Nuffnang Ads

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu

Tahun 2011 adalah tahun ke 4 ummi bergelar seorang ibu. syukur kepada Allah kerana beri peluang untuk melahirkan zuriat sendiri. pernah juga terfikir satu ketika dulu, ummi tidak dikurniakan zuriat sendiri. tekanan pada mulanya bila ada di kalangan keluarga yang masih belum dikurniakan rezeki dari zuriat sendiri. pernah juga terfikir dulu, akan mengambil anak angkat bagi memenuhi setiap ruang hidup ummi dan ayah. tapi alhamdulillah, dengan izin Allah rezeki datang berganda2 seorang satu. sesuatu yang ummi tidak pernah terfikir dan terencana. Walaupun pada mulanya ummi seolah2 tidak dapat menerima satu nyawa lain yang menumpang di dalam rahim ummi. sungguh jahil ketika itu. perasaan ini mungkin terdorong oleh rasa bersalah dengan zhafran kerana ketika itu zhafran baru sahaja 5 bulan terlalu kecil untuk menjadi seorang abang.

duhai anak ummi afnan, maafkan ummi kerana ummi pernah merasa perasaan itu satu ketika dulu waktu afnan masih baru bertamu dalam rahim ummi. Allah sebaik2 perancang untuk hamba-Nya. afnan lahir ke dunia dengan mudah dan membesar dengan susu ummi yang ummi tak pernah terfikir boleh sampai mencecah 2 tahun. Berkat doa ummi sepanjang mengandungkan afnan untuk dipermudahkan perjalanan penyusuan setelah ummi lalui kepayahan semasa menyusukan zhafran dahulu. Ummi amat-amat berterima kasih kepada afnan kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang perjalanan penyusuan ini. Alhamdulillah afnan masih belum boleh dipisahkan susu lagi. biarlah sampai bila dia mahu, ummi akan teruskan penyusuan. bab perancangan anak, mungkin tahun depan kalau Allah perkenan niat kami. Tapi kalau Allah merencanakan hanya zhafran dan afnan zuriat ummi, ummi tetap bersyukur.

sejak ummi bergelar ibu ini, hati memang senang tersentuh. kadang2 sebab perangai anak pun ummi boleh menangis, tak tahu kenapa. air mata ini juga sering jatuh bila melihat raut wajah mereka berdua ketika tidur, lagi2 bila di siang hari ummi tak habis2 menjerit..."abang, jgn kacau adik", "adik, jgn main air nanti jatuh!", "abang, adik jangan berebut main sama2"....walaupun suara ummi terjerit2 ala2 linda jasmine tapi jauh di sudut hati ummi, bukan ummi tak sayang, bukan ummi berniat nak marah, bukan ummi suka2 nak jerit, tapi ummi nak semua yang terbaik untuk anak2 ummi. contohnya, kalau abang kacau adik, adik akan nangis, nanti ummi susah nak kemas rumah, basuh pinggan, mop lantai, basih toilet, lipat baju, masak, sapu sampah, dan sidai baju. kalau ummi tak boleh buat semua benda ni, rumah kita akan jadi huru hara, mungkin ada kalanya ummi kena balance kan perhatian dan tanggungjawab. perhatian kepada mereka berdua, dan tanggungjawab yang ditanggung dan dijalankan seorang diri. jarang ummi dapat berehat2 bersenang2 di hujung minggu. memang jarang sangat2. kerana ummi peruntukkan masa hujung minggu untuk membuat segala kerja rumah yang ummi tak sempat buat sepanjang lima hari bekerja. kadang2 terkeluar juga dari mulut ummi penat la ayah, penat bukan sebarangan ye, tapi penat sampai tak boleh nak lelap mata pada malam hari. ya, ummi seorang yang mementingkan kesempurnaan. kerana sifat itulah, mungkin yang mendorong ummi lebih suka membuat segala kerja sendiri. susah untuk harapkan orang yang sehidup semati dengan kita. sekiranya si dia tidak dapat menepati piawaian yang ummi harapkan, ummi juga yang kecewa. jadi dari sakit hati dan sessi ungkit mengungkit bermula episodnya, maka lebih balik uruskan semuanya sendiri. bila rumah bersih, kemas, cantik, wangi...barulah ummi puas hati. dari tingkat atas, tingkat bawah, 3 toilet, 4 bilik nak dikemas, uish memang banyak kerja non-stop.

