Nuffnang Ads

Tuesday, March 1, 2011

Perlukah amik milk booster?

Ummi terpanggil untuk bangun awal pagi pukul 4.30 untuk menulis entry ini kerana rasa tidak senang duduk selagi tidak mengupas isu ini dengan panjang lebar. Sebenarnya ini adalah persoalan yang diajukan oleh seorang isteri kepada kenalan husband ummi yang sekarang ni dah jadi kawan ummi, lin. kami banyak persamaan dan yang paling ketara adalah kami mempunyai 2 anak hero:)
Persoalan
zulie, sekarang susu badan kita macam nak kurang la, sekali pam dapat 2oz je. awal2 dulu leh dapat 5oz, makan apa ye nak bg byk susu?
untuk ini ummi jawab dengan melihat kondisi si ibu dan si baby. lin, sekrg ni lin masih di rumah dan attach dengan baby. so mengepam selepas kita menyusu memang selalunya akan dapat kurang, tidak seperti kita di ofis atau di mana2 tanpa menyusukan. ia adalah keadaan normal. untuk pengetahuan lin, zulie dulu pun alami keadaan yang sama. lebih menyedihkan kadangkala tiada apa yang keluar, hanya angin saja, lin mungkin tak alami ini bukan?.sebenarnya, kita mengepam kerap, selain tujuan utama untuk kumpulkan stok ebm bagi digunakan time emergency, ia berperanan untuk memberi signal ke otak untuk kita lebih banyak hasilkan susu untuk si comel kita, regardless la dapat banyak atau sikit. prinsip yang perlu kita ingat, lagi kerap kita kosongkan breast. lagi banyak susu boleh dihasilkan. Masalah yang paling utama, untuk kita ini ialah kita CEPAT GIVE UP. Kenapa zulie cakap macam tu , sebabnya, kita selalu meletakkan target pada output setiap sessi pengepaman kita, sebenarnya itu silap. bila ketikanya kita kerap mendapat output yang kurang, kita mula rasa, ooo...susu kita dah kurang, kena top up susu formula ni. sian baby tak cukup susu....tapi itu bukan penyelesaiannya. dengan top up susu formula, ia sekali lagi menghantar signal ke otak, bahawa, susu baru yang cukup untuk keperluan baby tak perlu dihasilkan, so end up dengan susu makin berkurangan. kerapkan mengepam dan menyusukan secara direct.

mari zulie share apa yang zulie buat ketika zulie juga mengalami situasi ini. zulie selalunya akan bangun malam 2-3 kali based on berapa kali baby menyusu. pattern baby menyusu malam ini, dia akan berubah2...zulie akan mengepam setiap kali habis menyusu. pagi adalah masa terbaik untuk mengepam, kerana waktu ini hormon prolaktin kita tinggi. berapa oz sekalipun zulie akan simpan..untuk 2-3 kali mengepam selepas penyusuan itu, ummi akan kumpulkan dan bekukan. ada masanya baby akan kurang menyusu seperti biasa pada malam hari, ini masa yang ditunggu untuk kita gantikan dengan mengepam, waktu ini susu memang banyak. dan jgn sesekali fikir, susu kita tak ada selepas mengepam, takut nanti baby nak menyusu dah tak de susu. susu tetap ada, ingat ye! zulie start mengepam pun agak lewat, tp itu bukan bermakna kita sudah gagal. yg penting istiqomah (maintain) dengan sessi pengepaman dan juga yang paling penting direct nursing. bby zulie memang kuat menyusu, tak tahula anak lin, bagaimana, untuk share dnegan lin, zulie bangun 7-8 kali menyusu afnan semasa zulie berpantang. kekerapan penyusuan si baby ini adalah tanda yang baik bukan bermakna baby tidak kenyang. susu ibu adalah susu yang mudah dihadam, sebab itulah , baby cepat lapar. jika dibandingkan susu formula, baby akan tidur lama, sebenarnya si baby ini sedang bertungkus lumus menghadamkan sesuatu yang asing di dalam perutnya...

