebenarnya, kita mengepam kerap, selain tujuan utama untuk kumpulkan stok ebm bagi digunakan time emergency, ia berperanan untuk memberi signal ke otak untuk kita lebih banyak hasilkan susu untuk si comel kita, regardless la dapat banyak atau sikit. prinsip yang perlu kita ingat, lagi kerap kita kosongkan breast. lagi banyak susu boleh dihasilkan. Masalah yang paling utama, untuk kita ini ialah kita CEPAT GIVE UP. Kenapa zulie cakap macam tu , sebabnya, kita selalu meletakkan target pada output setiap sessi pengepaman kita, sebenarnya itu silap. bila ketikanya kita kerap mendapat output yang kurang, kita mula rasa, ooo...susu kita dah kurang, kena top up susu formula ni. sian baby tak cukup susu....tapi itu bukan penyelesaiannya. dengan top up susu formula, ia sekali lagi menghantar signal ke otak, bahawa, susu baru yang cukup untuk keperluan baby tak perlu dihasilkan, so end up dengan susu makin berkurangan. kerapkan mengepam dan menyusukan secara direct.

mari zulie share apa yang zulie buat ketika zulie juga mengalami situasi ini. zulie selalunya akan bangun malam 2-3 kali based on berapa kali baby menyusu. pattern baby menyusu malam ini, dia akan berubah2...zulie akan mengepam setiap kali habis menyusu. pagi adalah masa terbaik untuk mengepam, kerana waktu ini hormon prolaktin kita tinggi. berapa oz sekalipun zulie akan simpan..untuk 2-3 kali mengepam selepas penyusuan itu, ummi akan kumpulkan dan bekukan. ada masanya baby akan kurang menyusu seperti biasa pada malam hari, ini masa yang ditunggu untuk kita gantikan dengan mengepam, waktu ini susu memang banyak. dan jgn sesekali fikir, susu kita tak ada selepas mengepam, takut nanti baby nak menyusu dah tak de susu. susu tetap ada, ingat ye! zulie start mengepam pun agak lewat, tp itu bukan bermakna kita sudah gagal. yg penting istiqomah (maintain) dengan sessi pengepaman dan juga yang paling penting direct nursing. bby zulie memang kuat menyusu, tak tahula anak lin, bagaimana, untuk share dnegan lin, zulie bangun 7-8 kali menyusu afnan semasa zulie berpantang. kekerapan penyusuan si baby ini adalah tanda yang baik bukan bermakna baby tidak kenyang. susu ibu adalah susu yang mudah dihadam, sebab itulah , baby cepat lapar. jika dibandingkan susu formula, baby akan tidur lama, sebenarnya si baby ini sedang bertungkus lumus menghadamkan sesuatu yang asing di dalam perutnya...

bila kita sudah mengepam dan nursing dnegan kerap, kita berubah ke bab makanan. sebenarnya milk booster ini subjektif. sebab ia melihat kepada kesesuaian badan si pemakannya. tak semestinya apa yg zulie mkn dan hasilnya byk susu, dan lin juga makan akan dpt hasil yg sama... kena try dan rasakan hasilnya. zulie boleh senaraikan makanan milk booster zulie ye. antaranya:

1) buah longan;
2) kacang tanah,
3) cheese.
4) halba- tak kisahla yg dah dimasukkan ke dalam kari ke, atau terus ditelan. atau di panggil fenugreek.
5) kobis masak lemak,
6) bayam;
7)ikan bilis;
8) cekur manis masak lemak.

ini antara mknan yg zulie tahu boleh menambah susu selepas makan benda2 ni...sebelum tu tak tahu ia boleh menambahkan susu...ibu2 digalakkan untuk makan smua jenis makanan dan tidak tertumpu kepada makanan penambah susu sahaja. sebab yang paling penting kita dpat hasilkan susu yang terbaik..perlulah juga dari sumber yang terbaik. zulie amalkan pengambilan kalsium dn obimin for lactating mother. alhamdulillah growth afnan cantik dan just nice..awal2 memang org semua kata gemuk dan disamakan dngan ayahnya.. then bila dia dah lasak sibuk nak berjalan, gradually dia berubah menjadi umminya yang slim..hehheheh:) of course coz he is my boy!

selepas setahun atau dekat2 setahun, zulie baru try pil fenugreek. kadangkala berhasil kadangkala biasa2 saje. untuk lin, yang masih baru ini, rasanya belum perlu. sebab hormon masih tinggi, demand pun masih banyak..bila demand tinggi, supply akan automatic follows. antara sebab susu zulie maintain sampai sekarang adalah sebab demand afnan tinggi, bagus jugak sebab dia bagi semangat pada umminya untk lebih banyak hasilkan susu. Air memang kena banyak minum. Zulie minum air masak lebih kurang 4 liter sehari, memang leceh sikit sebab perlu ke tandas kerap, tapi dengan pengambilan air yang banyak dapat menampung cecair yang hilang bila kita menyusukan si kecil. zulie dulu berpantang minum ais sehingga lebih setahun. Secara sainsnya tak dapat zulie pastikan sama ada ais boleh mengurangkan susu ke tak. tapi untuk membenarkan urat2 dan organ perempuan kita pulih spenuhnya, rasa berdosa pula sekirnya zulie ambil makanan yang boleh melambatkan proses pemulihan itu.
selepas baby setahun setengah, zulie mula consume shaklee utk penyusuan. hasilnya cukup baik susu pekat dan berlikat, nak kata bnayak tu, awal2 memang banyak. plus baby kurang menyusu...sekali pam boleh dapat 10oz..memang meriah. kulit kita tak berminyak, tiada lagi masalah keputihan, jarang sakit sebab ada multivitamin dan vit c. memang suggest untuk ambil ini. sebab dia menyumbang kepada kesihatan si ibu dan juga si baby.. dua2 dapat benefit. sampai sekarang zulie mash cnsume shaklee..
ok lin, rasa panjang lebar kan penerangan. sebab tu rasa macam tak cukup je dengan sms. harap ada benda yang belum ter cover dalam penerangan di atas, lin tanya la lagi ye. zulie bukanlah seorang perunding laktasi (walaupun ada cita2 ke arah itu) atau peer councillor, tapi atas dasar zulie juga seorang ibu yang pernah menyusukan, terpanggil untuk membantu ibu2 lain di luar sana. jgn stress2 riangkan hati banyakkan berdoa, semoga Allah permudahkan urusan ini. insya-Allah:)
Happy Breastfeeding!



