Nuffnang Ads

Friday, November 25, 2011

Pengalaman D&C...

Awal pagi 24/11/2011, sudah bangun siapkan anak2 ke sekolah. ummi hanya berdiam diri sambil buat kerja mengemas rumah, mungkin stress barangkali. lebih baik diam daripada berkata2. ayah pun senyap je macam tahu apa yang bergolak dalam hati si ummi. ummi kemas rumah, sapu halaman rumah, lipat baju, susun baju...akhir sekali packing barang ke hospital. sambil tu, sempat juga breakfast sebab start pukul 8.00 pagi ummi disuruh berpuasa makan. nasib baik minum boleh. budak2 sudah selamat dihantar ke sekolah oleh ayah.

Pukul 9.45 pagi, setelah bersiap ummi singgah sekejap di ukm submit borang permohonan sambung master (online application-banyak songeh betul. dah submit borang pun sibuk nak suruh ber online bagai). Rupanya Pusat Pengurusan Siswazah dah bertukar building. cantik tapi kosong dan sepi je...agak menakutkan...heheh..risau gak dalan hati..kot2 borang permohonan ummi termissing ke..bahaya tu...

Lepas submit borang, ummi terus ke azzahrah. nasib kami baik hari tu sebab parking macam dah direserved..maklumlah azzahrah tu susah sikit nak dpt parking. sampai kami dalam pkl 10.45 pagi. Dr suruh masuk ward pukul 11.00 pagi. Lama juga urusan pendaftaran ward berlangsung, nurse beritahu ward penuh.uisshhh,....padahal dah reserved dah bilik single. yang ada pun nurse kata bilik double tapi patient lelaki laks....so, ummi insist juga nak bilik single sebab plan kami nak bermalam beramai2 di hospital sahaja. akhirnya ummi ditempatkan di labour roon memandangkan labour room tak ada orang. rasa sedih je bila masuk labour room, nampak semua perkakas nak bersalin...kalau ada baby kan best...hehhe...nurse semua tanya dah berapa bulan, kenapa miscarriage..ummi layan perasaan je..mula2 rasa nak bersendiri dalam labour room, akhirnya ummi mengalah minta nurse panggil ayah walaupun pada hakikatnya tak mengubah apa2 pun kalau ayah ada kat situ.

pukul 11.15 pagi, nurse suruh buang air kecil sebab nurse akan masukkan ubat 2 biji melalui vagina. hah,,,yang ini part paling tak best. agak ganas bidan tua ini buat kerja. mungkin dulu pernah jadi bidan gomen..tidak berapa friendly, tapi nurse muda2 lain memang baik...ummi suka. ubat tu untuk buka pintu rahim dan lembutkan rahim supaya mudah proses d&c nanti. selama 1 jam ummi tidak boleh bergerak, mulanya tak dpat tido sebab terganggu dengan suhu yang terlalu sejuk dalam labour room tu,..menggigil2 ummi. nurse datang selimutkan. pukul 1.30 macam tu, nurse datang lagi kali ini bawak jarum na cucuk kat tangan untuk masukkan ubat pelali. yang ni juga mencabar sebab urat ummi terlalu halus sehingga sukar untuk dicari. di tepuk berkali2 tak juga timbul. akhirnya selepas 2 kali percubaan baru berhasil. sakitnya tak terkata sebab rasa dekat sangat dengan tulang...

pukul 2.15 macam tu, dr datang bersalaman dan bertanya khabar. Dr noraini kata dr akan masukkan ubat tidur melalui jarum di tangan ummi. ummi nampak team nurse dah mula ready alatan d&c, seriau lak nampak. Dr noraini jab 2 kali ubat tidur. Sebelum jab pertama, Dr suruh mengucap dan selawat tarik nafas dalam2. tapi ummi macam dah tak berapa sedar semasa jab kali ke 2...terus hanyut...sedar2 pukul 4.20petang. masa tu nurse kata sarung tudung sebab nak ditolak ke dalam ward. ummi memang lalok sungguh. terus tanya bila nak buat d&c..ooh...rupanya sudah siap proses d&c...hehehhe...nurse tu kata puan tidur jela ...memang normal rasa pening dan lalok, kesan ubat. ummi ditolak masuk ke dalam ward. Ada seorang pegawai ward datang dan bacakan doa penyembuh penyakit. terharu dalam lalok..aminkan sahaja yang larat dengan mata terpejam. tanya pun pelik2 je pada pegawai ward tu tapi yg lawaknya sempat lagi tanya nama sapa...hehhe..tak lama lepas tu, ayah datang dan cakap banyak benda..sumpah ummi tak ingat langsung apa yang ayah cakap...ummi cuma angguk2 kepala je..badan ummi gatal2 tak tahu kenapa..kesan ubat mungkin.

Tapi walaupun dalam keadaan separa sedar tu, sempat juga pesan kat ayah amik budak2 kat sekolah. tak lama lepas tu mereka sampai. dengar suara mereka terus ummi rasa sungguh sihat. sihat sangat bila dengar abang cakap, ummi rehat je dulu ye...nanti baru abang cakap dengan ummi..tersentuh sangat. adik pula terus baring sebelah ummi, kami berkongsi katil seolah2 tak mahu berpisah. Baru ummi ada selera nak makan walaupun rasa nak makan daripada pukul 12.00 tghr lagi...

Nurse datang setiap 4 jam untuk periksa blood pressure dan suhu badan. nurse suruh makan ubat tahan sakit, antibiotik. alhamdulillah tak sakit..ummi lebih banyak habiskan masa kat atas katil. nasib baik budak2 tak lasak sangat sebab ralit main game thomas di lap top. pukul 10.30 kami dah mula tido.

Pagi2 lagi ayah dah g tanya nurse bila boleh keluar. akhirnya tepat kul 10, kami boleh discharge. Ummi dibekalkan antibiotik, ubat tahan sakit dan multivitamin. sampai di rumah, ayah dan mak dah ada. Alhamdulillah semuanya berjalan seprtimana diharapkan. Tiada yang terlalu teruk yang ummi alami. Doakan ummi cepat sembuh dan boleh berkerja semula.. Upss lupa, nak bagitahu ummi mc 14 hari ye...wah..lama betul. dapat rehat lama2...tapi rasa bersalah pulak kat ofis sebab orang lain kena cover kerja kita. harap2 mereka paham, ini hari kita ,,,esok lusa kita tak tahu. bersyukurlah dengan kesihatan yang dikurniakan Allah. satu nikmat yang besar yang perlu disyukuri oleh kita.

2 comments:

  1. alhamdulillah semua slmt....rehat cukup2 zulie...bukan slalu dpt cuti pnjg...tetiba... he3

    ReplyDelete
  2. thanks syikin...betul jugak kan...dah sibuk pikir nak ke mana time cuti lama nie..aci tak macam tu??....

    ReplyDelete