bila kita sudah mengepam dan nursing dnegan kerap, kita berubah ke bab makanan. sebenarnya milk booster ini subjektif. sebab ia melihat kepada kesesuaian badan si pemakannya. tak semestinya apa yg zulie mkn dan hasilnya byk susu, dan lin juga makan akan dpt hasil yg sama... kena try dan rasakan hasilnya. zulie boleh senaraikan makanan milk booster zulie ye. antaranya:

1) buah longan;
2) kacang tanah,
3) cheese.
4) halba- tak kisahla yg dah dimasukkan ke dalam kari ke, atau terus ditelan. atau di panggil fenugreek.
5) kobis masak lemak,
6) bayam;
7)ikan bilis;
8) cekur manis masak lemak.

ini antara mknan yg zulie tahu boleh menambah susu selepas makan benda2 ni...sebelum tu tak tahu ia boleh menambahkan susu...ibu2 digalakkan untuk makan smua jenis makanan dan tidak tertumpu kepada makanan penambah susu sahaja. sebab yang paling penting kita dpat hasilkan susu yang terbaik..perlulah juga dari sumber yang terbaik. zulie amalkan pengambilan kalsium dn obimin for lactating mother. alhamdulillah growth afnan cantik dan just nice..awal2 memang org semua kata gemuk dan disamakan dngan ayahnya.. then bila dia dah lasak sibuk nak berjalan, gradually dia berubah menjadi umminya yang slim..hehheheh:) of course coz he is my boy!

selepas setahun atau dekat2 setahun, zulie baru try pil fenugreek. kadangkala berhasil kadangkala biasa2 saje. untuk lin, yang masih baru ini, rasanya belum perlu. sebab hormon masih tinggi, demand pun masih banyak..bila demand tinggi, supply akan automatic follows. antara sebab susu zulie maintain sampai sekarang adalah sebab demand afnan tinggi, bagus jugak sebab dia bagi semangat pada umminya untk lebih banyak hasilkan susu. Air memang kena banyak minum. Zulie minum air masak lebih kurang 4 liter sehari, memang leceh sikit sebab perlu ke tandas kerap, tapi dengan pengambilan air yang banyak dapat menampung cecair yang hilang bila kita menyusukan si kecil. zulie dulu berpantang minum ais sehingga lebih setahun. Secara sainsnya tak dapat zulie pastikan sama ada ais boleh mengurangkan susu ke tak. tapi untuk membenarkan urat2 dan organ perempuan kita pulih spenuhnya, rasa berdosa pula sekirnya zulie ambil makanan yang boleh melambatkan proses pemulihan itu.
selepas baby setahun setengah, zulie mula consume shaklee utk penyusuan. hasilnya cukup baik susu pekat dan berlikat, nak kata bnayak tu, awal2 memang banyak. plus baby kurang menyusu...sekali pam boleh dapat 10oz..memang meriah. kulit kita tak berminyak, tiada lagi masalah keputihan, jarang sakit sebab ada multivitamin dan vit c. memang suggest untuk ambil ini. sebab dia menyumbang kepada kesihatan si ibu dan juga si baby.. dua2 dapat benefit. sampai sekarang zulie mash cnsume shaklee..
ok lin, rasa panjang lebar kan penerangan. sebab tu rasa macam tak cukup je dengan sms. harap ada benda yang belum ter cover dalam penerangan di atas, lin tanya la lagi ye. zulie bukanlah seorang perunding laktasi (walaupun ada cita2 ke arah itu) atau peer councillor, tapi atas dasar zulie juga seorang ibu yang pernah menyusukan, terpanggil untuk membantu ibu2 lain di luar sana. jgn stress2 riangkan hati banyakkan berdoa, semoga Allah permudahkan urusan ini. insya-Allah:)
Happy Breastfeeding!



4 comments:

  1. wah, entry yg bagus..bleh jd PC ni..hehe..

    ReplyDelete
  2. you ni kan...malu i...kalau tak jadi PC pun takpe kan buat entry macam nie...aku suka dan minat benda nie....:)

    ReplyDelete
  3. boleh je..aku pun suka bab BF ni..hehe..

    ReplyDelete
  4. Yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah jumpak blog Zulie...baru i tahu ni blog Zulie tipah tertipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete