dah lama tak updet pasal susu kan...lepas cuti raya haji yang panjang nie, baru sempat nak housekeeping semua benda termasuklah stock ebm ummi yang dah lama tak susun. bila diselak2, baru perasan terlalu banyak stock ebm yang dah expired, kebanyakannya stock bulan julai maknanya dah lebih 3 bulan kan,,,how i wish to have a deep freezer..dapatla buat stok lama sikit. ni semua gara2 lupa nak rotate atau memang sengaja nak bagi afnan susu fresh baru pam untuk bekalan semasa ummi kerja. lagipun afnan dah kurang in take dia siang hari 12oz saje dan kadang2 15oz. sebab ummi selalu bekalkan yang fresh oleh kerana malas nak thawkan frozen ebm hehehe..bila dah jadi macam ni, sedih pulak..nak buat macam mana kena dispose jugak, nak tak nak kan?...sekarang ummi masih ngepam di ofis, tak nak supply merudum, mesti pam juga. tapi not so pushing myself. bukan kerana dah banyak stok dan bukan juga sebab afnan tak lama lagi cecah 2 tahun. actually bulan 2 tahun depan baru 2 tahun..lama lagi tuh. tapi setakat ni ummi bersyukur sebab dapat menyusu selama begini. tak sangka juga. syukur kepada Allah. kadang2 dropkan juga kekerapan mengepam konon2 bolehla period balik. heheh..sampai sekrang ummi belum period lagi tau.
Allah tu Maha Mengetahui dan Merancang segala-galanya. Alhamdulillah, dengan rezeki susu ini jugala, ummi berjaya menyusukan anak susuan ummi. Nur Qaleesya Dania, ya sungguh ummi teruja menyusukan Qaleesya, kerana ummi belum lagi dikurniakan anak perempuan. dengan susu ini jugalah menjadi pengikat kasih sayang ummi dan juga menjadikan mahram kepada papa qaleesya dan keluarga ummi. reaksi zhafran dan afnan?.. zhafran sangat sayangkan qaleesya, cium berulangkali..afnan juga tapi bila part menyusu, dia akan jeles dan ingin menyusu serentak. ada insiden yang ummi menyusukan mereka serentak, so sweet...memula macam tak percaya yang ummi mampu susukan qaleesya, tapi bila ayah kuatkan ummi, tetiba rasa bersemangat pula. Alhamdulillah Allah telah permudahkan segalanya. mengimbau kembali waktu ummi berpantang dan menyusukan baby pada waktu malam...saat ini teringat2 pula ummi pada qaleesya...bulan depan kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye, mana tau ummi dapat menyusukan qaleesya lagi..
ini saje stok yg tinggal,..stok bulan 8, 9, 10 dan 11
stok bulan 7 yang terpaksa di dispose, dekat 60 oz juga
nur qaleesya dania, anak susuan ummi...
whoooaaa.... stock yg saaangat banyaaakkkk..... congrats zulie....
ReplyDeletekiutnya anak dara diiiaaaa.....
takla banyak pun....hehehhh...kiut kan qaleesya...teringin pulak nak gurl...huhuu
ReplyDelete