Nuffnang Ads

Friday, January 28, 2011

balik kampung

gambar di atas menggambarkan perasaan ummi ketika ini....:)

wah seronoknya, ummi akan balik kg bercuti straight seminggu ye bermula esok...dah lama rasanya tak dapat berehat2 yg panjang, sambil dapat berurut badan, makan masakan emak yg best2, jalan2 ngan anak2, manja2 atas katil dengan anak2, sambung tido pagi lepas subuh, tido lewat lepas pukul 9 sebab tak payah bangun pagi....seronoknya!!!!!

sila jgn jeles untuk yg tak dapat cuti....bekerja la dengan ikhlas...hehehheh...insya-Allah ada masa terluang bolehlah update banyak benda masa cuti nie...

ummi pun excited sebab nak jumpa anak ummi qaleesya, tak tahula besar mana dia sekarang...kalau ada rezeki lagi bolehlah sambung nyusu..banyak betul baju2 baby gurl ummi beli untuk qaleesya..maklumlah dah ada gurl nie, excited dia lebih sikit...hehehhe..:) ummi tunggu qaleesya balik....

Friday, January 21, 2011

happy 3rd birthday, zhafran

assalammualaikum...
walaupun busy sikit nak juga update sikit pasal birthday zhafran semalam...birthday zhafran jatuh hari thaipusam pulak kali ni...memang masih ingat lagi..3 tahun lepas masa ummi lepas bersalin zhafran, orang bersorak gembira sebab PM umumkan Thaipusam Public Holiday..untuk pertama kalinya....masa tu ummi baru jer lepas bersalin pukul 7.00 malam...semalam celebrate ber4 je..sorry sayang...nanti kita buat majlis kesyukuran tunggu birthday adik sekali ye...ummi tak larat nak buat 2 majlis sekali..penat! ape2pun, ummi doakan anak ummi ini, jadi anak yang soleh, dengar kata, bijak, handsome dan terbaik dalam semua benda....amiin...jom layan piccas...

zhafran baru selepas dilahirkan...so cute..wangi lagik..

zhafran meraikan hari lahirnya 1 tahun

zhafran semasa ulangtahunnya ke 2..kaki berbalut tu sebab 'accident'

zhafran makan kek kat secret receipe...ulangtahun ke 3

upps...adik nak jugak posing...hehheh...sayang adik...

Monday, January 17, 2011

Toddler Temper Tantrum

Ya-Allah apa lah ujian yang Allah berikan untuk ummi ketika ini...tak tahu nak cerita di mana mulanya, tetapi yang penting ianya sedang berlaku dan benar2 berlaku ketika ini...alkisahnya, anak-anak ummi yang 2 orang tu sedang melalui fasa ini...yang betul2 membuatkan ummi hilang sabar...ye, sabar adalah key yang paling penting untuk melalui fasa ini..tetapi sabar itu ada juga hadnya...bila hilang sabar, maka sedas dan ber-das2 lah yang akan diterima oleh zhafran dan afnan..ye, betul memang mereka kecil lagi..dan tak paham apa2..tapi entahlah, mereka yang bergelar parents yang tidak punya masalah ini, mungkin melihat ini sebagai kejam..tapi apa kan daya ummi cuba dan terus cuba untuk bersabar..tapi...entahlah memang rasa bersalah bila telah meng lepuk dan mencubit mereka berdua tu...

paling klimaks hujung minggu baru ini, ummi dan family ayah enjoy family day di PD..di sana la kemuncaknya, bila ummi memang tak tahan sabar dengan perangai adik yang terlalu manja, tidak boleh berpisah walau seminit..berdukung sahaja ye...bayangkan la adik nak masuk 2 tahun bulan depan, tapi berkepit dengan ummi, kalah baby umur bulan 3 bulan setengah ye...pelik sebenarnya dan cuba untuk mencari punca kenapa adik tiba-tiba jadi lain, seolah2 ummi nak tinggal dia selama-lamanya..ummi tak ke mana sayang..ummi ada...dulu, hanya cari ummi bila nak upah nenen...tapi sekarang sudah kembali ke zaman dia baby pula...memang pening kepala memikirkannya...adakah ummi ada isi dalam perut??..kata orang2 tua, kalau baby meragam lain macam, sebab dengki ada adik kat dalam perut..sejauh mana kebenarannya??? itu akan diberitakan kelak..hahhahaha....apa yang ummi buat ialah cuba comfort kan adik dengan memberi lebih perhatian, cuba ikut kehendak dia untuk terus melekap..tapi jenuh jugaklah sayang..ummi memang tak boleh buat kerja lain...kalau dulu ada kak yanti takpe lah jugak..sekarang ni ummi lebih banyak kerja rumah la sayang..kalau adik berterusan begini, nampaknya tak berasap la dapur rumah kita, tak habislah beras 10kilo yang ayah beli, berhabuk bersawang la rumah, takut2 jadi macam rumah orang indon..upppssss.....nauzubillah....

