Nuffnang Ads

Friday, March 11, 2011

hadiah untuk buah hati ummi

ish22....sibuk betul lah lately nie..sampai kerja ofis pun terpaksa buat kat rumah..sambil meriba afnan menyusu, ummi sempat juga bukak laptop memerah idea siapkan kerja. yg penting kat ofis boleh settle kan benda lain. kat ofis sekarang sibuk meeting, discussion, bertugas di kaunter kompaun yang akan menghalang ummi untuk terus fokus menyiapkan kerja2 yang bertimbun tu...kali ini ummi bukan nak update pasal itu..tapi ummi nak citer pasal hadiah harijadi untuk hero2 ummi tu...

sampai sekarang ummi lum sempat nak buat majlis harijadi untuk mereka berdua..bila tanya ayah..tunggu bonus katanya..hahahha...sebenarnya masa mencemburui ummi dan ayah..kami jarang dapat spend weekend bersama2..jadinya plan tertunda sehingga hari ini. tapi untuk tidak mengecewakan anak2 ummi, ummi dan ayah mencari hadiah yang sesuai untuk budak berdua ni...kebetulan la ada warehouse sale my dear baru2 ni...so, ummi tak nak lepas peluang untuk dapatkan barang yang murah dari harga asal.

ummi takleh nak update panjang2...tengok je lah gambo nie, mereka berdua sangat suka dengan hadiah ini. zhafran sudah pandai kayuh basikal sendiri walaupun basikal roda tiga. afnan pulak excited naik truck owen (oren) heheh...seronok bila tengok mereka gembira...:)


sayang2 ummi, nanti kalau ada rezeki dan masa, ummi akan buat majlis khas untuk kalian ye..:) mmmuahhsss



Tuesday, March 1, 2011

Perlukah amik milk booster?

Ummi terpanggil untuk bangun awal pagi pukul 4.30 untuk menulis entry ini kerana rasa tidak senang duduk selagi tidak mengupas isu ini dengan panjang lebar. Sebenarnya ini adalah persoalan yang diajukan oleh seorang isteri kepada kenalan husband ummi yang sekarang ni dah jadi kawan ummi, lin. kami banyak persamaan dan yang paling ketara adalah kami mempunyai 2 anak hero:)
Persoalan
zulie, sekarang susu badan kita macam nak kurang la, sekali pam dapat 2oz je. awal2 dulu leh dapat 5oz, makan apa ye nak bg byk susu?
untuk ini ummi jawab dengan melihat kondisi si ibu dan si baby. lin, sekrg ni lin masih di rumah dan attach dengan baby. so mengepam selepas kita menyusu memang selalunya akan dapat kurang, tidak seperti kita di ofis atau di mana2 tanpa menyusukan. ia adalah keadaan normal. untuk pengetahuan lin, zulie dulu pun alami keadaan yang sama. lebih menyedihkan kadangkala tiada apa yang keluar, hanya angin saja, lin mungkin tak alami ini bukan?.sebenarnya, kita mengepam kerap, selain tujuan utama untuk kumpulkan stok ebm bagi digunakan time emergency, ia berperanan untuk memberi signal ke otak untuk kita lebih banyak hasilkan susu untuk si comel kita, regardless la dapat banyak atau sikit. prinsip yang perlu kita ingat, lagi kerap kita kosongkan breast. lagi banyak susu boleh dihasilkan. Masalah yang paling utama, untuk kita ini ialah kita CEPAT GIVE UP. Kenapa zulie cakap macam tu , sebabnya, kita selalu meletakkan target pada output setiap sessi pengepaman kita, sebenarnya itu silap. bila ketikanya kita kerap mendapat output yang kurang, kita mula rasa, ooo...susu kita dah kurang, kena top up susu formula ni. sian baby tak cukup susu....tapi itu bukan penyelesaiannya. dengan top up susu formula, ia sekali lagi menghantar signal ke otak, bahawa, susu baru yang cukup untuk keperluan baby tak perlu dihasilkan, so end up dengan susu makin berkurangan. kerapkan mengepam dan menyusukan secara direct.