bila melihat anak2 membesar, mesti teringat mak ummi yang dah banyak menabur jasa, melahirkan, membesarkan dan mendidik ummi sehingga ummi jadi seperti sekarang. terima kasih tidak terhingga. tak terbalas jasa mak. bersyukur kerana masih berpeluang mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak. hargailah mereka sementara mereka masih hidup. beribu sesalan kalau kita baru tersedar kehadiran mereka setelah mereka pergi meninggalkan kita. jasa mak juga bukan sekadar terhadap ummi tetapi untuk cucu2 nya. Beliau jugalah yang menjaga ummi ketika pantang zhafran, jaga zhafran selepas pulang ke tanah air dari Mekah menunaikan haji, menjaga mereka ketika ummi berkursus dan ketika mereka sakit cepat sahaja terus datang ke sini melihat cucu2 mereka, sanggup bersusah payah masak lauk sedap2 untuk ummi dan anak2..terima kasih sekali lagi. walaupun Hari Ibu ini bukanlah hanya perlu diraikan sehari dalam setahun, tapi kita sebagai seorang anak kepada seorang ibu, seorang ibu kepada anak2, perlu merasakan hari2 sepanjang tahun ini merupakan Hari Ibu yang perlu dilalui dengan suka tawa, gembira dan riang.

Buat anak2, ummi memohon maaf sekiranya ada yang terkurang semasa membesarkan kalian, ummi dan ayah hanya nak yang terbaik untuk kamu berdua. kala usia kamu sekarang ini, mungkin kamu masih belum menghargai pengorbanan ummi, tapi mungkin satu hari nanti.

Buat Bonda Hajah Mariam, jangan berhenti doakan kebahagiaan anak perempuan mu yang seorang ini dunia dan akhirat. tanpa doa dan restu seorang ibu, walau melangit ummi pergi, keberkatan pasti tidak mengiringi. Selamat Hari Ibu, mak! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....
Bonda Mariam...jasamu kukenang sepanjang hayat..

kamu berdua baik2 ye berdua..jangan gaduh2..kan bagus kalau selalu begini..

Thursday, May 5, 2011

berkira2....

tahu tak apa yang sekrang ummi berkira2 memikir2 nak buat..rasa dah lama tapi tak buat sampai sekarang...ummi nak PRIVATEkan blog ummi yang tak seberapa follower nya ni, dan dipenuhi entry merapu, lagi2 kalau tiba datang mood malas dan tiada masa-jadi sarang labah2 tak ber hapdet. ummi punya alasan tersendiri kenapa nak private blog..rasa nak buat survey lak pada semua reader2 blog ini, tak kisahla dia kawan ke musuh ke, keparat ke, orang biasa ke, musuh dalam selimut ke, kawan-makan-kawan ke, kawan talam dua muka ke, silent reader ke, sedara/ipar duai yang nak menyibuk tahu pasal orang ke ...tak kisah la siapa anda, selama ini ummi izinkan anda semua membaca blog ummi yang tak glamer ni, tapi boleh tak ummi nak tahu sapa yang sokong ummi untuk private kan blog ni?....sebab ummi menulis di blog ini, hanya untuk tatapan anak2 bila mereka sudah besar dan pandai membaca, kalau itu niat asalnya ummi tidak kisah sama sekali blog ini tidak dikunjungi atau mempunya readers yang banyak. asalkan apa yang berlaku sepanjang membesarkan anak2 ummi dapat dicatat dengan kemas sebagai bukti kasih dan sayang. mana tahu satu hari nanti mereka boleh hargai setiap masa, keringat, kepayahan, suka dan duka ummi dan ayah terhadap mereka...Duhai anak-anak, cepat la besar!

sapa sokong niat ummi ini sila angkat tangan macam usop wilcha..hahahha...

p/s untuk sesiapa yg tak paham apa itu private blog- meh ummi kabo, hanya permitted readers yang diapprove atau di invite oleh empunya blog sahaja dibenarkan untuk membaca. selain daripada kategori tersebut, sila jgn buang masa type add blog ummi...atau dengan kata lain, ummi tak hingin mereka ini baca blog ummi...ada faham????

kenangan silam tapi masih dalam ingatan..


dalam banyak2 gambar masa zhafran kecil, ini antara gambar yang paling ummi sayang..tak tahu kenapa...sangat sayang dengan gambar ini...
ummi dan zhafran

besar kan udang ni??

besar kan??...dah selamat masuk dalam perut ummi. ummi masak sambal udang dan semua kawan2 kat ofis dapat makan...thanks atok lain kali bagilah lagi....:)

Wednesday, May 4, 2011

Koleksi Thomas Zhafran dan Afnan


Salam Rabu semua...pagi2 sudah huru hara sebab uruskan zhafran yang muntah2 dari pukul 4 pagi. dahlah ayah kerja shift malam, dengan afnan yang nak nyusu lagi..alhamdulillah lepas check up kat klinik, Dr kata muntah bukan sebab keracunan makanan atau air. tapi sebab kahak terlalu banyak. Semalam, ayah rajin menyusun koleksi Thomas anak-anak kami. rupanya banyak kalau dah dikumpul2...ini semua hasil belian ayah, ummi, nenek, pak long, dan yang terbaru pak lang yang baru balik dari Jepun..terima kasih ye pak lang:) sayang pak lang!...lain kali boleh bagi lagi...tu belum masuk barang2 lain spt baju, seluar, selimut, beg sekolah dll...
jom kita tengok koleksi mereka...


