Nuffnang Ads

Wednesday, April 20, 2011

Usai sudah bengkel MBfPC 9,10, 16 & 17 April 2011

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas peluang dan rezeki yang dilimpahkan. Kerana dengan keberkatannya dapatlah ummi menjalani bengkel selama 4 hari di Bangi bermula 9-10 dan 16-17 April baru2 ini. Terima kasih tidak terhingga atas keizinan yang diberikan oleh ayah dan bersusah payah menjaga hero2 ummi ketika ketiadaan ummi. Sejuta kemaafan untuk hero2 ummi atas hutang masa bersama kalian. Kalian doakan apa yang ummi perjuangkan ini diberkati dan dipermudahkan. Insya-Allah ummi tebus balik hutang masa ummi tu ye. Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Hajjah Mariam yang telah membantu ummi menjaga mereka sepanjang ummi berbengkel MBfPC dan juga Retreat Kajian Semula Undang-Undang 11-13 April.

Bengkel MBfPC ini bermula dengan episode kesakitan. Namun begitu, ummi gagahkan juga untuk hadiri memandangkan telah lama menunggu untuk capai impian yang satu ini. Seminggu sebelum Bengkel MBfPC ini, ummi dikejutkan dengan khabar yang gembira pada mulanya. Ia bermula selepas ummi balik honeymoon di Cameron Highlands dan Pangkor. Ada sedikit perubahan berlaku pada diri ummi, afnan mengamuk2 tak tentu pasal, bila menyusu seakan tidak puas. Ummi masih mengepam pada ketika usia afnan menjengah 26 bulan. Tapi output yang ummi dpt hanya sekitar 2-3 oz per sessi. Selepas seminggu berlanjutan, ummi gagahkan diri untuk menguji kehamilan. Ya-Allah ada 2 line yang timbul, tapi satu line lagi blur2 gitu. Terkejut sebenarnya, sebab ummi belum lagi didatangi period. Setelah ditanya dan di google, memang ada kemungkinan untuk pregnant terus walaupun ummi tak datang period lagi dalam tempoh penyusuan ini.

Ummi pergi berjumpa Dr dan masih ada 2 line timbul, dan Dr nasihatkan datang 3-4 minggu lagi untuk scan. Bermula saat kesakitan dan ketidak laratan (ada ke ayat ini..belasah je la). Muntah, loya, sakit pinggang, kalau ikutkan memang tak larat nak nyusukan afnan. Tapi sian punye pasal, afnan disusukan juga. Masuk minggu ke2 selepas ujian kehamilan itu, 2 hari berturut2 ummi didatangi spotting. So, ummi nekad untuk tidak menunggu 3minggu lagi untuk scan. Terus ke azzahrah berjumpa o&g ummi. Hari tersebut, darah keluar dengan banyaknya. Mula2 Dr fazlina tak benarkan buat ujian kehamilan since pendarahan yang banyak. Dia suggest scan di perut, Tak nampak apa2..so apa lg dia kata buat transvaginal scan la. Part ni yang seriau ..mana tak dah 2 tahun ummi tak melalui scene seluk menyeluk2 ni…hahhah…relakan sahaja la. Apa yang Dr fazlina bagitau, dinding rahim tebal dan tiada apa2-CLEAR. Untuk sahkan keadaan masa itu, dia suggest buat test kehamilan sekali lagi. Then, RESULT nya adalah NEGATIVE. Tak tahu nak digambarkan perasaan ketika itu, campur baur. Pertama agak SEDIH, sebab macam dah terbayang2 ada baby kecik hujung tahun ini atau awal tahun depan. Kedua PASRAH- mungkin belum rezeki lagi.

Kalau ditanya sama ada ummi sudah bersedia untuk tambah ahli keluarga. Memang teringin tapi bila melihat faktor sekeliling dan lihat kemampuan FIZIKAL DAN MENTAL ummi untuk menguruskan ANAK 3 ORANG, macam ragu2 dengan capability sendiri. Kalau la ayah kerja tak shift dan balik lebih kurang masa ummi balik ofis, (tak baik kan kalau kata KALAU-macam tak bersyukur pulak), ummi ok jer kalau tambah seorang lagi. Sungguh takut untuk menghadapi malam tanpa suami, tatkala anak2 sakit perlukan perhatian, dengan kudrat ummi yang seorang ini, tambahan lagi kalau ummi yang seorang ini pula sakit. Tak terfikir bagaimana la perasaan ummi ketika itu. Sekarang ni belum melalui saat itu, prediction je la. Mungkin kalau tiba saat itu, ummi punya kekuatan kan… Allah sahaja lah tempat ummi bergantung.