mari zulie share apa yang zulie buat ketika zulie juga mengalami situasi ini. zulie selalunya akan bangun malam 2-3 kali based on berapa kali baby menyusu. pattern baby menyusu malam ini, dia akan berubah2...zulie akan mengepam setiap kali habis menyusu. pagi adalah masa terbaik untuk mengepam, kerana waktu ini hormon prolaktin kita tinggi. berapa oz sekalipun zulie akan simpan..untuk 2-3 kali mengepam selepas penyusuan itu, ummi akan kumpulkan dan bekukan. ada masanya baby akan kurang menyusu seperti biasa pada malam hari, ini masa yang ditunggu untuk kita gantikan dengan mengepam, waktu ini susu memang banyak. dan jgn sesekali fikir, susu kita tak ada selepas mengepam, takut nanti baby nak menyusu dah tak de susu. susu tetap ada, ingat ye! zulie start mengepam pun agak lewat, tp itu bukan bermakna kita sudah gagal. yg penting istiqomah (maintain) dengan sessi pengepaman dan juga yang paling penting direct nursing. bby zulie memang kuat menyusu, tak tahula anak lin, bagaimana, untuk share dnegan lin, zulie bangun 7-8 kali menyusu afnan semasa zulie berpantang. kekerapan penyusuan si baby ini adalah tanda yang baik bukan bermakna baby tidak kenyang. susu ibu adalah susu yang mudah dihadam, sebab itulah , baby cepat lapar. jika dibandingkan susu formula, baby akan tidur lama, sebenarnya si baby ini sedang bertungkus lumus menghadamkan sesuatu yang asing di dalam perutnya...

bila kita sudah mengepam dan nursing dnegan kerap, kita berubah ke bab makanan. sebenarnya milk booster ini subjektif. sebab ia melihat kepada kesesuaian badan si pemakannya. tak semestinya apa yg zulie mkn dan hasilnya byk susu, dan lin juga makan akan dpt hasil yg sama... kena try dan rasakan hasilnya. zulie boleh senaraikan makanan milk booster zulie ye. antaranya:

1) buah longan;
2) kacang tanah,
3) cheese.
4) halba- tak kisahla yg dah dimasukkan ke dalam kari ke, atau terus ditelan. atau di panggil fenugreek.
5) kobis masak lemak,
6) bayam;
7)ikan bilis;
8) cekur manis masak lemak.

ini antara mknan yg zulie tahu boleh menambah susu selepas makan benda2 ni...sebelum tu tak tahu ia boleh menambahkan susu...ibu2 digalakkan untuk makan smua jenis makanan dan tidak tertumpu kepada makanan penambah susu sahaja. sebab yang paling penting kita dpat hasilkan susu yang terbaik..perlulah juga dari sumber yang terbaik. zulie amalkan pengambilan kalsium dn obimin for lactating mother. alhamdulillah growth afnan cantik dan just nice..awal2 memang org semua kata gemuk dan disamakan dngan ayahnya.. then bila dia dah lasak sibuk nak berjalan, gradually dia berubah menjadi umminya yang slim..hehheheh:) of course coz he is my boy!

selepas setahun atau dekat2 setahun, zulie baru try pil fenugreek. kadangkala berhasil kadangkala biasa2 saje. untuk lin, yang masih baru ini, rasanya belum perlu. sebab hormon masih tinggi, demand pun masih banyak..bila demand tinggi, supply akan automatic follows. antara sebab susu zulie maintain sampai sekarang adalah sebab demand afnan tinggi, bagus jugak sebab dia bagi semangat pada umminya untk lebih banyak hasilkan susu. Air memang kena banyak minum. Zulie minum air masak lebih kurang 4 liter sehari, memang leceh sikit sebab perlu ke tandas kerap, tapi dengan pengambilan air yang banyak dapat menampung cecair yang hilang bila kita menyusukan si kecil. zulie dulu berpantang minum ais sehingga lebih setahun. Secara sainsnya tak dapat zulie pastikan sama ada ais boleh mengurangkan susu ke tak. tapi untuk membenarkan urat2 dan organ perempuan kita pulih spenuhnya, rasa berdosa pula sekirnya zulie ambil makanan yang boleh melambatkan proses pemulihan itu.
selepas baby setahun setengah, zulie mula consume shaklee utk penyusuan. hasilnya cukup baik susu pekat dan berlikat, nak kata bnayak tu, awal2 memang banyak. plus baby kurang menyusu...sekali pam boleh dapat 10oz..memang meriah. kulit kita tak berminyak, tiada lagi masalah keputihan, jarang sakit sebab ada multivitamin dan vit c. memang suggest untuk ambil ini. sebab dia menyumbang kepada kesihatan si ibu dan juga si baby.. dua2 dapat benefit. sampai sekarang zulie mash cnsume shaklee..
ok lin, rasa panjang lebar kan penerangan. sebab tu rasa macam tak cukup je dengan sms. harap ada benda yang belum ter cover dalam penerangan di atas, lin tanya la lagi ye. zulie bukanlah seorang perunding laktasi (walaupun ada cita2 ke arah itu) atau peer councillor, tapi atas dasar zulie juga seorang ibu yang pernah menyusukan, terpanggil untuk membantu ibu2 lain di luar sana. jgn stress2 riangkan hati banyakkan berdoa, semoga Allah permudahkan urusan ini. insya-Allah:)
Happy Breastfeeding!



