Nuffnang Ads

Wednesday, February 23, 2011

target 2 tahun tercapai

pertamanya ummi melafazkan setinggi2 kesyukuran kerana Allah memberi nikmat dan dengan limpah kurnianya dapatlah ummi melengkapkan tempoh penyusuan afnan. Ya betul, afnan menyambut hari lahirnya hari ini genap 2 tahun. tak terkata perasaan ini. segala penat lelah pengorbanan masa dan tenaga dalam menjayakan misi 2 tahun terbalas bila terpandang wajah kecil yg sentiasa bermain di fikiran ummi, walaupun antara kita pernah berjauhan. Jauh di sudut hati ummi, rasa seakan tidak merelakan afnan untuk melupakan bonding yg sekian lama terjalin. dan ummi juga tahu afnan juga masih belum bersedia untuk bercerai kasih yang satu2 nya ini. Ummi telah berbincang dengan ayah, dan kami bersetuju untuk meneruskan penyusuan ini selama mana afnan perlukan, biarlah masa yang menentukan, dan biarlah afnan yang menentukan.

Kali ini mungkin entry ini agak panjang lebar. di forum inilah ummi ingin luahkan segalanya. ummi menulis hanya untuk ingatan ummi dan anak2 ummi sekiranya kalian semua sudah boleh membaca dan menghargai nya. rasa sebak juga bila setiap kali terpandang wajah anak2 bila mereka sudah lena dibuai mimpi, selalu bermain di fikiran, sempatkah ummi melihat mereka membesar di depan mata, bagaimana mereka sekiranya ummi yang pergi dulu, ayah pernah kata kalau ummi yang pergi dulu, punahlah hidupnya, ayah kena ingat,,ayah kena kuat,..ada atau tidak adanya ummi bukanlah penentu segalanya. ayah kena kuat untuk anak2 kita..ingat janji kita..insya-Allah Allah akan permudahkan segala urusan hamba-Nya yang tak alpa kepadaNya.

Sejarah Kelahiran Afnan

2 tahun yg lepas pada saat ini juga, ummi sedang melawan kesakitan untuk melahirkan seorang bayi kecil yg tulus rupanya. pengalaman melahirkan afnan di pagi hari lebih kurang pukul 4 pagi tatkala yang lain sdang lena diulit mimpi benar2 meninggalkan kesan di ingatan. setelah mengharung segala kesakitan lahirlah seorang yang bernama Ahmad Afnan Hamimi, nama pilihan ayah sepenuhnya tanpa kacau ganggu dari ummi...ummi beri peluang sepenuhnya kepada ayah.. ayah pilih nama ini sebab nama ini dimiliki oleh seorang anak kepada imam besar masjid negara suatu ketika dulu. ditelek2 maksudnya yang baik, sebutannya pun tidak kebaratan, ejaan nya pun yang senang....maka tercatatlah nama indah itu di atas sekeping kertas sijil pendaftaran kelahiran.

ini beberapa saat afnan sejurus selepas keluar dari perut ummi
Harapan Menggunung

apa yang diharapkan oleh ummi dan ayah, besarnya afnan menjadi seperti insan yang terlbih dulu memiliki nama itu. ummi dan ayah harap suatu hari nanti afnan boleh jadi seorang tahfiz yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. mungkin tinggi sangat harapannya..tapi itulah dia harapan seorang ummi dan ayah...ya kiranya masih ada lagi rancangan Imam Muda, ummi dan ayah mahu adik jadi juara Imam Muda..musim ke berapa pula ye pada ketika itu...:). bercakap tentang perkembangan minda dan fizikal..afnan membesar seperti kanak2 lain di luar sana. terlalu banyak yang ummi bangga dengan afnan.. tak mampu ummi tulis di sini..kiranya ditulis mungkin tak habis pula nanti.

Pahit Manis Penyusuan

mari ummi ceritakan pula perjalanan pahit manis penyusuan ummi bersama afnan yang menjadi tonggak kepada kejayaan kami berdua, sekiranya tiada kerjasama yang baik dari afnan, mungkin ia tidak berjaya seperti sekrang. di mana nak dimulakan , ummi pun tidak pasti. apa yang pasti, niat untuk menyusukan afnan sehingga 2 tahun lahir bila ummi gagal untuk melengkapkan penyusuan zhafran, bab ini telah ummi kupas pada entry2 yg lepas. seperti mahu dipadam dari kotak hitam kamus hidup ummi, kegagalan yang tak mampu ummi tebus sehingga sekarang. berakhirlah episod gelap kegagalan tersebut, apabila ummi disahkan hamil lagi, ummi terus cari ilmu sedalam mungkin mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan segala macam kemungkinan.
Afnan lahir