abang pula lain ragamnya...lebih kepada tidak mendengar cakap, apa yang ummi tak bagi itu yang dibuatnya...google punye google, jumpa page ini yang sedikit sebanyak memberi guidelines kepada ummi untuk mengatasi masalah ini...ye benar, fasa ini pasti akan berlaku, teruk atau tidak bergantung kepada behaviour kanak-kanak itu. apa yang ummi nak share di sini ialah ada beberapa steps yang ummi cuba buat based on links yang ummi paste kat atas tu...

Ignore him.
Most tantrum-throwers are trying to attract attention. If you don't give him that attention, he will lose interest and stop the tantrum.
-
yang ini memang ummi dah cuba buat, tapi mungkin ia akan berjaya sekiranya tiada penglibatan individu lain yang akan menggagalkan cthnya, zhafran mahukan cap spider man yang pada hakikatnya dia memang tidak memerlukan pun, kerana di rumah telah ada cap lain yang ummi belikan...(untuk tujuan tidak membazir), ummi cuba some sort ignore kehendak dia, tapi bila ada yang membelikannya jugak, maka usaha tersebut GAGAL ye...GAGAL.....ummi tidak mahu zhafran terbiasa dengan habitnya akan menangis sekuat mungkin untuk dapatkan perhatian individu lain untuk mengikut kehendaknya....serius ummi TAK SUKA....

Send him to bed or to his room.
This gives both of you a cooling down period.
-yang ini ummi selalu buat untuk adik dan berjaya,,mungkin juga faktor kejayaan adalah disebabkan, adik di cool kan dengan memberi upah nenen..yang pastinya bukan setakat cool..malah HANYUT seperti lagu yang didendangkan oleh Faizal Tahir...(merepek lah tu...)
Leave him.
Obviously, don't take your eyes off the child if you do this in public.
-
yang ini memang nampak agak kejam bagi sesetengah orang yang hatinya cair..bukan nak kata hati ummi ini sekeras kerikil...tapi untuk mencuba usaha ini..ummi telah lakukan kepada afnan...tetapi belum berjaya, kerana afnan akan menangis tanpa henti...mungkin juga ummi buat ini semasa kehadiran ramai orang.. maka ia nampak seperti kekejaman yang melampau, tetapi hakikatnya tidak..daripada ummi pukul dan cubit dan sebagainya...lebih baik cuba cool kan perasaan sendiri dan beri si kecil masa untuk bertenang..tapi sekiranya si kecil masih tidak bertenang maka, ummi terpaksa mengalah:(

Distract him.
Start to play with a new toy, get your child a drink, go outside for a walk. Do whatever it takes to get your toddler's mind off the problem.
-yang ini kadangkala berjaya dan banyak masa yang tidak berjaya...selalunya abang lebih mudah dipujuk berbanding adik...bukan untuk membezakan ye, tapi untuk comparison pada ketika bila step ini berjaya dikendalikan....

Ummi sudah try 4 cara ini, ummi tak pasti kawan2 ummi yang lain pernah melalui fasa ini atau tidak...tapi sekiranya kalian ada cara yang lain, bolehlah berkongsi dengan ummi..thanks ini advance...:)

mode: sedih dan kepala berat (selesema berjangkit daripada diorang la ni)...disebabkan jadi urusetia meeting petang ini, gagahkan diri jugak ke ofis...ketahuilah sayang, ummi buat ini semua untuk kalian...ummi tetap sayang anak2 ummi....:)


adik lebih kurang macam inilah...tak boleh berenggang langsung...credit to google

adakalanya ummi berdepan dengan keadaan yang paling huru hara seperti ini..apa yang perlu ummi buat??sila bantu...