Sunday, February 27, 2011

SGM at moms basic Sg Buloh

alhamdulillah tadi ummi dengan jayanya dan cekal hatinya walaupun suami tidak dapat bersama, dapat juga ummi menghadiri group meeting kali ini. walaupun jauh sikit tapi sebab topik nya yg best sebab bertepatan sekali dengan penyusuan ummi yang dilalui dengan segala macam manis dan pahit-Smooth Sailing Breastfeeding Journey. terima kasih tak terhingga untuk adindaku Azmal Khuzairi kerana sanggup pagi2 bangun sebab nak menemani kakak mu ini yang nak menimba ilmu:) maklumlah ummi terpaksa angkut kedua2 hero ummi yang lasak ke sana..seseorang ummi perlukan untuk keep an eye for my boys!

terima kasih juga kepada Ziemah, rakan sekerja ku yang tak lokek kongsi berita pasal SGM ini,,kalau tak mungkin ummi tak berkesempatan nak menghadirinya...kawan2 yg ummi jumpa semuanya baik2 dan mempunyai pengalaman yg cukup luas..banyak yg ummi dapat pelajari daripada mereka2 ini yg tak lokek ilmu dan pengalaman. Sebelum ini, ummi pernah ditanya berhubung masalah inverted nipple.disebabkan ummi tak pernah mengalaminya, ummi tidak dapt menjawab soalan rakan ummi, Kak Tie kerana dia kali ini untuk anak ke4 ini beliau memasang niat murni untuk menyusukan tetapi mempunyai masalah yg ummi sebutkan di atas. ruang dan peluang tadi ummi gunakan sebaik mungkin untuk dapatkan pengalaman ibu2 yg pernah mengalaminya dan yg paling penting belajar cara2 mengatasinya. antara yang disarankan adalah :

1) sewaktu pantang, urut dan gentel nipple dan tarik2 kan keluar nipple;

2) selepas bersalin, antara petua nak menyusukan baby ialah dengan mengepam dahulu dan apabila mula let down suakan kepada baby;

3) mengikut mereka, ada alat yang membantu untuk masalah nipple ini, cntohnya, picagari yang diubah suai untuk mengepam tapi bukan tujuan mengeluarkan susu, tetapi lebih kepada membuatkan nipple timbul dan tidak tenggelam,...selain alat itu, ada lagi alat lain yg membantu yg ada di jual di pasaran.

bak kata orang..di mana ada kemahuan di situ ada jalan. tadi kami dibahagikan kepada 3 kumpulan.; 1) cabaran semasa pregnant 2) cabaran semasa berpantang dan 3) cabaran di tempat kerja-selepas bekerja. ummi masuk group ke 2..apa yang ummi dapat simpulkan kesemua cabaran ini boleh di atasi dengan hanya 2 benda iaitu:

1) ilmu; dan

2) keyakinan.

sekiranya 2 benda ini tiada dalam diri si ibu, maka semuanya akan musnah. akhir sekali tawakal dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan nya yang satu ini. di akhir discussion ada presentation setiap wakil kumpulan.. dan diakhiri dengan makan pot luck yang dibawa...seronok pula sekali sekala picnic bersama anak2 di dalam kedai moms basic ini,,:) ummi sempat juga memasak spagetti untuk di bawa bersama. mereka semua tanya resepi.. insya-Allah akan dikongsi bersama dalam entry yg akan datang. alhamdulillah anak2 juga tidak buat perangai sangat, tapi ada juga ketikanya Zhafran buat Adam anak kawan ummi Ziemah...sian Adam..sorry ye,,abg Zhafran ini memang tak boleh mengalah..dengan adik sendiri pun dia balun..:)

Antara gambar yg diambil sepanjang SGM berjalan untuk tatapan kawan2....

