Nuffnang Ads

Wednesday, December 28, 2011

lagi 3 hari je lagi...

lagi 3 hari je lagi nak habis 2011 dan 3 hari lagi nak sambut 2012. macam2 jadi pada tahun ni, ada sedih, duka, gembira, enjoy, sweet dan lain2...macam orang lain jugak, ummi nak review sikit apa yang berlaku sepanjang tahun 2011 untuk ummi dan family..

Jan

masih menyusukan afnan dan masih mengepam.

Feb

-masih menyusukan afnan dan masih mengepam.
- kami tak sambut besday diorang cuma ummi belikan hadiah je untuk mereka berdua, biasanya setiap tahun kami raikan besday pada penghujung Feb.

Mac

-ayah dapat bonus. ada beberapa wishlist ummi ayah kabulkan. Langsir baru, penapis air coway, dan carpet.
- bulan ni kami holiday ke Cameron Highlands, Lumut dan Pangkor bersama anak-anak.

April

- afnan mula wean off secara semulajadi. dan ummi mula stop mengepam. Jenuh juga mahu cari susu yang afnan nak minum. orang kata nak wean off anak susah, nasib baik Allah mudahkan segalanya.
- ummi disahkan hamil tapi tak sampai 5 minggu, discharge habis dan tak perlu d&c. kalau ikutkan edd saat ini ummi tengah melayan baby kecik
- attended Bengkel Penyeragaman Undang-Undang di Ancasa Allsuites, PD. kali ini tak bawak anak2 sebab sibuk buat kerja.

Mei

- dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010 di PWTC. Duit hadiah dilaburkan dengan mencari benih pokok untuk ditanam dan beli rumput carpet untuk ditanam di halaman rumah..

Jun

- kami tak sambut besday ayah dan ummi sebab ayah tak dapat cuti pun. selalunya kami makan bersama atau ummi masak di rumah dan celebrate dengan anak-anak
- bawa abah dan mak bercuti di PD walaupun pada hakikatnya, ummi tengah berkursus (Kursus Pengurusan Aset) waktu tu.

Julai

- Sukan Cendiakawan Educare untuk zhafran dan afnan...

Ogos

- memandangkan ummi dah period, so puasa tahun ini tidak penuh kena ganti 3 hari. 4 tahun puasa penuh tak perlu qada'

September

Raya kami biasa2 sahaja. First time beraya dengan baju kurung raya yang dijahit sendiri dan jahit manik pun sendiri.
-attended Bengkel Lesen 1 Wilayah, anjuran KWPKB di Corus Paradise, PD

Oktober

ummi sekali lagi disahkan pregnant. masuk 8 minggu, bleeding dan bila refer ke pakar, baby tak jadi dan perlu d&c.
-attended Bengkel Tatatertib dan Kaunseling di Cameron Highlands..walaupun tengah bleeding

November

24 November 2011 ummi dijadualkan d&c di Pusat Rawatan Islam Azzahrah, Bangi dan MC selama 2 minggu. 2 minggu tempoh berpantang digunakan sebaik mungkin, dengan melatih zhafran diapers free, lebih rapat dengan anak...dan merasai nikmat bangun lewat setiap pagi.

Disember

-Habis je tempoh MC, ummi kena attend Bengkel Lesen 1 Wilayah di Langkawi. memandangkan kesihatan pun baru nak pulih, ayah temankan ummi kat sana. anak2 terpaksa ditinggalkan dengan atok dan nenek di kampung. nasib baik mereka baik2 sahaja. terima kasih tak terhingga pada mak dan abah sebab tolong orang jaga zhafran dan afnan. dua2 ayah dan ummi demam teruk balik dari Langkawi.
- habis bengkel di Langkawi, kena attend Bengkel Pindaan Akta Kerajaan Tempatan di Hotel Istana KL. since malam pun ada program, haruslah tidur di sana. nasib baik penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur. haruslah mengangkut anak2 dan suami ke sana...sampai tak nak balik sebab best sangat katanya.
- cuti christmas, kami ke penang attended best fren masa sekolah menengah kawin. jalan2 makan angin, dan makan-makan bersama anak2. balik terus kami demam anak beranak.

ini antara review sepanjang tahun yang berlaku. banyak hari2 ummi habis dengan kerja outstation je kan..sian kat anak2..kadang2 kena tinggal, kadang2 boleh ikut tapi kena ponteng sekolah pulak. tak tahula tahun depan macam mana rutin harian ummi lagi kelam kabut mungkin sebab kena attend kelas pulak...

apa2 pun doakan yang terbaik untuk ummi sekeluarga..amin

Saturday, December 17, 2011

owh....ada jugak rupanya...

ingat tak entry ummi hari tu yg ala2 sedih tak de kejutan masa anniversary..ala entry kat CNI..rupanya ayah ni buat gempak je..hehe..baru nak merajuk sebulan...keh keh..tak jadi sebab rupanya masih ada elemen surprise dalam diri ayah...i really love it!..dia pernah tanya apa yg ummi nak..biasala perempuan kan jual mahal..ummi cakapla semua ummi dah ada...malas nak demand lebih2 sebab saje mahu kumpul duit saving untuk masa depan dan study tahun depan.



ini dia model cilik handsome boy untuk jam ESPRIT ummi:)

ummi tak kisahla berapa harganya, tapi keikhlasan tu yang penting. tanda ingatan ayah pada ummi. ummi je tak bagi apa2 kan pada ayah..tunggu ummi kaya gaji besar,mana tahu kan lepas ni, boleh lah belikan ayah apa yang ayah nak...cita2 ummi kan nak belikan ayah basikal mountain ride tu...agak2 berapa ye..sebab kalau yang ok, pernah tanya kawan2 harga dekat 1K...tu yg pikir2 tu...tapi kan tlg jgn bagitahu ayah k...

ayah doakan ummi cepat kaya dan banyak duit ye...:) happy anniversary sayang....

Wednesday, December 7, 2011

Langkawi pula kita....

Esok malam ummi dan ayah akan ke Langkawi. Kali ni naik flight. biasanya kami drive dan naik feri...satu pengalaman berbeza...mungkin akan dikongsi lepas ni. tapi kali ni ummi tak bwak anak2...sorry ye sayang. ummi pergi atas urusan kerja dan sambil2 sahaja untuk bercuti menenangkan fikiran dan stress kerja serta kesedihan ummi baru2 ini.

Allah adalah sebaik2 perancang...Dia merancang dengan benda yang terbaik untuk hamba Nya. ummi dangat bersyukur dengan apa yang diuji...Allah itu sayang kan kita sebab itu kita diuji . Lagi besar ujian Allah itu tandanya Allah memang sangat sayang pada kita...amin...

ummi harap anak2 semua dapat tinggal dengan nenek dan atok baik2 jgn nakal sebab ummi risau mereka jarang ditinggalkan lama dan selalunya kami mesti ada salah seorang....bagi ummi dan ayah peluang untuk berdua ye sayang... nanti christmas, kita jalan sama2 ke penang pula....ummi tetap ingat anak2 ummi setiap masa dan ketika..tunggu ummi balik dan bawak ole2 untuk korang ye sayang..love u and gonna miss u both a lot!...mmuahss...

Ombak Rindu Kami....

5hb yg lepas ummi pergi menonton Ombak Rindu dengan ayah. Mula2 cerita ayah dah tido sebab kerja malam midnight. heheh...tapi berdengkur tu yang tak hingat...mula2 citer dah meleleh air mata macm takleh tahan. sedih bangat..sebenarnya i pernah kutuk Maya Karin yang pada pandangan i dia bukan seorang perempuan melayu kampung yg mmpu bawak character seberat itu...tapi i salah u olls...i rasa ok jer dan sayu sangat tengok izah kat dlm movie tuh...

aaron aziz tak dapat disangkalkan lagi sebab i memang minat dia ...tapi yang part i tak minat bila dia terpaksa mengikut arahan tuan director untuk pegang, peluk dan cium 4 perempuan dalam movie tuh...maya karin, lisa surihani, julia ziegler dan paling menyampah si azizah mahzan...tension aku tengok...rasa berdosa bila tengok scene yang tak sepatutnya ada dan tak perlu pun...kalau scene tersebut takde pun, rasa jalan cerita ok..lebih elok diselitkan dengan adegan aaron aziz yang sepatutnya benci izah..ni sekejap sangat dah jatuh cinta..mula2 macam ganas...hehhehe...gaya komen macam dah baca novel dia kan..tapi tak pernah pun...hahhaha....

watak2 lain ok2 sahaja just menyerikan movie...tapi lepas kuar panggung, ayah asyik bebel kami tak sepatutnya tengok movie..itu ini itu ini....pening kepala..sampai 2 hari tak habis cakap benda yg sama...rasanya next time ummi akan pergi menonton movie seumpamanya sendiri je la...susah kalau ada pengkritik lebih2 nie..apa2 pun ummi sangat suka cerita tersebut...

ayah kata pelik tengok kiri kanan depan belakang semua sob sob sob....hehhehe...yelah ramai kaum wanita...mestilah mengalir air mata kan...hehhe...lepas menangis puas2...kuar panggung ummi pening kepala sangat. entah kenapa....movie ini jauh lebih hebat dengan Lagenda Budak Setan....berbaloi untuk tengok!

