Nuffnang Ads

Sunday, December 1, 2013

Projek Ummi Untuk Tahun 2014

koleksi buku bahasa arab zhafran

zhafran yang rajin
Ya.. tahun depan projek ummi akan diusahakan tetapi telah pun bermula pada tahun ini sedikit demi sedikit. tahun ini fokus kurang sikit memandangkan time table ummi agak celaru, sebab ummi masih dalam proses menghabiskan pengajian master ummi. Insha Allah tahun depan, moga Allah permudahkan cita-cita dan urusan ummi ini amin... Alhamdulillah abang dan adik tunjuk minat untuk belajar, ini memudahkan proses pembelajaran ini mudah-mudahan. Bila tengok semangat abang, adik pun dah tunjuk minat untuk sama-sama belajar, tapi fokus tu kadang2 lari2 sebab sibuk nak main. Tak apalah sayang, kita mula sikit2, ummi nak yang terbaik untuk kamu, sayang....

Anniversary Kami Yang Ke 7 Tahun..

Alhamdulillah, ummi panjatkan kepada Allah Taala kerana dengan segala peluang dan nikmat kehidupan yang Dia pinjamkan...suami yang baik dan sangat menyokong, anak-anak, kebahagiaan kami sekeluarga. Hari ini genap 7tahun kami disatukan. sekejap je rasa, macam semalam je ummi nikah. :) tak sangka kan dah 7tahun. Inilah namanya nikmat yang patut disyukuri. Kami bermula bukan terus senang, bermula dari tiada apa-apa, Alhamdulillah, segalanya berlalu dengan mudah, walaupun ujian datang sekali sekala, sesungguhnya ujian itu Allah datangkan untuk menguji kesabaran dan rasional kami suami isteri.

Anak-anak adalah kurniaan Nya yang tidak terhingga. Sesungguhnya tanpa mereka ummi lumpuh, kamulah penyeri dan pendokong semangat ummi dan ayah. Walaupun kadangkala karenah kamu ini mencabar kesabaran, tapi itulah memori terindah yang tidak mungkin ummi dapat rasa lagi bila kamu sudah besar dan mungkin pada ketkan itu, kamu dah malu untuk ummi cium dan peluk. Semoga kamu berdua sentiasa ingat dan sayang ummi dan ayah sampai bila2.

Ummi dan ayah akan cuba menyediakan semuanya dan memberikan yang terbaik untuk kamu. tak perlu ummi nak ada harta dan aset yang banyak, cukup untuk ummi ada kamu yang ummi akan bekalkan dengan segala ilmu dunia dan akhirat. kerana ummi percaya dengan ilmu dunia dan akhirat mampu untuk bimbing kamu menjadi insan dan umat Islam yang diredhai Allah. Ingatlah anak-anak, walau setinggi mana kamu mampu berdiri, jangan sesekali lupa dari mana asal usulmu. kita berada di atas juga adalah ujian, bukan untuk dimegah2 tetapi untuk disyukuri.

Buat ayah, terima kasih kerana sentiasa sabar melayan ummi dan anak-anak. Setakat ini, ayah belum pernah mengecewakan ummi, walaupun ummi yang selalu kecewakan ayah. Tahap kesabaran ayah, memang ummi salute kerana tiada mungkin ada lelaki lain yang memiliki tahap kesabaran tinggi macam ayah. Ayahlah idola ummi, setiap masa ummi berdoa agar dapat ummi kongsi kesabaran itu untuk kita jalani kehidupan ini dengan lebih tenang dan membahagiakan...amin. Maafkan ummi atas kesilapan kata2 dan tingkah laku sepanjang usia perkahwinan ini ye ayah. Doakan ummi agar ummi menjadi isteri dan ummi yang lebih baik untuk keluarga kita. Sayang ayah sangat2,.....

Terima kasih kepada rakan-rakan, mak abah yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga sempena ulangtahun kami, Doa kalian lah yang mengiringi dan menambah kekuatan hubungan kami, semoga hubungan ini kekal sehingga ke Jannah..amin ya robbal a'lamin.

foto kami masa di Bandung 2012


Saturday, November 30, 2013

Ajar zhafran dan afnan solat..

Kerana kekangan masa, atas sebab ummi agak sibuk menyelesaikan presentation ummi pada isnin dan khamis lepas, ummi xsempat nak update blog..kunun2 nak update setiap hari..emm, tak boleh la..memang tak sempat. kena tunggu weekend la baru boleh update, tu pun apa yang masih dalam memori ummi la kan,,..

Since abang dan adik dah 4 dan 5 thn, ummi rasa, sesuai sangat untuk ummi ajar ambil wudu' dan solat. Mula2 tu biasalah banyak la alasan, malaslah, abang penat lah, entah apa yang dipenatkan nnya pun ummi tak tahu. Tapi ayah ajak dorang sama2 solat, alhamdulillah,,sekarang ni dia yang tanya dah solat ke belum. tapi nama pun budak, adakalanya penuh dengan alasan. Sebab apa ummi biasakan dorg solat wpun usia masih kecil, sebab ummi perhati orang sekeliling, dari apa yang ummi nampak parents sekarang ni macam kurang ambil berat pasal solat. kalau nak anak rajin solat, mestilah parents nya kena tunjuk contoh yang baik dulu, barulah jadi teladan pada anak kan?. 

Lagi 1, yang ummi perasan, anak dah sekolah pun, ada parents yang macam tak kisah je anak solat ke tak. mcm mana anak nak biasa untuk solat kan...biasalah budak2 awal2 memang liat, tapi parents kena peka dan ingatkan..ajak mereka solat bersama, barulah mereka rasa bahawa solat tu wajib. Bukan kah dalam Islam, kalau anak dah 9-10 thn, dah boleh dirotan kalau xsolat. rotan tu bukanlah bermaksud kita nak bantai sebat dorang, tapi maksudnya, kita sebagai parents kena tegas untuk wajibkan anak2 seusia itu, untuk jangan tinggalkan solat.

atas sebab tu, ayah dan ummi rasa usia abang dan adik sekarang masa sesuai untuk biasakan dahulu ibadat solat tu, ajak mereka berjemaah sama-sama, in shaa Allah, Allah permudahkan niat dan usaha kita semua untuk menyematkan rasa cinta anak-anak kita untuk laksanakan perintah Allah. banyak benda lain yang ummi dah set dalam plan 2014 untuk anak2 ummi ni. nak biasakan mereka mengaji Al baghdadi lagi, supaya mereka boleh membaca surah dan boleh membaca Alquran..itu semua tak  mustahil kalau kita benar2 determine untuk pastikan mereka dibimbing.

istiqomahlah anak2 ku

Saturday, November 23, 2013

cerita pertama tahun 2013 walaupun dah nak habis tahun dahhhh.....