along azrina in action...gambo blur la pulak...

ziemah pula tunjuk skil presentation..i like:)

conclusion dari tuan rumah, nuha..thanks beri peluang kepada kami ibu2 menyusu ini berkongsi ilmu:)

muka budak baik yg buat hal sendiri..love you sayang!

lily, kawan yg ummi baru kenal tapi cukup peramah..kumpulan ummi la nie

ummi dan ziemah plan nak buat SGM di ofis kami bagi membantu rakan2 kami di ofis...kalau bukan kami yang menggeraknya...nak tunggu bila dan siapa ye tak?..so, ziemah apa plan kita selepas ini ?:)

Wednesday, February 23, 2011

target 2 tahun tercapai

pertamanya ummi melafazkan setinggi2 kesyukuran kerana Allah memberi nikmat dan dengan limpah kurnianya dapatlah ummi melengkapkan tempoh penyusuan afnan. Ya betul, afnan menyambut hari lahirnya hari ini genap 2 tahun. tak terkata perasaan ini. segala penat lelah pengorbanan masa dan tenaga dalam menjayakan misi 2 tahun terbalas bila terpandang wajah kecil yg sentiasa bermain di fikiran ummi, walaupun antara kita pernah berjauhan. Jauh di sudut hati ummi, rasa seakan tidak merelakan afnan untuk melupakan bonding yg sekian lama terjalin. dan ummi juga tahu afnan juga masih belum bersedia untuk bercerai kasih yang satu2 nya ini. Ummi telah berbincang dengan ayah, dan kami bersetuju untuk meneruskan penyusuan ini selama mana afnan perlukan, biarlah masa yang menentukan, dan biarlah afnan yang menentukan.

Kali ini mungkin entry ini agak panjang lebar. di forum inilah ummi ingin luahkan segalanya. ummi menulis hanya untuk ingatan ummi dan anak2 ummi sekiranya kalian semua sudah boleh membaca dan menghargai nya. rasa sebak juga bila setiap kali terpandang wajah anak2 bila mereka sudah lena dibuai mimpi, selalu bermain di fikiran, sempatkah ummi melihat mereka membesar di depan mata, bagaimana mereka sekiranya ummi yang pergi dulu, ayah pernah kata kalau ummi yang pergi dulu, punahlah hidupnya, ayah kena ingat,,ayah kena kuat,..ada atau tidak adanya ummi bukanlah penentu segalanya. ayah kena kuat untuk anak2 kita..ingat janji kita..insya-Allah Allah akan permudahkan segala urusan hamba-Nya yang tak alpa kepadaNya.

Sejarah Kelahiran Afnan

2 tahun yg lepas pada saat ini juga, ummi sedang melawan kesakitan untuk melahirkan seorang bayi kecil yg tulus rupanya. pengalaman melahirkan afnan di pagi hari lebih kurang pukul 4 pagi tatkala yang lain sdang lena diulit mimpi benar2 meninggalkan kesan di ingatan. setelah mengharung segala kesakitan lahirlah seorang yang bernama Ahmad Afnan Hamimi, nama pilihan ayah sepenuhnya tanpa kacau ganggu dari ummi...ummi beri peluang sepenuhnya kepada ayah.. ayah pilih nama ini sebab nama ini dimiliki oleh seorang anak kepada imam besar masjid negara suatu ketika dulu. ditelek2 maksudnya yang baik, sebutannya pun tidak kebaratan, ejaan nya pun yang senang....maka tercatatlah nama indah itu di atas sekeping kertas sijil pendaftaran kelahiran.

ini beberapa saat afnan sejurus selepas keluar dari perut ummi
Harapan Menggunung

apa yang diharapkan oleh ummi dan ayah, besarnya afnan menjadi seperti insan yang terlbih dulu memiliki nama itu. ummi dan ayah harap suatu hari nanti afnan boleh jadi seorang tahfiz yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. mungkin tinggi sangat harapannya..tapi itulah dia harapan seorang ummi dan ayah...ya kiranya masih ada lagi rancangan Imam Muda, ummi dan ayah mahu adik jadi juara Imam Muda..musim ke berapa pula ye pada ketika itu...:). bercakap tentang perkembangan minda dan fizikal..afnan membesar seperti kanak2 lain di luar sana. terlalu banyak yang ummi bangga dengan afnan.. tak mampu ummi tulis di sini..kiranya ditulis mungkin tak habis pula nanti.