Thursday, December 1, 2011

Ulangtahun Kami Ke 5....

Agak aneh tahun ini kerana ayah tak beri bunga pada ummi. mungkin ummi mc dan ada di rumah, maka tiada surprise,..selalunya dapat bunga di ofis...ummi berani tulis kat sini sebab ayah tak baca blog ummi...tapi dia tak lupa anniversary kami..dah wish pun pagi2 tadi..tapi agak pelik tahun ini...sedih juga, bila setiap tahun memang tidak pernah miss something untuk ummi...

ala, takde apa2 la..jgn sedih2 la...biasala perasaan tu..tapi kan ummi nak tulis juga di sini sebab tahun ini macam2 jadi...tapi kami berdua dapat menempuh segalanya...agak sulit untuk ditulis di sini. bermula dengan problem di tempat kerja, keluarga...dan diri sendiri...tapi bila kita diuji dan kami berjaya mengharungi nya bersama-sama, cukup manis untuk dikenang..

sesungguhnya ummi bersyukur dikurniakan suami yang cukup bersabar dengan karenah ummi dan anak2 yang semakin lama semakin mengikut perangai ummi yang mengada2 tu...nak marah kan mereka pun tak boleh sebab perangai mereka saling tak tumpah dengan perangai ummi sebenarnya. memang ummi akui selalu terjerit2 dengan anak2 sendiri sebab kadang2 di luar batasan juga perangainya,.tapi ummi sayang anak2 ummi...geram kadang2 bila mereka tidak boleh mendengar kata dan hanya mahu hajat mereka sahaja dituruti, tapi ummi bersyukur sangat2 sebab dikurniakan anak2 yang comel dan bijak..lagi2 bila mereka sudah pandai memujuk dan berkata2...cair sudah hati ummi yang keras ini.

untuk 5 tahun perkahwinan kita, selain dikurniakan 2 anak yang paling sempurna di mata ummi, suami yang terlalu penyayang dan sabar, memiliki rumah sendiri, kerjaya yang ok...apa lagi yang perlu di komplen...perlu lebih bersyukur...cita2 ummi untuk sambung belajar untuk 2 tahun akan datang masih belum terlaksana...kena kuat semangat dan terus berjuang. Semoga kesihatan sentiasa bersama2 ummi.


selepas melalui rasa sedih kehilangan 1 nyawa baru-baru ini, teringin sekali mempunyai anak kecil selepas study tamat. semoga Allah memakbulkan impian ummi yang 1 ini. Harap2 lepas ini dapat la ummi baby comel perempuan pula kan..seronoknya bila ada anak kecil perempuan....doakan2 ummi juga ye.... apa2 pun ummi bersyukur dengan apa yang ummi ada sekarang ini. Semoga Allah memberkati rezeki kami anak beranak...

Monday, November 28, 2011

Sudah Mula Bosan...

Baru nak masuk 5 hari

saya dah mula bosan duduk rumah

buat kerja sana buat kerja sini

tak tahu nak buat apa dah

nak rehat pun bosan jugak

nak datang ofis buat kerja masih dalam MC

nak pergi jalan2 husband pulak kerja

nak layan tv, macam dah tak larat mata dah

nak balik kampung takut bosan sebab takde astro...

last2 buat2 bodoh je la kat rumah sendiri....

(entry pening kepala..dan buhsan yang amat...)

Friday, November 25, 2011

Pengalaman D&C...

Awal pagi 24/11/2011, sudah bangun siapkan anak2 ke sekolah. ummi hanya berdiam diri sambil buat kerja mengemas rumah, mungkin stress barangkali. lebih baik diam daripada berkata2. ayah pun senyap je macam tahu apa yang bergolak dalam hati si ummi. ummi kemas rumah, sapu halaman rumah, lipat baju, susun baju...akhir sekali packing barang ke hospital. sambil tu, sempat juga breakfast sebab start pukul 8.00 pagi ummi disuruh berpuasa makan. nasib baik minum boleh. budak2 sudah selamat dihantar ke sekolah oleh ayah.

Pukul 9.45 pagi, setelah bersiap ummi singgah sekejap di ukm submit borang permohonan sambung master (online application-banyak songeh betul. dah submit borang pun sibuk nak suruh ber online bagai). Rupanya Pusat Pengurusan Siswazah dah bertukar building. cantik tapi kosong dan sepi je...agak menakutkan...heheh..risau gak dalan hati..kot2 borang permohonan ummi termissing ke..bahaya tu...

Lepas submit borang, ummi terus ke azzahrah. nasib kami baik hari tu sebab parking macam dah direserved..maklumlah azzahrah tu susah sikit nak dpt parking. sampai kami dalam pkl 10.45 pagi. Dr suruh masuk ward pukul 11.00 pagi. Lama juga urusan pendaftaran ward berlangsung, nurse beritahu ward penuh.uisshhh,....padahal dah reserved dah bilik single. yang ada pun nurse kata bilik double tapi patient lelaki laks....so, ummi insist juga nak bilik single sebab plan kami nak bermalam beramai2 di hospital sahaja. akhirnya ummi ditempatkan di labour roon memandangkan labour room tak ada orang. rasa sedih je bila masuk labour room, nampak semua perkakas nak bersalin...kalau ada baby kan best...hehhe...nurse semua tanya dah berapa bulan, kenapa miscarriage..ummi layan perasaan je..mula2 rasa nak bersendiri dalam labour room, akhirnya ummi mengalah minta nurse panggil ayah walaupun pada hakikatnya tak mengubah apa2 pun kalau ayah ada kat situ.

pukul 11.15 pagi, nurse suruh buang air kecil sebab nurse akan masukkan ubat 2 biji melalui vagina. hah,,,yang ini part paling tak best. agak ganas bidan tua ini buat kerja. mungkin dulu pernah jadi bidan gomen..tidak berapa friendly, tapi nurse muda2 lain memang baik...ummi suka. ubat tu untuk buka pintu rahim dan lembutkan rahim supaya mudah proses d&c nanti. selama 1 jam ummi tidak boleh bergerak, mulanya tak dpat tido sebab terganggu dengan suhu yang terlalu sejuk dalam labour room tu,..menggigil2 ummi. nurse datang selimutkan. pukul 1.30 macam tu, nurse datang lagi kali ini bawak jarum na cucuk kat tangan untuk masukkan ubat pelali. yang ni juga mencabar sebab urat ummi terlalu halus sehingga sukar untuk dicari. di tepuk berkali2 tak juga timbul. akhirnya selepas 2 kali percubaan baru berhasil. sakitnya tak terkata sebab rasa dekat sangat dengan tulang...

pukul 2.15 macam tu, dr datang bersalaman dan bertanya khabar. Dr noraini kata dr akan masukkan ubat tidur melalui jarum di tangan ummi. ummi nampak team nurse dah mula ready alatan d&c, seriau lak nampak. Dr noraini jab 2 kali ubat tidur. Sebelum jab pertama, Dr suruh mengucap dan selawat tarik nafas dalam2. tapi ummi macam dah tak berapa sedar semasa jab kali ke 2...terus hanyut...sedar2 pukul 4.20petang. masa tu nurse kata sarung tudung sebab nak ditolak ke dalam ward. ummi memang lalok sungguh. terus tanya bila nak buat d&c..ooh...rupanya sudah siap proses d&c...hehehhe...nurse tu kata puan tidur jela ...memang normal rasa pening dan lalok, kesan ubat. ummi ditolak masuk ke dalam ward. Ada seorang pegawai ward datang dan bacakan doa penyembuh penyakit. terharu dalam lalok..aminkan sahaja yang larat dengan mata terpejam. tanya pun pelik2 je pada pegawai ward tu tapi yg lawaknya sempat lagi tanya nama sapa...hehhe..tak lama lepas tu, ayah datang dan cakap banyak benda..sumpah ummi tak ingat langsung apa yang ayah cakap...ummi cuma angguk2 kepala je..badan ummi gatal2 tak tahu kenapa..kesan ubat mungkin.

Tapi walaupun dalam keadaan separa sedar tu, sempat juga pesan kat ayah amik budak2 kat sekolah. tak lama lepas tu mereka sampai. dengar suara mereka terus ummi rasa sungguh sihat. sihat sangat bila dengar abang cakap, ummi rehat je dulu ye...nanti baru abang cakap dengan ummi..tersentuh sangat. adik pula terus baring sebelah ummi, kami berkongsi katil seolah2 tak mahu berpisah. Baru ummi ada selera nak makan walaupun rasa nak makan daripada pukul 12.00 tghr lagi...