Sunday, February 27, 2011

SGM at moms basic Sg Buloh

alhamdulillah tadi ummi dengan jayanya dan cekal hatinya walaupun suami tidak dapat bersama, dapat juga ummi menghadiri group meeting kali ini. walaupun jauh sikit tapi sebab topik nya yg best sebab bertepatan sekali dengan penyusuan ummi yang dilalui dengan segala macam manis dan pahit-Smooth Sailing Breastfeeding Journey. terima kasih tak terhingga untuk adindaku Azmal Khuzairi kerana sanggup pagi2 bangun sebab nak menemani kakak mu ini yang nak menimba ilmu:) maklumlah ummi terpaksa angkut kedua2 hero ummi yang lasak ke sana..seseorang ummi perlukan untuk keep an eye for my boys!

terima kasih juga kepada Ziemah, rakan sekerja ku yang tak lokek kongsi berita pasal SGM ini,,kalau tak mungkin ummi tak berkesempatan nak menghadirinya...kawan2 yg ummi jumpa semuanya baik2 dan mempunyai pengalaman yg cukup luas..banyak yg ummi dapat pelajari daripada mereka2 ini yg tak lokek ilmu dan pengalaman. Sebelum ini, ummi pernah ditanya berhubung masalah inverted nipple.disebabkan ummi tak pernah mengalaminya, ummi tidak dapt menjawab soalan rakan ummi, Kak Tie kerana dia kali ini untuk anak ke4 ini beliau memasang niat murni untuk menyusukan tetapi mempunyai masalah yg ummi sebutkan di atas. ruang dan peluang tadi ummi gunakan sebaik mungkin untuk dapatkan pengalaman ibu2 yg pernah mengalaminya dan yg paling penting belajar cara2 mengatasinya. antara yang disarankan adalah :

1) sewaktu pantang, urut dan gentel nipple dan tarik2 kan keluar nipple;

2) selepas bersalin, antara petua nak menyusukan baby ialah dengan mengepam dahulu dan apabila mula let down suakan kepada baby;

3) mengikut mereka, ada alat yang membantu untuk masalah nipple ini, cntohnya, picagari yang diubah suai untuk mengepam tapi bukan tujuan mengeluarkan susu, tetapi lebih kepada membuatkan nipple timbul dan tidak tenggelam,...selain alat itu, ada lagi alat lain yg membantu yg ada di jual di pasaran.

bak kata orang..di mana ada kemahuan di situ ada jalan. tadi kami dibahagikan kepada 3 kumpulan.; 1) cabaran semasa pregnant 2) cabaran semasa berpantang dan 3) cabaran di tempat kerja-selepas bekerja. ummi masuk group ke 2..apa yang ummi dapat simpulkan kesemua cabaran ini boleh di atasi dengan hanya 2 benda iaitu:

1) ilmu; dan

2) keyakinan.

sekiranya 2 benda ini tiada dalam diri si ibu, maka semuanya akan musnah. akhir sekali tawakal dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan nya yang satu ini. di akhir discussion ada presentation setiap wakil kumpulan.. dan diakhiri dengan makan pot luck yang dibawa...seronok pula sekali sekala picnic bersama anak2 di dalam kedai moms basic ini,,:) ummi sempat juga memasak spagetti untuk di bawa bersama. mereka semua tanya resepi.. insya-Allah akan dikongsi bersama dalam entry yg akan datang. alhamdulillah anak2 juga tidak buat perangai sangat, tapi ada juga ketikanya Zhafran buat Adam anak kawan ummi Ziemah...sian Adam..sorry ye,,abg Zhafran ini memang tak boleh mengalah..dengan adik sendiri pun dia balun..:)

Antara gambar yg diambil sepanjang SGM berjalan untuk tatapan kawan2....

along azrina in action...gambo blur la pulak...

ziemah pula tunjuk skil presentation..i like:)

conclusion dari tuan rumah, nuha..thanks beri peluang kepada kami ibu2 menyusu ini berkongsi ilmu:)

muka budak baik yg buat hal sendiri..love you sayang!

lily, kawan yg ummi baru kenal tapi cukup peramah..kumpulan ummi la nie

ummi dan ziemah plan nak buat SGM di ofis kami bagi membantu rakan2 kami di ofis...kalau bukan kami yang menggeraknya...nak tunggu bila dan siapa ye tak?..so, ziemah apa plan kita selepas ini ?:)

Wednesday, February 23, 2011

target 2 tahun tercapai

pertamanya ummi melafazkan setinggi2 kesyukuran kerana Allah memberi nikmat dan dengan limpah kurnianya dapatlah ummi melengkapkan tempoh penyusuan afnan. Ya betul, afnan menyambut hari lahirnya hari ini genap 2 tahun. tak terkata perasaan ini. segala penat lelah pengorbanan masa dan tenaga dalam menjayakan misi 2 tahun terbalas bila terpandang wajah kecil yg sentiasa bermain di fikiran ummi, walaupun antara kita pernah berjauhan. Jauh di sudut hati ummi, rasa seakan tidak merelakan afnan untuk melupakan bonding yg sekian lama terjalin. dan ummi juga tahu afnan juga masih belum bersedia untuk bercerai kasih yang satu2 nya ini. Ummi telah berbincang dengan ayah, dan kami bersetuju untuk meneruskan penyusuan ini selama mana afnan perlukan, biarlah masa yang menentukan, dan biarlah afnan yang menentukan.