Pahit Manis Penyusuan

mari ummi ceritakan pula perjalanan pahit manis penyusuan ummi bersama afnan yang menjadi tonggak kepada kejayaan kami berdua, sekiranya tiada kerjasama yang baik dari afnan, mungkin ia tidak berjaya seperti sekrang. di mana nak dimulakan , ummi pun tidak pasti. apa yang pasti, niat untuk menyusukan afnan sehingga 2 tahun lahir bila ummi gagal untuk melengkapkan penyusuan zhafran, bab ini telah ummi kupas pada entry2 yg lepas. seperti mahu dipadam dari kotak hitam kamus hidup ummi, kegagalan yang tak mampu ummi tebus sehingga sekarang. berakhirlah episod gelap kegagalan tersebut, apabila ummi disahkan hamil lagi, ummi terus cari ilmu sedalam mungkin mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan segala macam kemungkinan.
Afnan lahir

Apabila afnan lahir ummi berpantang di rumah nenek di kg. biasalah, dengan pengalaman ummi yg tak seberapa, nenek semacam tidak menyokong penyusuan, bila melihat sejarah nenek sendri yg gagal menyusukan ke empat2 anak nya walaupun bergelar seorang suri rumah. bukan salah nya 100%, sumber ilmu pun kurang, dengan galakan yang boleh kata tiada. Ummi cuba kuatkan semangat memohon kepada nenek untuk berpantang sendiri. mungkin ada yang kata selfish tapi ummi benar2 mengharapkan kekuatan minda dek tiada sokongan sesiapa ketika itu. ayah juga tidak yakin dengan kemampuan ummi..bagaimana la perasaan ummi ketika itu, cuma ummi saja yang tahu...waktu ini, ummi kuatkan semangat, penat dilupakan, dengan demand afnan yang tinggi kuat menyusu 1-2 jam sekali, ummi mengepam tetapi bukan untuk stok kerana tiada apa yang berbaki, cuma mahu otak menerima signal, bahawa susu baru perlu dihasilkan. tiada stok dapat dibuat sehinggalah hampir 2 minggu ummi perlu kembali bekerja, kala itu, ummi menggelabah untuk mengumpulkan stok..benar pepatah melayu berkata...sikit2 lama2 jadi bukit...ummi bangun malam2 subuh2 kumpul stok untuk pastikan fridge penuh stok susu. akhirnya berkat gigih ummi berjaya kumpulkan hampir 30 bekas susu yang berisi 3oz..mungkin pada orang lain sedikit, tapi waktu itu ummi cukup berbangga.

Naik Kerja

bila naik kerja, afnan ada masalah minum susu thru botol, macam2 puting guna,,akhirnya pengasuh afnan yang rajin itu, perkenalkan puting dr baby dan afnan suka. mula2 memang sikit sangat afnan minum susu..tapi selepas itu intake dia bertambah dari sehari ke sehari dan ada ketikanya capai sehingga 24 oz sehari. mujur jugak demand afnan tinggi, ini sedikit sebanyak memberi semangat dan peringatan kepada ummi jgn mudah leka dan malas untuk mengepam. malam dan subuh mesti pam...alhamdulillah capai misi 6 bulan...ummi teruskan lagi walaupun ada kata2 sumbang mengatakan ummi tak mungkin bertahan..cukup salah kenyataan mereka..ummi capai lagi misi 1 tahun penyusuan. kala ini mulut2 itu terus senyap..pernyataan sinis pula dilontarkan..yelah mana mungkin tubuh ummi yang kecil ini (dan fikirnya breast yang kecil tak mampu hasilkan susu yg banyak) mampu menyusukan anak sehingga 2 tahun. hahahhahh...tawa ini sahaja yang mampu ummi ungkapkan....

Growth Spurt
Afnan kerap kali selang beberapa bulan mengalami ini, ia biasanya berlanjutan sehingga 1-2 minggu, memang sakit sangat bila dia mahu nursing lebih ketika malam, siang pula sebaliknya. tapi itu normal bagi bayi yang menyusu badan. Waktu ini, nak pam selepas menyusu memang menyedihkan, breast pun sentiasa kempis, tapi tak bermakna tiada susu..susu pasti ada...

blocked duct

sepanjang 2 tahun ini lebih 5 kali ummi diserang. memang sakit tapi nk buat mcm mana..usahakan juga untuk keluarkan susu. pernah juga berkunjung ke klinik, tp takut pula nak amik antibiotik takut effect susu....lagi sebln nak capai 2 thn masih experience ini semua..