Nurse datang setiap 4 jam untuk periksa blood pressure dan suhu badan. nurse suruh makan ubat tahan sakit, antibiotik. alhamdulillah tak sakit..ummi lebih banyak habiskan masa kat atas katil. nasib baik budak2 tak lasak sangat sebab ralit main game thomas di lap top. pukul 10.30 kami dah mula tido.

Pagi2 lagi ayah dah g tanya nurse bila boleh keluar. akhirnya tepat kul 10, kami boleh discharge. Ummi dibekalkan antibiotik, ubat tahan sakit dan multivitamin. sampai di rumah, ayah dan mak dah ada. Alhamdulillah semuanya berjalan seprtimana diharapkan. Tiada yang terlalu teruk yang ummi alami. Doakan ummi cepat sembuh dan boleh berkerja semula.. Upss lupa, nak bagitahu ummi mc 14 hari ye...wah..lama betul. dapat rehat lama2...tapi rasa bersalah pulak kat ofis sebab orang lain kena cover kerja kita. harap2 mereka paham, ini hari kita ,,,esok lusa kita tak tahu. bersyukurlah dengan kesihatan yang dikurniakan Allah. satu nikmat yang besar yang perlu disyukuri oleh kita.

Wednesday, November 23, 2011

Ectopic Pregnancy =Operate atau Molar Pregnancy= D&C

Saat ini barulah ummi rasa sedikit kuat untuk bercerita di sini. Last friday, seperti yg telah dijanjikan ummi buat check up sekali lagi. Terkejut sebab walaupun bleeding dah berhenti tapi masih berbaki, malah rahim menebal seperti ummi benar2 pregnant, cuma bezanya tiada karung dan tiada heartbeat. Kalau ikut kan due date, dah nak masuk 8 minggu. Mulanya Dr Fazlina cadangkan untuk D&C, tapi dia rasa tak confident dan minta ummi buat upt test. Apa yg pelik, uot test masih double line yg clear, kalau miscarriage Dr Fazlina kata line akan menjadi blur. Tapi lain pulak jadinya. Dr terus suspect ectopic pregnancy=luar rahim. Dr buat vaginal scan dan nampak ada fluid di belakang rahim tanda2 ectopic. Dr ubah decision, dia minta ummi ambil darah 2 kali untuk baca reading selepas 48 Jam. Ikut Dr kalau betul2 ummi pregnant dalam rahim, reading akan menjadi double dalam tempoh 48jam, tapi jika kurang dari double, menunjukkan ectopic dan perlu dikenalpasti di mana ia berada dan perlu dibedah.

22/11/2011, ummi sekali lagi check up dan result reading darah dah kuar. RESULT x double=ectopic. vaginal scan repeated untuk cari di luar rahim, tetapi gagal. So, Dr Noraini (ganti Dr Fazlina bercuti) cadangkan untuk undergo D&C dulu, baru tengok resultnya macam mana. Kalau masih upt double line dan bleeding, akan undergo prcedure lain...risaunya. Dr nampak ia dalam rahim tapi katanya molar pregnancy = kehamilan anggur. Dr suggest untuk buat D&C Khamis 24/11/2011 iaitu esok...esok pagi2 ummi kena berpuasa jam 8.00 pagi dan kena warded pukul 11.00 pagi dan masuk OT pukul 3.00 petang. sapa tak risau, ummi risau banyak benda dengan kerja ofis yang tetiba datang time ummi nak MC panjang, meeting dan coming bengkel dan kursus....rasa bersalah dengan semua orang di ofis. Ummi cuba untuk nampak steady dan calm, tapi ummi tak berdaya untuk lebih kuat, tertekan dengan banyak benda, keluarga, tanggungjawab kerja dan banyak lagi...akhirnya air mata tumpah juga. tapi satu semangat baru wujud selepas itu, betul juga orang kata menangis boleh release tension. Saat ini ummi masih bleeding.

Risau bila result lepas D&C perlu operate pula. Ummi doa agar semuanya berjalan lancar esok dan resultnya turns to be a good one. Please pray for me everyone. Tekanan paling hebat untuk tahun ini di saat ummi nak sambut Anniversary yang ke 5 pada 1 Disember 2011 ini. Insya-Allah ummi akan update lagi lepas D&C. Buat anak2 dan suami, ummi perlu kuat untuk kalian semua....maafkan ummi sekiranya ummi tak sempurnakan tanggungjawab dan amanah untuk kalian....:(

Sunday, November 20, 2011

Zhafran Cabut Gigi

z

Jumaat baru ni tanggal 18/11/11, hero ummi seorang tu ada appointment di Klinik Pergigian Paediatrik, Hospital Serdang untuk cabut gigi. sebelum ini gigi dia memang ada masalah yang agak kronik, ikut kata dr pakar sebabnya selalu menghisap susu botol sehingga tidur pada waktu malam. silap ummi juga dulu, tak concern benda2 tu semua. nak kata suka makan gula2 manis, coklat atau aiskerim, memang ummi bagi dia makan hampir 2 tahun. tapi gigi dia memang rosak awal. so, sebelum lagi teruk, dan memandangkan pernah bengkak gusi sekali baik ummi cepat2 bawa ke klinik gigi untuk rawatan.

memang risau sangat takut zhafran tak boleh bekerjasama semasa sessi cabut gigi berlangsung. dahla pagi2 kena puasa tak boleh ambil apa2 minuman dan makanan sebab dr akan beri ubat mengantuk untuk melalikan zhafran. sampai di klinik, ada beberapa kanak2 lain yang menunggu appointment untuk diberikan ubat pelalian tidur. zhafran giliran yang ke 4. zhafran masuk timbang berat..memang dia tak takut apa...mentang2 dr nik tu cantik dia jadi malu2 je ngan dr tu...gatal!...

lepas amik berat dr bagi ubat orally. then dia selimutkan zhafran dan baringkan di atas katil...terkebil2 juga mata zhafran untuk mula tido. memang dah mengantuk tapi masih nak buka2 mata...at last lepas 5 minit macam tu, tidur juga dia..sampai berdengkur.. sedang tunggu gikiran tu, giliran pertama telah dipanggil untuk sessi cabut gigi. Ya-Allah, budak tu punyalah menjerit menangis sampai keluar bunyi nya...lantang sungguh..terus berdebar2 ummi, macam mana la zhafran nanti...zhafran kalau menangis confirm muntah....wah...risaunya tak terhingga...

giliran kedua dan ketiga juga telah dipanggil, masih kedengaran suara tangisan dan jeritan kuat dari kanak2 ...zhafran masih tidur, dan akhirnya tiba giliran zhafran, boleh pulak dia bangun time tu. ummi dukung zhafran sampai ke bilik rawatan dan dr suruh ummi baring sekali dengan zhafran. kaki ummi perlu silang untuk elakkan zhafran meronta. tangan zhafran juga dibalut dengan selimut. dr mulakan memberi ubat bius dan injection, alhamdulillah zhafran budak yang baik dan kuat, tiada tangisan atau jeritan yang keluar dari mulut zhafran cuma semasa injection, ada juga dia angkat kaki sikit mungkin tahan sakit...sessi cabut gigi terus berjalan dengan baik sekali diiringi pujian melambung2 dari dr dan nurse di sekeliling ummi dan zhafran..heheheh...

sebab zhafran baik dan beri kerjasama yang baik, dr bagi sticker gigi pada zhafran..tersengih2 dia...lepas tu kami amik ubat dan balik..kenangan yang best bersama dr gigi ..

Monday, November 14, 2011

Cameron Highlands kali ke 2 utk tahun 2011..

esok hingga khamis ummi akan ke cameron highlands ada bengkel di sana. pergi seorang diri sahaja, tapi takpe macam satu cara release stress dgn apa2 yg jadi lewat hari kebelakangan ini. Walaupun sedang dalam proses healing..tapi since Dr Fazlina bagi green light untuk ummi pergi attend kursus itu, maka ummi dengan yakin nya pergila esok. untuk tahun 2011 ini adalah kali ke dua ummi pergi cameron. hari tuh bersama anak2 dan suami. seronok!..baru je ajak ayah g cameron tapi ayah kata bahaya sebab musim hujan..at last dapat jugak ummi g cameron..sebenarnya dalam hati dah pasang niat nak membeli sayur dan jagung....rasa teringin sangat nak makan jagung manis...macam masih terasa2 dalam mulut jagung manis cameron highlands yg jiran bagi bulan lepas.....doakan ummi sihat-sihat sahaja di sana dan selamat kembali sebab 18 November ini appointment zhafran dengan doktor gigi di Hospital Serdang dan appointment ummi dengan Dr Fazlina di Azzahrah....

tahun ini penuh dengan bengkel dan kursus... 9-11 Dis akan ke Langkawi pula...21-23 pula ke Gambang...alhamdulillah berpeluang ke sana ke mari...tahun depan takut kurang berpeluang nak hadiri bengkel sebab dah mula sambung belajar...ok nanti kita sambung lagi lepas ummi balik dari bengkel ye..thanks to abah dan mak tolong jaga cucu2 masa ummi tak ada....

