Nuffnang Ads

Thursday, April 28, 2011

The Womanly Art of Breastfeeding & Making More Milk

tajuk entry ini adalah antara buku yang ummi sedang baca. actually ummi dan zimah ni sedang bertungkus lumus prepare untuk conduct 1 SGM (Support Group Meeting for Breastfeeding) yang ala-ala santai saja di ofis, memandangkan kami memikirkan keperluan mangadakan group meeting ini supaya dapat menyumbang sesuatu untuk rakan2 di ofis. ramai sebenarnya yang berminat dan menceburkan diri dalam bidang penyusuan ini. alhamdulillah satu fenomena yang bagus dan sihat. seronok bila sudah ramai yang mengangkut pam ke ofis. tandanya mereka bersedia berkorban masa dan tenaga untuk memberikan yang terbaik untuk bayi masing-masing.

bercerita pasal buku ini, ummi baru mula membaca text book Making More Milk sebab untuk SGm kali ini kami memfokuskan kepada issue breastfeeding management di mana kami akan cuba membantu ibu-ibu menyelesaikan halangan yang mereka hadapi terutamanya untuk mengatasi halangan low milk supply, slow weight gain, dan juga berkongsi pengalaman dan ilmu untuk menguruskan ebm dll. lebih kepada basic things. walaupun basic, tapi kalau kita belum get used to it, ianya tentu lah asing kan?..maka peranan kami sebagai PC sebagai penyokong dan pembantu menyelesaikan kegusaran dan kerisauan ibu-ibu di luar sana agar mereka lebih yakin untuk menyusukan bayi mereka dengan susu mereka sendiri yang dicipta khas oleh Pencipta kita.

text book Making More Milk ini mengupas faktor low milk supply, mencari penyelesaian terbaik untuk menambah produksi susu dan belajar maintain produksi ketika berjauhan dengan bayi. semoga ummi punya masa yang cukup masa untuk membaca buku ini dan bersedia untuk berjumpa ibu-ibu esok. tak tahu mana bagaimana respons tapi ummi berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar. Insya-Allah, selepas SGM ini, ummi akan buat report untuk dihantar kepada MBfPC.

Jom, kita tengok buku yang ummi sedang baca....


buku Making More Milk ditulis oleh Diana West & Lisa Marasco (IBCLC)
Womanly Art of Breastfeeding ditulis oleh Diana West, Diane Wiessinger & Teresa Pitman

bagus bangat!

wah, nak share nie ummi baru je try Silkygirl Hydra Clean Makeup Remover...sebelum ini belum pernah cuba mana-mana makeup remover tau..gila jakun kan?..tapi tak kira nak share jugak..dulu puas le ummi nyental2 mata sampai merah2 sebab tak hilang eye shadow. semalam try, wah sepantas kilat semuanya hilang...mudah bangat...efficient sungguh...kenapa la ummi tak beli dari dulu kan senang ...memang berguna bila kita tengah nak rushing buat kerja, nak solat....suka sangat..so gentle on skin as well...i like!

I LIKE!!!

Saturday, April 23, 2011

Mitos Penyusuan

Ummi nak share Mitos Penyusuan. Jom kita tengok satu persatu:-

Mitos 1

Sesetengah susu formula lebih baik daripada susu ibu kerana susu formula mempunyai vitamin tambahan dan zat besi

Fakta:


  • susu ibu tidak boleh ditiru

  • sesetengah vitamin tambahan dan zat besi di dalam susu formula boleh mendatangkan bahaya kepada bayi

Mitos 2

Bayi yang menyusu susu ibu hendaklah disusukan berdasarkan jadual yang sama dengan bayi yang menyusu formula

Fakta:


  • susu ibu sedia untuk dihadam

  • penyusuan susu ibu memenuhi keperluan emosi bayi dan juga keperluan nutrisinya

Blog Pun Ada Virus!

Wah...ramai betul sekarang berminat nak belajar buat blog dan hasilnya semua dah ada blog sendiri..hehhehe...selepas ber knowledge sharing semalam, ramai yang telah berjaya ber blog!..kepada ayu dan ina, lepas nie jgnla leka ber blog je..kerja jgn di lupa..beri keutamaan kepada kerja di ofis dulu..ada masa free, time lunch boleh menulis..mind both of you, ber blog nie macam dadah tau...nanti dah ter addicted haru!..

ok, just wanna wish both of you, happy blogging and welcome to our club, bloggers!

