alhamdulillah, tadi selesai sudah sessi SGM bersama-sama dengan ibu-ibu dan bakal ibu (ada yang hadir belum berkahwin pun dan dah kawin tapi belum ada anak). Kali ini ummi dijemput oleh Along Azrina, untuk bantu beliau conduct one session di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Walau pun dihadiri hanya 5 orang sahaja, tapi ia cukup bermakna. Ummi juga lebih prefer group yang kecil supaya fokus lebih dan semua orang ada peluang untuk menyatakan pendapat dan berkongsi pengalaman. Memandangkan Along kata, mereka ini sebenarnya memang bersemangat untuk menyusukan tetapi tiada sokongan dan kebanyakannya ada masalah tertentu yang hampir2 membuatkan mereka give up untuk meneruskan penyusuan.
Salah seorang ibu yang bayinya baru 3 bulan tetapi mengalami masalah kemeruduman susu. Menurut beliau, keadaan ini berlaku selepas beliau mengambil suntikan pencegah kehamilan di klinik desa di kampungnya. Beliau inginkan kepastian sama ada suntikan tersebut benar-benar penyumbang kepada faktor kemeruduman yang dihadapi. Di sini, peranan ummi adalah memberikan fakta sebenar tentang kesan-kesan penggunaan kaedah perancangan keluarga. Pada asasnya, suntikan tidak akan mengganggu penyusuan, tetapi ummi cadangkan beliau berjumpa dan consult doktor atau nurse klinik untuk memastikan sama ada benar atau tidak, kesan suntikan tersebut memberi tindak balas negatif untuk penyusuannya. Di sini, ummi perlu tahu had batasan ummi sebagai peer counselor kerana apabila sesuatu yang melibatkan medical, kita hanya boleh memberi asasnya dan untuk kepastian perlulah dirujuk kepada doktor atau nurse yang lebih arif di bidang tersebut. Ini kerana penerimaan sesuatu kaedah perancangan keluarga adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain.
Halangan lain, seorang ibu kepada seorang anak yang ingin tahu persediaan awal untuk menyusukan anak keduanya. Beliau sedang mengandung 5 bulan dan bernekad untuk menyusukan bayinya selepas lahir. Menyentuh soal pemilihan breastpump yang tepat dan bersesuaian dengan dirinya. Beliau terus bertanya bagaimana review pengguna spectra 3. Apa yang ummi boleh suggest adalah, pemilihan sesuatu breastpump bukan bergantung kepada mahal murahnya pam tersebut, tetapi kepada bagaimana ia bersesuaian dengan diri. Untuk mencapai titik keserasian itu juga perlu bermula dengan sessi berkenalan dengan pam. adakalanya memakan masa berhari2 dan berminggu2 untuk serasi dengan rentak pengepaman kita. Ummi cadangkan pilih pam yang dual pump untuk mempercepatkan terhasilnya let down reflex yang mana bila let down susu yang pekat lemak berkrim akan terhasil dengan banyaknya. Tetapi ingatan dan pesanan juga diberi bahawa sekiranya tiada sessi pengepaman yang konsisten dan berjadual, tiada gunanya berhabis duit beratus.
Apa yang penting, semangat dan niat sahaja tidak memadai. Untuk menjayakan penyusuan ini, ia perlu diiringi dengan usaha dan akhir sekali tawakal. Doa adalah senjata mukmin. Maka selalulah berdoa agar perjalanan penyusuan dipermudahkan. Walaupun sessi SGM tadi berjalan hampir sejam 15 minit tapi memang tidak terasa lama pun. Banyak lagi persoalan2 yang mereka ingin tanya tapi belum sempat. Mereka mahukan sessi2 yang lain pada masa akan datang. Insya-Allah, ummi akan cuba membantu mereka-mereka ini walaupun tidak secara face to face...mungkin dalam email atau thru phone. Plan kami kalau ada rezeki mungkin akan bertemu ibu-ibu di Jabatan Kerja Raya pula.
Walaupun penat sikit berkejar2 masuk ofis sebab kena bertugas dikaunter, tapi sedikit pun tiada rasa kekesalan. Rasa puas sepanjang hari. Ummi harap usaha ini tidak berhenti di sini sahaja. Ada masa insya-Allah kita jumpa lagi.
waaa..xdpt nak join SGM kat SPA tu..along mmg ajak aku..tp aku cuti..so aku cadangkan ajak ko..xpe..nnti kita sesama gi kat JKR plak ek..
ReplyDeleteok..insya-Allah.takkan lupa ko nye...hehhe...ada ko lagi best meriah...
ReplyDelete