Pil perancang dan period

ummi ambil keputusan untuk merancang menjarakkan kelahiran bagi memberi peluang kepada afnan untuk merasa susu kurniaan Allah ini. belajar dari pengalaman melahirkan anak dgn jarak yg terlalu dekat, ummi rasa inila cara yg terbaik..niat perlu disertai dengan usaha. kalu sibuk kata tak nak anak tapi tiada usaha ke arah tiu, apa gunanya. alhamdulillah pengambilan norriday tidak sesekali mengganggu produksi susu..bila stress kerja, baru ada sedikit kesan, dan sekiranya cuti yg panjang dan jadual mengepam pun dah lari, ada juga sedikit kesannya.alhamdulillah sehingga ke hari ini, hanya sekali ia datang tu pun ummi tk berapa pasti kerana hadirnya tidak seperti normal period yang biasa. mungkin faktor itu juga, susu ummi masih bertahan sehingga sekarang walaupun tak semeriah dulu sekali pump boleh capai 10oz..sekarang sekali pump hnya dapat separuh..tapi itupun dah lebih dari cukup sebab afnan dan makan macam2...

walaupun dapat macam ini..ummi tetap bersyukur..masih ada rezeki untuk afnan esok hari:)
Black Out

uishhh..yg ini yg letih..benda ini boleh di kira ada dekat 4 kali bekalan elektrik terganggu. kesannya frozen ebm ummi berisiko untuk mencair..ini semua terjadi sejak ummi dan ayah berpindah ke rumah sendiri, maklumlah perumahan baru memang selalu macam tu, belum stabil katanya. alhamdulillah, rumah atok dekat, dan peti ais rumah atok la jadi penyelamat. mujur jugak atok bukan jenis simpan stok barang makan..kalau tak ke mana nak diletak susu afnan tu...hehhhehe


ini saje stok yg tinggal..bahagian bawah tu yg dah expired dah kena buang:( pembaziran yang amat memilukan

Gadjet yang paling disayangi

bagi menjayakan proses penyimpanan susu ummi telah menggunakan 2 jenis pam. bermula dari zhafran lahir ummi telah pun memiliki spectra 3 dan alhamdulillah berkat handling yg cermat, tak pernah rosak walaupun diguna secukup2 nya sehingga umur afnan setahun..selepas itu, ayah dengan mulia hatinya memberi hadiah medela freestyle untuk kes upgrade kepada yg lebih menyenangkan sebab ayah kesian kat ummi terpaksa mengusung beg besar setiap hari, tahu je lah spectra kan gabak sikit, dan yg paling penting mobile...pump everywhere u want..thanks ayah...ayah jarang tunjuk supprt dia untuk bab penyusuan ini, tapi bila dia dengan rela hatinya melabur kepada gadjet yang harganya pun boleh beli seutas rantai emas so, itu bermakna ayah betul2 yakin dnegan kemampuan ummi..dan yang paling best, dia juga pernah menyertai SGM susu ibu bersama-sama ummi...thanks ayah again for this...kejayaan ummi atas sokongan ayah juga....

pump spectra ni amat berjasa dengan ummi untuk kedua- anak ummi...thanks


jasamu dikenang sehingga akhir hayat




hah ini dia budak yang dah umur 2 tahun si manja ummi...x
last but not least, ummi nak wish happy birthday untuk afnan..pagi tadi masa mandi pun dia nyanyi happy birthday untuk diri sendiri..ummi lum ada plan lagi nak celebrate anak-anak ummi punye birthday..insya-Allah ada masa ummi buat...biar kecil tapi meninggalkan memori indah untuk kita ye sayang...ummi harap adik akan menjadi anak yang soleh, bijak, handsome dan dengar kata ummi dan ayah..panjang umur dan murah rezeki...ummi dan ayah sayang adik dan abang...:)