Hamil?..

Entah di mana nak mula tahu pulak. perasaan pun campur baur..rasa sedih, terkilan, sedikit risau, sayang, stress semua ada. Rezeki tu benar tidak dijangka. Ummi disahkan pregnant semasa 1 hari sebelum menjelang raya haji baru ini, bila kira2 dah hampir 6 minggu. Rasa memula macam pregnant sebab lewat period dan sentiasa mengantuk. loya2 macam tak berapa ada. lepas habis cuti raya haji, ummi naik kerja mula sakit2 perut dan hari khamis lepas bleeding diikuti stain. memang sakit pada mulanya. tapi pagi jumaat sakit mula reda dan ummi terus pergi jumpa pakar o&g Dr Fazlina.

Kalau ikut due date memang jatuh masa semester break semester depan. terharu je rasa sebab cantik pulak planning. tapi bila fikir ada 2 flight travel tahun depan waktu tengah sarat rasa seungguh sedih sebab tak dapat nak join holiday. waktu tu pikir macam tu kejam sungguh. sungguh tidak adil pada nyawa kecil yang baru nak bertamu dalam rahim ummi.

Scan awal pagi di azzahrah menunjukkan proses pembentukan janin tidak menjadi. 6 minggu sepatutnya sudah boleh nampak heartbeat, tapi size pun memang terlalu kecil tidak seperti munggu yang tercatat di due date sebenar. mungkin Allah itu sebaik2 perancang. memang sedih pada mulanya, sebab abang2 dah mula cium perut ummi sayang baby kata mereka. sayu sangat hati bila zhafran tanya mana baby...abang nak cium baby gurl, confirm jek kali ni baby gurl, tapi kalau betul ummi la paling sedih sekali...kalau ikutkan memang tak ready lagi nak beranak kecil dengan keadaan ummi nak sambung belajar. memang plan nak amik injection perancang keluarga this month tak sangka pula lekat. rezeki Allah nak bagi kita tak jangka, dan bila Allah nak tarik rezeki tu bila2 saja. Ummi bersyukur walaupun hanya 6 minggu sahaja ia bertamu didalam rahim ummi, sekurangnya ummi rasa kehadiran nya. Mungkin silap ummi juga, terlalu lasak, maklumlah ummi beranak dua yang lasak, minta didukung tak sampai hati tak dituruti, angkat barang berat di awal kelahiran, Badan pula sihat sentiasa tak rasa seperti sedang hamil, dan pengambilan jamu dan ubat di awal kelahiran, waktu itu ummi tidak sedar sudah lekat.

Ayah kata mungkin belum rezeki mereka nak dapat adik lagi. Biarlah semuanya reda dahulu. Badan juga perlu rehat. Untuk tahun 2011, ini adalah keguguran ke 2 untuk ummi. pertama pada awal tahun lepas dan ini yang kedua. mungkin ini petanda ummi perlu lebih berhati-hati menjaga kehamilan pada masa akan datang. bila ditanya pasal apa yang ummi rasa, baru ummi tahu inilah perasaan kawan ummi HUSNI...("bertabahlah sahabat..semuanya telah dirancang dengan sebaik-baik perancangan oleh Allah)

saat ini, ummi masih bleeding. Dr fazlina kata biar ia discharge sendiri dan next appointment Jumaat ini untuk scan. sekiranya masih ada berbaki, akan dnc..risau nya tak tahu nak kata...doakan yang baik2 sahaja ye kawan2 sekalian. Doakan saya ada rezeki untuk beroleh cahaya mata lagi selepas saya habis belajar. Saya sungguh takut tidak berkemampuan untuk menguruskan anak2 dan diri sendiri sekiranya ada anak kecik yang perlukan perhatian. Saya mahu bertindak adil untuk kesemua anak2 saya dan juga untuk suami. saya akan rasa sangat kesal sekiranya tanggungjawab tidak dapat dijalankan dengan sempurna mengikut kaca mata saya sendiri. Tapi saya takut sekali sekiranya Allah murka kepada saya dan tidak mahu lagi dikurniakan rezeki ini pada masa akan datang. Selfish kah ummi?...tapi niat ummi bukan seperti mahu menolak perancangan Allah. Tapi ummi mahu bersikap adil kepada anak-anak dan keluarga itu sahaja. Doakan yang baik2 sahaja untuk ummi. Doa kalian amat ummi harap...terima kasih in advance...

Thursday, November 3, 2011

Selamat Bercuti Raya Haji...

Actually kan malam ni ummi akan pulang bercuti (tanpa suami) uhuk uhuk...bersama anak2 di muar. cuti tak lama pun..esok pun amik cuti sbb sekolah budak berdua nie tutup...lama tuh tutup sampai rabu depan..khamis baru bukak balik..nasib ummi baik dan selamat juga cuti ummi yang nak carry tahun depan..sebab ayah pulak cuti..nampaknya giliran ayah pulak jga mereka berdua..hihihi....

lama jugak kami tak balik kg,...rasanya last time raya puasa agaknya...entah ek lupa laks...tapi sebab mak ngan abah selalu datang sini tu yang tak rasa sangat...kali ni ummi dah plan nak amik alih tugas masak memasak..so, mak dok diam je...budak2 biar pakngah dan busu dia take over...keh keh....bila lagi nak tunjuk terror memasak kan..keh keh....

selasa dah kerja balik pun...buat apa cuti lama2...pening kepala gak...alhamdulillah dokumen dan borang permohonan sambung master telah pun selamat dihantar dan kata CC UKM tu insya-Allah Januari depan keluar la result, Feb registration...wah...berdebar2 u nak jadi student balik..masa hantar borang hari tuh sempat gak round ukm tau..tapi tak jumpa laks mana 1 fakulti undang-undang nya..ish...macam tak berapa best nak menyebut fakulti..biasa sebab kulliyyah.....hohoo...teringat uia laks...hehehhe....

sekarang hari2 masak..tahun dpn mungkin ada miss la hari memasak sebab anak2 kena dok rumah jiran sementara ummi g kelas pulak...mesti penuh giler masa dengan aktiviti menguruskan diri, anak2, kerjaya dan study..maklumlah boleh dikatakan hampir 80% urusan saya buat sendiri...aci tak cakap macam tu?..tapi kan ummi puas buat semuanya sendiri. kalau ada bantuan dari cik hubby rasa sungguh terharu...ni bukan sessi mengungkit pun...just ingatan dan kenangan sebagai ummi bekerjaya...seronok sebenarnya..tapi normal la kan ada masa kita terlalu penat..dan ummi selalu elak benda tu berlaku sebab takut anak2 jadi mangsa jeritan batinku...selalu menjerit je la, bila time anak2 bergasak sama sendiri..walaupun bergasak selalu ummi tahu mereka berdua amat menyayangi satu sama lain....

oklah stop dulu kat sini..sekarang ni tak punye masa nak update blog selalu macam orang lain..entry pun bosan je takde gambo..sebab nya selalu rasa bukan ada orang baca pun kan...tapi ape2 pun blog ini dicipta bukan untuk orang lain baca pun kan..untuk kenangan diri sendiri dan anak2 bila tiba saat mereka boleh membaca kan....tahun depan tak tahula agaknya setahun 1 entry je kot yang mampu di post....

ok kawan2..selamat bercuti semua...selamat hari raya haji....

Tuesday, October 25, 2011

Rasa Tak Best...