Tapi apa yang ummi boleh simpulkan, Allah Maha Mengetahui Segalanya dan Dial ah yang menentuka Segalanya mengikut kemampuan Hamba-Nya. Selepas sessi rawatan jiwa ini berlangsung, ummi masih mampu tersenyum dan menjalani hidup seperti biasa. Afnan pun dah tak meragam. Cuma sedih juga bila ketikanya zhafran bertanya “ummi, dalam perut ummi ada baby ye?”. Terkejut kan bila zhafran juga ada instinct. Dia menambah “banyak adik, sini adik (tunjuk afnan) situ adik (tunjuk perut ummi). Sungguh bijak-walaupun tak minum susu ummi lama (perlu ke statement ini-hahahha). Seminggu ummi menahan kesakitan sehingga berlanjutan time bengkel MBfPC.

Alhamdulillah berjaya juga complete kan course 24 jam…antara gambar2 yang dapat dicapture sepanjang bengkel....

PC2 yang telah ditauliahkan bersama2 Puan Kamariah & PCPA yg lain...GRADUATED!! (credit to ziemah's blog)

belle dan ummi posing tak hengat..(credit to ziemah's blog)

bersama Puan Kamariah-dapat sijil!


group discussion-beriye sebab nak kena present!

Puan Kamariah, gali ilmu dia sedalam-dalamnya

menang pertandingan-dapat cenderahati ini!

Thursday, April 7, 2011

WNW 8408-SAMSENG JALANRAYA!!!

ini entry geram tension kat pemandu kereta Kia Rio WNW 8408. pagi2 lagi sudah bikin mood ummi huru hara..lagilah huru hara sebab pagi2 nie keluar rumah terkocoh2 sebab uruskan mereka berdua sendirian sebab ayah kerja shift malam. dengan afnan menangis nak dok di riba ummi, menangis tak henti2 sampai muntah kat seat sebelah driver..nasib baik abang je yg tak buat perangai...

nak jadi cerita masa ummi dah sampai dekat ngan Coffee Village, mamat gila dan bodoh yang bawak kereta ini telah meng hon kereta ummi tak tahu apa sebab...nak kata ummi lambat tak sangat, tapi nak masuk lane kiri, kereta tu memang ada di lane kiri,..so tunggu lah dia overtake ummi. ummi terus pecut kereta sebab tengok dia buat2 slow pulak kat lane kiri tu. lepas tu tetiba dengan kurang ajar gila bodoh tu terus masuk lane kanan pintas ummi..terperanjat giler ummi dan ummi pun hon yang panjang...terkejut dengan aksi bodoh dan gila pemandu tersebut. lps tu terus dia tekan lampu hazard dan buat2 slow kat depan dan brek2 mengejut...ummi masuk lane tengah malas nak layan orang giler tu, tapi dia ke kanan dok depan ummi....memang betul la dia giler, ummi ke kanan betul lane paling laju, dia overtake lagi dan brek2...memang pemandu yang betul2 samseng dan tidak berhati perut tak kesiankan seorang wanita yang sedang membawa anak2 di dalam kereta....

sampai zhafran pun cakap, cars ni bahaya takut nye ummi....budak2 pun tahu benda tu bahaya. driver tu tahap pemikiran dia lagi worse daripada budak2 atau pun sama taraf dengan orang gila...ummi tak puas hati, ummi try buat carian JPJ untuk No. plate itu..ternyata ia milik seorang perempuan...dan ummi ada alamat penuh pemandu tersebut...

...

...

...

...

...

...

..

.


