Nuffnang Ads

Monday, November 28, 2011

Sudah Mula Bosan...

Baru nak masuk 5 hari

saya dah mula bosan duduk rumah

buat kerja sana buat kerja sini

tak tahu nak buat apa dah

nak rehat pun bosan jugak

nak datang ofis buat kerja masih dalam MC

nak pergi jalan2 husband pulak kerja

nak layan tv, macam dah tak larat mata dah

nak balik kampung takut bosan sebab takde astro...

last2 buat2 bodoh je la kat rumah sendiri....

(entry pening kepala..dan buhsan yang amat...)

Friday, November 25, 2011

Pengalaman D&C...

Awal pagi 24/11/2011, sudah bangun siapkan anak2 ke sekolah. ummi hanya berdiam diri sambil buat kerja mengemas rumah, mungkin stress barangkali. lebih baik diam daripada berkata2. ayah pun senyap je macam tahu apa yang bergolak dalam hati si ummi. ummi kemas rumah, sapu halaman rumah, lipat baju, susun baju...akhir sekali packing barang ke hospital. sambil tu, sempat juga breakfast sebab start pukul 8.00 pagi ummi disuruh berpuasa makan. nasib baik minum boleh. budak2 sudah selamat dihantar ke sekolah oleh ayah.

Pukul 9.45 pagi, setelah bersiap ummi singgah sekejap di ukm submit borang permohonan sambung master (online application-banyak songeh betul. dah submit borang pun sibuk nak suruh ber online bagai). Rupanya Pusat Pengurusan Siswazah dah bertukar building. cantik tapi kosong dan sepi je...agak menakutkan...heheh..risau gak dalan hati..kot2 borang permohonan ummi termissing ke..bahaya tu...

Lepas submit borang, ummi terus ke azzahrah. nasib kami baik hari tu sebab parking macam dah direserved..maklumlah azzahrah tu susah sikit nak dpt parking. sampai kami dalam pkl 10.45 pagi. Dr suruh masuk ward pukul 11.00 pagi. Lama juga urusan pendaftaran ward berlangsung, nurse beritahu ward penuh.uisshhh,....padahal dah reserved dah bilik single. yang ada pun nurse kata bilik double tapi patient lelaki laks....so, ummi insist juga nak bilik single sebab plan kami nak bermalam beramai2 di hospital sahaja. akhirnya ummi ditempatkan di labour roon memandangkan labour room tak ada orang. rasa sedih je bila masuk labour room, nampak semua perkakas nak bersalin...kalau ada baby kan best...hehhe...nurse semua tanya dah berapa bulan, kenapa miscarriage..ummi layan perasaan je..mula2 rasa nak bersendiri dalam labour room, akhirnya ummi mengalah minta nurse panggil ayah walaupun pada hakikatnya tak mengubah apa2 pun kalau ayah ada kat situ.

pukul 11.15 pagi, nurse suruh buang air kecil sebab nurse akan masukkan ubat 2 biji melalui vagina. hah,,,yang ini part paling tak best. agak ganas bidan tua ini buat kerja. mungkin dulu pernah jadi bidan gomen..tidak berapa friendly, tapi nurse muda2 lain memang baik...ummi suka. ubat tu untuk buka pintu rahim dan lembutkan rahim supaya mudah proses d&c nanti. selama 1 jam ummi tidak boleh bergerak, mulanya tak dpat tido sebab terganggu dengan suhu yang terlalu sejuk dalam labour room tu,..menggigil2 ummi. nurse datang selimutkan. pukul 1.30 macam tu, nurse datang lagi kali ini bawak jarum na cucuk kat tangan untuk masukkan ubat pelali. yang ni juga mencabar sebab urat ummi terlalu halus sehingga sukar untuk dicari. di tepuk berkali2 tak juga timbul. akhirnya selepas 2 kali percubaan baru berhasil. sakitnya tak terkata sebab rasa dekat sangat dengan tulang...