Assalammualaikum...

hampir setahun rupanya ummi tak update blog yang bersawang ni. dan sekarang ummi telah mem 'public'kan kembali blog ummi ni..atas sebab apa ye..sebabnya, ramai yang request nak baca tp bila search xjumpa, nak kena tunggu invite la apa la kan..so, untuk memudahkan kawan2 ummi semua tu, public kan lah semula, ummi pun malas nak invite2 bagai.

dulu antara sebab ummi mem private kan blog ni, sebab biasala ramai yang dengki kan, heheh...so, malas nak fikir, terus private. but this time, i wont do that anymore, you are free to read, walaupun mesti ada pembaca blog yang ummi tak suka. lantaklah, nak baca, silakan, nak fitnah pun sila kan, tahu kan azab dan balasan fitnah. kalau berani, sila buat ye. sebab ummi percaya ramai kawan dari musuh yang menjadi pembaca setia blog ummi yang tak seberapa.

dalam setahun ni, ummi terlalu busy uruskan keluarga gamaknya, banyak sangat aktiviti dengan anak2 yang ter miss untuk dikemaskini. dulu, masa buat blog pun antaranya untuk bacaan anak2 bila dorang dah boleh membaca. kan...sekarang ni zhafran dah boleh membaca dengan baik pun,...mungkin dia dah boleh baca sikit2 diari ummi ni kan...setahun lepas juga sibuk dengan assignment dan exam, pejam celik pejam celik rupanya ummi dah final sem..sekarang pun actually tgh busy finishing all the assignments..banyak betul this sem, mentang2 final. dah dapat date pun for final exam. 9hb januari 2014, dah kira merdeka dari study master...waaa..cepatnya la kan...setakat ni cgpa alhamdulillah 3.84. result master lagi elok dari degree dulu, wpun sibuk uruskan rumahtangga dan anak2 yang tengah lasak, alhamdulillah, Allah berikan kekuatan dan kejayaan dan ini juga berkat doa suami, mak abah dan anak2 juga. memang biasalah, anak2 selalu jugak complain, ummi ni asyik ngadap laptop nota buku..kadang2 tak de masa nak revise buku latihan dorang. tapi percaya lah sayang, ummi buat all this untuk masa depan family kita juga. mana tahu kan, lepas ni ummi ada rezeki tempat lain. boleh tingkatkan pendapatan keluarga kita, dan of course utk masa yang lebih fleksibel...profession apa yang lebih fleksibel tu...biarlah ummi je yang tahu...

tapi tahun depan, ummi dah siapkan senarai apa yang ummi nak buat. sebab tahun depan dah merdeka, bulan 10 konvo..wah bestnye, berdebar2 dan rasa sungguh excited. harap2 panjang umur murah rezeki dapatkan ummi sarung jubah dan topi konvo ukm pulak. 
Antaranya, ummi nak fokus pada anak2 ummi, sian dorang selalu tak dapat revise belajar, nak fokus ajar mereka mengaji kenal huruf, belajar bahasa arab. tahun depan abang dah 6 thn dan adik 5thn. maknanya lagi setahun abg nak masuk darjah 1 kan.. so far progress abang ummi kurang risau sebab dia memang rajin belajar, cepat tangkap apa yang cikgu ajar di sekolah, even tahun ni pun abang dah skip tahun, sebab dia masuk kelas 6thn dan dia boleh compete ngan budak 6thn. 1 kepuasan dan kebanggaan tengok progress abang. even sekarang dah mula kenal dan belajar bahasa arab, antara sebabnya, pertama ummi nak abang ambil ujian masuk sek ren agama integrasi, nak masuk memang kena amik exam, dan salah satunya bahasa arab. kedua, kalau abang tak pass exam pun xpe, at least dia ada basic untuk kelas sra dia masa darjah 1 nanti, lagipun belajar bahasa Al quran kan pahala, sekurang2 nya ummi ajar abang, ummi pun dapat pahala. maklumla lama dah meninggalkan dunia bahasa arab ni.

untuk adik pulak..em terus terang ummi cakap agak merisaukan sebab adik ni bukan la tak pandai atau lambat, tapi dia banyak malas dan agak tak fokus, so tahun depan mmg kena bagi latihan intensif utk adik, kena pakai psikologi jugak adik ni, baru dia minat nak belajar. apa yang dia suka ialah main playstation dan game di tablet...ooo itu tak payah suruh, tak payah ajar, pandai sendiri, siap dia lak ajar ayah dia main. tapi ini tidak mematahkan semangat ummi untuk terus beri adik pendedahan untuk dia minat belajar. insya Allah ummi sentiasa doakan kejayaan anak2 ummi, semuanya...sayang kamu semua...

panjang dah update ni kan...stop dulu sini, nak sambung prepare untuk presentation isnin dan selasa depan... jumpa lagi jika umur ini masih dipinjamkan Allah...in shaa Allah....

Friday, October 19, 2012

semua orang ada bahagian masing-masing....

tadi masa lepas habis appointment monthly check up, ummi dengan zhafran sambil2 tunggu ayah pick up, ummi duduk memerhati orang sekeliling..

benarlah Allah itu maha Adil, dan Allah itulah sebaik2 perancang kepada kehidupan hambaNya..saya lihat satu kereta kecil berhenti betul2 hadapan saya dan zhafran, keluar si ibu bersama anak perempuan kecil dikendong sebelah kiri, kelihatan sapu tangan anaknya jatuh dan saya seperti biasa cepat menangkap pandangan, terus saya jerit untuk memanggil kakak itu dengan nada yang nyaring, habis semua di kawasan tersebut memandang saya...

si ibu mengutip sapu tangan sambil mengangguk2 senyum tanda terima kasih kepada saya..zhafran pandang saja situasi itu sambil mengunyah biskut coklat rocky kegemarannya. mungkin dia belum boleh memahami, jadi mukanya endah tak endah sahaja.  saya masih melihat memerhati ..tak lama kemudian keluar si ayah bersama stroller...pada hemat saya untuk si kecil tadi...tapi bukan..jangkaan saya meleset sekali, rupanya untuk si abang yang masih berada di dalam kereta.

pada hemat saya si abang usianya mungkin sudah capai umur 6-7 tahun, cukup sifat jika sekali imbas, tetapi jika direnung dan ditilik, saya dapat lihat air liur nya jatuh dari mulut tanpa kawalan si empunya diri...dia tidak mampu berdiri apatahlagi berjalan. hanya bergantung kepada stroller...sekali lagi jiwa saya tersentuh...namun, ibu dan ayah nya nampak tenang...sambil senyum dan menuturkan ucapan terima kasih kepada saya, si ibu menolak stroller sambil memanggil sikecil untuk turut serta...

saya selalu fikir saya selalu Allah uji, tapi bila melihat sketsa pendek yang dipaparkan di hadapan mata saya, saya terus bersyukur dengan apa yang saya ada, dengan nikmat yang Allah beri, dengan hadiah yang paling bernilai iaitu anak-anak saya...

saya menarik nafas dalam2 dan saya berdoa semoga Allah tabahkan hati ibu tadi dan dipermudahkan segala urusan dia di dunia...amin...

saya insaf!