Friday, April 22, 2011

Info tentang Penyusuan

Ada beberapa info yang ummi dapat daripada Bengkel MBfPC baru2 ni. Antaranya:-

Persoalan Pertama

Sama ada expressed breast milk boleh diberikan kepada bayi untuk diminum sekiranya ibu/bayi dijangkiti thrush?

sebelum itu, mari kita lihat apa itu trush?

Source of Article : www.babycenter.com

What is it?

Thrush is a common and harmless yeast infection in a baby's mouth that can affect your nipples during breastfeeding. Yeast is a normal part of everyone's digestive system, but when there's an overgrowth, an infection sets in.

Many infants first come in contact with yeast as they travel down the birth canal (you can have a vaginal yeast infection during pregnancy and not be aware of it). After your baby is born, or during labor and delivery, antibiotics taken by you or your baby can trigger a case of thrush. That's because antibiotics, which get into your breast milk, kill off "good" bacteria that keep yeast in check.

So, for example, a baby delivered by c-section can develop a yeast infection if his mother is given antibiotics right after surgery. Similarly, antibiotics given to moms during labor for group B strep can also set the stage for an infection.

Your baby can pass thrush on to you, so it's important to seek treatment for yourself and your baby at the same time. Otherwise, you may pass the infection back and forth.

Sometimes it's hard to pinpoint any one cause of thrush. Some women and babies are simply more susceptible than others to yeast. It thrives in warm, moist, sugary environments, and that's exactly what your baby's mouth and your nipples provide during nursing.

Some common signs of a yeast infection in nursing mothers are:

  • itchy, pink, red, shiny, or burning nipples (may be cracked) (Note that pink, tender nipples can also be a sign of a bacterial infection, or dermatitis, which should be diagnosed and treated by a dermatologist.)
  • deep, shooting breast pain during or after feedings
  • a vaginal yeast infection

Most young babies have symptoms, but older babies might not. Those who do may:
  • have white patches on the inside of the lips and cheeks that look like cottage cheese and aren't easily washed off. If you notice a white coating on your baby's tongue but nowhere else, it's probably just milk residue.
  • cry when nursing or sucking on a pacifier or bottle. The white patches mentioned above may be painful and make feeding uncomfortable if the infection is severe.
  • have raised, patchy bright or dark red diaper rash with distinct borders. Small, red spots frequently appear around the edges of the main rash. The affected area is red and may be tender or painful, and the rash can creep into the folds of skin around your child's genitals and legs. It almost never appears on the buttocks.
untuk kefahaman yang lebih mudah, thrush ini terjadi di dalam bahagian mulut bayi dan boleh berjangkit kepada breast/nipple ibu. ia berbentuk putih-putih berada disekitar dalam mulut bayi.

Persoalan sama ada selamat atau tidak ebm dari si ibu yg dijangkiti thrush ini untuk diminum oleh bayinya. Jawapannya:

1) Susu yang baru diperah (fresh) boleh diberikan kepada bayi DENGAN SYARAT ibu sedang dalam rawatan (on medication)

2) Ebm yang dibekukan tidak digalakkan untuk diberikan kepada bayi kerana ebm tersebut ditakuti contaminated dengan yeast yang datangnya daripada thrush.


Persoalan Kedua

How long colostrum will last?

Colostrum biasanya akan keluar bergantung kepada badan si ibu. Ada yang terus keluar dan ada juga memakan masa berhari2. Walau bagaimanapun, colostrum berakhir 2 hingga 4 hari sejurus selepas ia keluar untuk kali pertama.

Persoalan Ke tiga

Bagaimana untuk mengenal pasti Nursing Strike?

Apa itu Nursing Strike?

Source of Article : kellymom.com

Nursing Strikes

When babies abruptly stop nursing, it's a nursing strike - not weaning. Babies rarely wean on their own before 18-24 months, and self-weaning is almost never abrupt.

Will baby nurse while asleep or just waking up? This is usually one of the best times to try. You also might try nursing lying down or while walking around. See also the tips at the top of this page for persuading baby to nurse.

As long as baby is not nursing as often as before, you'll want to express milk to maintain your supply, stay comfortable, and reduce the risk of plugged ducts and mastitis.