Kali ini mungkin entry ini agak panjang lebar. di forum inilah ummi ingin luahkan segalanya. ummi menulis hanya untuk ingatan ummi dan anak2 ummi sekiranya kalian semua sudah boleh membaca dan menghargai nya. rasa sebak juga bila setiap kali terpandang wajah anak2 bila mereka sudah lena dibuai mimpi, selalu bermain di fikiran, sempatkah ummi melihat mereka membesar di depan mata, bagaimana mereka sekiranya ummi yang pergi dulu, ayah pernah kata kalau ummi yang pergi dulu, punahlah hidupnya, ayah kena ingat,,ayah kena kuat,..ada atau tidak adanya ummi bukanlah penentu segalanya. ayah kena kuat untuk anak2 kita..ingat janji kita..insya-Allah Allah akan permudahkan segala urusan hamba-Nya yang tak alpa kepadaNya.

Sejarah Kelahiran Afnan

2 tahun yg lepas pada saat ini juga, ummi sedang melawan kesakitan untuk melahirkan seorang bayi kecil yg tulus rupanya. pengalaman melahirkan afnan di pagi hari lebih kurang pukul 4 pagi tatkala yang lain sdang lena diulit mimpi benar2 meninggalkan kesan di ingatan. setelah mengharung segala kesakitan lahirlah seorang yang bernama Ahmad Afnan Hamimi, nama pilihan ayah sepenuhnya tanpa kacau ganggu dari ummi...ummi beri peluang sepenuhnya kepada ayah.. ayah pilih nama ini sebab nama ini dimiliki oleh seorang anak kepada imam besar masjid negara suatu ketika dulu. ditelek2 maksudnya yang baik, sebutannya pun tidak kebaratan, ejaan nya pun yang senang....maka tercatatlah nama indah itu di atas sekeping kertas sijil pendaftaran kelahiran.

ini beberapa saat afnan sejurus selepas keluar dari perut ummi
Harapan Menggunung

apa yang diharapkan oleh ummi dan ayah, besarnya afnan menjadi seperti insan yang terlbih dulu memiliki nama itu. ummi dan ayah harap suatu hari nanti afnan boleh jadi seorang tahfiz yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. mungkin tinggi sangat harapannya..tapi itulah dia harapan seorang ummi dan ayah...ya kiranya masih ada lagi rancangan Imam Muda, ummi dan ayah mahu adik jadi juara Imam Muda..musim ke berapa pula ye pada ketika itu...:). bercakap tentang perkembangan minda dan fizikal..afnan membesar seperti kanak2 lain di luar sana. terlalu banyak yang ummi bangga dengan afnan.. tak mampu ummi tulis di sini..kiranya ditulis mungkin tak habis pula nanti.

Pahit Manis Penyusuan

mari ummi ceritakan pula perjalanan pahit manis penyusuan ummi bersama afnan yang menjadi tonggak kepada kejayaan kami berdua, sekiranya tiada kerjasama yang baik dari afnan, mungkin ia tidak berjaya seperti sekrang. di mana nak dimulakan , ummi pun tidak pasti. apa yang pasti, niat untuk menyusukan afnan sehingga 2 tahun lahir bila ummi gagal untuk melengkapkan penyusuan zhafran, bab ini telah ummi kupas pada entry2 yg lepas. seperti mahu dipadam dari kotak hitam kamus hidup ummi, kegagalan yang tak mampu ummi tebus sehingga sekarang. berakhirlah episod gelap kegagalan tersebut, apabila ummi disahkan hamil lagi, ummi terus cari ilmu sedalam mungkin mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan segala macam kemungkinan.
Afnan lahir

Apabila afnan lahir ummi berpantang di rumah nenek di kg. biasalah, dengan pengalaman ummi yg tak seberapa, nenek semacam tidak menyokong penyusuan, bila melihat sejarah nenek sendri yg gagal menyusukan ke empat2 anak nya walaupun bergelar seorang suri rumah. bukan salah nya 100%, sumber ilmu pun kurang, dengan galakan yang boleh kata tiada. Ummi cuba kuatkan semangat memohon kepada nenek untuk berpantang sendiri. mungkin ada yang kata selfish tapi ummi benar2 mengharapkan kekuatan minda dek tiada sokongan sesiapa ketika itu. ayah juga tidak yakin dengan kemampuan ummi..bagaimana la perasaan ummi ketika itu, cuma ummi saja yang tahu...waktu ini, ummi kuatkan semangat, penat dilupakan, dengan demand afnan yang tinggi kuat menyusu 1-2 jam sekali, ummi mengepam tetapi bukan untuk stok kerana tiada apa yang berbaki, cuma mahu otak menerima signal, bahawa susu baru perlu dihasilkan. tiada stok dapat dibuat sehinggalah hampir 2 minggu ummi perlu kembali bekerja, kala itu, ummi menggelabah untuk mengumpulkan stok..benar pepatah melayu berkata...sikit2 lama2 jadi bukit...ummi bangun malam2 subuh2 kumpul stok untuk pastikan fridge penuh stok susu. akhirnya berkat gigih ummi berjaya kumpulkan hampir 30 bekas susu yang berisi 3oz..mungkin pada orang lain sedikit, tapi waktu itu ummi cukup berbangga.