Wednesday, October 17, 2012

Tulis Nama Sendiri

haiii....just nak citer kat sini..zhafran dah boleh tulis nama nya sendiri without bantuan umminya. terharu okay...ummi yang over uu....OTT (over the top!) ambil terms dalam Keluarga Iskandar tu.hehhe...

senyum sampai ke telinga dibuatnya bila tengok hasil tulisan abang...oh lupa lak nak amik pic untuk kenangan. 

seingat ummi la, ummi dulu 4 tahun boleh membaca tapi bab tulis tak lepas lagi...zhafran memang secara comparison nya ikut ummi banyak benda. dari bab iras raut wajah, perangai, citarasa, instinct, memang kebanyakkannya sama dengan ummi.. 

zhafran anak yang baik dan dengar cakap. tak boleh tabur janji sebab dia memang akan ulang janji tu sampai ditunaikan. ingatan yang cukup baik, semua tempat dia hafal arah jalan, boleh ganti gps ummi la kiranya. 

suka buat ayat yang sedih2 bila ummi kadang2 tak layan apa yang dia nak. gelihati jugak..kalau cakap elok2 puji dia sikit, dia memang suka. terus jadi good boy...

tulis kat sini, supaya ummi boleh ingat sampai bila2, masa dan ketikanya zhafran boleh tulis nama nya sendiri tanpa bantuan orang lain.

stop sini...kita jumpa lagi..!

Monday, October 15, 2012

Orang Tua..

susah kan kerja ngan orang tua...susahnya kalau bukan setakat orang tu tua pada umur je, tapi tua serba serbi...

tua tang cara kerja, tua tang cara cakap, tua segala-galanya...

satu hari nanti saya juga akan tua, tapi minta simpang malaikat 44 tak nak jadi macam orang tua tu...

makan hati berulam jantung...selalu mengidam dapat orang tua yang cara kerjanya muda, cara cakapnya muda, pemikirannya muda...seronoknya...baru ada motivasi nak buat kerja kannnnnnnnn....

suka nak salahkan benda lain kan...tapi tula problemnya...manusia memang susah untuk dijangka..susah nak follow, susah nak faham...

tapi problemnya...asyik2 problem kan...tapi nak cakap jugak problemnya...saya selalu jadi mangsa keadaan bidan terjun...cuma tak mati2 je lagi....harap2 tak mati lagi la...

pening, mual, geram, tension....macam2 rasa campur gaul..macam rojak petis jual kat muar dekat tanjung mas tu...ehmmm....kalau rojak petis tu memang sedappppp sangat...tapi rojak petis yang nie...mungkin dah expired ....merepek meraban saya kan....hakikatnya saya sangat down hari ini....


sekian,

pegawai badan berkanun yang frust tgk perangai manusia!

Geramnye...

saya kalau geram saya akan tahan sampai gigil2...sekarang nie saya sedang menahan geram geram dengan orang yang tak bertanggungjawab

kalau dah set meeting dan tahu nak chair kan meeting tu, tolong jgn lesapkan diri dan buat2 tak reti dan minta orang proceed!

sungguh tak bertanggungjawab...semua orang ada urusan peribadi, semua orang ada masalah, tapi jika ada komitmen saya dahulukan urusan kerja ye...

saya tak boleh cakap lebih2 sebab saya tengah marah...kalau tengah marah, saya suka diam...kalau tak saya akan ....ehmmm....

stop sini sebab saya tengah geram!

sekian, 

bebanyak terima kasih buat saya macam orang bodoh tolong sudahkan kerja orang tak bertanggungjawab!

Thursday, October 11, 2012

aissshhhhh...kalut sampai langgar kereta sendiri!

sadis sungguh hari ini, ada ke pagi2 dah buat kerja yang boleh hilang mood.tension.....

ada ke patut langgar kereta sendiri yang parking belakang ..tension betul...

macam mana boleh kalut sangat sampai terlanggar entah...macam2 pikir kat dalam kepala...ada le tuh kan...

nasib baik tak de kecederaan..kereta je la cedera sikit..gen2 calar tapi tak nampak sangat..satri la yg kesian, siap pecah lampu!...satu kerja kena ganti hoho....

oklah banyak kerja...buat kerja dulu...nak bagi hilang rasa bersalah kat satria...sian dia..dah compang campin rupanya...tuan punye dia ni macam dah tak sayang dia...kena make up balik satria ni...banyak berjasa kot ngan tuan dia...!...

got to go bye!!

Wednesday, October 10, 2012

update yang macam2!

ish2....lamanya la kan tak update blog, sebabnya satu je.lebih suka baca blog orang, daripada menaip di blog sendiri. jadinya tak berupdate lama. dengan busy kelas setiap minggu, kursus le apa le...tak sempat nak layan movie korea pun, tension..

