Nuffnang Ads

Sunday, December 1, 2013

Projek Ummi Untuk Tahun 2014

koleksi buku bahasa arab zhafran

zhafran yang rajin
Ya.. tahun depan projek ummi akan diusahakan tetapi telah pun bermula pada tahun ini sedikit demi sedikit. tahun ini fokus kurang sikit memandangkan time table ummi agak celaru, sebab ummi masih dalam proses menghabiskan pengajian master ummi. Insha Allah tahun depan, moga Allah permudahkan cita-cita dan urusan ummi ini amin... Alhamdulillah abang dan adik tunjuk minat untuk belajar, ini memudahkan proses pembelajaran ini mudah-mudahan. Bila tengok semangat abang, adik pun dah tunjuk minat untuk sama-sama belajar, tapi fokus tu kadang2 lari2 sebab sibuk nak main. Tak apalah sayang, kita mula sikit2, ummi nak yang terbaik untuk kamu, sayang....

Anniversary Kami Yang Ke 7 Tahun..

Alhamdulillah, ummi panjatkan kepada Allah Taala kerana dengan segala peluang dan nikmat kehidupan yang Dia pinjamkan...suami yang baik dan sangat menyokong, anak-anak, kebahagiaan kami sekeluarga. Hari ini genap 7tahun kami disatukan. sekejap je rasa, macam semalam je ummi nikah. :) tak sangka kan dah 7tahun. Inilah namanya nikmat yang patut disyukuri. Kami bermula bukan terus senang, bermula dari tiada apa-apa, Alhamdulillah, segalanya berlalu dengan mudah, walaupun ujian datang sekali sekala, sesungguhnya ujian itu Allah datangkan untuk menguji kesabaran dan rasional kami suami isteri.

Anak-anak adalah kurniaan Nya yang tidak terhingga. Sesungguhnya tanpa mereka ummi lumpuh, kamulah penyeri dan pendokong semangat ummi dan ayah. Walaupun kadangkala karenah kamu ini mencabar kesabaran, tapi itulah memori terindah yang tidak mungkin ummi dapat rasa lagi bila kamu sudah besar dan mungkin pada ketkan itu, kamu dah malu untuk ummi cium dan peluk. Semoga kamu berdua sentiasa ingat dan sayang ummi dan ayah sampai bila2.

Ummi dan ayah akan cuba menyediakan semuanya dan memberikan yang terbaik untuk kamu. tak perlu ummi nak ada harta dan aset yang banyak, cukup untuk ummi ada kamu yang ummi akan bekalkan dengan segala ilmu dunia dan akhirat. kerana ummi percaya dengan ilmu dunia dan akhirat mampu untuk bimbing kamu menjadi insan dan umat Islam yang diredhai Allah. Ingatlah anak-anak, walau setinggi mana kamu mampu berdiri, jangan sesekali lupa dari mana asal usulmu. kita berada di atas juga adalah ujian, bukan untuk dimegah2 tetapi untuk disyukuri.

Buat ayah, terima kasih kerana sentiasa sabar melayan ummi dan anak-anak. Setakat ini, ayah belum pernah mengecewakan ummi, walaupun ummi yang selalu kecewakan ayah. Tahap kesabaran ayah, memang ummi salute kerana tiada mungkin ada lelaki lain yang memiliki tahap kesabaran tinggi macam ayah. Ayahlah idola ummi, setiap masa ummi berdoa agar dapat ummi kongsi kesabaran itu untuk kita jalani kehidupan ini dengan lebih tenang dan membahagiakan...amin. Maafkan ummi atas kesilapan kata2 dan tingkah laku sepanjang usia perkahwinan ini ye ayah. Doakan ummi agar ummi menjadi isteri dan ummi yang lebih baik untuk keluarga kita. Sayang ayah sangat2,.....

Terima kasih kepada rakan-rakan, mak abah yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga sempena ulangtahun kami, Doa kalian lah yang mengiringi dan menambah kekuatan hubungan kami, semoga hubungan ini kekal sehingga ke Jannah..amin ya robbal a'lamin.

foto kami masa di Bandung 2012