Entahla..di mana tempat saya perlu mengadu, kepada siapa saya mahu berkongsi rasa, saya belum boleh solat kerana cuti. kalau tidak mesti saya sudah tersedu2 menangis mengadap-Nya.tapi hati ini rasa sungguh2 sedih. puncanya?...hanya saya yang tahu. hati saya benar2 tersentuh. tapi lebih baik pendam sahaja daripada melayan dan membalas. rasanya tidak ada gunanya membalas jika makin menghangatkan suasana. Saya sering tertanya2 kenapa manusia sering menilai orang lain tanpa melihat keburukan dan kelemahan sendiri? Kenapa perlu menjatuhkan maruah orang lain di hadapan khalayak ramai. Saya cukup berbangga dengan diri saya kerana pada hari ini, saya bertindak penuh rasional kerana tidak membalas. Berdiam diri bukan tanda kita kalah. Hanya kita yang tahu diri kita.
Saya tidak meminta untuk dianugerahkan apa-apa atas usaha dan kerja keras saya selama ini. tidak pernah sama sekali. tetapi perkara ini diperkatakan, maka tergugat juga saya. Nasib baik IQ dan EQ saya seimbang pada hari ini, maka keputusannya jadi POSITIF. Saya cuba bertindak dan berfikiran positif. Alhamdulillah saya sangat ok, setelah itu. Apa2pun, hanya Allah dan saya yang tahu apa yang tersirat di hati ini. Betul la kata orang kerana mulut badan binasa. kata-kata mampu musnahkan semuanya. Saya seolah2 hilang harga diri apabila diperkatakan seperti itu. Kerna itu, saya lebih berhati2 untuk menutur kata. Saya tidak mahu membezakan saya dengan orang lain. Kalau ada yang saya silap, saya betulkan. Kalau memang saya betul, saya pertahankan. Manusia sering termakan hasutan dan cucukan orang lain. Hidup sebagai manusia saya rasa akan jadi sia-sia bila kita tiada pendirian dan tidak mahu hormati perasaan orang lain. Bila kita sahaja rasa kita sentiasa betul, dan sentiasa menuding kesalahan orang lain, sebenarnya kita silap, satu jari tunjuk kepada orang lain tanpa disedari 4 jari lain menuding ke arah kita.
Saya sudah ok dan akan ok untuk selamanya. Saya berdoa agar manusia sebegini diberikan hidayah utnuk berubah ke arah yang lebih baik. Amin....

No comments:
Post a Comment