Pemilik Semasa pada tarikh 07/04/2011 No Pendaftaran Kenderaan: WNW8404 Nama:NOOR SHAHIDAH BINTI SAHAROM No Kad Pengenalan / Paspot:821003015880 Kategori:ORANG AWAM MALAYSIA Alamat:NO 2 JLN SINARAN 1 TMN DSSINARAN JENDERAM HILIR 43800 DENGKIL SELANGOR DARUL EHSAN Buatan:KIA Model:RIO 1.4L (A)

Ala baru je kereta rio bukannya ferrari pun...berlagak lebih2 lak...tapi memang silap lah wahai Noor Shahidah Binti Saharom kerana memberi kebenaran kepada orang gila ini memandu kereta awak...kalau awak lah yang berada di sebelah driver dalam kereta pagi tadi...awak sendiri telah nampak cara pemanduan gila orang gila sebelah awak kan??....lagi2 lah kalau dia bukan second driver yang boleh drive kereta awak..kalau jadi accident pagi tadi..awak rugi macam tu jer sebab sah2 lah orang gila tu bawak macam orang gila (kalau lawan ummi confirm boleh menang) dan policy insurance pun tak cover....tindakan paling bodoh lagi2 kalau awak tidak cuba untuk menasihati orang gila sebelah awak tadi untuk berhenti memandu secara orang gila....sungguh sedih melihat kamu berdua...tak ubah monyet yang baru dapat kereta , orang kampung yang baru merasa pakai keta obersea yang murah tu....gile jakun!!!!


sapa kata pemandu perempuan lagi merbahaya bila memandu...??ummi melalui sendiri pengalaman ini...nah!!! wahai orang gila , ummi doakan agar kamu melalui sgala apa kepayahan pada hari ini dan hari2 esok....amminn.....


kawan2 sekalian kalau jumpa monyet gila yang bawak kereta ini, SILA BERHATI-HATI!

Wednesday, April 6, 2011

Bengkel?....

tajuk entry kali ini mempunyai persoalan...banyak betul bengkel dan kursus berkenaan kerja ummi syang berkaitan undang-undang tahun ini..makanya ummi memerlukan satu bengkel yang lari sikit dari tugas hakiki iaitu...
.....

...

...

..

...

..

.

Bengkel MBfPC yang akan diadakan selama 4 hari tetapi tidak berturut-turut (9&10, 16&17hb April)


dah lama ingin join bengkel ini tapi kali ini bernasib baik dipilih untuk turut serta (setelah melalui proses jawab-menjawab soalan hati-ke hati..). rasanya semua kat sini dah tahu ummi terlalu cintakan dunia penyusuan ini. ummi dah buktikan ummi mampu menyusukan afnan selama 2 tahun. inilah masa nya untuk ummi menyumbangkan sesuatu untuk ibu-ibu di luar sana...tanggungjawab sosial jgn dilupakan..bantu membantu, kongsi berkongsi, sokong menyokong. bukan upah yang dipandang tapi lebih kepada kepuasan diri sendiri. tak dapat nak bayangkan apa modul yang akan ummi lalui nanti, nasib baik ada kawan seofis yang turut serta..at least ada rujukan teman mengadu..hehehhe..


penat akan dijangkakan sebab habis 9&10 April bengkel, ummi akan attend bengkel gubalan undang-undang pula di PD dari 11-13 April. rehat 2 hari sambung balik 16&17. moga2 pengorbanan masa ini berbaloi...amin.


doakan ummi dan kawan ummi ini berjaya ye..kalau ada rezeki bolehlah kami realisasikan impian kami untuk anjurkan satu program sokongan ibu ke ibu di ofis kami di bawah anjuran Puspanita. semoga impian kami berdua ini direstui Allah dan dipermudahkan. amin...will update more about this later!

Monday, April 4, 2011

Hari Prestasi Cendiakawan Educare-2.4.2011

wah..wah...kecik2 sudah ada hari prestasi..berdebar2 ummi dan ayahnya nak dengar prestasi mereka berdua ni daripada cikgu masing2...yang tak berapa best ayah tak dapat turut serta sebab ayah kerja shift pagi dah tak boleh tukar..nak buat macam mana ummi pagi2 dah bangun siapkan mereka berdua dan buat sarapan terus berdezzup ke sekolah..rasa macam ibu tunggal pula..tapi yelah kalau ummi tak kuat sapa lagi yang nak diharapkan betul tak..alhamdulillah mereka berdua riang gembira bila ditanya ke mana mahu pergi sebab ke sekolah terus suka!





