Nuffnang Ads

Sunday, February 20, 2011

CENDIAKAWAN EDUCARE

dah hampir 2 bulan kan adik dan abg di sekolah..alhamdulillah everything goes well seperti yang diharapkan..yg paling ummi quite surprise penerimaan abg bila ke sekolah, memandangkan dia agak trauma untuk ke sekolah selepas ummi yang bodoh ini hantar ke taska yg entah hapa hapa tu...sorry sayang ummi silap sebab tak buat research pasal taska tu...sebab kan taska tu jugak abg dan adik jadi trauma ke sekolah...membuatkan ummi jadi agak gusar bila nak masukkan mereka ke sekolah a.k.a. playskool nie..ummi banyak juga tanya parents (kawan2 ummi) yg telah hantar anak mereka ke CENDIAKAWAN EDUCARE...respond mereka semua positif..so, ummi selepas berbincang dengan ayah dan habis doa dan tawakal decide untuk hantar adik dan abg..ada orang kata kenapa awal sangat hnatar ke sekolah, tapi jawapan ummi mudah sahaja, inilah masa yg terbaik untuk mereka kerana di peringkat usia mereka sekarang ini, mereka amat mudah menerima pembelajaran dan ajaran oleh sesiapa saja..bayangkan la kalau ia ditinggalkan bersama pengasuh dan penjaga apa jenis pun, ummi tidak dapat menjangka kan yg lebih (can't expect more)...sekurang2nya, mereka dapat bergaul dan kenal kawan2 sebaya dengan mereka...


Banyak perubahan yg drastik berlaku pada anak2 ummi ini antaranya:-


1. Zhafran amat petah bercakap dan kurang pelat dan mudah difahami;
2. Zhafran sudah pandai baca doa makan dan doa tidur..alhamdulillah..;
3. Zhafran juga sudah boleh mengenal huruf ABC, dan boleh mengira 1 hingga 10 dengan laju tanpa sekat2;
4. Zhafran cepat menghafal sesuatu...lagu2 disekolah habis dinyanyikan di rumah..sampai bosan jugak la..hahahha;
5. Zhafran dah boleh memegang pensel dengan betul dan amat gembira bila dia mampu untuk menulis huruf 'a' dengan kemas jika dibandingkan dengan rakan2 sebaya dengan nya...;
6. Zhafran amat gemar pada buku cerita, dan kadangkala berpura2 membacakan buku cerita kepada kami dan juga adiknya time nak tidur berdasarkan gambar yg ada di dalam buku cerita yang kami belikan;
7. Zhafran suka melukis...sangat bangga bila hasil lukisan dan warnanya digantung di sekolah dan ummi akan senyum bangga bila setiap kali lalu sekolah. (over betul!);
8. Zhafran pandai menyusun selipar di rak nya;
9. selera zhafran makin bagus dan boleh makan sendiri tanpa perlu disuap lagi;


Afnan pula:

1. yg paling membanggakan adalah walaupun umurnya jarak setahun dari zhafran tapi, dia juga mampu membilang 1- 10 malay and english dengan lancar..kadangkala lagi lancar dari zhafran...;
2.juga sudah pandai baca doa dan bernasyid...;
3. suka mendengar ummi baca buku cerita lagi 2 kalau buku itu bergambar;
4. sudah boleh bermesra dengan kawan2 tidak lagi takut2 dengan orang yang asing padanya;
5. boleh bercakap sepatah2 walaupun masih belum boelh difahami dengan jelas.
6. zhafran dan afnan kedua-dua nya sudah pandai solat..walaupun belum jelas bacaan dalam solatnya, tapi rukunnya sudah ada...kadangkala mereka yang ingatkan kami bersolat..so sweet..malu pula sebagai orang dewasa yang alpa time solat:)


walaupun begitu, satu lagi harapan ummi adalah untuk melihat anak2 ummi juga bijak dan pandai mengenali huruf2 jawi..kita orang Islam sayang..juga perlu master bab2 ini..bila dah kenal huruf boleh la ummi ajar mengaji pula..niat di hati ummi nak ajar sendiri tak mau hantar ke rumah orang lain..apa guna ummi sekolah agama dan faham bahasa arab, kalau tidak mampu mengajar anak sendiri ye tak....jimat belanja jugak..hehheh


kesimpulan yg ummi boleh simpulkan adalah, adalah sungguh tepat keputusan ummi menghantar mereka berdua ke sekolah.. terima kasih Cikgu Aishah dan cikgu2 yg lain kerana mendidik anak2 ummi dengan jayanya...

playground depan sekolah mereka..pekena main dulu sebelum balik...:)

1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    sekolah ni kat mane ye? berape umur anak2 akak?

    ReplyDelete