Naik Kerja

bila naik kerja, afnan ada masalah minum susu thru botol, macam2 puting guna,,akhirnya pengasuh afnan yang rajin itu, perkenalkan puting dr baby dan afnan suka. mula2 memang sikit sangat afnan minum susu..tapi selepas itu intake dia bertambah dari sehari ke sehari dan ada ketikanya capai sehingga 24 oz sehari. mujur jugak demand afnan tinggi, ini sedikit sebanyak memberi semangat dan peringatan kepada ummi jgn mudah leka dan malas untuk mengepam. malam dan subuh mesti pam...alhamdulillah capai misi 6 bulan...ummi teruskan lagi walaupun ada kata2 sumbang mengatakan ummi tak mungkin bertahan..cukup salah kenyataan mereka..ummi capai lagi misi 1 tahun penyusuan. kala ini mulut2 itu terus senyap..pernyataan sinis pula dilontarkan..yelah mana mungkin tubuh ummi yang kecil ini (dan fikirnya breast yang kecil tak mampu hasilkan susu yg banyak) mampu menyusukan anak sehingga 2 tahun. hahahhahh...tawa ini sahaja yang mampu ummi ungkapkan....

Growth Spurt
Afnan kerap kali selang beberapa bulan mengalami ini, ia biasanya berlanjutan sehingga 1-2 minggu, memang sakit sangat bila dia mahu nursing lebih ketika malam, siang pula sebaliknya. tapi itu normal bagi bayi yang menyusu badan. Waktu ini, nak pam selepas menyusu memang menyedihkan, breast pun sentiasa kempis, tapi tak bermakna tiada susu..susu pasti ada...

blocked duct

sepanjang 2 tahun ini lebih 5 kali ummi diserang. memang sakit tapi nk buat mcm mana..usahakan juga untuk keluarkan susu. pernah juga berkunjung ke klinik, tp takut pula nak amik antibiotik takut effect susu....lagi sebln nak capai 2 thn masih experience ini semua..

Pil perancang dan period

ummi ambil keputusan untuk merancang menjarakkan kelahiran bagi memberi peluang kepada afnan untuk merasa susu kurniaan Allah ini. belajar dari pengalaman melahirkan anak dgn jarak yg terlalu dekat, ummi rasa inila cara yg terbaik..niat perlu disertai dengan usaha. kalu sibuk kata tak nak anak tapi tiada usaha ke arah tiu, apa gunanya. alhamdulillah pengambilan norriday tidak sesekali mengganggu produksi susu..bila stress kerja, baru ada sedikit kesan, dan sekiranya cuti yg panjang dan jadual mengepam pun dah lari, ada juga sedikit kesannya.alhamdulillah sehingga ke hari ini, hanya sekali ia datang tu pun ummi tk berapa pasti kerana hadirnya tidak seperti normal period yang biasa. mungkin faktor itu juga, susu ummi masih bertahan sehingga sekarang walaupun tak semeriah dulu sekali pump boleh capai 10oz..sekarang sekali pump hnya dapat separuh..tapi itupun dah lebih dari cukup sebab afnan dan makan macam2...

walaupun dapat macam ini..ummi tetap bersyukur..masih ada rezeki untuk afnan esok hari:)
Black Out

uishhh..yg ini yg letih..benda ini boleh di kira ada dekat 4 kali bekalan elektrik terganggu. kesannya frozen ebm ummi berisiko untuk mencair..ini semua terjadi sejak ummi dan ayah berpindah ke rumah sendiri, maklumlah perumahan baru memang selalu macam tu, belum stabil katanya. alhamdulillah, rumah atok dekat, dan peti ais rumah atok la jadi penyelamat. mujur jugak atok bukan jenis simpan stok barang makan..kalau tak ke mana nak diletak susu afnan tu...hehhhehe


ini saje stok yg tinggal..bahagian bawah tu yg dah expired dah kena buang:( pembaziran yang amat memilukan

Gadjet yang paling disayangi

bagi menjayakan proses penyimpanan susu ummi telah menggunakan 2 jenis pam. bermula dari zhafran lahir ummi telah pun memiliki spectra 3 dan alhamdulillah berkat handling yg cermat, tak pernah rosak walaupun diguna secukup2 nya sehingga umur afnan setahun..selepas itu, ayah dengan mulia hatinya memberi hadiah medela freestyle untuk kes upgrade kepada yg lebih menyenangkan sebab ayah kesian kat ummi terpaksa mengusung beg besar setiap hari, tahu je lah spectra kan gabak sikit, dan yg paling penting mobile...pump everywhere u want..thanks ayah...ayah jarang tunjuk supprt dia untuk bab penyusuan ini, tapi bila dia dengan rela hatinya melabur kepada gadjet yang harganya pun boleh beli seutas rantai emas so, itu bermakna ayah betul2 yakin dnegan kemampuan ummi..dan yang paling best, dia juga pernah menyertai SGM susu ibu bersama-sama ummi...thanks ayah again for this...kejayaan ummi atas sokongan ayah juga....

pump spectra ni amat berjasa dengan ummi untuk kedua- anak ummi...thanks


jasamu dikenang sehingga akhir hayat




hah ini dia budak yang dah umur 2 tahun si manja ummi...x
last but not least, ummi nak wish happy birthday untuk afnan..pagi tadi masa mandi pun dia nyanyi happy birthday untuk diri sendiri..ummi lum ada plan lagi nak celebrate anak-anak ummi punye birthday..insya-Allah ada masa ummi buat...biar kecil tapi meninggalkan memori indah untuk kita ye sayang...ummi harap adik akan menjadi anak yang soleh, bijak, handsome dan dengar kata ummi dan ayah..panjang umur dan murah rezeki...ummi dan ayah sayang adik dan abang...:)