sekarang anak2 saya makin bijak akalnya.. memang tak dinafikan tahap kesabaran ummi asyik diuji dengan kelincahan dan kenakalan anak2. biasala budak nak besar, semua benda nak cuba, si adik makin manja, time ummi masak pun, sibuk nak ajak gurau. memang akan menangis kalau kita tak layan, kalah baby tau..kadang2 salah ummi juga sebab ummi layan perangai manja dia tu. nak marah tu, tak sampai hati...tapi selalu bersikap lebih tegas dan garang bila tiba bab abang..kadang2 rasa bersalah sangat kat abang sebab treat dia macam abang yang dah umur 12 tahun. dia pun perlukan perhatian. tapi kadang2 entahlah...kesian dia ..kalau dah tidur ummi tenung muka anak2 rasa sangat bersalah, dan mula la bebel sorang2 dan nangis..kesat air mata pun sorang2...hehheh

ofis pulak sekarang nie, entahlah macam2, dengan kena jadi pegawai muda la, aktif sana aktif sini, tak sanggup mak ooiii...sayala ummi, sayalah bapaknya, saya lah bibiknya, sayala student...entah apa lagi gelaran yang sesuai untuk diri ini. lagi pulak ofis nak jadikan pegawai muda tourist guide...ada ke patut...tension, g kursus pun kena paksa, program jalan kaki la bagai, sabtu ahad kena turun join event apa kehal kan?...buat hilang motivasi diri untuk buat kerja hakiki saya seorang pegawai undang-undang. malah jiwa saya sedikit memberontak dengan setiap arahan yang tidak berkaitan sama sekali dengan tugas. tapi cakap belakang je lah...paling berani pun, tak ikut tak join...itu je...more than that belum ada kekuatan nak buat, heheh...prinsip saya, kalau boleh ikut tiada halangan tiada amanah dan tanggungjawab lain yang dituntut untuk dilaksanakan on top of tanggungjawab saya sebagai seorang pekhidmat kerajaan, maka saya akan cuba ikut program dan arahan walaupun tak berkaitan tugas.family is everything!

saya dah lama tak membersih rumah, yang sempat dibuat , basuh baju, lipat baju yang mana aktiviti wajib ini selalu disudahkan oleh husband saya yang tercinta. dulu every week saya menyapu, menyedut habuk, mengemop, mencuci toilet...rindu nya masa dan kelapangan saya pada ketika itu. saya terpksa mengalah kepada tuntutan kerja yang lain yang memerlukan saya untuk lebih fokus kepada hal lain iaitu study. Walaupun saya tidak pun allocate masa untuk pergi library, saya rindu nak ke library, untuk buat research assignment..jgn nanti dah last minute baru gelabah nak g library , padan muka...!

saya seronok melayan cakap dengan anak2 saya sebab mereka memang bijak berkata2 yg buat saya cair dan tak marah...baru ini mereka demam serentak, dan masa tu saya diwajibkan hadir kursus pada hujung minggu...gundah gulana dibuatnya, nasib baik saya masih ada emak yang kuat untuk tengok2 kan anak saya masa saya tak ada...terima kasih mak.

November nanti saya dijadualkan pergi ke Jakarta atas urusan menghadiri Seminar Master Class...Disember, adik saya mahu kawin, dah la dekat saya final exam,,,mesti huru hara..harap Allah tolong saya... last semester saya dapat A untuk medical law dan A- untuk legal research. terus terang saya katakan kalau ikut dengan cara saya ulangkaji dan buat assignment, saya tak layak untuk dapat result macam tu, tulah namanya rezeki atau pun ganjaran atas pengorbanan saya sebagai seorang student dan ummi dalam 1 masa. Bersyukur dengan Allah atas segala nikmatnya. Semoga Allah terus mengurniakan rezeki untuk kami anak beranak...

Stop sini dulu, insya-Allah tak janji entah bila boleh menaip lagi....

Tuesday, July 31, 2012

OH REZEKI OH RESULT.....

assalammualaikum semua kawan2 yang menanti blog ni di update. cheh...perasan sungguh macam le ada orang nak baca sangat entry ummi ni entah...hidup berlalu dengan pantas tanpa boleh ke belakang semula. so, takleh ganti masa terluang tu  untuk mengupdate blog walaupun sebenarnya ada time je nak update, tapi malas je lebih. time ni tetiba entah apa angin ntah, rasa nak update le sikit2 apa yg ada kat kepala.

nak tahu tak?...esok kan result keluar tau...mak aiii...rasa debor tu tak tahu sampai ke langit rasanya...risau sangat, entahla..tak harap flying colours sangat pun, asalkan lulus dan boleh register untuk sem depan pun dah cukup baik sangat...yelah usaha tak samapai mana pun, last minute study padan muka sendiri kan...konon nak buat masa dolu2 kan...dolu, tak ada anak, tak sibuk nak ngemas masak semua, boleh lah konsentret study walaupun last minit kan...ini dahle last minute, banyak selingan sampai akhirnya kat page tu jugak baca tak terselak2...ataupun tertido sambil diringi jeritan anak2 bermain dan bergaduh sesama sendiri.

kat ofis?...emm, alhamdulillah ummi dapat naik pangkat. memang amat tidak sangka tau..tapi benarlah, kalau kita melapangkan dan menyenangkan hati ibu bapa kita, keberkatan itu sentiasa mengiringi. buktinya, Allah melapangkan rezeki ummi sekeluarga. kehidupan lebih selesa dengan kehadiran anak2 kami. dulu, untuk menambah ahli keluarga pun memikir2..sekarang, mungkin boleh difikirkan kembali. cuma persoalannya, sama ada larat ke tak ummi nak membawa badan time ummi sambung belajar kan...mungkin planning ditunda sikit ..mungkin final sem boleh lah...mana tau kan naik pentas konvo, berbadan dua..mesti sweet...:)

entry selalu updated tanpa gambar kan..sebab banyak gambar dalam tab...dan kadang2 banyak gambar tak ter captured pun..biasanya ada hadir dalam memori ingatan ummi je...anak2 dah makin besar, abang dan adik dah pandai main sendiri. memang lumrah lah kan beranak rapat, dan sama gender pulak tu, bergaduh, tak yang beso buat kecik, yg kecik balas balik..huru hara dibuatnya. belum beradik sampai 5-6 lagik... solute sangat kat ibu2 lain yang boleh jaga anak sampai 4-5 tu dalam 1 masa. kagum juga kat kawan yg jadi surirumah berijazah, yang ummi rasa ummi belum sanggup sandang jawatan mulia itu setakat ini. sapa kata mereka ni kerjanya senang?..kerja paling penat kot, mana ada time rehat...banyak selingan...semua buat untuk orang lain, bermula pagi sehingga anak2 tutup mata malam hari, baru boleh rehatkan diri... selalu kita sahaja yang fikir perasaan orang lain, perasaan anak-anak, perasaan suami, tapi jarang2 sangat anak-anak nak jaga hati kita lagikan suami. ehmmm...itulah mulianya perempuan bergelar isteri dan ibu. sentiasa mengutamakan perasaan dan kebajikan yang lain daripada diri sendiri. contoh paling mudah, ialah, untuk raya, kita ala kadar je, untuk anak-anak, tak boleh tak lengkap,,,tak boleh kurang...kalau kita takpelah, tak de pun tak jadi apa pun...memang naluri semua ibu bapa macam tu kot....

okla, stop sini dulu...masih berdebor lagi nie, entah la, result untuk esok ni, doakan ummi k...amin....:)