Entahla ye....sejak dua menjak ni rasa macam tak best je nak g kerja..macam rasa tidak dihargai, di pandang rendah, disalahertikan, rasa down sebab telah dilabel dengan perkataan *@#$%%...memang rasa tak best...ummi pernah tau rasa macam ni masa chambering dulu..waktu tu master ummi ada 2 orang chambie..seorang adalah umat kaum cina dan seorang lagi adalah budak melayu yang baik budi pekerti iaitu ummi..hahhah...apa yang tak best tu?..tak bestnya sebab master ummi suka compare ummi dgn cina tu. memang la dia graduate oversea kan..tapi tak bermakna dia memang dah bagus..kalau compare eng memang dia jauh advance dari ummi..but ummi tak salahkan cina tu punye badan..person yang ummi rasa bersalah adalah master ummi yang suka under estimate melayu walaupun dia sebenarnya seorang melayu yang cuma darahnya ada sedikit campuran cina..at least beri la peluang untuk ummi tunjuk apa yang ummi ada kan...tapi memang la ...bayang kan ummi rasa terpinggir macam tidak dihargai...tapi bila dapat satu task...walaupun task tu hanya reply surat untuk client je pun...gile mudah..tapi since nak tunjukkan ummi memang bagus dan berpotensi sama sahaja dengan that chinese lady...kemain ummi siapkan surat tu dengan jayanya..hahahah..lawak giler...

yang best nye kan master lagi seorang berketurunan cina memang rely on ummi tau...what's a great feeling about being reliable person to a chinese boss..kalau boss cina sayang kita memang best sebab banyak benda dia train ummi..dari the simple one sampai tahap task senior lawyer tau...so many things i've learnt from him...sampai sekarnag masih ingat jasa dia..kat mana jua kes memang ummi akan membontoti bos...bermula dengan tukang tarik beg lawyer yang berat tu je...masa baik ngan bos cina nie la ummi merasa naik alphard tau..korang ada?...tak de kan..hahhaha..rasa tetiba jadi candidate dalam apprentice gitu bila time kitorang discuss pasal kes2 yang ummi research untuk jadikan authority dalam bundle of submission tau..keh keh...rasa sungguh manis bila dikenang2...from that moment of time, master sebenar ummi baru sedar potensi ummi alhamdulillah sikit2 dia train ummi...yg best sekali bila time long call dia hadiahkan ummi dengan set lawyer rob. sampai sekarng ada tau...

tapi kan...sob sob ..perasaan tu kembali menyinggah...salah siapa??? cuba berfikiran +ve tapi tak terdaya...sebenarnya tak suka nak citer sangat kat blog tapi kan ummi dah anggap ianya macam diari ummi untuk luahkan apa yang ummi rasa.. but since blog ummi nie pernah digeledah masuk oleh orang yang tak bertanggungjwb dan cuba menyebarkan entry dengan orang yang tak sepatutnya...rasa sungguh tidak selesa dengan blog sendiri..sebab tu lah private kan blog..tapi kan tak seronok sebab tak dapat kongsi info pasal penyusuan kat blog sendiri sebab readers tak dapat baca and get the info unless been invited...arghhhh..tension betul kan?...agaknya kan orang tu memang dah takde keje ke ek buat benda tu...tahu tak dengan perbuatan anda itu buat semuanya huru hara...bukan menjernihkan keadaan pun...tak payah la sibuk pasal orang lain..kalau rasa banyak masa..open blog sendiri dan meroyan la kat dlm blog sendiri..ada ummi kisah?...tak de punye...

walaupun rasa tak best..tapi ummi tetap rasa best nak g kerja sebab ada kawan2 yang masih berada di sisi...buat kerja dengan seikhlas mungkin..tak kisahlah apa orang nak rasa, apa orang nak nilai..ummi hanya buat kerja agar gaji yang ummi dapat halal dan diberkati.. pasal sambung belajar tu pun disebabkan faktor ini jugaklah...berkobar2 nya nak sambung dan kalau ada rezeki nak menghirup udara lain daripada duduk di takuk lama macam nie...ummi buat semua ini bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk kesenangan anak2 ummi jugak...insya-Allah segalanya dipermudahkan. ummi nak buktikan ummi mampu menjadi lebih bagus daripada orang lain yang suka pandang tak baik tentang ummi...kita tunggu masa dan ketikanya...

Wednesday, October 12, 2011

Adjustment...

Saat ini ummi sedang cuba membuat adjustment kepada status ummi daripada bergelar ummi bekerjaya kepada status yng pernah ummi sandang 6-7 tahun yg lepas....wah...teruja ok..teruja kenapa ek?sebab tak tahu sama ada boleh ke tak adjustment tersebut dilaksanakan dengan jayanya.

Minggu depan ummi akan menguruskan urusan permohonan sambung belajar di peringkat sarjana. Actually, cita2 dan hajat ni memang ada dalam wishlist tapi disebabkan banyak faktor penghalang tapi sementara je la...tu yang tersasar sedikit target untuk dapatkan master sebelum 30 tahun. tapi better late than never betul tak?..cita2 tinggi benor...sebab hajat di hati nak cecah tahap pendidikan paling tinggi PhD...kalau diizinkan Allah dan dimurah kan rezeki.

Sekarang anak2 pun dah besar..mudah sedikit nak urus masa. Pada mulanya banyak juga dugaan dan ujian yang datang walaupun sokongan tak henti2 dari sang suami (pada mulanya nak dia dulu sambung master tapi orang dah tak minat nak belajar buat apa kita paksa ye tak?..) dan juga sokongan yg tidak pernah henti dari orang tua..emak dan abah...semangat kamu berdua yang membuatkan ummi rasa bersemangat untuk sambung belajar. tatkala ummi suarakan hasrat nak sambung belajar, mereka terus offer nak jaga anak2..tapi honestly speaking ummi takleh hidup berjauhan dengan mereka. inilah antara dugaan yang membuatkan ummi kadangkala rasa terbantut hasrat. puas juga mencari setiap tempat untuk dapatkan pengasuh sambilan untuk tengok2 kan mereka berdua ni. maklumlah ayah tak tentu masa kerja. kalau tak, dah lama ummi teruskan niat sambung belajar. betullah Doa itu senjata orang Islam. Ummi berdoa agar niat ini dipermudahkan dan juga urusannya disenangkan laluannya. Alhamdulillah...puas ummi merata cari tempat nak letak mereka berdua lepas kerja, rupanya makcik sebelah rumah (mak jiran) offer nak jaga...Ya-Allah bersyukur sangat ye lah kan..punyala cari merata, rupanya sebelah rumah je.

Kelas ummi insya-Allah akan diusahakan untuk arrange selepas kerja weekdays dan kalau boleh amik subject tak effect weekends. tapi kena maklumlah memang kelam kabut sikit sebab kelas bermula pukul 6.30 petang. Ummi habis kerja pukul 5ptg kena bergegas pick up mereka dari sekolah dan terus balik rumah tinggalkan mereka di rumah mak cik sebelah dan bergegas ke UKM pula..walaupun jarak antara satu lokasi tidak berapa jauh..tapi memerlukan masa dan tenaga juga. harap2 mereka ok di rumah mak cik sebelah, takut juga mereka nak ikut ummi ke kelas..haru biru lak jadinya nanti. kalau ikut saranan kawan baik ummi, Awin (thanks win, bagi aku sedikit overview) kelas kalau amik part time ada 2 kelas dalam seminggu boleh adjust ikut kesesuaian masa sendiri. kalau boleh nak amik 2 kelas tu masa weekdays, apa2 pun kena g taklimat selepas pendaftaran untuk add subject yang sesuai dengan masa.

by the way, registration thn depan bulan 2..memang nampak mcam lama lg kan tp bahangnya dah terasa uolls...huhuuu....kena prepare banyak benda nie, prepare dari segi financial, mental dan fizikal. ummi mengharapkan doa dari kawan2 agar ummi kuat mengharungi semua ini...sehingga bergelar master nanti..kalau ada rezeki lebih mahu tukar profesion pulak..ada tokoh lecturer tak saya?...keh keh...mana tahu kan..kita tak cuba tak tahu...insya-Allah kalau buat part time 4 semester semua sekali bersamaan 2 tahun..kalau ikut hati sesuka hati ini nak je habis cepat buat full time tapi still kerja (tak cuti bergaji)...2 sem je bersamaan 1 tahun. tapi jgn gelojoh...biar lambat asal selamat..takut badan yang tak larat..dari sekeping takut jadi berkeping2....doakan ummi ye....

ada orang bertanya kenapa ummi tetiba amik keputusan untuk amik master...merajuk ke?...mestilah antara faktor penyumbang kan?...tapi semua ini ada hikmahnya..sudah tertulis semuanya begini, dan ummi redha..hidup perlu diteruskan. buat apa menunggu sesuatu yang tidak pasti kan..rezeki lain di depan mata, gunakan sebaik mungkin. selagi nyawa dikandung badan, selagi kesihatan masih dikurniakan Yg Maha Esa, selagi insan2 yang ummi sayang menyokong penuh cita2 ummi yang 1 ini...baiklah teruskan tanpa menoleh ke belakang lagi.. ummi kena kuat demi anak2..semua orang pasti mahukan pembaharuan dalam setiap hidup kita bukan?...dan ummi tidak terkecuali. tiada yang mustahil dalam dunia. takkan kita nak hanya di takuk yg lama dan berserah sahaja pada takdir. dan ummi pasti pada keputusan ini. satu keputusan yang benar2 pasti....doakan ummi sekali lagi....

terima kasih juga kepada rakan2 ummi yg juga menyokong hasrat ummi...sayang semua kamu2...:)

Monday, October 3, 2011

My Heroes...are my other half:)


love both of you so much...the entire ummi's life is all bout u...