Wednesday, December 29, 2010

No Offer No Reject

hari tuh ada janji nak story mory pasal wean off kan...ok begini citernya, afnan bulan 2 tahun depan yang akan menjelang ni, akan sambut birthday yh ke 2, means dia akan 2 tahun, means jugak menandakan penyusuan ummi sudah mencapai angka 2 tahun juga...alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah memberi rezeki ini, kekuatan, dan semangat ini..kerana tiada 3 benda ini, pasti tempoh penyusuan afnan mungkin sudah terberhenti. dan dalam tempoh 2 tahun ini juga, ummi merancang untuk tidak mempunyai zuriat dalam tempoh itu, satu lagi usaha untuk membenarkan ummi untuk dpt menyusukan afnan menyusu sehingga 2 tahun...kalau tiada usaha melekat jugak kan..hahah ...(belajar dari pengalaman sendiri)

dlam entry lepas ada ummi cerita afnan kurang menyusu di rumah bbster, tapi this week, bbster dia kata dia mula minum banyak seperti dulu2...sekarang nie ummi bekalkan susu fresh-baru-pam-semalam 3 botol, dan 3-4 botol frozen ebm, menurut ujikaji yang telah dijalankan, afnan memang minum dengan lajunya (berselera) tetapi bila minum frozen, agak lambat, tetapi masih habis.plan ummi, since dia nak capat tempoh 2 tahun penyusuan itu, dan cuba cuba menggali ilmu untuk wean off, ummi cuba praktikkan rules NO OFFER NO REJECT.

apa itu??...ia bermaksud, ummi tidak akan sekali2 offer afnan untuk menyusu, tetapi lebih kepada menarik perhatiannya kepada makanan yg menjadi sumber utama dia pada usia begini, daripada dia tumpukan kepada penyusuan yang menjadi pelengkap kepada keperluannya. walau bagaimanapun, sekiranya dia datang kepada ummi, rules NO REJECT pula akan diamalkan di mana ummi tidak menolak untuk menyusukan, setakat ini masih belum nampak kesannya, kerana afnan masih demand tinggi bila nampak ummi.

nak tahu juga bagaimana praktis orang lain pula..thanks ini advance kalau sudi share pengalaman kawan-kawan yang lain...

Thursday, December 23, 2010

setelah 22 bulan yang lalu

update ke dua dalam masa yang berturut2 hahaha....diberitakan kawan baik yang dah sekian lama tak menjengah 22 bulan yang lepas telah kembali semula semalam secara rasminya hahha.....bendera jepun maa....terkejut amat tau..akhirnya selepas 22 bulan. patut la beberapa hari lepas, susu macam tak selalu..boleh kata merudum, ingatkan sebab culas mengepam, atau pun sebab pump susu yang tidak konsisten..rupanya sebab nak PERIOD..hoho...

agak risau tak takut kemeruduman ni berleluasa sehingga habis eddah, tapi alhamdulillah pagi tadi sessi pertama dapat 5oz, semalam 3 oz you....beza kan?...(untuk makluman, ummi dah tak dapat 10 oz sekali pump untuk sessi pagi macam dulu2 masa afnan setahun 6-7 bulan...tapi itupun dah amat bersyukur tau...)yang penting cukup untuk afnan gebu ummi tu. sekarang pun afnan minum 2 botol 30z each...tak banyak kan..stok2 frozen tu ummi nak bawak balik nak bagi qaleesya anak ummi. yang lain mungkin nak donate kat orang lain. sapa2 kawan2 atau sedara2 yang ada masalah kekurangan susu, let me know dan akan difikirkan untuk diberikan daripada membazir, just call me 0136363720 kay...

afnan pun lagi 2 bulan nak capai tempoh penyusuan 2 tahun. macam dah dekat tapi ada dekat 60 hari lagi kan..hehhe...semoga Allah permudahkan urusan ini..aminn....

ini hasil tuaian pagi tadi..alhamdulillah:)

Thursday, September 2, 2010

try supplement shaklee...

bulan puasa ini, biasalah letih sikit..badan2 pun lemah2..sejak ummi dah mula amik ais nie..rasa tak boleh lak kalau tak amik...tak elok sebenarnya untuk ibu yang menyusu..alhamdulillah, afnan dah setahun 6 bulan dah menyusu..ada lebih kurang 6 bulan lagi untuk menyempurnakan penyusuan mengikut islam...masa bulan puasa ni, production agak tak menentu, dan kebetulan vitamin obimin dan kalsium ummi habis..terbaca lak satu blog pasal shaklee...ada set lengkap untuk menyusu ada 4 jenis vitamin untuk sebulan- B complex, vit C, multivitamin dan alfalfa. alfalfa ni milk booster, nak citer pengalaman pertama consume alfalfa ni, selepas 15 minit makan, breast tetiba engorge dan mengalir air susu..cepat betul bertindak kan??..ummi pun tak sangka secepat itu...sekarang dah 1 minggu ummi makan...