Monday, May 2, 2011

Qaleesya genap 7 bulan hari ini...

wah, sudah genap 7 bulan Qaleesya hari ini..sekejap je anak ummi seorang ni dan besar kan?..lepas lah rindu ummi kat anak ummi seorang ni. habis digomol2 sebab chubby sungguh...zhafran pun sayang dan suka main ngan Qaleesya..tapi afnan kurang memberi minat dengan adik dia seorang ni. zhafran siap cakap ummi, abang nak adik comel macam ni..rasa sedih pulak bila ummi dan Qaleesya berpisah tadi..insya-Allah, bulan 6 nanti kita jumpa lagi masa family trip ye...jgn tak jadi pula papa dan mama, bila lagi nak bawak Qaleesya jalan2 rumah ummi kan....jom kita layan gambar anak2 ummi ni...


Qaleesya yg gebu...ummi geram rasa nak gigit


abang sayang Qaleesya...


sama tak muka kami??


aktif sepanjang masa kecuali tidur..


comel!


afnan kurang berminat dengan Qaleesya..dia hanya sibuk update blog!


yeay! ummi, saya sudah makan....


Sunday, May 1, 2011

update dari kampung!

salam semua...ummi bersiaran di kampung tercinta. ya, banyak benda yang memanggil ummi balik kg kali ni. pertama, pakngah zhafran dan afnan buat kenduri sempena housewarming rumahnya yg baru..suka pulak tengok rumah setingkat. taklah terkejar turun naik macam rumah ummi. apa nak buat kat area kl-bangi-kajang ini susah nak jumpa rumah setingkat kan...by the way, sedap sungguh nasi ayam yg zhafran dan afnan makan tengah hari tadi. penyebab kedua yang ummi nak sangat balik, adalah jeng-jeng-jeng, sebab rindu nak jumpa anak ummi seorang lagi qaleesya...dah besar dan comel qaleesya ini. nak masuk 7 bulan dah. nak tahu, sekarang ni ummi diserang penyakit beli baju kiut baby gurl. entah tak boleh stop, sebab comel sangat2..yg untung nya qaleesya lah yg dapat pakai..hehhhe...ketiga, ummi balik nak ber urut badan..sokmo berurut kan?,,yelah ummi kan multitasking mom yg buat everything. bila ada kesempatan nak berehat2, jgn lepaskan peluang yg ada. last but not least, esok sebelum balik, ummi nak setelkan urusan menempah langsir untuk raya dan juga baju raya kami anak-beranak...eh, kawan2 dah pilih ke tema warna baju raya tahun ini.. ummi punya tema adalah...RAHSIA....hahhaha....tahun ini ayah dan anak2 yg pilih...kalau ummi pilih harus lah warna pink,...no. no. nao...kalau pink tunggu baby gurl keluar ye ayah...mesti grand raya tahun tersebut...bilakah tahun tu...ummi pun tak tahu,,,Allah je yang tahu....nak tempah langsir ni, cerewet jugak..ada kain bukak besar so tak payah cantum...ada yang dah design cantik kat tepi, so tak payah guna basi kain...macam2...patutla ummi tak berminat pasal jahit menjahit ni dari dulu...tapi bab masak serah pada saya...hahhahah.....


insya-Allah dah selesai semua tugasan dan urusan, esok kami akan balik ke bangi...kerja melambak kat ofis. agreement yang belum habis di semak, template yg belum habis digubal, kertas mesyuarat yg belum di draft, beberapa meeting yg perlu di setting....uish2..pening2...kalau ikutkan boleh je nak bawak kerja balik kg..tapi ummi tak nak spoil kan masa luang kami 1 family...jarang dapat kumpul semua adik beradik, anak beranak, sepupu sepapat zhafran dan afnan 1 masa....seronok sangat bila dapat berkumpul macam ni..ala2 hari raya....


stop dulu sampai sini. jap lagi ummi update gambo2 qaleesya dan zhafran dan afnan...zhafran sangat sayang kat adik susuan nya seorang ni..tapi lain pula dengan afnan berlagak seolah2 tak perasan kehadiran qaleesya...dan bila mood dia kurang baik, dia akan bertindak ganas menolak2 qaleesya dari pangkuan ummi..tanda jeles seorang adik yang manja....ummi sayang zhafran, afnan dan qaleesya!