pukul 2.15 macam tu, dr datang bersalaman dan bertanya khabar. Dr noraini kata dr akan masukkan ubat tidur melalui jarum di tangan ummi. ummi nampak team nurse dah mula ready alatan d&c, seriau lak nampak. Dr noraini jab 2 kali ubat tidur. Sebelum jab pertama, Dr suruh mengucap dan selawat tarik nafas dalam2. tapi ummi macam dah tak berapa sedar semasa jab kali ke 2...terus hanyut...sedar2 pukul 4.20petang. masa tu nurse kata sarung tudung sebab nak ditolak ke dalam ward. ummi memang lalok sungguh. terus tanya bila nak buat d&c..ooh...rupanya sudah siap proses d&c...hehehhe...nurse tu kata puan tidur jela ...memang normal rasa pening dan lalok, kesan ubat. ummi ditolak masuk ke dalam ward. Ada seorang pegawai ward datang dan bacakan doa penyembuh penyakit. terharu dalam lalok..aminkan sahaja yang larat dengan mata terpejam. tanya pun pelik2 je pada pegawai ward tu tapi yg lawaknya sempat lagi tanya nama sapa...hehhe..tak lama lepas tu, ayah datang dan cakap banyak benda..sumpah ummi tak ingat langsung apa yang ayah cakap...ummi cuma angguk2 kepala je..badan ummi gatal2 tak tahu kenapa..kesan ubat mungkin.

Tapi walaupun dalam keadaan separa sedar tu, sempat juga pesan kat ayah amik budak2 kat sekolah. tak lama lepas tu mereka sampai. dengar suara mereka terus ummi rasa sungguh sihat. sihat sangat bila dengar abang cakap, ummi rehat je dulu ye...nanti baru abang cakap dengan ummi..tersentuh sangat. adik pula terus baring sebelah ummi, kami berkongsi katil seolah2 tak mahu berpisah. Baru ummi ada selera nak makan walaupun rasa nak makan daripada pukul 12.00 tghr lagi...

Nurse datang setiap 4 jam untuk periksa blood pressure dan suhu badan. nurse suruh makan ubat tahan sakit, antibiotik. alhamdulillah tak sakit..ummi lebih banyak habiskan masa kat atas katil. nasib baik budak2 tak lasak sangat sebab ralit main game thomas di lap top. pukul 10.30 kami dah mula tido.

Pagi2 lagi ayah dah g tanya nurse bila boleh keluar. akhirnya tepat kul 10, kami boleh discharge. Ummi dibekalkan antibiotik, ubat tahan sakit dan multivitamin. sampai di rumah, ayah dan mak dah ada. Alhamdulillah semuanya berjalan seprtimana diharapkan. Tiada yang terlalu teruk yang ummi alami. Doakan ummi cepat sembuh dan boleh berkerja semula.. Upss lupa, nak bagitahu ummi mc 14 hari ye...wah..lama betul. dapat rehat lama2...tapi rasa bersalah pulak kat ofis sebab orang lain kena cover kerja kita. harap2 mereka paham, ini hari kita ,,,esok lusa kita tak tahu. bersyukurlah dengan kesihatan yang dikurniakan Allah. satu nikmat yang besar yang perlu disyukuri oleh kita.

Wednesday, November 23, 2011

Ectopic Pregnancy =Operate atau Molar Pregnancy= D&C

Saat ini barulah ummi rasa sedikit kuat untuk bercerita di sini. Last friday, seperti yg telah dijanjikan ummi buat check up sekali lagi. Terkejut sebab walaupun bleeding dah berhenti tapi masih berbaki, malah rahim menebal seperti ummi benar2 pregnant, cuma bezanya tiada karung dan tiada heartbeat. Kalau ikut kan due date, dah nak masuk 8 minggu. Mulanya Dr Fazlina cadangkan untuk D&C, tapi dia rasa tak confident dan minta ummi buat upt test. Apa yg pelik, uot test masih double line yg clear, kalau miscarriage Dr Fazlina kata line akan menjadi blur. Tapi lain pulak jadinya. Dr terus suspect ectopic pregnancy=luar rahim. Dr buat vaginal scan dan nampak ada fluid di belakang rahim tanda2 ectopic. Dr ubah decision, dia minta ummi ambil darah 2 kali untuk baca reading selepas 48 Jam. Ikut Dr kalau betul2 ummi pregnant dalam rahim, reading akan menjadi double dalam tempoh 48jam, tapi jika kurang dari double, menunjukkan ectopic dan perlu dikenalpasti di mana ia berada dan perlu dibedah.