Tuesday, January 11, 2011

addicted

sekarang ni ummi ada hobby baru ...nak tau apa? ummi sekarang suka make up..banyak masa kan...bila make up, rasa sungguh yakin, semangat nak buat kerja..entah apa yang tengah melanda..kot pembawakan budaks ahaks...ish merepek je..suka betul bila lalu elianto...sasa...tak kisahla asalkan ada jual barang make up nie, memang sanggup berhenti jamu2 mata..seronok tau tengok colour2 make up yg cool2 ni...sekarang ni ummi tengah giler nak cari eyeshadow..giler nak buat smokey eyes...siap google ye nak cari tutorial untuk buat smokey eyes..hohoo...LOL..i taule i nie baru je berjinak2 ngan alam make up nie...i tahu le uolls dah lama make up tapi tak ekcoh pun...haip...haip...suka hati mak la..hahah boleh tengok sini dan sini...suka hati bila jadi tau...ahaks...lupa lak nak snap 1-2 gambo untuk tatapan kalian...tapi lebih kurang macam nie la...ada ke macam mata ummi...ada la banyak...hahhaha








credit to en. google


lagi 1 wishlist ummi untuk barang make up nie ialah......yeehaa......


this kind of thing boleh jadi pelembab dan foundation at the same time...i like:) kredit gak kat en. google!

ummi sudah ronda2 jamu mata..dah jumpa tempat nak beli...tunggu jadi kaya je....lagi 1 tengah cuba2 nak terror kan skill appying blusher...jgn tak caya...hahahha...ingat senang ke nak apply blusher silap hari bulan jadi macam ni...


hahahah....lawak sungguh:)

tapi takpe practice makes perfect kan...oleh itu, setiap pagi, mencari masa awal pagi, pada ketika kelam kabut mandikan hero2 ummi pukul 6.00 pagi (berperang ok..biasala budak2 kan..)..kena bersiap jugak untuk diri sendiri...masa nie kadang2 terskip2 gak urutan tutorial tu,...yg penting result nye sama...ahaks....

bila dah cantik baru rasa best nak g KERJA...lagi2 hari isnin kan..nak start engine la katakan....
sekian untuk hari ini....

p/s buang tebiat ke hapa???

Thursday, December 30, 2010

peminat fanatik THOMAS

hari ini adalah hari ke tiga zhafran ber orientasi..alhamdulillah, zhafran cukup bagus, tidak menangis langsung..cuma hari pertama, dia ber drama sikit tapi lepas nampak ramai kawan2..terus seronok...:) syabas my son!!!!...semalam ummi intai2 dia, dia tengah dalam kelas art...pagi tadi ummi tengok hasil art anak ummi sorang nie tergantung kat sekolah dia...bangga pulak...hahhaha...

ini uniform zhafran..tak sangka anak ummi dah besar panjang kan??.inilah peminat fanatik thomas tu..hidup dan matinya semua THOMAS...tido pun dengan blanket THOMAS ye...jgn tak caye...

first day sekolah, zhafran sibuk tanya mana beg thomas dia...hoohohoo..ingatkan dia lupa...rupanya ingatan dia begitu kuat sekali...sebenarnya ummi nak bagi surprise kat dia dan juga galakan dia nak g playskool dia tu...meh kita tengok model kacak thomas and the tank engine (walaupun dari sudut belakang sahaja)



yang belah atas tu abg dah cop awal2 dia punye...yg bawah tu adik punya ..kata abang..hehheh

atas sebab Malaysia menang bola, dan diumumkan esok cuti, so secara rasminya hari ini adalah hari terakhir afnan duduk rumah auntie noly...mesti afnan rindu ngan auntie noly so much lepas nie...afnan pun akan join abg di playskool minggu depan isnin...hah ini pun satu cabaran lagi...harap2 adik pun ok nanti...jom kita layan gambo diorang ni kat rumah auntie noly...



gambo2 nie terpksa di edit kerana terlalu SEKSI hahha nanti malu lak diorang nie bila dah besar tengok gambo nie......seronok betul diorang ni main air ye...tu eka kat belakang...comel kan?..


p/s....ummi rindu anak2 ummi....











