Nuffnang Ads

Thursday, April 21, 2011

Bukan Senang..

Ummi saja nak kongsikan serba sedikit apa yang ummi dapat daripada Bengkel MBfPC yang ummi hadiri baru-baru ini. Apa yang ummi boleh simpulkan ialah Bukan Senang...Ya, memang bukan senang rupanya nak jadi Peer Counselor untuk penyusuan ini. Dulu ummi selalu pikir, ala cakap je lah based on experience kan, tak le susah mana...NO NO NO..tak semudah itu rupanya. banyak guidelines yang perlu dipatuhi. Kata2 yang perlu ditapis dahulu. Meh ummi senaraikan Do's and Don'ts sebagai Peer Counselor:-

Do's

1) Fahami dan selami perasaan si ibu (affirm the feeling) kerana tidak semua ibu melalui breastfeeding journey semudah ABC;

2) Respect keputusan ibu sama ada mahu teruskan penyusuan atau berhentikan penyusuan. Tugas seorang PC bukan lah sebagai decision maker tetapi sebagai pembantu ibu-ibu membuat keputusan;

3) Be a good listener. Fahami situasi yang dihadapi ibu, cabaran-cabaran yang dihadapi sebelum mencadangkan apa2 cadangan untuk si ibu overcome cabaran dan halangan yang dihadapi;

4) Know our limitation. Kita sebagai PC bukan pakar di bidang kesihatan. Doktor, Nurse dan Pakar Kesihatan punya role di sini. Ada kalanya cabaran yang dihadapi perlu dirujuk kepada mereka ini. Maka kita kena tahu limitation kita;

5) Sentiasa betulkan niat untuk membantu ibu-ibu dan menjadi penyokong kala ibu menghadapi cabaran. Pastikan mereka tidak berasa keseorangan.

Don'ts

1) Jangan sesekali membuat presumption terlalu awal dengan ibu-ibu yang bermasalah untuk meneruskan penyusuan. Dengar dahulu cabaran si ibu sehingga selesai;

2) Jangan bercakap sesuatu cadangan based on experience sendiri. Ini bagi mengelakkan si ibu bergantung harap keputusan baik merujuk kepada experience yang kita ada. Jika result si ibu menjadi sebaliknya, maka satu tanggapan akan wujud dalam diri si ibu. Hilanglah keyakinan si ibu untuk meneruskan penyusuan;

3) Jangan sesekali mempromosikan sesuatu pam melalui modelnya. Mulakan cadangan dengan cara perahan mermet technique, mudah, ringkas, murah dan tidak menyakitkan. Beri cadangan pam mengikut kesesuaian si ibu mengikut situasi dan keperluannya, bukan bergantung kepada jenis pam.

4) Tidak boleh menerima sebarang bentuk bayaran. ini kerana apa yang diperjuangkan dalam memberi sokongan berbentuk percuma. Nama pun Sukarelawan kan....:)

Inilah antara perkara yang boleh dan perlu dijauhi untuk seorang yg bergelar PC. untuk ibu-ibu diluar sana, jgn rasa kecewa dan rasa gagal bila kita tidak dapat menyusukan bayi selepas segala usaha telah dibuat. Penyusuan ini merupakan satu perjalanan, it is a journey. Tiada istilah gagal dalam penyusuan. Apa yang kita usahakan adalah yang terbaik untuk anak-anak kita. Banyak input yang ummi dapat semasa kursus. Mungkin pada entry akan datang, ummi akan kupas sedikit demi sedikit ilmu supaya dapat menjadi panduan kepada ummi dan ibu-ibu lain yang ummi sayangi di luar sana. Doakan apa yang ummi usahakan ini diberkati dan dilindungi Allah. Semoga Allah permudahkan niat yang murni ini. Amin....

2 comments:

  1. cayalah PC Zulie..hehe..aku lom ada idea lagi nak mengarang..nota kat umh..

    ReplyDelete
  2. aku buat ikut apa yang aku ingat je..nota memang dok cantik elok kat rumah..hahhah...belum sempat ulangkaji dan buat research....ahhahahah

    ReplyDelete