Nuffnang Ads

Wednesday, June 15, 2011

I'm too SEXY to be 30....






alhamdulillah, genap ummi 30 tahun hari ini. dah 30 tahun rupanya kan, tak sangka tau. bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagian berumahtangga, kesenangan harta benda, rezeki mempunyai cahaya mata dan berpeluang bernafas lagi di bumi Allah ini. orang pertama yg wish ummi adalah ayah...tapi sms pertama yg dapat adalah dari celcom 1 hari lebih awal..hahahah....tu tak kira lah kan?



ummi melalui minit2 pertama pagi ini dengan menguruskan anak2 yang banyak ragam. mereka berdua bangun tepat pukul 6pagi, tetapi sebab ayah mereka tiada, masa untuk make up pun terpaksa di pendekkan..ala kadar sahaja. mereka nangis2 minta ummi bukak tv sebab nak tgk babytv...adik nangis sepanjang perjalanan sebab tak puas hati ..yg paling tak tahan ialah adik muntah dalam kereta..nasib baik kena kat car seat je..kalau tak....habis bau 1 keta.



ummi buat sedikit jamuan untuk kawan2 diofis. bukan jamuan apa sangat pun, tapi rezeki dapat capai umur 30 tahun dan juga rezeki lebih APC hari tu, apa salahnya kongsi kegembiraan dengan mereka ini. nak buat kat rumah belum tentu mereka boleh datang kan. Ayah nak spnsor kek, so tunggu lunch nanti la, kot2 ada surprise lagi ala2 seth tan...hahahah...



sangat best birthday kali ini, bila ramai staff di ofis sedar dan wish birthday kat ummi. sungguh terharu. ada juga yang call. anak2 sedara, adik dan lain2 pun ingat. memula plan nak masak pulut..tapi takut tak sempat nak masak pepagi...mungkin lain kali je la...balik ni nak celebrate ngan ayah pula. plan nak masak rendang ayam.



harapan ummi bila dah capai umur 30 tahun ini...ummi berdoa agar dipermudahkan segala urusan, dikurniakan anak lagi tahun hadapan, kalau boleh dan diizinkan Allah, dapat gurl. mesti best, kemajuan lagi untuk kerjaya, dan masih mengharap untuk sambung belajar. Semoga apa yang dihajati akan jadi kenyataan satu hari nanti..



Terima kasih kepada semua yang menghargai ummi selama ini....


4 comments:

  1. heppi bestday zulie, semoga diberikan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah limpah... amiiinn... :)

    ReplyDelete
  2. selamat ulang tahun..xpe umur 30 pun..janji nmpk muda lagi..hehe..

    ReplyDelete
  3. thanks fidza...atas doa kamu...saya amat menghargainya....

    ReplyDelete