Nuffnang Ads

Sunday, November 20, 2011

Zhafran Cabut Gigi

z

Jumaat baru ni tanggal 18/11/11, hero ummi seorang tu ada appointment di Klinik Pergigian Paediatrik, Hospital Serdang untuk cabut gigi. sebelum ini gigi dia memang ada masalah yang agak kronik, ikut kata dr pakar sebabnya selalu menghisap susu botol sehingga tidur pada waktu malam. silap ummi juga dulu, tak concern benda2 tu semua. nak kata suka makan gula2 manis, coklat atau aiskerim, memang ummi bagi dia makan hampir 2 tahun. tapi gigi dia memang rosak awal. so, sebelum lagi teruk, dan memandangkan pernah bengkak gusi sekali baik ummi cepat2 bawa ke klinik gigi untuk rawatan.

memang risau sangat takut zhafran tak boleh bekerjasama semasa sessi cabut gigi berlangsung. dahla pagi2 kena puasa tak boleh ambil apa2 minuman dan makanan sebab dr akan beri ubat mengantuk untuk melalikan zhafran. sampai di klinik, ada beberapa kanak2 lain yang menunggu appointment untuk diberikan ubat pelalian tidur. zhafran giliran yang ke 4. zhafran masuk timbang berat..memang dia tak takut apa...mentang2 dr nik tu cantik dia jadi malu2 je ngan dr tu...gatal!...

lepas amik berat dr bagi ubat orally. then dia selimutkan zhafran dan baringkan di atas katil...terkebil2 juga mata zhafran untuk mula tido. memang dah mengantuk tapi masih nak buka2 mata...at last lepas 5 minit macam tu, tidur juga dia..sampai berdengkur.. sedang tunggu gikiran tu, giliran pertama telah dipanggil untuk sessi cabut gigi. Ya-Allah, budak tu punyalah menjerit menangis sampai keluar bunyi nya...lantang sungguh..terus berdebar2 ummi, macam mana la zhafran nanti...zhafran kalau menangis confirm muntah....wah...risaunya tak terhingga...

giliran kedua dan ketiga juga telah dipanggil, masih kedengaran suara tangisan dan jeritan kuat dari kanak2 ...zhafran masih tidur, dan akhirnya tiba giliran zhafran, boleh pulak dia bangun time tu. ummi dukung zhafran sampai ke bilik rawatan dan dr suruh ummi baring sekali dengan zhafran. kaki ummi perlu silang untuk elakkan zhafran meronta. tangan zhafran juga dibalut dengan selimut. dr mulakan memberi ubat bius dan injection, alhamdulillah zhafran budak yang baik dan kuat, tiada tangisan atau jeritan yang keluar dari mulut zhafran cuma semasa injection, ada juga dia angkat kaki sikit mungkin tahan sakit...sessi cabut gigi terus berjalan dengan baik sekali diiringi pujian melambung2 dari dr dan nurse di sekeliling ummi dan zhafran..heheheh...

sebab zhafran baik dan beri kerjasama yang baik, dr bagi sticker gigi pada zhafran..tersengih2 dia...lepas tu kami amik ubat dan balik..kenangan yang best bersama dr gigi ..

2 comments:

  1. wow, kuat la hero hensem ni, tak nangis cabut gigi. kalau uncle lah, uncle pun takut tau zhafran, hahah..

    ReplyDelete
  2. memang kuat hero aku sorang nie,,..doakan mood dan semangat dia maintain sampai habis treatment...banyak lagi siri tampalan dan cabutan lepas ni..harap2 dia tak serik!

    ReplyDelete