Nuffnang Ads

Sunday, December 1, 2013

Projek Ummi Untuk Tahun 2014

koleksi buku bahasa arab zhafran

zhafran yang rajin
Ya.. tahun depan projek ummi akan diusahakan tetapi telah pun bermula pada tahun ini sedikit demi sedikit. tahun ini fokus kurang sikit memandangkan time table ummi agak celaru, sebab ummi masih dalam proses menghabiskan pengajian master ummi. Insha Allah tahun depan, moga Allah permudahkan cita-cita dan urusan ummi ini amin... Alhamdulillah abang dan adik tunjuk minat untuk belajar, ini memudahkan proses pembelajaran ini mudah-mudahan. Bila tengok semangat abang, adik pun dah tunjuk minat untuk sama-sama belajar, tapi fokus tu kadang2 lari2 sebab sibuk nak main. Tak apalah sayang, kita mula sikit2, ummi nak yang terbaik untuk kamu, sayang....

Anniversary Kami Yang Ke 7 Tahun..

Alhamdulillah, ummi panjatkan kepada Allah Taala kerana dengan segala peluang dan nikmat kehidupan yang Dia pinjamkan...suami yang baik dan sangat menyokong, anak-anak, kebahagiaan kami sekeluarga. Hari ini genap 7tahun kami disatukan. sekejap je rasa, macam semalam je ummi nikah. :) tak sangka kan dah 7tahun. Inilah namanya nikmat yang patut disyukuri. Kami bermula bukan terus senang, bermula dari tiada apa-apa, Alhamdulillah, segalanya berlalu dengan mudah, walaupun ujian datang sekali sekala, sesungguhnya ujian itu Allah datangkan untuk menguji kesabaran dan rasional kami suami isteri.

Anak-anak adalah kurniaan Nya yang tidak terhingga. Sesungguhnya tanpa mereka ummi lumpuh, kamulah penyeri dan pendokong semangat ummi dan ayah. Walaupun kadangkala karenah kamu ini mencabar kesabaran, tapi itulah memori terindah yang tidak mungkin ummi dapat rasa lagi bila kamu sudah besar dan mungkin pada ketkan itu, kamu dah malu untuk ummi cium dan peluk. Semoga kamu berdua sentiasa ingat dan sayang ummi dan ayah sampai bila2.

Ummi dan ayah akan cuba menyediakan semuanya dan memberikan yang terbaik untuk kamu. tak perlu ummi nak ada harta dan aset yang banyak, cukup untuk ummi ada kamu yang ummi akan bekalkan dengan segala ilmu dunia dan akhirat. kerana ummi percaya dengan ilmu dunia dan akhirat mampu untuk bimbing kamu menjadi insan dan umat Islam yang diredhai Allah. Ingatlah anak-anak, walau setinggi mana kamu mampu berdiri, jangan sesekali lupa dari mana asal usulmu. kita berada di atas juga adalah ujian, bukan untuk dimegah2 tetapi untuk disyukuri.

Buat ayah, terima kasih kerana sentiasa sabar melayan ummi dan anak-anak. Setakat ini, ayah belum pernah mengecewakan ummi, walaupun ummi yang selalu kecewakan ayah. Tahap kesabaran ayah, memang ummi salute kerana tiada mungkin ada lelaki lain yang memiliki tahap kesabaran tinggi macam ayah. Ayahlah idola ummi, setiap masa ummi berdoa agar dapat ummi kongsi kesabaran itu untuk kita jalani kehidupan ini dengan lebih tenang dan membahagiakan...amin. Maafkan ummi atas kesilapan kata2 dan tingkah laku sepanjang usia perkahwinan ini ye ayah. Doakan ummi agar ummi menjadi isteri dan ummi yang lebih baik untuk keluarga kita. Sayang ayah sangat2,.....

Terima kasih kepada rakan-rakan, mak abah yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga sempena ulangtahun kami, Doa kalian lah yang mengiringi dan menambah kekuatan hubungan kami, semoga hubungan ini kekal sehingga ke Jannah..amin ya robbal a'lamin.

foto kami masa di Bandung 2012


Saturday, November 30, 2013

Ajar zhafran dan afnan solat..