Mengikut text book Womenly Art of Breastfeeding nursing strike berlaku bila bayi tiba-tiba enggan menyusu secara terus daripada ibunya. ia berkemungkinan berlaku atas faktor-faktor berikut:

1) susu si ibu berubah rasa contohnya si ibu mengandung. Kerana susu ibu mengandung, rasanya mengikut kajian bertukar rasa;

2) bila berlaku perpisahan lama antara si ibu dan bayi. Bayi seakan merajuk dan ia memerlukan masa dan menuntut kesabaran untuk ibu memujuk bayi untuk kembali menyusu seperti biasa.

3) juga boleh berlaku bila bau si ibu bertukar. contohnya si ibu bertukar perfume, bau si ibu yang asal telah tiada. ini juga boleh menyumbang kepada keadaan ini;

4) bila bayi mahu tumbuh gigi atau sakit. bayi mungkin tiba-tiba tidak mahu menyusu terus dari ibunya. ini bukan memberi tanda bayi sudah mahu wean off dari ibunya;

5) bila si ibu lambat pulang kerja. bila si ibu biasanya pulang kerja pukul 6.00 petang. tetapi ada satu hari ibu terpaksa pulang selepas pukul 8.00 malam. jika keadaan ini berulang, bayi mungkin merajuk dan tidak mahu menyusu terus dari ibunya;

6) adakalanya, bila bayi mula menggigit nipple ibunya dan ibunya memarahi si bayi. bayi mungkin merajuk apabila dimarahi. ini antara sebab menyumbang kepada berlakunya nursing strike.

Cukupla untuk kali ini. Next entry ummi akan share myths regarding penyusuan dan kenyataan yang salah tetapi dianggap betul oleh ibu-ibu.

Tunggu ya!

Thursday, April 21, 2011

Bukan Senang..

Ummi saja nak kongsikan serba sedikit apa yang ummi dapat daripada Bengkel MBfPC yang ummi hadiri baru-baru ini. Apa yang ummi boleh simpulkan ialah Bukan Senang...Ya, memang bukan senang rupanya nak jadi Peer Counselor untuk penyusuan ini. Dulu ummi selalu pikir, ala cakap je lah based on experience kan, tak le susah mana...NO NO NO..tak semudah itu rupanya. banyak guidelines yang perlu dipatuhi. Kata2 yang perlu ditapis dahulu. Meh ummi senaraikan Do's and Don'ts sebagai Peer Counselor:-

Do's

1) Fahami dan selami perasaan si ibu (affirm the feeling) kerana tidak semua ibu melalui breastfeeding journey semudah ABC;

2) Respect keputusan ibu sama ada mahu teruskan penyusuan atau berhentikan penyusuan. Tugas seorang PC bukan lah sebagai decision maker tetapi sebagai pembantu ibu-ibu membuat keputusan;

3) Be a good listener. Fahami situasi yang dihadapi ibu, cabaran-cabaran yang dihadapi sebelum mencadangkan apa2 cadangan untuk si ibu overcome cabaran dan halangan yang dihadapi;

4) Know our limitation. Kita sebagai PC bukan pakar di bidang kesihatan. Doktor, Nurse dan Pakar Kesihatan punya role di sini. Ada kalanya cabaran yang dihadapi perlu dirujuk kepada mereka ini. Maka kita kena tahu limitation kita;

5) Sentiasa betulkan niat untuk membantu ibu-ibu dan menjadi penyokong kala ibu menghadapi cabaran. Pastikan mereka tidak berasa keseorangan.

Don'ts

1) Jangan sesekali membuat presumption terlalu awal dengan ibu-ibu yang bermasalah untuk meneruskan penyusuan. Dengar dahulu cabaran si ibu sehingga selesai;

2) Jangan bercakap sesuatu cadangan based on experience sendiri. Ini bagi mengelakkan si ibu bergantung harap keputusan baik merujuk kepada experience yang kita ada. Jika result si ibu menjadi sebaliknya, maka satu tanggapan akan wujud dalam diri si ibu. Hilanglah keyakinan si ibu untuk meneruskan penyusuan;

3) Jangan sesekali mempromosikan sesuatu pam melalui modelnya. Mulakan cadangan dengan cara perahan mermet technique, mudah, ringkas, murah dan tidak menyakitkan. Beri cadangan pam mengikut kesesuaian si ibu mengikut situasi dan keperluannya, bukan bergantung kepada jenis pam.

