Nuffnang Ads

Monday, April 4, 2011

Hari Prestasi Cendiakawan Educare-2.4.2011

wah..wah...kecik2 sudah ada hari prestasi..berdebar2 ummi dan ayahnya nak dengar prestasi mereka berdua ni daripada cikgu masing2...yang tak berapa best ayah tak dapat turut serta sebab ayah kerja shift pagi dah tak boleh tukar..nak buat macam mana ummi pagi2 dah bangun siapkan mereka berdua dan buat sarapan terus berdezzup ke sekolah..rasa macam ibu tunggal pula..tapi yelah kalau ummi tak kuat sapa lagi yang nak diharapkan betul tak..alhamdulillah mereka berdua riang gembira bila ditanya ke mana mahu pergi sebab ke sekolah terus suka!





sampai sekolah, ummi disambut oleh Pengetua Cendiakawan Educare, Puan Normah dan penyelia Cawangan Perbadanan Putrajaya, Kak Ina. nasib baik belum ramai parents lagi so, ummi terus g section budak 2 tahun..iaitu untuk dengar prestasi afnan. ini antara apa yang cikgu izzati dan cikgu yana bagitahu ummi:


1) afnan sudah boleh memegang pensil, krayon dan warna;

2) makan sendiri;

3)tidur ikut jadual;

4) masih tidak boleh berkongsi barang;

5) sudah boleh kenal huruf dan nombor;

6) baca dan mengira dengan lancar walaupun kurang jelas sebutannya;

7) suka menyanyi;

8) mudah menghafal dan mengikut perbuatan cikgunya;

9) mereka kagum dengan afnan sebab jarang sakit dan mereka kata KERANA SUSU IBU!!!

- BANGGA UMMI SEBENTAR..alhamdulillah..:)


then, ummi terus pergi section tiga tahun pula. ada 4 subjek semua sekali; bm, eng, math dan agama islam. Prestasi zhafran setakat ini...first cikgu wani (cikgu bm) dia kata..zhafran budak pandai!......:) senyum umminya..tak sempat nak rekod je hahahahha..ala budak kecik lagi macam mana nak tahu pandai ke tak..semua budak pandai kan???...cikgu thirah (math) kata dia budak yang baik dan dengar kata....


1) dah boleh kenal huruf dan mengira;

2) dah pandai suaikan huruf dan objek dan bunyi;

3)suka menyanyi-adik beradik2 suka nyanyi;

4) budak yang baik dan tak pernah kacau orang-part ni kagum skit sebab kat rumah suka buli adik;

5) suka dengar bercerita;

6) tengok hasil kerja dia kemas sahaja;

7) pay attention di sekolah tapi kalau yg dia dah pandai-dia buat tak tahu je..hahahah

8) makan sendiri;


nasib baik sebelum balik, cikgu2 bagi buku2 kerja dia...boleh ummi tunjuk kt ayah...



No comments:

Post a Comment