Lama betul rasanya tak update...ada banyak sebab yang buatkan ummi lebih suka berdiam diri...muhasabah diri apa yang tidak kena...menguruskan rumah tangga dan kerjaya...kehidupan ummi lebih mencabar sekarang..kenapa...mari kita baca satu persatu...
pada saat ini, ummi perlukan sebuah kekuatan yang betul2 tinggi, juga menuntut setebal mungkin kesabaran untuk lebih kuat menghadapi apa jua yang mendatang. alhamdulillah, segalanya telah mampu ummi lalui walaupun, sukar pada mulanya..tapi beransur mudah...syukur yang tidak bertepi ke hadrat Ilahi kerana beri kekuatan ini. Ku mohon agar ianya tidak berakhir di sini.
2 minggu lepas ummi dikejutkan dengan kehilangan (tidak pulang) pembantu rumah yang hampir 2 tahun bekerja dengan ummi. tak tahu mana silapnya, tapi dia membuat keputusan meninggalkan rumah dan tidak pulang kembali. adakah sebab ummi yang bertindak terlalu lembut membuatkan dia berlalu dengan senang hati. malas untuk memikirkan di mana puncanya, ummi harus bangkit segera..
beberapa adjustment perlu dibuat, tenaga juga sudah ber double, sementelah ummi tidak sekali2 boleh berkompromi dengan kekotoran...zhafran dan afnan terpaksa merelakan diri untuk ke taska, walaupun ummi boleh baca di sinar mata kalian, tidak mahu ke sana. ummi cuba buat yang terbaik untuk anak2 ummi, ummi usaha juga untuk cari pengasuh, alhamdulillah dah ada, esok akan mula episod baru dalam hidup kalian.. ummi panjatkan doa tanpa henti agar kalian serasi di rumah pengasuh. jangan nakal2...ummi tahu kalian berdua memang budak yang baik. kalian juga perlu kuat, kekuatan kalian adalah kebahagian tak terhingga bagi ummi. kalian sihat ummi ceria ke pejabat menguruskan kerja. dilema sungguh bila anak sakit, kerja pula menuntut komitmen.
emm, duduk taska 2 minggu(tak penuh sangat), telah memberi impak yang terlalu besar untuk anak-anak ummi. mungkin kerana mereka telah biasa dibesarkan di rumah sendiri, tak pernah ke taska, membuatkan mereka tidak dapat bertoleransi dengan suasana baru yang terpaksa berdikari dan tiada lagi tempat bermanja. ummi faham sayang, tapi apa pilihan yang ummi ada pada ketika itu, kerana sebab itu juga la, ummi usaha cara lain untuk kalian. hari ke 2, penyakit pula berkunjung, yelah bila dah ramai, macam tula. benda tu semua perlu ummi terima walaupun berat.
urusan rumah?.alhamdulillah, semuanya in order. terima kasih tidak tehingga pada ayah yang banyak membantu, walaupun ummi faham, ayah kadangkala tak larat bila terpaksa membuat kerja rumah sementelah penat bekerja pada malamnya. ummi faham.. ummi mintak maaf kalau ada yang terkurang. ummi tau dengan keadaan ayah yang kerja tak tentu masa, mesti sukar untuk adjust masa untuk mebantu ummi mana yang patut. apa2 pun, ummi tetap berterima kasih dengan pertolongan ayah. ummi sayang ayah....
apa yang ummi harapkan selepas ini, zhafran dan afnan serasi tinggal dnegan pengasuh, kesihatan yang lebih baik dari hari ini, ummi kuat dan diberikan kesihatan yang berpanjangan, sokongan ayah yang tidak berbelah bagi...
walaupun penat, tapi ummi puas hati dan berbahagia dengan apa yang ummi lalui.
alhamdulillahh... go go chayuk ummiii...
ReplyDeletesemoga zulie terus sabar dan tabah....anak2 di rumah pengasuh memang mudah kena penyakit...cuba amalkan bagi anak2 vitamin or scotts emulsion tu...kasi protection skit...InsyaAllah, kuat skit antibodi nak lawan penyakit...lama2 diorang dah biasa ok la tu...at least bleh blajar berdikari....my second son ni kadang risau, membesar ngn atuk neneknya di rumah....memang taknak ngn sapa2...tu yang ingt next next year kena cepat2 masuk tadika...
ReplyDelete