Sunday, February 20, 2011

CENDIAKAWAN EDUCARE

dah hampir 2 bulan kan adik dan abg di sekolah..alhamdulillah everything goes well seperti yang diharapkan..yg paling ummi quite surprise penerimaan abg bila ke sekolah, memandangkan dia agak trauma untuk ke sekolah selepas ummi yang bodoh ini hantar ke taska yg entah hapa hapa tu...sorry sayang ummi silap sebab tak buat research pasal taska tu...sebab kan taska tu jugak abg dan adik jadi trauma ke sekolah...membuatkan ummi jadi agak gusar bila nak masukkan mereka ke sekolah a.k.a. playskool nie..ummi banyak juga tanya parents (kawan2 ummi) yg telah hantar anak mereka ke CENDIAKAWAN EDUCARE...respond mereka semua positif..so, ummi selepas berbincang dengan ayah dan habis doa dan tawakal decide untuk hantar adik dan abg..ada orang kata kenapa awal sangat hnatar ke sekolah, tapi jawapan ummi mudah sahaja, inilah masa yg terbaik untuk mereka kerana di peringkat usia mereka sekarang ini, mereka amat mudah menerima pembelajaran dan ajaran oleh sesiapa saja..bayangkan la kalau ia ditinggalkan bersama pengasuh dan penjaga apa jenis pun, ummi tidak dapat menjangka kan yg lebih (can't expect more)...sekurang2nya, mereka dapat bergaul dan kenal kawan2 sebaya dengan mereka...


Banyak perubahan yg drastik berlaku pada anak2 ummi ini antaranya:-


1. Zhafran amat petah bercakap dan kurang pelat dan mudah difahami;
2. Zhafran sudah pandai baca doa makan dan doa tidur..alhamdulillah..;
3. Zhafran juga sudah boleh mengenal huruf ABC, dan boleh mengira 1 hingga 10 dengan laju tanpa sekat2;
4. Zhafran cepat menghafal sesuatu...lagu2 disekolah habis dinyanyikan di rumah..sampai bosan jugak la..hahahha;
5. Zhafran dah boleh memegang pensel dengan betul dan amat gembira bila dia mampu untuk menulis huruf 'a' dengan kemas jika dibandingkan dengan rakan2 sebaya dengan nya...;
6. Zhafran amat gemar pada buku cerita, dan kadangkala berpura2 membacakan buku cerita kepada kami dan juga adiknya time nak tidur berdasarkan gambar yg ada di dalam buku cerita yang kami belikan;
7. Zhafran suka melukis...sangat bangga bila hasil lukisan dan warnanya digantung di sekolah dan ummi akan senyum bangga bila setiap kali lalu sekolah. (over betul!);
8. Zhafran pandai menyusun selipar di rak nya;
9. selera zhafran makin bagus dan boleh makan sendiri tanpa perlu disuap lagi;


Afnan pula:

1. yg paling membanggakan adalah walaupun umurnya jarak setahun dari zhafran tapi, dia juga mampu membilang 1- 10 malay and english dengan lancar..kadangkala lagi lancar dari zhafran...;
2.juga sudah pandai baca doa dan bernasyid...;
3. suka mendengar ummi baca buku cerita lagi 2 kalau buku itu bergambar;
4. sudah boleh bermesra dengan kawan2 tidak lagi takut2 dengan orang yang asing padanya;
5. boleh bercakap sepatah2 walaupun masih belum boelh difahami dengan jelas.
6. zhafran dan afnan kedua-dua nya sudah pandai solat..walaupun belum jelas bacaan dalam solatnya, tapi rukunnya sudah ada...kadangkala mereka yang ingatkan kami bersolat..so sweet..malu pula sebagai orang dewasa yang alpa time solat:)


walaupun begitu, satu lagi harapan ummi adalah untuk melihat anak2 ummi juga bijak dan pandai mengenali huruf2 jawi..kita orang Islam sayang..juga perlu master bab2 ini..bila dah kenal huruf boleh la ummi ajar mengaji pula..niat di hati ummi nak ajar sendiri tak mau hantar ke rumah orang lain..apa guna ummi sekolah agama dan faham bahasa arab, kalau tidak mampu mengajar anak sendiri ye tak....jimat belanja jugak..hehheh


kesimpulan yg ummi boleh simpulkan adalah, adalah sungguh tepat keputusan ummi menghantar mereka berdua ke sekolah.. terima kasih Cikgu Aishah dan cikgu2 yg lain kerana mendidik anak2 ummi dengan jayanya...