Apabila afnan lahir ummi berpantang di rumah nenek di kg. biasalah, dengan pengalaman ummi yg tak seberapa, nenek semacam tidak menyokong penyusuan, bila melihat sejarah nenek sendri yg gagal menyusukan ke empat2 anak nya walaupun bergelar seorang suri rumah. bukan salah nya 100%, sumber ilmu pun kurang, dengan galakan yang boleh kata tiada. Ummi cuba kuatkan semangat memohon kepada nenek untuk berpantang sendiri. mungkin ada yang kata selfish tapi ummi benar2 mengharapkan kekuatan minda dek tiada sokongan sesiapa ketika itu. ayah juga tidak yakin dengan kemampuan ummi..bagaimana la perasaan ummi ketika itu, cuma ummi saja yang tahu...waktu ini, ummi kuatkan semangat, penat dilupakan, dengan demand afnan yang tinggi kuat menyusu 1-2 jam sekali, ummi mengepam tetapi bukan untuk stok kerana tiada apa yang berbaki, cuma mahu otak menerima signal, bahawa susu baru perlu dihasilkan. tiada stok dapat dibuat sehinggalah hampir 2 minggu ummi perlu kembali bekerja, kala itu, ummi menggelabah untuk mengumpulkan stok..benar pepatah melayu berkata...sikit2 lama2 jadi bukit...ummi bangun malam2 subuh2 kumpul stok untuk pastikan fridge penuh stok susu. akhirnya berkat gigih ummi berjaya kumpulkan hampir 30 bekas susu yang berisi 3oz..mungkin pada orang lain sedikit, tapi waktu itu ummi cukup berbangga.

Naik Kerja

bila naik kerja, afnan ada masalah minum susu thru botol, macam2 puting guna,,akhirnya pengasuh afnan yang rajin itu, perkenalkan puting dr baby dan afnan suka. mula2 memang sikit sangat afnan minum susu..tapi selepas itu intake dia bertambah dari sehari ke sehari dan ada ketikanya capai sehingga 24 oz sehari. mujur jugak demand afnan tinggi, ini sedikit sebanyak memberi semangat dan peringatan kepada ummi jgn mudah leka dan malas untuk mengepam. malam dan subuh mesti pam...alhamdulillah capai misi 6 bulan...ummi teruskan lagi walaupun ada kata2 sumbang mengatakan ummi tak mungkin bertahan..cukup salah kenyataan mereka..ummi capai lagi misi 1 tahun penyusuan. kala ini mulut2 itu terus senyap..pernyataan sinis pula dilontarkan..yelah mana mungkin tubuh ummi yang kecil ini (dan fikirnya breast yang kecil tak mampu hasilkan susu yg banyak) mampu menyusukan anak sehingga 2 tahun. hahahhahh...tawa ini sahaja yang mampu ummi ungkapkan....

Growth Spurt
Afnan kerap kali selang beberapa bulan mengalami ini, ia biasanya berlanjutan sehingga 1-2 minggu, memang sakit sangat bila dia mahu nursing lebih ketika malam, siang pula sebaliknya. tapi itu normal bagi bayi yang menyusu badan. Waktu ini, nak pam selepas menyusu memang menyedihkan, breast pun sentiasa kempis, tapi tak bermakna tiada susu..susu pasti ada...

blocked duct

sepanjang 2 tahun ini lebih 5 kali ummi diserang. memang sakit tapi nk buat mcm mana..usahakan juga untuk keluarkan susu. pernah juga berkunjung ke klinik, tp takut pula nak amik antibiotik takut effect susu....lagi sebln nak capai 2 thn masih experience ini semua..

Pil perancang dan period

ummi ambil keputusan untuk merancang menjarakkan kelahiran bagi memberi peluang kepada afnan untuk merasa susu kurniaan Allah ini. belajar dari pengalaman melahirkan anak dgn jarak yg terlalu dekat, ummi rasa inila cara yg terbaik..niat perlu disertai dengan usaha. kalu sibuk kata tak nak anak tapi tiada usaha ke arah tiu, apa gunanya. alhamdulillah pengambilan norriday tidak sesekali mengganggu produksi susu..bila stress kerja, baru ada sedikit kesan, dan sekiranya cuti yg panjang dan jadual mengepam pun dah lari, ada juga sedikit kesannya.alhamdulillah sehingga ke hari ini, hanya sekali ia datang tu pun ummi tk berapa pasti kerana hadirnya tidak seperti normal period yang biasa. mungkin faktor itu juga, susu ummi masih bertahan sehingga sekarang walaupun tak semeriah dulu sekali pump boleh capai 10oz..sekarang sekali pump hnya dapat separuh..tapi itupun dah lebih dari cukup sebab afnan dan makan macam2...