Kerana kekangan masa, atas sebab ummi agak sibuk menyelesaikan presentation ummi pada isnin dan khamis lepas, ummi xsempat nak update blog..kunun2 nak update setiap hari..emm, tak boleh la..memang tak sempat. kena tunggu weekend la baru boleh update, tu pun apa yang masih dalam memori ummi la kan,,..

Since abang dan adik dah 4 dan 5 thn, ummi rasa, sesuai sangat untuk ummi ajar ambil wudu' dan solat. Mula2 tu biasalah banyak la alasan, malaslah, abang penat lah, entah apa yang dipenatkan nnya pun ummi tak tahu. Tapi ayah ajak dorang sama2 solat, alhamdulillah,,sekarang ni dia yang tanya dah solat ke belum. tapi nama pun budak, adakalanya penuh dengan alasan. Sebab apa ummi biasakan dorg solat wpun usia masih kecil, sebab ummi perhati orang sekeliling, dari apa yang ummi nampak parents sekarang ni macam kurang ambil berat pasal solat. kalau nak anak rajin solat, mestilah parents nya kena tunjuk contoh yang baik dulu, barulah jadi teladan pada anak kan?. 

Lagi 1, yang ummi perasan, anak dah sekolah pun, ada parents yang macam tak kisah je anak solat ke tak. mcm mana anak nak biasa untuk solat kan...biasalah budak2 awal2 memang liat, tapi parents kena peka dan ingatkan..ajak mereka solat bersama, barulah mereka rasa bahawa solat tu wajib. Bukan kah dalam Islam, kalau anak dah 9-10 thn, dah boleh dirotan kalau xsolat. rotan tu bukanlah bermaksud kita nak bantai sebat dorang, tapi maksudnya, kita sebagai parents kena tegas untuk wajibkan anak2 seusia itu, untuk jangan tinggalkan solat.

atas sebab tu, ayah dan ummi rasa usia abang dan adik sekarang masa sesuai untuk biasakan dahulu ibadat solat tu, ajak mereka berjemaah sama-sama, in shaa Allah, Allah permudahkan niat dan usaha kita semua untuk menyematkan rasa cinta anak-anak kita untuk laksanakan perintah Allah. banyak benda lain yang ummi dah set dalam plan 2014 untuk anak2 ummi ni. nak biasakan mereka mengaji Al baghdadi lagi, supaya mereka boleh membaca surah dan boleh membaca Alquran..itu semua tak  mustahil kalau kita benar2 determine untuk pastikan mereka dibimbing.

istiqomahlah anak2 ku

Saturday, November 23, 2013

cerita pertama tahun 2013 walaupun dah nak habis tahun dahhhh.....

Assalammualaikum...

hampir setahun rupanya ummi tak update blog yang bersawang ni. dan sekarang ummi telah mem 'public'kan kembali blog ummi ni..atas sebab apa ye..sebabnya, ramai yang request nak baca tp bila search xjumpa, nak kena tunggu invite la apa la kan..so, untuk memudahkan kawan2 ummi semua tu, public kan lah semula, ummi pun malas nak invite2 bagai.

dulu antara sebab ummi mem private kan blog ni, sebab biasala ramai yang dengki kan, heheh...so, malas nak fikir, terus private. but this time, i wont do that anymore, you are free to read, walaupun mesti ada pembaca blog yang ummi tak suka. lantaklah, nak baca, silakan, nak fitnah pun sila kan, tahu kan azab dan balasan fitnah. kalau berani, sila buat ye. sebab ummi percaya ramai kawan dari musuh yang menjadi pembaca setia blog ummi yang tak seberapa.