Teacher Wanis...


kenangan zhafran dgn teacher Wanis

"akak, sowie lmbt reply.. bz ckit..internet pn xbape nk ok.. ni FB wanis :cheezy da wedges

tp xde pape pn sbb wanis xaktif mane pn.. hihihi comey la zhafran... ari 2 wanis g taska, pelok die puas2.. die mintak tidorkan die, sayu je.. wanis tidorkan die n die bisik "abg syg teacher wanis".... nk nangis rase... luv u zhafran......!"

zhafran memang sayangkan teacher Wanis dia...teramat sayang...sampai sekarang dia macm masih belum boleh terima yang teacher dia dah sambung balik semester kat UPSI...actually teacher Wanis ni praktikal student kat Cendiakawan Educare untuk beberapa bulan..lepas habis praktikal sambung lagi 1 semester kat UPSI. muka diorang pun hampir sama kan?..macam adik ngan kakak...

asyik ber email je la tukar2 gambar..sebab teacher Wanis dia rindukan zhafran..baru2 nie dia datang nak lepas rindu kat zhafran...email kat atas tu, teacher Wanis la yang bagi....hehehhe:)

Thursday, September 29, 2011

I Love to Cook.....

alhamdulillah, walaupun penat menguruskan hal ehwal rumahtangga dan juga bekerja di siang hari, ummi tetap gagah memasak untuk suami dan anak2..cuma ada juga ketikanya terlalu letih maka excuse kan diri untuk tidak memasak. sebabnya antara hobi ummi yang banyak tu, salah satunya adalah suka mencuba resepi2 baru..seronok bila menjadi dan sedap. seronok dan puas hati hilang letih semua bila orang kata makanan sedap. semalam ummi try masak laksa johor. first time dalam sejarah hidup ummi selama 30 tahun ini tau. alhamdulillah menjadi laksa johor nya. tak la susah mana pun, rebus ikan...blend bahan tumisan, rebus spagetti, sediakan ulaman nya..sudah siap...bila masak sendiri, suka hati kita la nak letak banyak mana ikan..memang best..

baru2 nie, ummi try masak ayam panggang black pepper, perap dengan menggunakan resepi sendiri. meh ummi share sikit perapan yang ummi buat:

Bahan-bahan perap:

1) 5 sudu besar sos black pepper;
2) 1 sudu kecil black pepper;
3) sedikit madu,;
4) 3 ulas bawang putih;
5) 1/4 labu bawang besar;
6)1/2 inci halia;
7) 1-2 sudu besar rempah BBQ;
8) sedikit gula, garam dan secukup rasa.

Blend kesemua bahan tersebut dengan sedikit air. setelah hampir2 lumat, lumurkan pada ayam yang telah dicuci bersih dan cucuk2 kan bahagian ayam tersebut dengan garpu yg tajam supaya bahan2 tadi meresap ke dalam ayam. peram semalaman. Bakar pada suhu 200 degree 20 minit dan balikkan...tambah masa sekiranya masih belum betul2 masak....

rasanya memang sedap kalah kenny rogers uollls.....tak caya trylah..so far kalau buat tak pernah tak habis...licin...:) sebab tu la gambar tak sempat snap....

Wednesday, September 28, 2011

kursus dan kursus lagi..fuhhh...!!!!!!!!

nak dekat hujung2 tahun nie banyak lagi kursus nak kena attend kan...macam2..tapi bagus juga kadang2 sebab dapat break sekejap otak daripada memikirkan kerja ofis. sekurang2nya berubah angin sikit..tapi part paling tak best bila tinggal anak2 dan suami kuikuikuikkk...

kali ini mulanya ummi plan minta tolong nenek untuk jaga anak2..diorang pun dah pandai request tak nak duduk kampung...nak duduk rumah sendiri..kecik2 sudah pandai demand kamu ye..apa2 la sayang..asalkan kamu tak nangis bila ummi takde..hari rabu 21/9/11 ummi bertolak ke Corus Paradise PD..mulanya tak tahu pun dapat bilik single..kalau tahu awal tentunya ummi angkut semua ke sana...

ayah pun otw amik nenek dari kampung on the same day. masa bertolak balik ayah tanya dapat single room ke..ummi kata yup..diorang pun tukar plan dan terus ke PD hotel ummi dan stay 1 night there. yg part paling best bila urusetia bagi 1 satu bilik untuk nenek dan atok..dan pas makan untuk 3 hari 2 malam di sana..seronok kan..rezeki anak2 ni...tak terjangka...

tapi nenek dan atok decide nak balik rumah ..diorang tak berapa selesa duduk dalam hotel..nama pun orang tua kan..dapat makan free pun diorang tak nak..so, malam ke 2 ummi tido sorang2 macam orang gila..pandang kiri ada katil queen pandang kanan tingkap...issh...sungguh panjang rasanya malam walaupun tido pukul 1 pagi layan tv dulu sorang2...rasa sunyi ke sebab kalau ada mereka berdua jgn harap dapat bersenang lenang...rindu betul walaupun baru je petang tadi mereka balik...huuuu...

jumaat ummi balik terus ke ofis dan sampai2 afnan demam panas..ooh...rindu kat ummi ye..nenek kata malam sebelum tu, afnan nangis cakap takut..takut....kalau ada ummi biasanya ummi peluk dan dia akan senyap...tapi nenek kata dia nangis berlarutan pada pukul 2 pagi...risaunya ummi dengar sebab afnan jarang nangis lama2..sebab ummi akan cepat2 peluk dia...walaupun ummi dan pencen menyusu dan mengepam susu untuk afnan..tapi bonding kami masih kuat seperti dulu...sama2 memerlukan peluk kasih dan sayang...sama macam dulu...:)

isnin 26/9/11, ummi berkursus di KL pula...Dorsett Regency, Jalan Imbi..review pulak ye hotel tu kecik sahaja..selama ini tak pernah dengar pun nama hotel ni. sebelah Ritz Carlton Hotel. agak busy traffic ke sana..tapi sebab ummi ada driver ofis yg bawa..so, ummi bersenang lenang jadi bos sahaja la...hehhehe....ke PD hari tuh pun ummi pakai driver sahaja..keh keh...bila lagi mau rasa jadi bos kan...huuhuuu...berbalik kepada review...makanan dia mak aaaiiii memang sedap beb...i gerenti u tak rugi....bermula pagi breakfast, morning break...dan yg paling best lunch buffet..pergh sedap gila...macam tahu2 je ummi tengah ngidam makan seafood ..segala jenis seafood ummi belasah..variety of food and so yummy...i tell u!!!!...

dan speaker nya memang best dan lawak giler..ummi tak pernah attend course kat luar speaker dia best giler macam kali ini. rasa macam nak tambah 1 hari lagi je..sebab menarik...ke sebab food dia hahahhaha....lawak tul...sekejap je dah petang ..balik terus rushing amik anak2...dan terus pulang..kami hanya makan mee megi buat sup sahaja...rasa berpinar nak masak..ayah ke UTM Skudai attended konvo adiknya...kalau ikut hati mau ikut serta tapi sebab kang tak pasal2 kena menjawab tak hadir kursus yang harganya dekat RM1k tu kang...hehhehe...

apa2 pun ummi sudah masuk kerja..seperti biasa kerja banyak...meh kita sambung kerja ..saja break sekejap sebab bosan jaga kaunter rayuan kompaun..entah bila sistem auto reduction nak activate entah..senang kerja tak payah nak turun dan ngadap muka public yng suka buat provocation untuk ummi marah2....hohooo....

oklah jumpa lagi..banyak benda berlaku lately tapi ummi memang tak sempat snap pic langsung...hari ahad sempat juga buat makan2 untuk best fren ummi dan ayah..alhamdulillah, menu kali ini, nasi minyak, kari daging, ayam panggang black pepper dan spagetti habis licin...seronok bila semua memuji sedap..letih ummi berbaloi uolls.....heheh..see ya....

Tuesday, September 13, 2011

Mini Open House

Sabtu lepas, ayah dan ummi anjurkan mini open house..taklah bukak besar2 cuma untuk kawan2 ofis dan juga sedara belah arwah mama sahaja. ada la dalam 20+ orang je.. menunya ialah soto ayam johor dan nasi minyak. first time tau masak banyak2.

9 sept 2011

nak citer gak, mula bersiap2 masak malam jumaat tu,,mula dnegan persiapan bahan tumisan dan rebus ayam dulu untuk soto. lepas tu tumis untuk kuah soto. ayam rebus di goreng dan dicarik2. kemudian, racik2 barang2 nak buat acara rampai. goreng kentang dan lenyek.. tugasan melenyek2 kentang untuk bergedil, ayah yang buat...lepas tu tgk jam dah dekat 2 pagi..maka tido lah dulu.