Perbezaannya- badan kurang letih..kalau dulu rasa lesu lepas berbuka dan tak leh nak buat apa..baring dan nap sekejap sebelum maghrib...sekarang, alhamdulillah ada kekuatan nak habiskan terawih..setakat hari ini, hanya 1 malam jer tak dapat terawih...syukur kepada Allah kerana beri kekuatan ini di bulan yang paling mulia ini...moga2 kekuatan ini akan terus terpahat sehingga penghujung ramadhan..amminnn.. bab kulit pula, rasa sungguh licin dan susah nak tumbuh jerawat...tinggal parut2 sahaja...kulit juga kurang berminyak dan rasa segar apabila setiap kali amik wudhu'..kesannya juga, ummi setiap hari ber make up ke ofis..mood ada setiap hari...berbeza kan???..make up yang biasa ummi sapu calit sikit eyw shadow 2 colours bagi ada pembayang mata...sapu blusher agar nampak lebih segar dan sapu lipstik yang nipis...rasa lebih berkeyakinan untuk bertentang mata dnegan semua orang...bila berkeyakinan, kerja pun dapat dilangsaikan dnegan hati yang gembira...walaupun bulan puasa nie terlalu banyak kerja, tak menang tangan untuk buat...lagi satu perubahan yang amat ketara adalah peningkatan dari segi production susu..alhamdulillah untuk cuti merdeka ini ummi dapat buat lebih 7 bekas berisi 3oz susu..selepas sahur mesti pump dan siang hari juga pump sekiranya afnan tidak menyusu...lagi satu, time malam biasanya afnan kerap menyusu dan boleh kata mengempeng sahaja all the time dan membuatkan ummi terpaksa lupakan proses mengepam di waktu malam..ye lah priority goes to direct feeding la kan...sekarang afnan minum 3-4 kali sahaja pada waktu malam dan tido yang lama satu2 masa...susu menjadi pekat likat dan warna kekuningan..jelas ketara bila stok2 ebm itu disusun dalam peti ais..jelas ketara perbezaan stok ebm sebelum amik shaklee dan selepas..

syukur kepada Allah kerana menggerakkan hati ini untuk mencuba shaklee, rasa sedikit kekesalan kerana tidak mencuba shaklee dari awal lagi...terima kasih juga kepada ziemah kerana membekalkan shaklee untuk ummi...lain kali ummi beli lagi untuk stok akan datang,...amat berbaloi sebab hasilnya jelas nampak untuk ummi dan juga afnan..selain ummi amalkan doa dan ayat2 untuk membanyakkan susu...usaha tanpa tawakal juga ada cacatnya bukan?? maka ia perlu seiring..kawan2 ummi yang lain yang seangkatan dengan ummi...macam mana? wanna have a try??...cubalah sebelum anda menyesal juga seperti ummi sekarang ini...produk ini ada di mana2..mudah dan senang...online pun ada...

nota kaki: pagi tadi dapat 7 oz pagi....semalam total ebm dekat 17 oz untuk 4 kali pump..pagi nie lepas sahur, afnan merengek nak susu..so, direct feeding, but sampai saja di ofis mula mengepam pukul 8 masih ada balance 7 oz...seronok seperti dalam hati ada taman....harap perkara yang menggembirakan ini berkekalan sehingga bila2..amminnn....

Wednesday, August 4, 2010

entry khas untuk SAZRIZA, SHERI DAN SUHANA

SALAM untuk kawan2 ku sekalian..sebenarnya dah lama nak buat entry nie tapi busy sangat tak sempat2...melihat hari baik dan bulan baik nie sempena bulan penyusuan susu ibu, ummi nak amik kesempatan untuk mengucapkan kepada semua ibu diluar sna yang menyokong susu ibu ini dengan ucapan...selamat hari susu ibu!!!!

untuk sazriza yang baru bersalinkan fathi, aku rasa sungguh terharu sebab dapat jumpa ko kat azzahrah hari tuh, cuma aku lupa nak bawak pump bersama at least boleh pinjamkan kat ko untuk stimulate susu yang belum keluar..sementelah si fathi asyik nyenyak jer diulit mimpi..kita sama2 belajar untuk menggerakkan si fathi yang syok tido utnuk bangun menyusu...dah nampak dah tanda2 seorang ummi yang baik...:) untuk ko aku doakan ko kuat untuk terus kan menyusu..aku tau bby boy memang kuat susu, ikut demand dia..jgn lupa berdoa kepada Allah agar dipermudahkan laluan iini...kalau ko rasa tak kuat terus lah call aku dan sms, aku akan sentiasa ada di belakang ko.,,,,sian kat fathi kalau dia minum formula..perut dia belum boelh terima lagi...

untuk sheri pulak, dah lama betul tak jumpa ko..last2 ko sms aku untuk datang meraikan majlis cukur rambut anak nya falah..nama anak diorang nie semua dekat2...masing2 comel..hero2 of the day...belum campur hero2 aku lagi tuh..hehehh...tahnks for jemputan..tak sangka time tu husbnd aku yang busy giler tu dapat cuti..daptlah kita jumpa...enak betul makanan hari tuh siap bertmbah anak2 aku makan...heheh...falah baby yang baik, diam tak meragam sepanjang majlis..budak baik senang mama nya...untuk sher walaupun aku tengok ko dah mula campur susu, walaupun falah baru masuk 2 minggu, tapi mungkin atas sebab kesakitan yang ko alami sepanjang hari2 awal kelahiran falah, menyebabkan ko tak larat nak menyusu, ko masih boleh menyusukan tapi mungkin bkan direct, melalui botol, pump dan offer guna bottle. ko kena percaya semua orang ada susu, dan cukup tak cukup tu adalah bergantung pada usaha kita, kalau kita determine untuk berikan yang terbaik utnuk anak2 kita..insya-Allah dipermudahkan...