22/11/2011, ummi sekali lagi check up dan result reading darah dah kuar. RESULT x double=ectopic. vaginal scan repeated untuk cari di luar rahim, tetapi gagal. So, Dr Noraini (ganti Dr Fazlina bercuti) cadangkan untuk undergo D&C dulu, baru tengok resultnya macam mana. Kalau masih upt double line dan bleeding, akan undergo prcedure lain...risaunya. Dr nampak ia dalam rahim tapi katanya molar pregnancy = kehamilan anggur. Dr suggest untuk buat D&C Khamis 24/11/2011 iaitu esok...esok pagi2 ummi kena berpuasa jam 8.00 pagi dan kena warded pukul 11.00 pagi dan masuk OT pukul 3.00 petang. sapa tak risau, ummi risau banyak benda dengan kerja ofis yang tetiba datang time ummi nak MC panjang, meeting dan coming bengkel dan kursus....rasa bersalah dengan semua orang di ofis. Ummi cuba untuk nampak steady dan calm, tapi ummi tak berdaya untuk lebih kuat, tertekan dengan banyak benda, keluarga, tanggungjawab kerja dan banyak lagi...akhirnya air mata tumpah juga. tapi satu semangat baru wujud selepas itu, betul juga orang kata menangis boleh release tension. Saat ini ummi masih bleeding.

Risau bila result lepas D&C perlu operate pula. Ummi doa agar semuanya berjalan lancar esok dan resultnya turns to be a good one. Please pray for me everyone. Tekanan paling hebat untuk tahun ini di saat ummi nak sambut Anniversary yang ke 5 pada 1 Disember 2011 ini. Insya-Allah ummi akan update lagi lepas D&C. Buat anak2 dan suami, ummi perlu kuat untuk kalian semua....maafkan ummi sekiranya ummi tak sempurnakan tanggungjawab dan amanah untuk kalian....:(

Sunday, November 20, 2011

Zhafran Cabut Gigi

z

Jumaat baru ni tanggal 18/11/11, hero ummi seorang tu ada appointment di Klinik Pergigian Paediatrik, Hospital Serdang untuk cabut gigi. sebelum ini gigi dia memang ada masalah yang agak kronik, ikut kata dr pakar sebabnya selalu menghisap susu botol sehingga tidur pada waktu malam. silap ummi juga dulu, tak concern benda2 tu semua. nak kata suka makan gula2 manis, coklat atau aiskerim, memang ummi bagi dia makan hampir 2 tahun. tapi gigi dia memang rosak awal. so, sebelum lagi teruk, dan memandangkan pernah bengkak gusi sekali baik ummi cepat2 bawa ke klinik gigi untuk rawatan.

memang risau sangat takut zhafran tak boleh bekerjasama semasa sessi cabut gigi berlangsung. dahla pagi2 kena puasa tak boleh ambil apa2 minuman dan makanan sebab dr akan beri ubat mengantuk untuk melalikan zhafran. sampai di klinik, ada beberapa kanak2 lain yang menunggu appointment untuk diberikan ubat pelalian tidur. zhafran giliran yang ke 4. zhafran masuk timbang berat..memang dia tak takut apa...mentang2 dr nik tu cantik dia jadi malu2 je ngan dr tu...gatal!...

lepas amik berat dr bagi ubat orally. then dia selimutkan zhafran dan baringkan di atas katil...terkebil2 juga mata zhafran untuk mula tido. memang dah mengantuk tapi masih nak buka2 mata...at last lepas 5 minit macam tu, tidur juga dia..sampai berdengkur.. sedang tunggu gikiran tu, giliran pertama telah dipanggil untuk sessi cabut gigi. Ya-Allah, budak tu punyalah menjerit menangis sampai keluar bunyi nya...lantang sungguh..terus berdebar2 ummi, macam mana la zhafran nanti...zhafran kalau menangis confirm muntah....wah...risaunya tak terhingga...

giliran kedua dan ketiga juga telah dipanggil, masih kedengaran suara tangisan dan jeritan kuat dari kanak2 ...zhafran masih tidur, dan akhirnya tiba giliran zhafran, boleh pulak dia bangun time tu. ummi dukung zhafran sampai ke bilik rawatan dan dr suruh ummi baring sekali dengan zhafran. kaki ummi perlu silang untuk elakkan zhafran meronta. tangan zhafran juga dibalut dengan selimut. dr mulakan memberi ubat bius dan injection, alhamdulillah zhafran budak yang baik dan kuat, tiada tangisan atau jeritan yang keluar dari mulut zhafran cuma semasa injection, ada juga dia angkat kaki sikit mungkin tahan sakit...sessi cabut gigi terus berjalan dengan baik sekali diiringi pujian melambung2 dari dr dan nurse di sekeliling ummi dan zhafran..heheheh...

sebab zhafran baik dan beri kerjasama yang baik, dr bagi sticker gigi pada zhafran..tersengih2 dia...lepas tu kami amik ubat dan balik..kenangan yang best bersama dr gigi ..