4) Tidak boleh menerima sebarang bentuk bayaran. ini kerana apa yang diperjuangkan dalam memberi sokongan berbentuk percuma. Nama pun Sukarelawan kan....:)

Inilah antara perkara yang boleh dan perlu dijauhi untuk seorang yg bergelar PC. untuk ibu-ibu diluar sana, jgn rasa kecewa dan rasa gagal bila kita tidak dapat menyusukan bayi selepas segala usaha telah dibuat. Penyusuan ini merupakan satu perjalanan, it is a journey. Tiada istilah gagal dalam penyusuan. Apa yang kita usahakan adalah yang terbaik untuk anak-anak kita. Banyak input yang ummi dapat semasa kursus. Mungkin pada entry akan datang, ummi akan kupas sedikit demi sedikit ilmu supaya dapat menjadi panduan kepada ummi dan ibu-ibu lain yang ummi sayangi di luar sana. Doakan apa yang ummi usahakan ini diberkati dan dilindungi Allah. Semoga Allah permudahkan niat yang murni ini. Amin....

Wednesday, April 20, 2011

Usai sudah bengkel MBfPC 9,10, 16 & 17 April 2011

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas peluang dan rezeki yang dilimpahkan. Kerana dengan keberkatannya dapatlah ummi menjalani bengkel selama 4 hari di Bangi bermula 9-10 dan 16-17 April baru2 ini. Terima kasih tidak terhingga atas keizinan yang diberikan oleh ayah dan bersusah payah menjaga hero2 ummi ketika ketiadaan ummi. Sejuta kemaafan untuk hero2 ummi atas hutang masa bersama kalian. Kalian doakan apa yang ummi perjuangkan ini diberkati dan dipermudahkan. Insya-Allah ummi tebus balik hutang masa ummi tu ye. Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Hajjah Mariam yang telah membantu ummi menjaga mereka sepanjang ummi berbengkel MBfPC dan juga Retreat Kajian Semula Undang-Undang 11-13 April.

Bengkel MBfPC ini bermula dengan episode kesakitan. Namun begitu, ummi gagahkan juga untuk hadiri memandangkan telah lama menunggu untuk capai impian yang satu ini. Seminggu sebelum Bengkel MBfPC ini, ummi dikejutkan dengan khabar yang gembira pada mulanya. Ia bermula selepas ummi balik honeymoon di Cameron Highlands dan Pangkor. Ada sedikit perubahan berlaku pada diri ummi, afnan mengamuk2 tak tentu pasal, bila menyusu seakan tidak puas. Ummi masih mengepam pada ketika usia afnan menjengah 26 bulan. Tapi output yang ummi dpt hanya sekitar 2-3 oz per sessi. Selepas seminggu berlanjutan, ummi gagahkan diri untuk menguji kehamilan. Ya-Allah ada 2 line yang timbul, tapi satu line lagi blur2 gitu. Terkejut sebenarnya, sebab ummi belum lagi didatangi period. Setelah ditanya dan di google, memang ada kemungkinan untuk pregnant terus walaupun ummi tak datang period lagi dalam tempoh penyusuan ini.

Ummi pergi berjumpa Dr dan masih ada 2 line timbul, dan Dr nasihatkan datang 3-4 minggu lagi untuk scan. Bermula saat kesakitan dan ketidak laratan (ada ke ayat ini..belasah je la). Muntah, loya, sakit pinggang, kalau ikutkan memang tak larat nak nyusukan afnan. Tapi sian punye pasal, afnan disusukan juga. Masuk minggu ke2 selepas ujian kehamilan itu, 2 hari berturut2 ummi didatangi spotting. So, ummi nekad untuk tidak menunggu 3minggu lagi untuk scan. Terus ke azzahrah berjumpa o&g ummi. Hari tersebut, darah keluar dengan banyaknya. Mula2 Dr fazlina tak benarkan buat ujian kehamilan since pendarahan yang banyak. Dia suggest scan di perut, Tak nampak apa2..so apa lg dia kata buat transvaginal scan la. Part ni yang seriau ..mana tak dah 2 tahun ummi tak melalui scene seluk menyeluk2 ni…hahhah…relakan sahaja la. Apa yang Dr fazlina bagitau, dinding rahim tebal dan tiada apa2-CLEAR. Untuk sahkan keadaan masa itu, dia suggest buat test kehamilan sekali lagi. Then, RESULT nya adalah NEGATIVE. Tak tahu nak digambarkan perasaan ketika itu, campur baur. Pertama agak SEDIH, sebab macam dah terbayang2 ada baby kecik hujung tahun ini atau awal tahun depan. Kedua PASRAH- mungkin belum rezeki lagi.