Tuesday, June 5, 2012

pengalaman cabut gigi under GA

alhamdulillah benda pertama ummi ucapkan bila ayah message zhafran dah kuar OT. risau banyak benda sebab takut sangat kalau ada sebarang komplikasi pada zhafran. pukul 11 malam abg dah ummi puasakan. diapun macam tahu je yg dia kena puasa untuk op esok pagi. malam tu ummi siapkan semua barang zhafran, makanan susu dan sikit brg ayah. memang pada awalnya ummi memang tak percaya yg ayah boleh handle anak dia sorang nie. tapi bagus jugak bagi peluang pada dia, sebenarnya boleh je....

ummi pulak lepas siapkan adik terus ke ofis hntar adik ke skolah dulu, naik ofis kejap amik nota.then terus ke ukm.sampai tepat kul 8.30.semua org dah sedia. ummi jugak terkial2.sibuk ber texting dgn ayah.setiap masa juga ayah update pasal zhafran. lega sikit la walaupun hati tak tenteram nak present depan prof nie.dahla grup ummi yg ke 3.berserah je la buat yg terbaik.tak nak mengharap apa sgt pun.asalkan semuanya berjalan lancsr.waalaupun sesekali tu, tergagap hilang idea la...entahla...memangla kan naluri keibuan ni memang tak leh nak sangkal.asyik ingat anak je.alhamdulillah grup ummi dpt pujian dan dpt highest mark. petang tucontinue ngan individu presentation pulak.masa ni prof dah marah2 tak tahu kenapa mood dia lain mcm.habis 2 kawan kitorg kena tala macam2.rasa snagat takut tapi lagi risau pasal anak.prof tahu pasal zhafran, tetiba lepas presentation ummi, dia kata dia bg excuse untuk ummi balik.tak sangka baik nya prof nie.dgn hati melonjak2nak jumpa zhafran, mcm tak boleh drive rasanya.

ayah kata ayah dah otw balik ke rumah.dia kata zhafran ok sangat.ummi terus ke ofis amik adik dulu, then terus pecut balik rumah.sampai luluh je rasa sebab tak aktif dok diam je terus tunjuk gigi dia dalam botol.dia kata abang sakit kat sini sambil tunjuk tgn dia kena cucuk.sian....ayah tunjuk gambar abang sebelum masuk ot dan masa dah kuar ot.rasa sunguh lega bila ayah kata semuanya ok.

kawan2 semua sms bagitahu markah ummi untuk presentation. alhamdulillah lega dan berbaloi sebab ummi amat bersabar melalui semuanya.dengan bersusah payah buat persediaan presentation. syukur jugak ummi ada partner yg bagus.terima kasih jugak pada dia.





hari ini ummi amik el sebab nak jaga abang.ummi masakkan bubur untuk abang. nampak sangat berselera mungkin sebab semalam berpuasa kan. adik pun tumpang sekaki.ayah pun.:-)sesekali makan bubur sedap jugak.masak pun campak2je senang ya amat.esok belum pasti kalau abang masih sakit memang kena cuti lagila..tp hrp dah sihat sikit cuma kena sediakan bubur la kot takut kat sekolah makan keras dan panas.nak cuti lama2, jumaat nie ummi dah start cuti sebab nak ke sabah jalan 2
.lelas ni nak fokus buat proposal then baca nota.dah nak exam 20dan 28 jun.lepas tu cuti..seronoknyz..sem dpan pulak dngan apa ntah lagi cabaran. dah nak sampai penghujung sem dah.

Friday, June 1, 2012

general anaesthasia???

suspennya nak melalui hari-hari sukar isnin 4 Jun 2012 yang bakal hadir ini. kenapa?..sebab pada hari itu, zhafran akan menjalani satu prosidur rawatan pergigian di bawah G.A. maksudnya, zhafran akan dibius satu badan tak akan sedarkan diri untuk 1 tempoh yang agak panjang bagi membenarkan doktor untuk menjalankan rawatan pergigian tanpa sebarang gangguan dan tentangan dari zhafran. mungkin sudah bosan melalui beberapa siri rawatan akhirnya zhafran tidak dapat consider any more rawatan. at last, pakar menasihati ummi untuk menggunakan alternatif lain iaitu menjalankan rawatan di bawah G.A.

Isnin lepas, iaitu seminggu sebelum rawatan tersbut dijalankan, ummi diminta untuk hadir bersama zhafran untuk mendengar penjelasan pakar bius dan juga untuk memeriksa tahap kesihatan zhafran. ummi diterangkan risiko2 yang bakal dialami oleh zhafran semasa dan selepas rawatan tersebut. ummi memang amat2 keliru waktu itu, untuk sign dan beri consent kepada doktor untuk meneruskan rawatan tersebut. mentang2 la ummi sekarang tengah study medical law, ada 1 topic on informed consent. ummi menggunakan autonomi pesakit dengan menanyakan beberapa soalan kepada pakar bius, tapi hampa, jelas, mereka belum benar2 sedar kepentingan penjelasan yang benar-benar mencukupi untuk diberikan kepada pesakit/ keluarga di mana dengan kealpaan mereka itu, tanpa mereka sedar, mereka sebenarnya terbuka untuk didakwa dan dituduh cuai dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai doktor untuk melakukan at the best interest for their patient. communication and relationship breakdown bet patient and doctor jelas di sini. doktor lebih senang untuk mengarahkan pesakit/ keluarga untuk hanya membaca borang kebenaran tanpa membuat penjelasan menyeluruh akan nature, expected risk inherent to that proposed treatment, any other alternatives beside those proposed treatment, the benefit and consequences.

tapi ummi buat juga rational choice dengan membenarkan doktor untuk menjalankan rawatan tersebut secara G.A. Antara risiko yang akan dialami oleh zhafran (biasa berlaku):
1. luka pada bahagian kerongkong, tempat tiub pernafasan dimasukkan;
2. tidak boleh bercakap untuk 1 tempoh sementara luka nak sembuh;
3. kesakitan otot yang sementara
4. sakit kepala atau kabur penglihatan buat sementara.

