masih menyusukan afnan dan masih mengepam.
Feb
-masih menyusukan afnan dan masih mengepam.
- kami tak sambut besday diorang cuma ummi belikan hadiah je untuk mereka berdua, biasanya setiap tahun kami raikan besday pada penghujung Feb.
Mac
-ayah dapat bonus. ada beberapa wishlist ummi ayah kabulkan. Langsir baru, penapis air coway, dan carpet.
- bulan ni kami holiday ke Cameron Highlands, Lumut dan Pangkor bersama anak-anak.
April
- afnan mula wean off secara semulajadi. dan ummi mula stop mengepam. Jenuh juga mahu cari susu yang afnan nak minum. orang kata nak wean off anak susah, nasib baik Allah mudahkan segalanya.
- ummi disahkan hamil tapi tak sampai 5 minggu, discharge habis dan tak perlu d&c. kalau ikutkan edd saat ini ummi tengah melayan baby kecik
- attended Bengkel Penyeragaman Undang-Undang di Ancasa Allsuites, PD. kali ini tak bawak anak2 sebab sibuk buat kerja.
Mei
- dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010 di PWTC. Duit hadiah dilaburkan dengan mencari benih pokok untuk ditanam dan beli rumput carpet untuk ditanam di halaman rumah..
Jun
- kami tak sambut besday ayah dan ummi sebab ayah tak dapat cuti pun. selalunya kami makan bersama atau ummi masak di rumah dan celebrate dengan anak-anak
- bawa abah dan mak bercuti di PD walaupun pada hakikatnya, ummi tengah berkursus (Kursus Pengurusan Aset) waktu tu.
Julai
- Sukan Cendiakawan Educare untuk zhafran dan afnan...
Ogos
- memandangkan ummi dah period, so puasa tahun ini tidak penuh kena ganti 3 hari. 4 tahun puasa penuh tak perlu qada'
September
Raya kami biasa2 sahaja. First time beraya dengan baju kurung raya yang dijahit sendiri dan jahit manik pun sendiri.
-attended Bengkel Lesen 1 Wilayah, anjuran KWPKB di Corus Paradise, PD
Oktober
ummi sekali lagi disahkan pregnant. masuk 8 minggu, bleeding dan bila refer ke pakar, baby tak jadi dan perlu d&c.
-attended Bengkel Tatatertib dan Kaunseling di Cameron Highlands..walaupun tengah bleeding
November
24 November 2011 ummi dijadualkan d&c di Pusat Rawatan Islam Azzahrah, Bangi dan MC selama 2 minggu. 2 minggu tempoh berpantang digunakan sebaik mungkin, dengan melatih zhafran diapers free, lebih rapat dengan anak...dan merasai nikmat bangun lewat setiap pagi.
Disember
-Habis je tempoh MC, ummi kena attend Bengkel Lesen 1 Wilayah di Langkawi. memandangkan kesihatan pun baru nak pulih, ayah temankan ummi kat sana. anak2 terpaksa ditinggalkan dengan atok dan nenek di kampung. nasib baik mereka baik2 sahaja. terima kasih tak terhingga pada mak dan abah sebab tolong orang jaga zhafran dan afnan. dua2 ayah dan ummi demam teruk balik dari Langkawi.
- habis bengkel di Langkawi, kena attend Bengkel Pindaan Akta Kerajaan Tempatan di Hotel Istana KL. since malam pun ada program, haruslah tidur di sana. nasib baik penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur. haruslah mengangkut anak2 dan suami ke sana...sampai tak nak balik sebab best sangat katanya.
- cuti christmas, kami ke penang attended best fren masa sekolah menengah kawin. jalan2 makan angin, dan makan-makan bersama anak2. balik terus kami demam anak beranak.
apa2 pun doakan yang terbaik untuk ummi sekeluarga..amin