playground depan sekolah mereka..pekena main dulu sebelum balik...:)

jalan-jalan cari idea di IKEA

masa public holiday maulidur rasul hari tuh...ummi dan ayah keluar..memula nak g cuci gambar afnan sebab cikgu sekolah dia nak untuk celebration besday minggu depan...tetiba ke lain arah pulak..rasa membuak2 nak ke IKEA..tahu tak bila last ummi pergi masa ummi chambering di Gideon Tan Razali Zaini, Kelana Jaya..amatla dekat IKEA tu dari rumah sewa ummi yang terletak di hadapan firm kesayangan ummi tu...setakat One Utama, Ikano dan IKEA tu dah macam kawan baik dah,,,hehheh...tapi lepas ummi join majikan ummi sekrang yg tercinta dan memilih untuk tinggal di dalam Putrajaya yang indah dan selamat ini...maka terputus la hubungan persahabatan ummi dengan tempat2 tadi tu...



actually memang ummi dah plan sikit2 tapi tak bagitau ayah pun nak ke sana..ummi nak cari idea untuk tambah dekorasi kat rumah ni..kadang2 bila hari2 tengok benda yg sama, walaupun kerap juga ubah layout perabot, tapi bosan jugak ye tak..so, ummi nak cari idea yg freash gitu...akhirnya ummi decide ke IKEA..punye la jam time nak masuk parking..sabo jela..lagi2 masa nak cari parking..ummi telah melakukan satu experiment baca 4 Qul semasa ayah sibuk meninjau2 tempat parking..alhamdulillah belum habis Qul yang ke 4 mmi berjaya dapat parking yg sangat dekat dengan entrance dan tempat bayar tiket parking...betul juga apa yg kakak kat ofis amalkan...

masuk ke dalam IKEA lagi sesak..yg paling ramai adalah kaum Ca Ya Nun Alif (cina)...huhuu...amik kesempatan untuk melihat di ruangan rak dan juga untuk kanak2..ummi sekrang ni tengah mengumpul material untuk mendekorasi ikut selera sendiri bilik zhafran dan afnan...susah juga ye walaupun nampak senang..nak cari material Thomas yg paling susah...sekrang dah nampak hala tuju dekorasi ummi..hhehe...kami suami isteri bercadang untuk asingkan tempat tidur sekiranya mereka sudah bersedia, tapi sebelum itu, perlulah dekorasi sikit bilik yg akan mereka habiskan almost sepanjang masa kan...lagi2 la kalau pancing dengan katil, selimut, comforter dan toys thomas dan juga meja study thomas...bunyi nya macam best kan...biasala budak2 kena pandai main psychology jugak...

lagi satu ummi berkenan nak pasang para2 atau nama lain rak yg dilekat di dinding, plannya nak pasang di dalam master bedroom dan living hall..dan juga di dapur...untuk pengetahuan semua, penggunaan rak2 ini cukup effective untuk penjimatan ruang dan sekaligus nampak kemas dan sedap mata memandang.. paling suit untuk rumah yang berskala kecil tapi cantik macam rumah ummi hahahha...rupanya zaman sekarang dah banyak rak2 yg cantik dan design yg menarik...tapi kali ini ummi dan ayah hanya tinjau2 dulu, kami akan datang kembali hnaya berdua...sebab apa, nak tahu tak?....

sedang ummi mencari idea untuk dekorasi, abg dan adik buat perangai menangis2 nak beli blok2 kayu yg kalau dicantum2 boleh jadi satu deretan keretapi yg ada magnet... menangis teruk2 nie sampai semua orang pandang...tension sungguh..kalau ikut hati ummi memang nak beli je benda tu supaya diorang diam...tapi ayah tak bagi..nak buat mcam mana...



ini time dia tengah syok layan toys kat children area...masa ni dia dah cop block yg ummi cakap tadi..tu haaa ada kat sebelah dia...nampak tak???

Sunday, February 13, 2011

potongan rambut ala shah rukh khan....

kali ini nak update pasal gunting rambut..wah2 banyak betul masa ye smpi update blog berturut2..curi2 masa yg ada...hehehh..tengok template, background, layout pun dah berubah,bosan jugak kdg2 tengok benda yg sama kan..ini gara2 terjumpa satu blog sama pulak dia punye design..tu yg rasa macam ummi punye ciplak org lain lak..hahhah...lari topik sungguh..

nak citer, abg dan adik, rambut diorang nie panjang sangat, rimas ummi tgk, risau jugak kalau diorang tak nak bg kerjasama masa gunting rambut kat kedai. nak gunting sendiri, macam kurang confident,,alhamdulillah, berjaya gunting dengan jayanya...meh layan gambar di kedai gunting shah rukh khan..hhehehe...

muka adik yg suspen..hehhe..cute sangat:)

bajet handsome la abg tu...hahahaha