untuk suhana, walaupun kita baru kenal sejak kita berjiran ...tapi rasa macam dah lama kenal...auni sedap nama si kecik..comel serupa mama nya...tak sabo nak tengok auni pakai kasut baby yang auntie zulie bagi...cute sangat...:) nampak dah suhana ada keinginan mendalam nak menyusukan si kecil, sihana kena kuat, kalau boleh cari masa terutama time pantang nie untuk menimba ilmu sedalamnya untuk sihana lebih kuat untuk menghadapi cabaran penyusuan...insya-Allah boleh....:)

ingatlah kawan2 yang ummi sayang...penyusuan ini amat bertitik tolak kan dengan PENGORBANAN..ia adalah merupakan momen2 terindah yang tidak dapat diungkap, hanya ummi, mama, ibu, mummy yang bertuah sahaja dapat merasai..jgn sia2kan kebertuahan ini, makan jgn mudah cepat mengalah...happy breastfeeding:) mmmuahs..

ingatan tulus ikhlas,
""hardcore breastfeeder""

Friday, May 21, 2010

Pahit Untuk Ditelan....

dah lama tak update..sibuk buat macam2 perkara...sebab sibuk ni jugaklah ummi terleka dan ter skip jadual pump ummi...dan menyebabkan output minggu nie Ya Allah merudum sama sekali...takut tau ummi..sampai bergigil2 tangan bila pegang botol tengok masya-Allah..dugaan apa yang sedang ummi lalui ini??..macam tak leh terima kenyataan...sepanjang minggu lepas sehingga kelmarin ummi kena ulcer mulut...teruk betul,...tak tahu kenapa..nak kata tak cukup air..Ya Allah ummi minum air 4 liter 1 hari...entahlah...banyak sangat dosa kot..hehhehe...

memula tahan jer tak nak g jumpa dr..lama2...sampai tak boleh telan makanan langsung...ummi hnaya boleh makan bubur jer...so, sebab tak makan, output pun kureng...lepas tu dr ada bagi aintibiotik, ummi ada tanya dr..tak efek ke sebab ummi still breastfeeding...dia kata baby dah lebih setahun should be ok...ummi makan le 4 biji..tapi the result was...Ya Allh memang merudun..kalau biasanya pump di awal pagi leh dapat 7-9 oz..ummi hanya dapat separuh 4-5oz. jer...memang sedih..tapi tak nak risau2 sangat....ummi pikir2 balik banyak sebab...mungkin sebab skip pump, kurang makan, dan sebab pil yang dr bagi tu....

ummi berdoa setiap kali lepas solat agar dipermudahkan perjalanan ini...alhamdulillah, semalam dah kembali pulih seperti sediakala..dan ummi mampu tersenyum kembali...dan ummi ambil ini sebagai pengajaran untuk tidak leka jadual pump...tidak sekali2..nak upkan balik memang menuntut kesabaran dan kegigihan...hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ummi usahakan untuk dapat yang terbaik untuk Afnan...apa yang ummi tulis ini sebagai kenangan manis ummi dan sekiranya Afnan baca nanti (bila besar)...Afnan akan tahu ummi sanggup buat apa sahaja untuk anak ummi yang sorang nie...sayang afnan dan sayang zhafran juga....mmmuahs....

Wednesday, April 28, 2010

pam di mana sahaja...

alhamdulillah sehingga sekarang ummi masih aktif mengepam...di ofis 3 kali dan dirumah ikut sempat dan weekend adalah wajib...hehehe...dengan bantuan pam yang begitu canggih nie dan amat memudahkan, bagi yang malas dan nak cepat jer macam ummi..digalakkan untuk merembat pam ini hehheh sebab hasilnya memang lumayan....ummi boleh mengepam di mana sahaja..tanpa segan silu, ke mana sahaja ummi angkut beg medela itu...heheheh....
ini ummi sedang mengepam di dalam kereta hehehhe....ayah yang snap..nasib baik tak nampak apa2 yang seksi...keh keh.....ini sessi pertama di awal pagi...lumayan kan???
ini hasil tenusu ummi ...taklah banyak,,,tapi oklah kan...hehehe...sian sotong ngan ikan tu terpaksa mengalah dok kat tepi...hehhe...tenusu diutamakan....(entry ni bukan untuk riak ye..sebab nak bagi semangat kat diri sendiri dan ibu2 seangkatan ummi....)

Monday, April 26, 2010

teruja!!!!!

wah..teruja!!!...satu perkataan untuk menggambarkan pengalaman ummi menghadiri SGM untuk penyusuan susu ibu pada Ahad 25 April yang lepas...emmm bukan setakat ummi yang excited tau, ayah dan zhafran pun turut serta...meh ummi citer serba sikit...

ummi rasa bertuah sangat apabila terbuka hati nak join meeting nie...terlalu banyak info dan pengalaman baru yang ummi dapat berkongsi dengan ibu2 seangkatan dengan ummi....memandangkan ia bersifat 2 hala, dan semua ibu2 tak malu2 nak cerita pengalaman masing...dan yang paling penting kita dapat rasa semua yang hadir sealiran pendapat dengan kita....dan menguatkan semangat ummi....sesuai dengan matlamat pertemuan itu iaitu sokongan ibu ke ibu....memula ummi rasa terlalu kerdil kerana punya pengalaman yang belum matang lagi..tetapi kehadiran ummi dihargai dan diberi ruang dan peluang untuk bercerita...memang seronok...bertukar2 cerita....bukan sahaja isu berhubung penyusuan,,,malah menyentuh kepada isu2 parenting iaitu bagaimana untuk meng handle anak2 yang semakin lasak, aktif dan dari kalangan autism...terima kasih kepada rakan ummi ilah yang sudi berkongsi pengalaman daripada kursus parenting yang dihadiri baru2 ini..sedikit sebanyak memberi ummi idea untuk dipraktikkan...alhamdulillah....biarpun ianya free tapi sungguh memberikan kesan kepada ummi...siap ada presentation lagi u......huhuu....next time nak jadi presentor lak...seronok woo!!!!