10 sept 2011

pagi2 sudah bangun walaupun sedap nak tido hujan lebat tu...pikir ada tak orang nak datang nie sebab hujan amatla lebat...tawakal je la...ayam yang telah dicuci, diletakkan kunyit dan garam goreng dahulu letak tepi. bahan tumisan juga diblend secukup ramuan. sediakan bahan2 soto dan rebus nasi impit. toskan nasi impit. masak acar rampai dan bulat2 kan bergedil dan goreng. masak ayam masak merah dan last sekali masak nasi minyak...goreng papadom...fuhhhh..akhirnya lengkap semuanya...

yg bestnya belum ummi habis masak nasi dah ada tetamu yang datang, kelam kabut jugak..tapi alhamdulillah semua tetamu memuji menu ummi hari itu, puas hati tengok orang makan bertambah2...cik hubby pun senyum ke telinga. ada juga yang mintak resepi.. biskut raya pun licin,..terutamanya yg ummi buat sendiri...seronok snagat...sebab tahun lepas biskut raya tak laku....

walaupun penat tapi berbaloi sangat...kata ayah, keluarga Rasah pulak nak bertandang 16 Sept ni...tengah pikir nak masak apa...kali ini rombongan pun dalam 20+ jugak nie..fuhhhh.....lagi sekali memasak...bestnya kalau ada anak perempuan boleh nyembang sambil memasak...nasib baik ayah ringan tulang tolong ummi apa yg patut....thanks ayah...love u...mmuaahhhsss...

Thursday, September 8, 2011

Mula Qada' Puasa

ehmm....dah berapa raya dah hari nie ek?..baru je dapat qada' puasa 2 hari bermula semalam..harap2 dapat habiskan puasa hari ini. tahun ini ummi kena qada' 3 hari jer..alhamdulillah tak banyak..lepas habis qada' nie bolehlah sambung ngan puasa sunat raya pulak kan...

alhamdulillah tahun ni pada 23 ramadhan ummi dapat khatam Al-Quran 30 juzu'. sepanjang 30 tahun hidup ni kan..baru tahun ini dapat khatam..lama kan?..orang lain tiap2 tahun. nak khatam ni kena dedikasi sungguh. syukur kepada Allah kerana diberi kesihatan yang cukup baik dan tenaga yang lebih. dapat berpuasa dengan sabar, dapat memasak juadah berbuka puasa dan sahur, dapat uruskan anak2 untuk bangun pagi memandangkan ummi masuk kerja punch pukul 7.30 pagi..by 6.30 am memang kena keluar rumah, dan yang paling membanggakan tak pernah pun lewat walau sehari ye pada bulan puasa...bangga betul dengan prestasi diri sendiri...heheheh..clap..clap...

tidak pernah masuk bazar ramadhan heehhe...banyak jimat woo...anak2 pun dapat makan makanan fresh ummi nya. alhamdulillah sekarang anak2 memang kuat makan. dah pandai request makanan. balik kerja first thing terus ke dapur dan terus masak sebab kalau lambat abang dah tunggu kat meja makan..sian...lapar sangat...kalau on the way balik driving tu memang sibuk memikir nak masak apa....tapi still focus kat jalan raya sebab ummi membawa 2 anak2 kecil yang comel nie...

hari ini ummi dan ayah akan berbuka puasa bersama tapi yang uniknya kami nak berbuka puasa di rumah terbuka member ayah yang dia open house nya bermula malam hingga 3 pagi...meh kita serbu...tak la letih ummi nak masak...esok pun dah plan nak puasa tapi lum tahu nak sahur apa....

sekarang kat ofis memang mood masih dalam mood raya kan?..kerja pun macam lembab jer..tiap2 hari ada jemputan open house raya Jabatan2...kalau ikutkan memang tak penuh puasa sunat dan qada' kalau nak ikut jemputan yang berturut2 tu..tapi takpelah makan boleh dapat lain2 hari..kalau puasa sunat raya nie setahun sekali jer..mana tahu tahun depan kita dah tak dapat sempat berpuasa...rugi jer kan....dulu masa anak2 dara memang tak pernah miss puasa sunat tau...apa kata bila anak2 dah besar dan senang diurus, boleh fokus sikit kat amalan2 sunat yang selama ini macam dah tinggal lama tu kan...alhamdulillah..memang teringin nak tambah anak..tapi bila fikirkan bestnya sekarang ni sebab macam2 aktiviti boleh buat sebab anak2 dah besar dan pandai melayan diri sendiri...terus macam tak jadi...tapi kalau makin tua dan berumur lagi malas kan...last2 nanti langsung tak menambah...

panjanglak membebel ummi kali ini...kali ini takde gambo nak share pun..kita jumpa lagi nanti..kalau ada umur panjang...amin

Wednesday, September 7, 2011

Memori Raya Family Zarisman









ini dia gambar2 kami anak beranak semasa raya 2011....entry lepas dah citer pasal raya kan..so kali nie layan gambo je la...:)

Monday, September 5, 2011

Kembali Bekerja...

Sebelum apa2...nak ucapkan Selamat Hari Raya Kemaafan dipinta....kepada semua pembaca setia blog ummi walaupun telah di private kan...:) setelah private rasa nyaman sikit nak menulis!

Hari ini ummi kembali bekerja dan bezanya hanya lambat sikit keluar rumah tak le macam bulan puasa pukul 6.30 gelap gelita dah keluar rumah...zhafran dan afnan pun dah mula bersekolah semula..nasib baik mood mereka sedikit baik...so, senang nak uruskan mereka pagi2..biasalah mood budak2 pagi2 kan unexpected...

nak cerita pasal raya..cerita raya kami tak best mana pun...tapi simple dan meriah...no hard feeling..semuanya manis2 belaka...kali ni ayah dpat bersama raya pada raya pertama tapi malam dah bergerak balik tinggal kami anak beranak di kampung..nasib baik ahli keluarga lain ada so tak le terasa sangat...kalau dok rumah sndiri confirm rasa sedih...sehari sebelum raya, ummi dan mak sibuk di dapur siapkan lauk pauk ketupat..ummi masak rendang ayam..alhamdulillah menjelang pagi raya dah licin...hehhehe...tahun depan boleh buat lagi ni...

first raya kami berkunjung ke rumah sedara dan last sekali g rumah abang di muar jugak...budak2 ni seronok la raya sebab dapat angpau...ummi cuma tukang simpan je...dan tukang kira jugak..!...alhamdulillah rezeki mereka lumayan tahun nie...rezeki mereka boleh tambahkan tabungan mereka di Tabung Haji...

nanti nak upload la gambar raya tahun nie...seronok bergaya dengan baju yang dijahit manik penuh dengan rasa kasih sayang....hehhe...

khamis malam kami dah bergerak balik ke rumah...Jumaat kami terus balik kampung ayah dan beraya rumah mak bapak sedara..dan terus ke rumah ayah mertua di Bukit Mahkota..ala..sebelah je dgn taman rumah kami...malam sikit baru balik rumah...zhafran keletihan dan tidur sampai pagi..cuma adik je bangun masa kami sibuk makan malam...senang sikit sebab sorang askar dah tidur...hehehhe:)

bila berkumpul2 nie best pulak nampak diorang pegang baby...hhhee..niat di hati best jugak ada baby..tp risau takut badan yang tak larat..maklumlah dah takde maid...kena pulak ada sorang lagi askar..memang le, makin kurus agaknya ummi mengejar mereka bertiga nanti...

hari sabtu kami sibuk mengemas rumah yelah kan seminggu tak berkemas rumah pun ala tunggang terbalik...seronok juga mendecor rumah sekali sekala nie...bilik bawah tu ummi dan ayah telah decor jadi bilik mainan, so takde lah bersepah2 kat luar kalau bermain...contohnya orang datang...diorang main kat dalam bilik..siap letak sticker mickey mouse ..tp zhafran request sticker Thomas pulak....macam2 budak kecik nie...

tu jelah cerita raya kami...nak start buat kerja rasa sungguh malas...meh kita sambung buat kerja....off sekejap cari mood...:) selamat hari raya semua....

