Nuffnang Ads

Thursday, December 1, 2011

Ulangtahun Kami Ke 5....

Agak aneh tahun ini kerana ayah tak beri bunga pada ummi. mungkin ummi mc dan ada di rumah, maka tiada surprise,..selalunya dapat bunga di ofis...ummi berani tulis kat sini sebab ayah tak baca blog ummi...tapi dia tak lupa anniversary kami..dah wish pun pagi2 tadi..tapi agak pelik tahun ini...sedih juga, bila setiap tahun memang tidak pernah miss something untuk ummi...

ala, takde apa2 la..jgn sedih2 la...biasala perasaan tu..tapi kan ummi nak tulis juga di sini sebab tahun ini macam2 jadi...tapi kami berdua dapat menempuh segalanya...agak sulit untuk ditulis di sini. bermula dengan problem di tempat kerja, keluarga...dan diri sendiri...tapi bila kita diuji dan kami berjaya mengharungi nya bersama-sama, cukup manis untuk dikenang..

sesungguhnya ummi bersyukur dikurniakan suami yang cukup bersabar dengan karenah ummi dan anak2 yang semakin lama semakin mengikut perangai ummi yang mengada2 tu...nak marah kan mereka pun tak boleh sebab perangai mereka saling tak tumpah dengan perangai ummi sebenarnya. memang ummi akui selalu terjerit2 dengan anak2 sendiri sebab kadang2 di luar batasan juga perangainya,.tapi ummi sayang anak2 ummi...geram kadang2 bila mereka tidak boleh mendengar kata dan hanya mahu hajat mereka sahaja dituruti, tapi ummi bersyukur sangat2 sebab dikurniakan anak2 yang comel dan bijak..lagi2 bila mereka sudah pandai memujuk dan berkata2...cair sudah hati ummi yang keras ini.

untuk 5 tahun perkahwinan kita, selain dikurniakan 2 anak yang paling sempurna di mata ummi, suami yang terlalu penyayang dan sabar, memiliki rumah sendiri, kerjaya yang ok...apa lagi yang perlu di komplen...perlu lebih bersyukur...cita2 ummi untuk sambung belajar untuk 2 tahun akan datang masih belum terlaksana...kena kuat semangat dan terus berjuang. Semoga kesihatan sentiasa bersama2 ummi.


selepas melalui rasa sedih kehilangan 1 nyawa baru-baru ini, teringin sekali mempunyai anak kecil selepas study tamat. semoga Allah memakbulkan impian ummi yang 1 ini. Harap2 lepas ini dapat la ummi baby comel perempuan pula kan..seronoknya bila ada anak kecil perempuan....doakan2 ummi juga ye.... apa2 pun ummi bersyukur dengan apa yang ummi ada sekarang ini. Semoga Allah memberkati rezeki kami anak beranak...

No comments:

Post a Comment