Wednesday, December 29, 2010

No Offer No Reject

hari tuh ada janji nak story mory pasal wean off kan...ok begini citernya, afnan bulan 2 tahun depan yang akan menjelang ni, akan sambut birthday yh ke 2, means dia akan 2 tahun, means jugak menandakan penyusuan ummi sudah mencapai angka 2 tahun juga...alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah memberi rezeki ini, kekuatan, dan semangat ini..kerana tiada 3 benda ini, pasti tempoh penyusuan afnan mungkin sudah terberhenti. dan dalam tempoh 2 tahun ini juga, ummi merancang untuk tidak mempunyai zuriat dalam tempoh itu, satu lagi usaha untuk membenarkan ummi untuk dpt menyusukan afnan menyusu sehingga 2 tahun...kalau tiada usaha melekat jugak kan..hahah ...(belajar dari pengalaman sendiri)

dlam entry lepas ada ummi cerita afnan kurang menyusu di rumah bbster, tapi this week, bbster dia kata dia mula minum banyak seperti dulu2...sekarang nie ummi bekalkan susu fresh-baru-pam-semalam 3 botol, dan 3-4 botol frozen ebm, menurut ujikaji yang telah dijalankan, afnan memang minum dengan lajunya (berselera) tetapi bila minum frozen, agak lambat, tetapi masih habis.plan ummi, since dia nak capat tempoh 2 tahun penyusuan itu, dan cuba cuba menggali ilmu untuk wean off, ummi cuba praktikkan rules NO OFFER NO REJECT.

apa itu??...ia bermaksud, ummi tidak akan sekali2 offer afnan untuk menyusu, tetapi lebih kepada menarik perhatiannya kepada makanan yg menjadi sumber utama dia pada usia begini, daripada dia tumpukan kepada penyusuan yang menjadi pelengkap kepada keperluannya. walau bagaimanapun, sekiranya dia datang kepada ummi, rules NO REJECT pula akan diamalkan di mana ummi tidak menolak untuk menyusukan, setakat ini masih belum nampak kesannya, kerana afnan masih demand tinggi bila nampak ummi.

nak tahu juga bagaimana praktis orang lain pula..thanks ini advance kalau sudi share pengalaman kawan-kawan yang lain...

Thursday, December 23, 2010

setelah 22 bulan yang lalu

update ke dua dalam masa yang berturut2 hahaha....diberitakan kawan baik yang dah sekian lama tak menjengah 22 bulan yang lepas telah kembali semula semalam secara rasminya hahha.....bendera jepun maa....terkejut amat tau..akhirnya selepas 22 bulan. patut la beberapa hari lepas, susu macam tak selalu..boleh kata merudum, ingatkan sebab culas mengepam, atau pun sebab pump susu yang tidak konsisten..rupanya sebab nak PERIOD..hoho...

agak risau tak takut kemeruduman ni berleluasa sehingga habis eddah, tapi alhamdulillah pagi tadi sessi pertama dapat 5oz, semalam 3 oz you....beza kan?...(untuk makluman, ummi dah tak dapat 10 oz sekali pump untuk sessi pagi macam dulu2 masa afnan setahun 6-7 bulan...tapi itupun dah amat bersyukur tau...)yang penting cukup untuk afnan gebu ummi tu. sekarang pun afnan minum 2 botol 30z each...tak banyak kan..stok2 frozen tu ummi nak bawak balik nak bagi qaleesya anak ummi. yang lain mungkin nak donate kat orang lain. sapa2 kawan2 atau sedara2 yang ada masalah kekurangan susu, let me know dan akan difikirkan untuk diberikan daripada membazir, just call me 0136363720 kay...

afnan pun lagi 2 bulan nak capai tempoh penyusuan 2 tahun. macam dah dekat tapi ada dekat 60 hari lagi kan..hehhe...semoga Allah permudahkan urusan ini..aminn....

ini hasil tuaian pagi tadi..alhamdulillah:)