takut kan???....lagi sedih sebab ummi tidak dapat bersama-sama melalui saat2 ini bersama zhafran sebab ummi terpaksa menghadiri presentation di ukm untuk subject medical law on the topic of informed consent..sungguh sangat ber kebtulan snagat...harap2 semuanya berjalan lancar, dan harap sangat doa-doa dari kawan2. walaupun ia adalah rawatan biasa, tetapi naluri ummi ada juga terlintas, takut sebarang komplikasi berlaku pada anak kesayangan ummi seorang ini. sangat bergantung kepada keupayaan suami untuk bersama-sama zhafran nanti, mengharapkan dia juga kuat, dapat menahan zhafran untuk tidak makan dan puasa sehingga pukul 7.30 pagi. zhafran diminta untuk berpuasa minum dan makan bermula pukul 12.00 malam. memang tak senang duduk lah ummi masa presentation nanti. harap2 presentation berakhir dengan baik dan ummi akan terus cepat-cepat ke hospital serdang untuk melihat keadaan zhafran selepas sedar dari G.A nanti. kalau ikut doktor, zhafran tidak perlu bermalam, hanya di wad rawatan harian sahaja, tapi risau jugak, kerana mengikut doktor kalau keadaan zhafran tidak ok, dan perlukan pemerhatian yang rapi, maka kami bermalam la di wad pula..harap2 takperlu tidur hospital. doakan ye:)

pada ketika ini, dengan sibuk nak siapkan slide presentation lagi, menguruskan hal rumahtangga, kerja pejabat yang macam air bah, tak putus2 datang,...uruskan urusan mak abah lagi. ...fikirkan zhafran lagi..memang stress..tapi nak jadi superummi mana boleh stress kan..saya yang ambil cabaran ini untuk melanjutkan pelajaran semasa anak masih kecil, maka saya perlu kuat untuk hadapi semua cabaran yang datang...
zhafran kuat kan?..mestilah sebab abang lahir dari perut ummi yang kuat ini...ummi doakan abang selamat menjalani rawatan tersebut. tunggu ummi habis presentation, ummi akan jaga abang:)


Saturday, May 26, 2012

susah dan senang insan bernama ummi....

betul la orang kata, bukan senang nak senang dan bukan senang nak susah...susahnya nak bahagikan masa dengan keluarga, kerja dan study. senang nya nak biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dimanafaatkan untuk sesuatu yang berguna. susahnya nak fokus pada pelajaran bila tanggungjawab sebagai ibu juga perlu dilaksanakan dalam satu masa. senangnya buat persediaan pada pelajaran endah tak endah. susahnya nak stabilkan emosi dan kuatkan hati untuk jalankan amanah yang satu ini. senangnya biarkan perasaan dan emosi memandu akal membuat perkara yang dilarang.

baru sekarang rasa susah. sebab suka bertangguh. sebab suka lepak-lepak tak tentu pasal. suka buang masa...emmmm update blog nie buang masa tak...heheh..saje la kan...time stress ni kan senang sangat setan masuk dalam otak. rasuk macam2. emosi tak stabil. ke sebab dah berbulan ummi tak period...ada kaitan ke?.selalu jadi mangsa anak-anak dan suami...sian diorang ..memang susah nak hilangkan stress tu, sampai satu tahap, badan tak tahan migrain teruk, dan dr bagi ubat stress,,,hohoo.....sedih nya kan,

bulan 6 nie ummi exam final. dah nak habis 1 sem kan. harapnya berjaya lulus. tak harap sangat pun berjaya with flying colours, asalkan lepas sudahlah...malas nak letak harapan tinggi menggunung. perasaan berkobar tu memang ada,,,tapi bila tengok effort tu macam nan hado...Allah pun tahu agaknya...harap2 sangat Allah bantu ummi untuk setiap perkara yang ummi usahakan...

niat utama nak sambung master sebab nak tukar angin kan..cita2 kena tekad la kan...mana boleh tetiba hanyut di bawa arus air sungai pulak...ni tak leh jadi. so kena determine la...first sem memang tak banyak pengalaman...kena usaha lagi next sem. yg penting kena bijak pilih subject. dan usaha tanpa henti. bukan tunggu nak habis sem baru terhegeh2 nak study bagai..peringatan buat diri sendiri....

tahun depan kena kurangkan berjalan..tahun nie asyik berjalan je kerjanya..cuti pun dah nak habis....

emmmm ummi kena kuat sebab mereka ini...:)

Monday, May 21, 2012

Hadiah ummi's day

hari ni zhafran dan afnan buat something special untuk ummi.hari ni penat tapi tak rasa penatnya bila dpt something special dr merekea berdua. thanks sayang:-)love you both!

Sunday, May 20, 2012

quick update on ummi and family

salam semua. lama kan ummi tak update blog. sebab utama adalah busy ngan kehidupan sehariab. dengan kelas setiap isnin dan jumaat, kerja ofis dan prepare presentation lagi, memang letih dan tak sempat. hari minggu, kalau tak keluar, sibuk ngan anak2. tak sempat langsung nak bukak blog, lagi la nak blog hopping semua. hilang nikmat bersenang lenang. tapi takpela bukannya lama pun, ni pun dah nak habis 1 sem dah, sekejap je kan. tu part best la...yg tak best dah sibuk nak presentation dan exam. pening kepala:-).ummi pilih tajukchild abuse je, malas nak pikir banyak,alhamdulillah Datin accept tajuk ummi walaupun tajuk yg paling common di abad ini.hahahah.ada tau yg kena reject mentah2 tajuk kena buat tajuk lain, naya je kena research balik smula.

awal tahun 2012, ummi kena g kursus di spore dan balik dari spore terus ke KK. penat giler dah le kena ponteng kelas kan, tapi best nya sebab dapat jalan2 fre, walaupun tak dapt g oversea jauh2, tapi dapat jugak release tension mengahadap kerja kat ofis kan. kena bersyukur jugak sebab g spore la ummi dapat renew pasport free sebab ofis yg bayar. awal bulan 5, ummi g Bandung, bersama keluarga belah husband. macam2 jadi kelakarpun ada, hampir tertinggal flight. ada 1 family betul2 tertinggal flight. nasib baik bykan family kitorgkalau takmemangtakde la nak beli tiket lain pulak.:-)

balik dari Bandung, kami ke Universal Studio Spore pulak. alang2dah cuti lama. pasport pun dah ada untuk semua. memang seronok yg amat. memang di nasihatkan pergi bawak anak2.mak bapak bhdak yg terlebih excited. tapi kalau nak pergi, lebih bagus g time weekdays macam kitorg, tak ramai orang, dan tak payah tunggu turn nak naik rides.siap kitorg repeat rides berkali2:-)

gambar semua telah di upload kat fb. malas lak nak repear uploading. hehehe..korg bukak je la fb ummi semua rentetan ceritera tu semua ada bukti, sila lah check kat fb ek:-)

smentara tengah agak ada masa, ummi update la sikit.sorry ye kawan2. doakan ummi cukup masa untuk rajin update. bulan 6dah nak exam, rasa macam belum bersedia.presentation ummi untuk legal rsearch jumaat depan, medical law 4 jun. doakan ummi doing well nanti.love u guys! Jumpa lagi


