betul la orang kata, bukan senang nak senang dan bukan senang nak susah...susahnya nak bahagikan masa dengan keluarga, kerja dan study. senang nya nak biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dimanafaatkan untuk sesuatu yang berguna. susahnya nak fokus pada pelajaran bila tanggungjawab sebagai ibu juga perlu dilaksanakan dalam satu masa. senangnya buat persediaan pada pelajaran endah tak endah. susahnya nak stabilkan emosi dan kuatkan hati untuk jalankan amanah yang satu ini. senangnya biarkan perasaan dan emosi memandu akal membuat perkara yang dilarang.
baru sekarang rasa susah. sebab suka bertangguh. sebab suka lepak-lepak tak tentu pasal. suka buang masa...emmmm update blog nie buang masa tak...heheh..saje la kan...time stress ni kan senang sangat setan masuk dalam otak. rasuk macam2. emosi tak stabil. ke sebab dah berbulan ummi tak period...ada kaitan ke?.selalu jadi mangsa anak-anak dan suami...sian diorang ..memang susah nak hilangkan stress tu, sampai satu tahap, badan tak tahan migrain teruk, dan dr bagi ubat stress,,,hohoo.....sedih nya kan,
bulan 6 nie ummi exam final. dah nak habis 1 sem kan. harapnya berjaya lulus. tak harap sangat pun berjaya with flying colours, asalkan lepas sudahlah...malas nak letak harapan tinggi menggunung. perasaan berkobar tu memang ada,,,tapi bila tengok effort tu macam nan hado...Allah pun tahu agaknya...harap2 sangat Allah bantu ummi untuk setiap perkara yang ummi usahakan...
niat utama nak sambung master sebab nak tukar angin kan..cita2 kena tekad la kan...mana boleh tetiba hanyut di bawa arus air sungai pulak...ni tak leh jadi. so kena determine la...first sem memang tak banyak pengalaman...kena usaha lagi next sem. yg penting kena bijak pilih subject. dan usaha tanpa henti. bukan tunggu nak habis sem baru terhegeh2 nak study bagai..peringatan buat diri sendiri....
tahun depan kena kurangkan berjalan..tahun nie asyik berjalan je kerjanya..cuti pun dah nak habis....
emmmm ummi kena kuat sebab mereka ini...:)
No comments:
Post a Comment