bagi golongan bapa pula, jgn pikir takder grup support for fathers...ada tau...seronok sangat tengok diorang participate,,,lain kali ayah join ye,,,ummi tak nak paksa...next meeting join ye...
untuk zhafran pula, sedang ummi sibuk berdiskusi, ada segmen toddlers yang di lead oleh teacher ntah apa nama ntah....seronok betul zhfran semalam, sebab dapat bermain2 dengan kawan2..tapi yang paling best, zhafran paling muda di kalangan mereka...walaupun begitu, zhafran paling glamer sebab apa?? sebabnya bila teacher tanya what is your name...zhafran seorang jer yang jawab....dengan jeritan paling nyaring...zhafran!!!!...so start daripada tu, teacher dia asyik suruh dia jer yang ke depan..hehhehe...(bangga ummi dalam hati...)... dan ini bukti yang menguatkan kata hati ummi nak masukkan zhafran sekolah....dia memang suka benda2 menyanyi, menari macam kat sekolah tu....nampaknya zhafran dah ready...ummi cukup berbangga dengan zhafran....dan zhafran juga membuktikan kepada semua bahawa baby yang tak menyusu badan yang lama,..juga bijak dan cepat menangkap apa yang dipelajari...well done my son....yang paling menyentuh hati ummi..bila dia habis main..datang kat ummi....dia cakap..."ummi,,,,stars in sky...." terkejut ummi....balik jer dia tunjuk sand art yang dia buat..tunjukk stars...moon.....seronok sangat....

so kesimpulannya, ummi amat teruja sekali...nxt meeting pada 28hb may, ummi nak join lagi....

belah kanan nie, grup support ummi...nampak tak afnan sibuk kacau discussion..hehheh...zhafran sibuk kat belakang nun jauh di sana tenagh main playgame...ayah kat belakang nun baca paper (lain kali join support grup for fathers macam kat gambo belah kanan tu ye..hehheheh...)

ummi yang berpakaian ikut tema walaupun tak tahu..hahhahah

Monday, March 22, 2010

jgn malas ngepam, ummi.....

haipp!!!! haipp!!! rasa nak ketuk kepala sendiri nie...lately nie ummi jarang bangun malam..dulu rajin sangat...sekarang failed!! selalu malas..ngantuk plus penat...huhuu...nasib baik weekend ummi masih berjaya mengepam...kalau dah tido nie memang malas sangat...selalu dok pikir sebab afnan dah kosongkan B dah...yelah afnan tak kosongkan betul2...bermula hari ini...nak amik semangat pump balik...kerapkan ngepam....don't skip2....peringatan untuk diri sendiri..kosong kan B dengan lebih kerap supaya susu baru lebih banyak terhasil...jgn malas2 ummi nanti bila time kemerosotan dan kemeruduman tiba baru nak gigit jari....baru tersedar dari lamunan la ummi nie....bila teringat zaman dulu2 yang bangun tersengguk2 pagi2 buta pump susu...kdg2 tertido sambil pump...adeke patut...plan ummi nak buat power pumping;...lum pernah buat...nak buat tapi leh tak sambil tido...sebab nak buat mesti amik 1 jam...1 jam amat bermakna tuh...tu pun kalau afnan tak nyusu..hehehhe.....sekarang nie afnan memang kuat nyusu..pagi time ummi kerja..20oz pun boleh habis...pantang bagi hisap...sekarnag dia dah boleh pegang sendiri botol..feveret dia tengok little einsten sambil hisap susu lepas tu tertido sendiri....hehehe..kenyang perut suka hati...kadang2 lumba minum susu ngan abang..tapi biasala abang memang tak tekun bab minum susu..kejap2 berhenti...adik dah minum kali ke 2 baru terhegeh2 nak habiskan susu 4 oz tuh...hehhehe..


baru merasmikan botol bumble bee..hehhe...ummi pelik time pump guna botol medela ummi tengok sukatan 7 oz je...bila transfer kat botol nie jadi 8oz plus...banyak gak beza tuh...ni sessi pertama pagi nie...alhamdulillah...

Tuesday, March 16, 2010

sakitnya ...blocked ducts

sekali lagi ummi kena blocked ducts...kawan2 tau tak apa itu blocked duct??? ia boleh terjadi oleh banyak sebab..oversupply, skip pumping, dll...dia akan jadi ketulan berketul disekitar tempat tersebut..hehhehe..keras semacam macam ada benda beku kat dalam..urut pun tak jalan...tuam ngan air suam pun tak jalan...lepas pump pun tak kuar habis...masih ada ketul..berdenyut2..dia macam engorge la rasanya....

semalam ummi buat research kat banyak website pasal benda nie...so, ummi dah try semua benda..and at last ummi buat benda ni...sebenarnya ummi takut nak cuba..seriau betull...sebab blocked duct kali nie diiringi dengan blister (putih) kat nipple....so, dengan keberanian yang ada ummi amik pin dan try bakar..lepas tu tunggu dia sejuk, then cucuk kat tempat blister tu,,,..terus susu kuar pancut2...ummi pun pump..dan alhamdulillah kelaur semua..dan kempis tempat yang bengkak tu....berbaloi rasanya guna method tu...setakat ummi menyusukan afnan setahun sebulan nie..dah 3 kali kena....memang sakit...tak tahu sebab apa....banyak faktor yang menyumbang....thanks to kellymom for the info,,..lepas nie ummi tak ler gabra lagi....