bercakap pasal korban, tahun ini kami akan laksanakan pada hari raya haji pertama.pada mulanya nak korban 2 ekor lembu, tapi atas sebab tak cukup kuorum, dan mengikut abah setelah merujuk kepada ustaz2, bagi arwah2 yang telah kembali ke rahmatullah, sekiranya tidak diwasiatkan untuk dikorbankan, adalah tidak wajib untuk di korbankan...termasuk kepada kanak2 kecil...kala ini ummi teringat arwah kecil siti umairah, pada mulanya kami nak masukkan arwah sekali..
aqiqah pula, afnan belum lagi di aqiqahkan...lambat kali ini, gara2 nak buat bersama2..tertangguh2 hajat murni itu...kalau ikut zhafran dulu, awal2 dah buat. lain kali kalau ada rezeki anak yang lain, kan ku laksanakan seawal mungkin...ummi berjanji...ini afnan sudah pun nak melangkah ke usia setahun...lambat sungguh...takperlah lambat2 pun insya-Allah buat jugak...
rasa sungguh cepat masa berjalan, afnan pun dah 8 bulan lebih, zhafran dah 1 tahun 9 bulan lebih. dah besar anak2 ummi...
No comments:
Post a Comment