Friday, August 26, 2011

New Passion....

nak cerita jugak walaupun sibuk dah nak raya..hehhe...sejak beberapa hari ini ummi dilanda satu wabak penyakit iaitu meminati manik...yaa....first of all, thanks to adik ofis Aha, yang tidak lokek ilmu mengajar jahitan manik asas untuk ummi..kalau amik kelas memang mahal ooi...tapi sebab ummi plan untuk jahit sendiri dan bukannya untuk ambil tempahan pun, maka belajar dari orang je la..kalau nak bisnes mungkin juga akan attend kelas nanti..chewwahhh...

first jahitan manik ummi adalah pada baju raya sendiri la..kang tak cantik naya je kan...keh keh..pilihan design pada waktu itu adalah crumble iaitu design terkini untuk manik...nak tahu apa itu crumble..meh kita layan piccas...tapi gambar tak reflect warna sebenar manik dan kain sebab guna hp cap ayam ni je...huhu...komen kawan2 ofis..quite ok for the beginner macam ummi ni...disebabkan itu, ummi teruja sangat untuk menjahit manik pada baju2 ummi yg lain..hahhaha....seronok dan puas bila baju itu tampak lebih anggun dan mewah walaupun murah pada asalnya...tapi baju di bawah ini lagi istimewa buat ummi sebab dijahit dengan penuh rasa kasih sayang oleh ummi sendiri....kalau ada anak perempuan memang dah hbis ummi jahitkan manik di seluruh baju kurungnya....upah jahit manik sekarang ni pun bukannya murah tau...lebih baik jahit sendiri sebab kita boleh design ikut suka kita dan letak manik berapa banyak yg kita nak.....

Thursday, August 18, 2011

Ikan Siakap Kukus Halia Limau..

Semalam aammmat...la teringin nak makan ikan siakap steam...minta ayah beli ikan kat kedai depan taman tu, akhirnya rezeki ummi memang ada jual...balik tu terus je sediakan bahan2 untuk mengukus...kali ini nak share la resepinya:-

Bahan2:

1) Serai 3 batang diracik,
2) 1/2 bawang besar Holland diracik;
3) 4-5 biji bawang putih juga diracik;
4) halia 2inci juga diracik;
5) 5 biji limau kasturi amik perahannya tanpa biji;
6) sayur2 spt kobis bunga, carrot dan cendawan-optional;
7) satu keping asam keping;
8) 1 sudu besar sos ikan atau seasoned sos;
9) 1 sudu besar sos tiram
10)ikan siakap seekor dibelah2 sedikit dan letak garam sekeliling;
11) 1/2 kiub ayam;
12) sedikit serbuk perasa-cukup rasa;
13) beberapa helai daun ketumbar;
14) sedikit gula-optional;
15) asam boi-optional;
16) dan yang paling penting nak kan kepedasan-perlulah ada 7-8 biji cili padi dihiris sesuka hati.

Cara2 memasak pulak:-

Ini ikut cara paling cepat kalau takde pengukus ye. first, panaskan kuali dan letak 1 sudu minyak dan masukkan semua barang yg telah diracik dan selepas 1-2 minit masukkan 3 cawan air. tunggu mendidih masukkan kiub ayam, sos ikan, sos tiram, serbuk perasa, gula, sayur2 an, dan perahan limau tadi. biarkan mendidih lagi dan nampak sayur sedikit lembut dan masukkan ikan. tutup kuali dengan apa2 la yg boleh tutup...untuk dapatkan ala2 steam...balikkan ikan kalau nak tapi pastikan bila dah nampak sedikit masak takut isi ikan terabur lak. masukkan asam boi, asam keping dan daun ketumbar....tara sudah siap dan dihidangkan bersama nasi panas dan teluar dadar..hasilnya memang mengancam, pedas, masam, manis dan rasa sedikti ke halia an..hahhaha...ayah dan zhafran laju je makan..actually ayah suap ikan campur kan dengan nasi sebab tu zhafran tak tahu..tapi dia makan laju je..:) afnan je tak mahu..tapi makan nasi dengan telur je....ok lain kali ummi share resepi masakan ummi yg lain pula...



Wednesday, August 17, 2011

biskut raya 2011

alhamdulillah setakat ini dah 2 jenis biskut ummi buat..simple dan sedap..rangup lagi..nak tempah?..nanti dulu la..rasa kenikmatannya dulu ye..ramai gak kawan husband mintak rasa sebab nak tempah takut bila dah addicted tak cukup kaki tangan pulak nanti..heheh...kang sibuk buat tempahan, kerja rumah mesti bertangguh sebab penat. 2 jenis biskut yang ummi buat adalah chocolate chip dan cornflakes.so far tahun lepas buat..so tahun nie dah confirm sedap kena buat la..rangup beb..sungguh!...



budak kat bawah nie mangacau sebab nak makan ratah chocolate chips tu...:)

sanggup cuti sebab nak shopping..


sila tengok gambo di atas..kerana terlalu excited sebab kununnya nak awal dan tak nak bersesak ngan orang lain, maka semalam ummi telah mengambil cuti dan telah dengan kejamnya menghantar anak2 ke sekolah dan berdezup ke Jusco Equine ..tapi yg lawaknya sampai2 baru pukul 9.45 walaupun telah membeli barang dapur di Balaji, Pasar Borong Seri Kembangan. palang parking pun belum berfungsi lagi..tunggula ummi dan ayah dalam kereta....tengok Myvi depan tu, sebenarnya ummi yang pertama tapi sebab dia hon2 nak dok depan, so kita bagi chance dia dok depan..puas la ngundur nak bagi ruang si Myvi ni..tapi hasilnya dia pun stucked kat situ..kelakar giler...ni dah bosan sangat le tu yg amik gambo..banyak bab dapat dibincangkan dengan ayah sebelum dapat masuk...kali ini walaupun ummi bershopping selama dekat 3 jam..tapi sebab masuk tanpa kad...kami hanya bayar RM1...tu pun discount sebab Jcard..heheh..rezeki bulan ramadhan....

tak sia2 juga ummi bercuti, sebab dapat pergi nursery beli rumput carpet dan baja rumput untuk ummi suburkan lagi rumput yang telah ditanam..kalau boleh raya nanti dah cantik la rumput2 ummi tu....lepas tu singgah ke kedai hardware pula beli barang2 untuk cat...sebab niat di hati nak cat pagar rumah ummi yang mula berkarat dan terkopek catnya..apa ntah..baru je setahun duduk dah macam tu...sebelum niat nak menggantikan pagar kepada pagar electrik/automatik....maka perlu di cat supaya tidak malu kepada jiran2 dan rakan taulan yang datang beraya nanti...ayah dah cat under coat ..next proses untuk cat wrought iron pula...heheheh..harap2 jadi la...amin...lepas tu balik rumah start masak...dan ayah pula turunkan rel langsir...sebab nak kena hantar kedai untuk tambah rel jadi double..baru leh gantung langsir cantik kami..ahaks...kalau nak tengok langsir baru meh datang rumah...hahahah..hantar ke ekdai hardware pulak..dah siap hantar rumah dan terus amik anak2...balik rumah sambung masak sambil ayah sibuk pasang rel langsir..sambil tunggu buka puasa, ummi layan cerita Kasih Alia dan pasang langsir baru..hasilnya memang memenatkan...lepas maghrib ummi tak sempat nak baca Al-Quran..terus tido dengan ayah dan anak2 sekali..kami bangun semula pukul 3 pagi untuk solat, masak sikit2 dan panas lauk, ayah sibuk kemas dapur..kami sahur bersama..lepas sahur dapatlah ummi mengaji AlQuran...tadi dah sampai surah Al-mukminun..surah ke berapa ye...kalau ikut hati nak capai juga impin khatam di bulan ramadhan..doa2kanla...harap2 kudrat dan semangat ini Allah kurniakan sepanjang hidup ni..tak mahula untuk bulan puasa je...kalau konsisten dan disiplin macam nie..memang hidup rasa lebih bermakna...amin.,...

selamat berpuasa semua...sayang semua!

Bukan Niat Nak Tunjuk...






wah wah..dah lebih separuh bulan kita berpuasa..sekejap je kan..alhamdulillah setakat hari ini belum miss masak dan tak pernah lagi masuk mana-mana bazar ramadhan...dikurniakan masa yang cukup dan kudrat tenaga yang luar biasa berbandig dengan puasa lepas, ummi dapat memasak juadah sendiri untuk suami dan anak2..alhamdulillah sekali lagi.pada bulan ini, tak adalah mengejar sangat untuk memasak dan melupakan semangat nak tambah pahala kan..wah sedikit tersentap dengan statement itu..actually benda2 pahala yang kita buat rasa tak payah le nak canangkan...heheh buat kang mcam tak ikhlas..baik tak payah bising...tang tunjuk dan paste gambo kat facebook tu, suka-suka nak share..kalau rasa tak berapa berkenan tok sah baca...tak apa...tak rugikan apa2 pun...daripada menambahkan dosa korang sebab mengumpat dan mengata walaupun dalam hati je yg bercakap...tapi sorry la kalau perbuatan ummi menyebabkan korang berdosa pulak...i'm so sorry... tapi sebelum segalanya berakhir..termasuk bulan puasa yang nak habis nie...so, teringin nak paste semua menu juadah puasa setakat hari ini....gambo yg menghiasi entry hari ini adalah juadah2 yang dimasak khas dengan penuh kasih sayang...rasanya pun sedap...!