Monday, November 14, 2011

Cameron Highlands kali ke 2 utk tahun 2011..

esok hingga khamis ummi akan ke cameron highlands ada bengkel di sana. pergi seorang diri sahaja, tapi takpe macam satu cara release stress dgn apa2 yg jadi lewat hari kebelakangan ini. Walaupun sedang dalam proses healing..tapi since Dr Fazlina bagi green light untuk ummi pergi attend kursus itu, maka ummi dengan yakin nya pergila esok. untuk tahun 2011 ini adalah kali ke dua ummi pergi cameron. hari tuh bersama anak2 dan suami. seronok!..baru je ajak ayah g cameron tapi ayah kata bahaya sebab musim hujan..at last dapat jugak ummi g cameron..sebenarnya dalam hati dah pasang niat nak membeli sayur dan jagung....rasa teringin sangat nak makan jagung manis...macam masih terasa2 dalam mulut jagung manis cameron highlands yg jiran bagi bulan lepas.....doakan ummi sihat-sihat sahaja di sana dan selamat kembali sebab 18 November ini appointment zhafran dengan doktor gigi di Hospital Serdang dan appointment ummi dengan Dr Fazlina di Azzahrah....

tahun ini penuh dengan bengkel dan kursus... 9-11 Dis akan ke Langkawi pula...21-23 pula ke Gambang...alhamdulillah berpeluang ke sana ke mari...tahun depan takut kurang berpeluang nak hadiri bengkel sebab dah mula sambung belajar...ok nanti kita sambung lagi lepas ummi balik dari bengkel ye..thanks to abah dan mak tolong jaga cucu2 masa ummi tak ada....

Hamil?..

Entah di mana nak mula tahu pulak. perasaan pun campur baur..rasa sedih, terkilan, sedikit risau, sayang, stress semua ada. Rezeki tu benar tidak dijangka. Ummi disahkan pregnant semasa 1 hari sebelum menjelang raya haji baru ini, bila kira2 dah hampir 6 minggu. Rasa memula macam pregnant sebab lewat period dan sentiasa mengantuk. loya2 macam tak berapa ada. lepas habis cuti raya haji, ummi naik kerja mula sakit2 perut dan hari khamis lepas bleeding diikuti stain. memang sakit pada mulanya. tapi pagi jumaat sakit mula reda dan ummi terus pergi jumpa pakar o&g Dr Fazlina.

Kalau ikut due date memang jatuh masa semester break semester depan. terharu je rasa sebab cantik pulak planning. tapi bila fikir ada 2 flight travel tahun depan waktu tengah sarat rasa seungguh sedih sebab tak dapat nak join holiday. waktu tu pikir macam tu kejam sungguh. sungguh tidak adil pada nyawa kecil yang baru nak bertamu dalam rahim ummi.

Scan awal pagi di azzahrah menunjukkan proses pembentukan janin tidak menjadi. 6 minggu sepatutnya sudah boleh nampak heartbeat, tapi size pun memang terlalu kecil tidak seperti munggu yang tercatat di due date sebenar. mungkin Allah itu sebaik2 perancang. memang sedih pada mulanya, sebab abang2 dah mula cium perut ummi sayang baby kata mereka. sayu sangat hati bila zhafran tanya mana baby...abang nak cium baby gurl, confirm jek kali ni baby gurl, tapi kalau betul ummi la paling sedih sekali...kalau ikutkan memang tak ready lagi nak beranak kecil dengan keadaan ummi nak sambung belajar. memang plan nak amik injection perancang keluarga this month tak sangka pula lekat. rezeki Allah nak bagi kita tak jangka, dan bila Allah nak tarik rezeki tu bila2 saja. Ummi bersyukur walaupun hanya 6 minggu sahaja ia bertamu didalam rahim ummi, sekurangnya ummi rasa kehadiran nya. Mungkin silap ummi juga, terlalu lasak, maklumlah ummi beranak dua yang lasak, minta didukung tak sampai hati tak dituruti, angkat barang berat di awal kelahiran, Badan pula sihat sentiasa tak rasa seperti sedang hamil, dan pengambilan jamu dan ubat di awal kelahiran, waktu itu ummi tidak sedar sudah lekat.