sampai sekolah, ummi disambut oleh Pengetua Cendiakawan Educare, Puan Normah dan penyelia Cawangan Perbadanan Putrajaya, Kak Ina. nasib baik belum ramai parents lagi so, ummi terus g section budak 2 tahun..iaitu untuk dengar prestasi afnan. ini antara apa yang cikgu izzati dan cikgu yana bagitahu ummi:


1) afnan sudah boleh memegang pensil, krayon dan warna;

2) makan sendiri;

3)tidur ikut jadual;

4) masih tidak boleh berkongsi barang;

5) sudah boleh kenal huruf dan nombor;

6) baca dan mengira dengan lancar walaupun kurang jelas sebutannya;

7) suka menyanyi;

8) mudah menghafal dan mengikut perbuatan cikgunya;

9) mereka kagum dengan afnan sebab jarang sakit dan mereka kata KERANA SUSU IBU!!!

- BANGGA UMMI SEBENTAR..alhamdulillah..:)


then, ummi terus pergi section tiga tahun pula. ada 4 subjek semua sekali; bm, eng, math dan agama islam. Prestasi zhafran setakat ini...first cikgu wani (cikgu bm) dia kata..zhafran budak pandai!......:) senyum umminya..tak sempat nak rekod je hahahahha..ala budak kecik lagi macam mana nak tahu pandai ke tak..semua budak pandai kan???...cikgu thirah (math) kata dia budak yang baik dan dengar kata....


1) dah boleh kenal huruf dan mengira;

2) dah pandai suaikan huruf dan objek dan bunyi;

3)suka menyanyi-adik beradik2 suka nyanyi;

4) budak yang baik dan tak pernah kacau orang-part ni kagum skit sebab kat rumah suka buli adik;

5) suka dengar bercerita;

6) tengok hasil kerja dia kemas sahaja;

7) pay attention di sekolah tapi kalau yg dia dah pandai-dia buat tak tahu je..hahahah

8) makan sendiri;


nasib baik sebelum balik, cikgu2 bagi buku2 kerja dia...boleh ummi tunjuk kt ayah...



Friday, April 1, 2011

SAYU SAJE LIHAT MEREKA BERDUA NI....

TETIBA SEDIH PULAK TENGOK MEREKA BERDUA NI....:(

Wednesday, March 30, 2011

Dulu & Sekarang

Just nak share apa yang ummi lalui untuk perjalanan penyusuan ummi ketika ini. Perubahan demi perubahan yang ketara jika dibandingkan dengan suatu ketika dulu dan semasa...banyak betul perubahan. mungkin sebab hormon prolaktin yang semakin mengurang, demand afnan pun dah semakin kurang, pengepaman yang tidak konsisten dan tidak disiplin menyumbang kepada kemerosotan pengeluaran hasil tuaian ummi sekarang ini. walau bagaimanapun, ini memberi lebih semangat kepada ummi untuk lebih kerap kosongkan breast untuk up kan balik production. mujur juga afnan masih nak minum frozen ebm..terima kasih sayang kerana memahami ummi ketika ummi dilanda badai begini.; tanpa kerjasama dari sayang, mungkin ummi tak sekental ini. doakan agar ummi tegar mengepam sehingga ke titisan terakhir...

dulu....one session:) masya-Allah



alhamdulillah:)





kini...sekali pump hanya 1-2 oz sahaja, juga alhamdulillah. masih ada rezeki untuk afnan:)




semoga ikatan ini tidak terlerai walaupun sekiranya khidmat ini terhenti. sedih:(!

review B.B cream Elianto


saya suka cream ini, tahan di muka untuk satu tempoh yang lama dan tidak berminyak. application yang mudah dan ringkas. tak perlu berbedak compact sudah sebab kalau ikut promoter elianto tu kena tekap2 ngan compact powder..tapi ummi tak buat sebab takut nampak "komak" sangat muka...bagus untuk jadi foundation dan bertindak sebagai pelindung sinar UV matahari...amat membantu semasa di Pangkor ketika cuaca panas...saya sudah jatuh cinta dengan produk ini.. rasa rugi pula tak minta set make up masa hantaran kawin dulu ahaks....ayah, paham2 la ye!!!!