walaupun dapat macam ini..ummi tetap bersyukur..masih ada rezeki untuk afnan esok hari:)
Black Out

uishhh..yg ini yg letih..benda ini boleh di kira ada dekat 4 kali bekalan elektrik terganggu. kesannya frozen ebm ummi berisiko untuk mencair..ini semua terjadi sejak ummi dan ayah berpindah ke rumah sendiri, maklumlah perumahan baru memang selalu macam tu, belum stabil katanya. alhamdulillah, rumah atok dekat, dan peti ais rumah atok la jadi penyelamat. mujur jugak atok bukan jenis simpan stok barang makan..kalau tak ke mana nak diletak susu afnan tu...hehhhehe


ini saje stok yg tinggal..bahagian bawah tu yg dah expired dah kena buang:( pembaziran yang amat memilukan

Gadjet yang paling disayangi

bagi menjayakan proses penyimpanan susu ummi telah menggunakan 2 jenis pam. bermula dari zhafran lahir ummi telah pun memiliki spectra 3 dan alhamdulillah berkat handling yg cermat, tak pernah rosak walaupun diguna secukup2 nya sehingga umur afnan setahun..selepas itu, ayah dengan mulia hatinya memberi hadiah medela freestyle untuk kes upgrade kepada yg lebih menyenangkan sebab ayah kesian kat ummi terpaksa mengusung beg besar setiap hari, tahu je lah spectra kan gabak sikit, dan yg paling penting mobile...pump everywhere u want..thanks ayah...ayah jarang tunjuk supprt dia untuk bab penyusuan ini, tapi bila dia dengan rela hatinya melabur kepada gadjet yang harganya pun boleh beli seutas rantai emas so, itu bermakna ayah betul2 yakin dnegan kemampuan ummi..dan yang paling best, dia juga pernah menyertai SGM susu ibu bersama-sama ummi...thanks ayah again for this...kejayaan ummi atas sokongan ayah juga....

pump spectra ni amat berjasa dengan ummi untuk kedua- anak ummi...thanks


jasamu dikenang sehingga akhir hayat




hah ini dia budak yang dah umur 2 tahun si manja ummi...x
last but not least, ummi nak wish happy birthday untuk afnan..pagi tadi masa mandi pun dia nyanyi happy birthday untuk diri sendiri..ummi lum ada plan lagi nak celebrate anak-anak ummi punye birthday..insya-Allah ada masa ummi buat...biar kecil tapi meninggalkan memori indah untuk kita ye sayang...ummi harap adik akan menjadi anak yang soleh, bijak, handsome dan dengar kata ummi dan ayah..panjang umur dan murah rezeki...ummi dan ayah sayang adik dan abang...:)

7 comments:

  1. entry yg menyentuh hati, yet penguat semangat utk teruskan penyusuan my baby sehingga umurnya genap 2 tahun this coming August..walopun dh campur susu sejak usia 10 bulan, saya tak cula mengepam di opis, walopun hnya dpt 4 oz utk 2 kali sesi ngepam..

    ReplyDelete
  2. salam kenal silent reader...entry ini juga ditulis ikhlas dari sudut hati seorang ummi...tak lebih dari itu. tahniah juga kerana dapat bertahan sehingga ke saat ini..apa2 pun kita nak yang terbaik untuk anak2 betul tak?..

    ReplyDelete
  3. tahniah zulie..ko dah capai misi ko..aku masih menghitung hari..dlm masa seblh ni macam2 boleh jadi..dah la stok susu aku mmg xde langsung..harapkan perah hari2 je..tu pun dpt dlm 7-9oz je..harap aku mampu bertahan..kalo pam kat rumah mmg xdpt laa..anak aku jenis xbleh tgk aku tgh pam..sebok nak nenen..

    ReplyDelete
  4. zimah, kalau ko sudi, aku nak bagi ebm frozen aku kat ko...daripada membazir, aku memang niat lepas ni..aku nak ngepam lagi sampai ke titisan terakhir...kalau ko sudi bagitau aku k....kerana kamu juga seorang ibu, saya redha untuk melepaskannya...:)

    ReplyDelete
  5. wow... congrats zulie... Afnan pasti akan jadi anak soleh dan membahagiakann ummi dan abinya... insyaALLAH...

    ReplyDelete
  6. as salam zulie..ida minta izin link blog u ngan blog ida..tq

    ReplyDelete
  7. ida..tak payah nak minta izin pun dear..silakan:)

    ReplyDelete