Nuffnang Ads

Thursday, August 18, 2011

Ikan Siakap Kukus Halia Limau..

Semalam aammmat...la teringin nak makan ikan siakap steam...minta ayah beli ikan kat kedai depan taman tu, akhirnya rezeki ummi memang ada jual...balik tu terus je sediakan bahan2 untuk mengukus...kali ini nak share la resepinya:-

Bahan2:

1) Serai 3 batang diracik,
2) 1/2 bawang besar Holland diracik;
3) 4-5 biji bawang putih juga diracik;
4) halia 2inci juga diracik;
5) 5 biji limau kasturi amik perahannya tanpa biji;
6) sayur2 spt kobis bunga, carrot dan cendawan-optional;
7) satu keping asam keping;
8) 1 sudu besar sos ikan atau seasoned sos;
9) 1 sudu besar sos tiram
10)ikan siakap seekor dibelah2 sedikit dan letak garam sekeliling;
11) 1/2 kiub ayam;
12) sedikit serbuk perasa-cukup rasa;
13) beberapa helai daun ketumbar;
14) sedikit gula-optional;
15) asam boi-optional;
16) dan yang paling penting nak kan kepedasan-perlulah ada 7-8 biji cili padi dihiris sesuka hati.

Cara2 memasak pulak:-

Ini ikut cara paling cepat kalau takde pengukus ye. first, panaskan kuali dan letak 1 sudu minyak dan masukkan semua barang yg telah diracik dan selepas 1-2 minit masukkan 3 cawan air. tunggu mendidih masukkan kiub ayam, sos ikan, sos tiram, serbuk perasa, gula, sayur2 an, dan perahan limau tadi. biarkan mendidih lagi dan nampak sayur sedikit lembut dan masukkan ikan. tutup kuali dengan apa2 la yg boleh tutup...untuk dapatkan ala2 steam...balikkan ikan kalau nak tapi pastikan bila dah nampak sedikit masak takut isi ikan terabur lak. masukkan asam boi, asam keping dan daun ketumbar....tara sudah siap dan dihidangkan bersama nasi panas dan teluar dadar..hasilnya memang mengancam, pedas, masam, manis dan rasa sedikti ke halia an..hahhaha...ayah dan zhafran laju je makan..actually ayah suap ikan campur kan dengan nasi sebab tu zhafran tak tahu..tapi dia makan laju je..:) afnan je tak mahu..tapi makan nasi dengan telur je....ok lain kali ummi share resepi masakan ummi yg lain pula...



No comments:

Post a Comment