Nuffnang Ads

Friday, June 1, 2012

general anaesthasia???

suspennya nak melalui hari-hari sukar isnin 4 Jun 2012 yang bakal hadir ini. kenapa?..sebab pada hari itu, zhafran akan menjalani satu prosidur rawatan pergigian di bawah G.A. maksudnya, zhafran akan dibius satu badan tak akan sedarkan diri untuk 1 tempoh yang agak panjang bagi membenarkan doktor untuk menjalankan rawatan pergigian tanpa sebarang gangguan dan tentangan dari zhafran. mungkin sudah bosan melalui beberapa siri rawatan akhirnya zhafran tidak dapat consider any more rawatan. at last, pakar menasihati ummi untuk menggunakan alternatif lain iaitu menjalankan rawatan di bawah G.A.

Isnin lepas, iaitu seminggu sebelum rawatan tersbut dijalankan, ummi diminta untuk hadir bersama zhafran untuk mendengar penjelasan pakar bius dan juga untuk memeriksa tahap kesihatan zhafran. ummi diterangkan risiko2 yang bakal dialami oleh zhafran semasa dan selepas rawatan tersebut. ummi memang amat2 keliru waktu itu, untuk sign dan beri consent kepada doktor untuk meneruskan rawatan tersebut. mentang2 la ummi sekarang tengah study medical law, ada 1 topic on informed consent. ummi menggunakan autonomi pesakit dengan menanyakan beberapa soalan kepada pakar bius, tapi hampa, jelas, mereka belum benar2 sedar kepentingan penjelasan yang benar-benar mencukupi untuk diberikan kepada pesakit/ keluarga di mana dengan kealpaan mereka itu, tanpa mereka sedar, mereka sebenarnya terbuka untuk didakwa dan dituduh cuai dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai doktor untuk melakukan at the best interest for their patient. communication and relationship breakdown bet patient and doctor jelas di sini. doktor lebih senang untuk mengarahkan pesakit/ keluarga untuk hanya membaca borang kebenaran tanpa membuat penjelasan menyeluruh akan nature, expected risk inherent to that proposed treatment, any other alternatives beside those proposed treatment, the benefit and consequences.

tapi ummi buat juga rational choice dengan membenarkan doktor untuk menjalankan rawatan tersebut secara G.A. Antara risiko yang akan dialami oleh zhafran (biasa berlaku):
1. luka pada bahagian kerongkong, tempat tiub pernafasan dimasukkan;
2. tidak boleh bercakap untuk 1 tempoh sementara luka nak sembuh;
3. kesakitan otot yang sementara
4. sakit kepala atau kabur penglihatan buat sementara.

takut kan???....lagi sedih sebab ummi tidak dapat bersama-sama melalui saat2 ini bersama zhafran sebab ummi terpaksa menghadiri presentation di ukm untuk subject medical law on the topic of informed consent..sungguh sangat ber kebtulan snagat...harap2 semuanya berjalan lancar, dan harap sangat doa-doa dari kawan2. walaupun ia adalah rawatan biasa, tetapi naluri ummi ada juga terlintas, takut sebarang komplikasi berlaku pada anak kesayangan ummi seorang ini. sangat bergantung kepada keupayaan suami untuk bersama-sama zhafran nanti, mengharapkan dia juga kuat, dapat menahan zhafran untuk tidak makan dan puasa sehingga pukul 7.30 pagi. zhafran diminta untuk berpuasa minum dan makan bermula pukul 12.00 malam. memang tak senang duduk lah ummi masa presentation nanti. harap2 presentation berakhir dengan baik dan ummi akan terus cepat-cepat ke hospital serdang untuk melihat keadaan zhafran selepas sedar dari G.A nanti. kalau ikut doktor, zhafran tidak perlu bermalam, hanya di wad rawatan harian sahaja, tapi risau jugak, kerana mengikut doktor kalau keadaan zhafran tidak ok, dan perlukan pemerhatian yang rapi, maka kami bermalam la di wad pula..harap2 takperlu tidur hospital. doakan ye:)

pada ketika ini, dengan sibuk nak siapkan slide presentation lagi, menguruskan hal rumahtangga, kerja pejabat yang macam air bah, tak putus2 datang,...uruskan urusan mak abah lagi. ...fikirkan zhafran lagi..memang stress..tapi nak jadi superummi mana boleh stress kan..saya yang ambil cabaran ini untuk melanjutkan pelajaran semasa anak masih kecil, maka saya perlu kuat untuk hadapi semua cabaran yang datang...
zhafran kuat kan?..mestilah sebab abang lahir dari perut ummi yang kuat ini...ummi doakan abang selamat menjalani rawatan tersebut. tunggu ummi habis presentation, ummi akan jaga abang:)


No comments:

Post a Comment