Thursday, February 23, 2012

orang gila bikin sakit kepala.....

dari tadi rasa nak sangat update blog pasal 1 perkara ni..rasa meluat, menyampah, geram, nak memaki pun ada...tapi bila fikir balik secara rasional terus tak jadi nak buat macam tu. pelik sangat dengan orang yang suka cari pasal. tak ada isu, pun sibuk nak jadikan benda kecik jadi isu besar..gile ke apa? dah takde kerja ke yang sampai boleh memikir benda2 yg tak penting pun. baik buat kerja la daripada sibuk pikir benda bukan2. suka sangat fikir negatif. suka buat orang serba salah, suka buat orang pressure. suka tabur fitnah, suka buat cerita yang tak betul, suka jadi tok bomoh menjangka benda yang tak betul, suka bagi maklumat salah. 1 benda pun tak leh percaya orang macam nie.

nama je tua, konon banyak pengalaman, tapi pemikiran kalah zhafran. rasanya zhafran pun jauh lebih bijak daripada orang tua gile tu. dengan kerja yang melambak tak kuasa le sangat nak menjawab pertanyaan2 bodoh yang tak masuk akal. baik pikir macam mana nak setelkan kerja sebelum minggu depan. lebih baik pikir pasal study. lebih baik pikir macam mana nak tambah pendapatan..daripada layan orang gila tu. tak habis2 nak buat hal...

ummi takde masalah dengan sorang tu..tapi dia cari pasal. tak payah pening2 pikir. jom tido awal, kena amik energy lebih sebab esok ada kelas petang...rasa release sikit dah bercerita kat sini...

Tuesday, February 21, 2012

tentang apa yang kita rasa....

semalam petang adalah hari pertama ummi sepatutnya attend kelas. For monday, it is a medical law class. berkobar2 plus bersemangat tak hingat sebab nak attend first class kan...dari ofis, memang dah solat siap2.....terus amik anak2 di sekolah, pecut laju terus hantar mereka ke rumah. nasib baik kali ini ayah cuti selepas kerja midnight, so, ayah dengan rela hati take over jadi ummi untuk beberapa jam ummi attend kelas... thank u ayah..love u...masa dalam kereta, ummi citer2 ngan abang, ummi nak kena g sekolah hari ini, ummi pun nak belajar macam abang...abang tanya ummi belajar lukis2 jugak ke?...ummi cakap..tak la...ummi kena belajar buku tebal2 dengan hati bangga...hahahah...lepas perbualan tu, dia senyap je sepanjang perjalanan...bila dia senyap, membuatkan ummi tertanya2 kenapa dia senyap..selalunya dia akan berbual dengan ummi sepanjang perjalanan dengan berkongsi cerita 1 hari disekolah, pasal kawan-kawan, pasal teacher,pasal makanan yang di makan..apa yang dia belajar...setiap hari rutin harian dia bercerita pasal apa yang dia rasa...tapi tidak pada petang semalam...dia hanya pandang sayu kepada toy thomas dia...sesekali pandang dash board...entah apa yang difikirkan nya ummi pun tak pasti...

tiba2 ummi pulak melayan perasaan, adakah dia rasa sedih bila ummi selepas ni terpaksa tinggalkan dia di rumah jiran...sebab ummi memang dah terus terang dengan dia, bahawa dia dan adik perlu juga berkorban sedikit perasaan walaupun dia tak suka, untuk tinggal sementara di rumah nenek (jiran sebelah rumah). mujur nenek nak jaga kamu berdua sayang...ummi tahu abang tak suka, berulang kali beritahu yang abnag tak nak duduk rumah nenek..ummi faham perasaan abang.. tapi ummi tiada pilihan sayang. kalau ayah seorang guru atau penjawat awam ummi rasa abang tak mungkin ummi hantar di rumah orang..tapi abang kena faham ayah kerja tidak menentu. ummi rasa sangat bersalah terpaksa memaksa anak sekecil abang untuk berkorban perasaan. serius ummi rasa cukup bersalah...terfikir jugak seketika, adakah ummi ini seperti mementingkan diri sendiri sanggup mengorbankan perasaan anak semata-mata nak kejar sesuatu yang ummi cita2kan...ummi buat semua ini bukan untuk ummi pun sayang...semua ini untuk kebaikan kita sekeluarga..dan ummi tidak nafikan ummi buat ini memang pertamanya kerana kamu berdua... ummi nak yang terbaik untuk kamu...sekolah yang terbaik..biar mahal pun, duit ummi boleh cari, makan pakai..semua ummi nak yang terbaik...bukan ummi mahu ajar kamu untuk hidup senang tapi ummi nak kamu dapat dan rasai sesuatu yang terbaik untuk setiap saat kamu di dunia ini..selagi ummi mampu, ummi akan buat sedaya mungkin...ramai jugak yang kata, ummi mungkin tak mampu nak habiskan pengajian 2tahun...tapi ummi mungkin ambil kata2 itu sebagai pembakar semangat ummi untuk grad in time..segalanya tidak mungkin sekiranya kita ada determination...

ummi harap 1 hari nanti abang akan faham kenapa ummi buat semua ini. bila abang dah besar dan masa tu ummi dah tua (moga dipanjangkan umur agar ummi dapat lihat abang dan adik), ummi tak harap apa2 pun balasan..cukup sekadar abang dan adik ingat ummi adalah ibu yang pernah mengandung dan melahirkan kamu berdua...ummi tak harap abang dan adik balas jasa ummi dan ayah...ummi doakan semua yang terbaik untuk anak-anak ummi..abang selalu cakap ummi garang dan suka marah cakap banyak-banyak kat abang (bebel)..tapi jauh di sudut hati ummi, ummi sayang kan abang dan adik..sayang sangat2...tiba2 sebak....ummi stop dulu la...rasa sungguh tak best....

Thursday, February 16, 2012

banyak benda nak update...

lamanya tak update blog..sebab?...terlalu busy dengan kerja di ofis..bila balik memang tak sempat nak ngadap laptop..cuma bukak check FB je...tu pun lari2 masak kat dapur, kemas barang anak-anak, uruskan diorang makan, semua buat serentak..memang tak sempat nak update blog selalu..sedihnya...banyak benda berlaku lately nie...oklah ummi citer satu-satu....nak update blog ni pun kena dalam keadaan tenang..takleh gopoh2,..nanti miss citer2 penting...jadi tak best....