Ayah kata mungkin belum rezeki mereka nak dapat adik lagi. Biarlah semuanya reda dahulu. Badan juga perlu rehat. Untuk tahun 2011, ini adalah keguguran ke 2 untuk ummi. pertama pada awal tahun lepas dan ini yang kedua. mungkin ini petanda ummi perlu lebih berhati-hati menjaga kehamilan pada masa akan datang. bila ditanya pasal apa yang ummi rasa, baru ummi tahu inilah perasaan kawan ummi HUSNI...("bertabahlah sahabat..semuanya telah dirancang dengan sebaik-baik perancangan oleh Allah)

saat ini, ummi masih bleeding. Dr fazlina kata biar ia discharge sendiri dan next appointment Jumaat ini untuk scan. sekiranya masih ada berbaki, akan dnc..risau nya tak tahu nak kata...doakan yang baik2 sahaja ye kawan2 sekalian. Doakan saya ada rezeki untuk beroleh cahaya mata lagi selepas saya habis belajar. Saya sungguh takut tidak berkemampuan untuk menguruskan anak2 dan diri sendiri sekiranya ada anak kecik yang perlukan perhatian. Saya mahu bertindak adil untuk kesemua anak2 saya dan juga untuk suami. saya akan rasa sangat kesal sekiranya tanggungjawab tidak dapat dijalankan dengan sempurna mengikut kaca mata saya sendiri. Tapi saya takut sekali sekiranya Allah murka kepada saya dan tidak mahu lagi dikurniakan rezeki ini pada masa akan datang. Selfish kah ummi?...tapi niat ummi bukan seperti mahu menolak perancangan Allah. Tapi ummi mahu bersikap adil kepada anak-anak dan keluarga itu sahaja. Doakan yang baik2 sahaja untuk ummi. Doa kalian amat ummi harap...terima kasih in advance...

Thursday, November 3, 2011

Selamat Bercuti Raya Haji...

Actually kan malam ni ummi akan pulang bercuti (tanpa suami) uhuk uhuk...bersama anak2 di muar. cuti tak lama pun..esok pun amik cuti sbb sekolah budak berdua nie tutup...lama tuh tutup sampai rabu depan..khamis baru bukak balik..nasib ummi baik dan selamat juga cuti ummi yang nak carry tahun depan..sebab ayah pulak cuti..nampaknya giliran ayah pulak jga mereka berdua..hihihi....

lama jugak kami tak balik kg,...rasanya last time raya puasa agaknya...entah ek lupa laks...tapi sebab mak ngan abah selalu datang sini tu yang tak rasa sangat...kali ni ummi dah plan nak amik alih tugas masak memasak..so, mak dok diam je...budak2 biar pakngah dan busu dia take over...keh keh....bila lagi nak tunjuk terror memasak kan..keh keh....

selasa dah kerja balik pun...buat apa cuti lama2...pening kepala gak...alhamdulillah dokumen dan borang permohonan sambung master telah pun selamat dihantar dan kata CC UKM tu insya-Allah Januari depan keluar la result, Feb registration...wah...berdebar2 u nak jadi student balik..masa hantar borang hari tuh sempat gak round ukm tau..tapi tak jumpa laks mana 1 fakulti undang-undang nya..ish...macam tak berapa best nak menyebut fakulti..biasa sebab kulliyyah.....hohoo...teringat uia laks...hehehhe....

sekarang hari2 masak..tahun dpn mungkin ada miss la hari memasak sebab anak2 kena dok rumah jiran sementara ummi g kelas pulak...mesti penuh giler masa dengan aktiviti menguruskan diri, anak2, kerjaya dan study..maklumlah boleh dikatakan hampir 80% urusan saya buat sendiri...aci tak cakap macam tu?..tapi kan ummi puas buat semuanya sendiri. kalau ada bantuan dari cik hubby rasa sungguh terharu...ni bukan sessi mengungkit pun...just ingatan dan kenangan sebagai ummi bekerjaya...seronok sebenarnya..tapi normal la kan ada masa kita terlalu penat..dan ummi selalu elak benda tu berlaku sebab takut anak2 jadi mangsa jeritan batinku...selalu menjerit je la, bila time anak2 bergasak sama sendiri..walaupun bergasak selalu ummi tahu mereka berdua amat menyayangi satu sama lain....

oklah stop dulu kat sini..sekarang ni tak punye masa nak update blog selalu macam orang lain..entry pun bosan je takde gambo..sebab nya selalu rasa bukan ada orang baca pun kan...tapi ape2 pun blog ini dicipta bukan untuk orang lain baca pun kan..untuk kenangan diri sendiri dan anak2 bila tiba saat mereka boleh membaca kan....tahun depan tak tahula agaknya setahun 1 entry je kot yang mampu di post....

ok kawan2..selamat bercuti semua...selamat hari raya haji....