dalam setahun ni, ummi terlalu busy uruskan keluarga gamaknya, banyak sangat aktiviti dengan anak2 yang ter miss untuk dikemaskini. dulu, masa buat blog pun antaranya untuk bacaan anak2 bila dorang dah boleh membaca. kan...sekarang ni zhafran dah boleh membaca dengan baik pun,...mungkin dia dah boleh baca sikit2 diari ummi ni kan...setahun lepas juga sibuk dengan assignment dan exam, pejam celik pejam celik rupanya ummi dah final sem..sekarang pun actually tgh busy finishing all the assignments..banyak betul this sem, mentang2 final. dah dapat date pun for final exam. 9hb januari 2014, dah kira merdeka dari study master...waaa..cepatnya la kan...setakat ni cgpa alhamdulillah 3.84. result master lagi elok dari degree dulu, wpun sibuk uruskan rumahtangga dan anak2 yang tengah lasak, alhamdulillah, Allah berikan kekuatan dan kejayaan dan ini juga berkat doa suami, mak abah dan anak2 juga. memang biasalah, anak2 selalu jugak complain, ummi ni asyik ngadap laptop nota buku..kadang2 tak de masa nak revise buku latihan dorang. tapi percaya lah sayang, ummi buat all this untuk masa depan family kita juga. mana tahu kan, lepas ni ummi ada rezeki tempat lain. boleh tingkatkan pendapatan keluarga kita, dan of course utk masa yang lebih fleksibel...profession apa yang lebih fleksibel tu...biarlah ummi je yang tahu...

tapi tahun depan, ummi dah siapkan senarai apa yang ummi nak buat. sebab tahun depan dah merdeka, bulan 10 konvo..wah bestnye, berdebar2 dan rasa sungguh excited. harap2 panjang umur murah rezeki dapatkan ummi sarung jubah dan topi konvo ukm pulak. 
Antaranya, ummi nak fokus pada anak2 ummi, sian dorang selalu tak dapat revise belajar, nak fokus ajar mereka mengaji kenal huruf, belajar bahasa arab. tahun depan abang dah 6 thn dan adik 5thn. maknanya lagi setahun abg nak masuk darjah 1 kan.. so far progress abang ummi kurang risau sebab dia memang rajin belajar, cepat tangkap apa yang cikgu ajar di sekolah, even tahun ni pun abang dah skip tahun, sebab dia masuk kelas 6thn dan dia boleh compete ngan budak 6thn. 1 kepuasan dan kebanggaan tengok progress abang. even sekarang dah mula kenal dan belajar bahasa arab, antara sebabnya, pertama ummi nak abang ambil ujian masuk sek ren agama integrasi, nak masuk memang kena amik exam, dan salah satunya bahasa arab. kedua, kalau abang tak pass exam pun xpe, at least dia ada basic untuk kelas sra dia masa darjah 1 nanti, lagipun belajar bahasa Al quran kan pahala, sekurang2 nya ummi ajar abang, ummi pun dapat pahala. maklumla lama dah meninggalkan dunia bahasa arab ni.

untuk adik pulak..em terus terang ummi cakap agak merisaukan sebab adik ni bukan la tak pandai atau lambat, tapi dia banyak malas dan agak tak fokus, so tahun depan mmg kena bagi latihan intensif utk adik, kena pakai psikologi jugak adik ni, baru dia minat nak belajar. apa yang dia suka ialah main playstation dan game di tablet...ooo itu tak payah suruh, tak payah ajar, pandai sendiri, siap dia lak ajar ayah dia main. tapi ini tidak mematahkan semangat ummi untuk terus beri adik pendedahan untuk dia minat belajar. insya Allah ummi sentiasa doakan kejayaan anak2 ummi, semuanya...sayang kamu semua...

panjang dah update ni kan...stop dulu sini, nak sambung prepare untuk presentation isnin dan selasa depan... jumpa lagi jika umur ini masih dipinjamkan Allah...in shaa Allah....

Friday, October 19, 2012

semua orang ada bahagian masing-masing....

tadi masa lepas habis appointment monthly check up, ummi dengan zhafran sambil2 tunggu ayah pick up, ummi duduk memerhati orang sekeliling..

benarlah Allah itu maha Adil, dan Allah itulah sebaik2 perancang kepada kehidupan hambaNya..saya lihat satu kereta kecil berhenti betul2 hadapan saya dan zhafran, keluar si ibu bersama anak perempuan kecil dikendong sebelah kiri, kelihatan sapu tangan anaknya jatuh dan saya seperti biasa cepat menangkap pandangan, terus saya jerit untuk memanggil kakak itu dengan nada yang nyaring, habis semua di kawasan tersebut memandang saya...