MASTER

alhamdulillah selamat dah ummi register jadi student balik...yeehaa....wah2 seronokla sangat kan...berdebar2 rasa nak jadi student balik u...sebelum hari register tu, memang sibuk jugaklah fill up forms la, buat medical check up la..sekarang memang dah strict, wajib buat medical check up dan x-ray,..kalau tak, tak boleh sit exam...nasib baik buat terus kan..kalau tak kena buat jugak....
so, hari register tu pagi-pagi ummi ke fakulti attended briefing...masa ni la dengar prof2..dr2...bagi sedikit overview..ala2 macam nak promote subject memasing lak..untuk sem ni ada 6 subjek je yg di offer untuk part timers macam ummi. subjek2 nya research method, medical law, comparative family law, islamic criminal law, international law, gender...untuk sem ni ummi wajib amik method dan 1 lagi subjek ialah jeng jeng jeng...medical law..kenapa ye ummi amik subjek ni...sebabnya suka tengok lecturernya yang calm, dan macam mak-mak kita..hehhe...lagi 1 ummi memang suka medic2 ni..hehhehe...sebab derived from law of tort...ummi memang minat subject tu,,....subject lain yg ummi minat cth sales of goods, intellectual property..tapi semua next sem la kot...insya-Allah ada rezeki boleh amik next semester...

masa intro diri ada benda lawak berlaku...masa amik turn nak kenalkan diri, bila tiba time ummi, perkenalkan diri, Dr siti wan adiba tu tanya la kenapa nak amik master...tercerita la pasal ummi nak amik master sebab itu ini itu ini...tetiba masuk bab anak-anak...terus dia terkesima sebab dia ingat ummi tak kawin lagi ..hampeh...terus tanya umur ummi...terus lepas tu, semua budak-budak tu panggil ummi "akak"...hoho.....tension tul...terbongkar rahsia..baru nak berlakon muda kan...heheheh....

STRESS KERJA

entah ye, sebenarnya tak pasti nak jadikan ini satu sessi luahan rasa atau tak..takut ada lagi jadi peristiwa sampai-menyampai..tak semena2 kang dpt surat cinta dari bos tak ke naya...for those my beloved readers, dah baca ni, kalau boleh simpan sini sahaja la...tak baik sampai2...ni blog peribadi saya...dan di sini sahaja la tempat yang saya rasa best untuk bercerita luahkan apa yang saya rasa...bila rasa tak best mula la guna perkataan saya...

saya tahu saya agak stress mulakan tahun baru 2012. dengan kursus yang terlalu banyak dan perlu di attend dalam tempoh terdekat dan tidak putus-putus, tambahan pula kerja di ofis yang melambak-lambak. rasa mmg tak cukup masa nak setelkan semua kerja dalam waktu pejabat..curi2 jugak masa di rumah konon2 nak buat time budak2 tido..ummi pulak dah menguap panjang...sudahnya hangkut ke hulu ke hilir je la....tak siap2 jugak...kat ofis asyik lah kena pergi meeting...balik meeting dah tghari..nak lunch lagi...solat..kena pulak jaga kaunter rayuan kompaun...macam robot pun ada...kalau ikut jadual start 23-25 ada bengkel di PD kemudian 27-28 bengkel di Putrajaya, 29-3 Singapore dan 5-7 Labuan/KK...penuh kan jadual ummi...sian anak2 ummi kena tinggal lama...kerja dan komitmen ummi skrg nie kalah bos gred atas kan...jeles je tgk orang2 lain seronok2 je makan2 gelak sepanjang hari, bergosip ntah apa ntah, kena pulak bos2 yang join...geram je rasa sebab kita ni punyela macam robot berkjar ke meeting, balik terus ngadap pc habiskan kerja..diorang seronok2 je pilih2 kerja..yg senang2 diorang buat, yg susah hah sila zulie uruskan, sila semak..yg penting URGENT....semua urgent...kita kalau dah bertimbun kerja entah mana 1 nak di urgentkan entah...

macam komplen je kan...tapi kadang2 memang bersyukur sangat di beri pendedahan untuk buat semua benda tu tapi bila tiba 1 tahap, dah tak larat dan tidak boleh bertahan....balik dah rasa nak tumbang..tak tahula bila dah start kelas nanti...minggu depan dah start kelas..nanti ummi akan cuba update apa yg ummi rasa dan lalui bila sudah mula attend kelas...harap2 Allah mudahkan segala urusan....amin...

BIRTHDAY CELEBRATION

sibuk mana pun, penat mana pun, ummi tetap fikir dan planning for a small event but special for my two beloved sons...plan ummi nak masak sendiri, tapi belum pasti tahap keupayaan badan untuk masak sendiri, tengok keadaan, cita-cita murni yg lain nak buat cookies khas untuk jadikan goodies untuk kawan-kawan zhafran dan afnan yg datang nanti. lagi best, puas hati kalau dapat buat sendiri..cuma hasrat nak buat kek untuk celebration diorang dengan hasil tangan ummi masih belum berjaya...diorang dah tuntut janji nak kek yg best2...tahun nie ummi terpaksa tempah ye...next year kalau ummi dah berjaya attend kelas buat kek dan decor kek...insya-Allah akan diusahakan ye sayang....

MAKAN-MAKAN

hari tu kan, ummi teringin sangat nak makan kat Ana Ikan Bakar Petai, kat Bangi tu...emmm menyesal rasanya pergi makan kat situ, tak berapa sedap, service amat teruk sebab ramai orang barangkali..tapi memang full house je kalau lalu kat situ, dan mahal...kesimpulannya memang tak berbaloi..lagi2 kalau nak belanja orang makan...heheheh...berkiranya la kan....lepas tu ummi balas dendam makan seafood kat Bagan Lalang..makan sampai lebam...puas hati, murah, sedap, dan service terbaek...bak kata zhafran....

tak bestnya kali ni sebab semua cerita tak bergambar..hehehhe...lain kali la agaknya bergambar dan update blog..sampai sini dulu ye....love u all....


Thursday, January 26, 2012

alhamdulillah....


TAHNIAH. PERMOHONAN ANDA BERJAYA.

NAMA: ZULIE HAFIZAH BINTI ABD WAHAB
No.KP: 810615016194

PROGRAM YANG DI TAWARKAN ADALAH :
Sarjana Undang-Undang
SURAT TAWARAN AKAN DIHANTAR KE ALAMAT ANDA.

---------------------------------------------------------

Terima Kasih


alhamdulillah:)....tak lama lagi bermula episod baru ummi sebagai seorang pelajar.