Nuffnang Ads

Wednesday, April 20, 2011

Usai sudah bengkel MBfPC 9,10, 16 & 17 April 2011

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas peluang dan rezeki yang dilimpahkan. Kerana dengan keberkatannya dapatlah ummi menjalani bengkel selama 4 hari di Bangi bermula 9-10 dan 16-17 April baru2 ini. Terima kasih tidak terhingga atas keizinan yang diberikan oleh ayah dan bersusah payah menjaga hero2 ummi ketika ketiadaan ummi. Sejuta kemaafan untuk hero2 ummi atas hutang masa bersama kalian. Kalian doakan apa yang ummi perjuangkan ini diberkati dan dipermudahkan. Insya-Allah ummi tebus balik hutang masa ummi tu ye. Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Hajjah Mariam yang telah membantu ummi menjaga mereka sepanjang ummi berbengkel MBfPC dan juga Retreat Kajian Semula Undang-Undang 11-13 April.

Bengkel MBfPC ini bermula dengan episode kesakitan. Namun begitu, ummi gagahkan juga untuk hadiri memandangkan telah lama menunggu untuk capai impian yang satu ini. Seminggu sebelum Bengkel MBfPC ini, ummi dikejutkan dengan khabar yang gembira pada mulanya. Ia bermula selepas ummi balik honeymoon di Cameron Highlands dan Pangkor. Ada sedikit perubahan berlaku pada diri ummi, afnan mengamuk2 tak tentu pasal, bila menyusu seakan tidak puas. Ummi masih mengepam pada ketika usia afnan menjengah 26 bulan. Tapi output yang ummi dpt hanya sekitar 2-3 oz per sessi. Selepas seminggu berlanjutan, ummi gagahkan diri untuk menguji kehamilan. Ya-Allah ada 2 line yang timbul, tapi satu line lagi blur2 gitu. Terkejut sebenarnya, sebab ummi belum lagi didatangi period. Setelah ditanya dan di google, memang ada kemungkinan untuk pregnant terus walaupun ummi tak datang period lagi dalam tempoh penyusuan ini.

Ummi pergi berjumpa Dr dan masih ada 2 line timbul, dan Dr nasihatkan datang 3-4 minggu lagi untuk scan. Bermula saat kesakitan dan ketidak laratan (ada ke ayat ini..belasah je la). Muntah, loya, sakit pinggang, kalau ikutkan memang tak larat nak nyusukan afnan. Tapi sian punye pasal, afnan disusukan juga. Masuk minggu ke2 selepas ujian kehamilan itu, 2 hari berturut2 ummi didatangi spotting. So, ummi nekad untuk tidak menunggu 3minggu lagi untuk scan. Terus ke azzahrah berjumpa o&g ummi. Hari tersebut, darah keluar dengan banyaknya. Mula2 Dr fazlina tak benarkan buat ujian kehamilan since pendarahan yang banyak. Dia suggest scan di perut, Tak nampak apa2..so apa lg dia kata buat transvaginal scan la. Part ni yang seriau ..mana tak dah 2 tahun ummi tak melalui scene seluk menyeluk2 ni…hahhah…relakan sahaja la. Apa yang Dr fazlina bagitau, dinding rahim tebal dan tiada apa2-CLEAR. Untuk sahkan keadaan masa itu, dia suggest buat test kehamilan sekali lagi. Then, RESULT nya adalah NEGATIVE. Tak tahu nak digambarkan perasaan ketika itu, campur baur. Pertama agak SEDIH, sebab macam dah terbayang2 ada baby kecik hujung tahun ini atau awal tahun depan. Kedua PASRAH- mungkin belum rezeki lagi.

Kalau ditanya sama ada ummi sudah bersedia untuk tambah ahli keluarga. Memang teringin tapi bila melihat faktor sekeliling dan lihat kemampuan FIZIKAL DAN MENTAL ummi untuk menguruskan ANAK 3 ORANG, macam ragu2 dengan capability sendiri. Kalau la ayah kerja tak shift dan balik lebih kurang masa ummi balik ofis, (tak baik kan kalau kata KALAU-macam tak bersyukur pulak), ummi ok jer kalau tambah seorang lagi. Sungguh takut untuk menghadapi malam tanpa suami, tatkala anak2 sakit perlukan perhatian, dengan kudrat ummi yang seorang ini, tambahan lagi kalau ummi yang seorang ini pula sakit. Tak terfikir bagaimana la perasaan ummi ketika itu. Sekarang ni belum melalui saat itu, prediction je la. Mungkin kalau tiba saat itu, ummi punya kekuatan kan… Allah sahaja lah tempat ummi bergantung.

Tapi apa yang ummi boleh simpulkan, Allah Maha Mengetahui Segalanya dan Dial ah yang menentuka Segalanya mengikut kemampuan Hamba-Nya. Selepas sessi rawatan jiwa ini berlangsung, ummi masih mampu tersenyum dan menjalani hidup seperti biasa. Afnan pun dah tak meragam. Cuma sedih juga bila ketikanya zhafran bertanya “ummi, dalam perut ummi ada baby ye?”. Terkejut kan bila zhafran juga ada instinct. Dia menambah “banyak adik, sini adik (tunjuk afnan) situ adik (tunjuk perut ummi). Sungguh bijak-walaupun tak minum susu ummi lama (perlu ke statement ini-hahahha). Seminggu ummi menahan kesakitan sehingga berlanjutan time bengkel MBfPC.

Alhamdulillah berjaya juga complete kan course 24 jam…antara gambar2 yang dapat dicapture sepanjang bengkel....

PC2 yang telah ditauliahkan bersama2 Puan Kamariah & PCPA yg lain...GRADUATED!! (credit to ziemah's blog)

belle dan ummi posing tak hengat..(credit to ziemah's blog)

bersama Puan Kamariah-dapat sijil!


group discussion-beriye sebab nak kena present!

Puan Kamariah, gali ilmu dia sedalam-dalamnya

menang pertandingan-dapat cenderahati ini!

2 comments:

  1. waaa..lupa nak tepek sijil..xpe..sok aku tepek sijil..haha..

    ReplyDelete
  2. tula...takpe2..leh update lagi keh keh

    ReplyDelete