si ibu mengutip sapu tangan sambil mengangguk2 senyum tanda terima kasih kepada saya..zhafran pandang saja situasi itu sambil mengunyah biskut coklat rocky kegemarannya. mungkin dia belum boleh memahami, jadi mukanya endah tak endah sahaja.  saya masih melihat memerhati ..tak lama kemudian keluar si ayah bersama stroller...pada hemat saya untuk si kecil tadi...tapi bukan..jangkaan saya meleset sekali, rupanya untuk si abang yang masih berada di dalam kereta.

pada hemat saya si abang usianya mungkin sudah capai umur 6-7 tahun, cukup sifat jika sekali imbas, tetapi jika direnung dan ditilik, saya dapat lihat air liur nya jatuh dari mulut tanpa kawalan si empunya diri...dia tidak mampu berdiri apatahlagi berjalan. hanya bergantung kepada stroller...sekali lagi jiwa saya tersentuh...namun, ibu dan ayah nya nampak tenang...sambil senyum dan menuturkan ucapan terima kasih kepada saya, si ibu menolak stroller sambil memanggil sikecil untuk turut serta...

saya selalu fikir saya selalu Allah uji, tapi bila melihat sketsa pendek yang dipaparkan di hadapan mata saya, saya terus bersyukur dengan apa yang saya ada, dengan nikmat yang Allah beri, dengan hadiah yang paling bernilai iaitu anak-anak saya...

saya menarik nafas dalam2 dan saya berdoa semoga Allah tabahkan hati ibu tadi dan dipermudahkan segala urusan dia di dunia...amin...

saya insaf!

Wednesday, October 17, 2012

Tulis Nama Sendiri

haiii....just nak citer kat sini..zhafran dah boleh tulis nama nya sendiri without bantuan umminya. terharu okay...ummi yang over uu....OTT (over the top!) ambil terms dalam Keluarga Iskandar tu.hehhe...

senyum sampai ke telinga dibuatnya bila tengok hasil tulisan abang...oh lupa lak nak amik pic untuk kenangan. 

seingat ummi la, ummi dulu 4 tahun boleh membaca tapi bab tulis tak lepas lagi...zhafran memang secara comparison nya ikut ummi banyak benda. dari bab iras raut wajah, perangai, citarasa, instinct, memang kebanyakkannya sama dengan ummi.. 

zhafran anak yang baik dan dengar cakap. tak boleh tabur janji sebab dia memang akan ulang janji tu sampai ditunaikan. ingatan yang cukup baik, semua tempat dia hafal arah jalan, boleh ganti gps ummi la kiranya. 

suka buat ayat yang sedih2 bila ummi kadang2 tak layan apa yang dia nak. gelihati jugak..kalau cakap elok2 puji dia sikit, dia memang suka. terus jadi good boy...

tulis kat sini, supaya ummi boleh ingat sampai bila2, masa dan ketikanya zhafran boleh tulis nama nya sendiri tanpa bantuan orang lain.

stop sini...kita jumpa lagi..!

Monday, October 15, 2012

Orang Tua..

susah kan kerja ngan orang tua...susahnya kalau bukan setakat orang tu tua pada umur je, tapi tua serba serbi...

tua tang cara kerja, tua tang cara cakap, tua segala-galanya...

satu hari nanti saya juga akan tua, tapi minta simpang malaikat 44 tak nak jadi macam orang tua tu...

makan hati berulam jantung...selalu mengidam dapat orang tua yang cara kerjanya muda, cara cakapnya muda, pemikirannya muda...seronoknya...baru ada motivasi nak buat kerja kannnnnnnnn....

suka nak salahkan benda lain kan...tapi tula problemnya...manusia memang susah untuk dijangka..susah nak follow, susah nak faham...

tapi problemnya...asyik2 problem kan...tapi nak cakap jugak problemnya...saya selalu jadi mangsa keadaan bidan terjun...cuma tak mati2 je lagi....harap2 tak mati lagi la...

pening, mual, geram, tension....macam2 rasa campur gaul..macam rojak petis jual kat muar dekat tanjung mas tu...ehmmm....kalau rojak petis tu memang sedappppp sangat...tapi rojak petis yang nie...mungkin dah expired ....merepek meraban saya kan....hakikatnya saya sangat down hari ini....


sekian,

pegawai badan berkanun yang frust tgk perangai manusia!