Kalau ditanya sama ada ummi sudah bersedia untuk tambah ahli keluarga. Memang teringin tapi bila melihat faktor sekeliling dan lihat kemampuan FIZIKAL DAN MENTAL ummi untuk menguruskan ANAK 3 ORANG, macam ragu2 dengan capability sendiri. Kalau la ayah kerja tak shift dan balik lebih kurang masa ummi balik ofis, (tak baik kan kalau kata KALAU-macam tak bersyukur pulak), ummi ok jer kalau tambah seorang lagi. Sungguh takut untuk menghadapi malam tanpa suami, tatkala anak2 sakit perlukan perhatian, dengan kudrat ummi yang seorang ini, tambahan lagi kalau ummi yang seorang ini pula sakit. Tak terfikir bagaimana la perasaan ummi ketika itu. Sekarang ni belum melalui saat itu, prediction je la. Mungkin kalau tiba saat itu, ummi punya kekuatan kan… Allah sahaja lah tempat ummi bergantung.

Tapi apa yang ummi boleh simpulkan, Allah Maha Mengetahui Segalanya dan Dial ah yang menentuka Segalanya mengikut kemampuan Hamba-Nya. Selepas sessi rawatan jiwa ini berlangsung, ummi masih mampu tersenyum dan menjalani hidup seperti biasa. Afnan pun dah tak meragam. Cuma sedih juga bila ketikanya zhafran bertanya “ummi, dalam perut ummi ada baby ye?”. Terkejut kan bila zhafran juga ada instinct. Dia menambah “banyak adik, sini adik (tunjuk afnan) situ adik (tunjuk perut ummi). Sungguh bijak-walaupun tak minum susu ummi lama (perlu ke statement ini-hahahha). Seminggu ummi menahan kesakitan sehingga berlanjutan time bengkel MBfPC.

Alhamdulillah berjaya juga complete kan course 24 jam…antara gambar2 yang dapat dicapture sepanjang bengkel....

PC2 yang telah ditauliahkan bersama2 Puan Kamariah & PCPA yg lain...GRADUATED!! (credit to ziemah's blog)

belle dan ummi posing tak hengat..(credit to ziemah's blog)

bersama Puan Kamariah-dapat sijil!


group discussion-beriye sebab nak kena present!

Puan Kamariah, gali ilmu dia sedalam-dalamnya

menang pertandingan-dapat cenderahati ini!

Thursday, April 7, 2011

WNW 8408-SAMSENG JALANRAYA!!!

ini entry geram tension kat pemandu kereta Kia Rio WNW 8408. pagi2 lagi sudah bikin mood ummi huru hara..lagilah huru hara sebab pagi2 nie keluar rumah terkocoh2 sebab uruskan mereka berdua sendirian sebab ayah kerja shift malam. dengan afnan menangis nak dok di riba ummi, menangis tak henti2 sampai muntah kat seat sebelah driver..nasib baik abang je yg tak buat perangai...

nak jadi cerita masa ummi dah sampai dekat ngan Coffee Village, mamat gila dan bodoh yang bawak kereta ini telah meng hon kereta ummi tak tahu apa sebab...nak kata ummi lambat tak sangat, tapi nak masuk lane kiri, kereta tu memang ada di lane kiri,..so tunggu lah dia overtake ummi. ummi terus pecut kereta sebab tengok dia buat2 slow pulak kat lane kiri tu. lepas tu tetiba dengan kurang ajar gila bodoh tu terus masuk lane kanan pintas ummi..terperanjat giler ummi dan ummi pun hon yang panjang...terkejut dengan aksi bodoh dan gila pemandu tersebut. lps tu terus dia tekan lampu hazard dan buat2 slow kat depan dan brek2 mengejut...ummi masuk lane tengah malas nak layan orang giler tu, tapi dia ke kanan dok depan ummi....memang betul la dia giler, ummi ke kanan betul lane paling laju, dia overtake lagi dan brek2...memang pemandu yang betul2 samseng dan tidak berhati perut tak kesiankan seorang wanita yang sedang membawa anak2 di dalam kereta....

sampai zhafran pun cakap, cars ni bahaya takut nye ummi....budak2 pun tahu benda tu bahaya. driver tu tahap pemikiran dia lagi worse daripada budak2 atau pun sama taraf dengan orang gila...ummi tak puas hati, ummi try buat carian JPJ untuk No. plate itu..ternyata ia milik seorang perempuan...dan ummi ada alamat penuh pemandu tersebut...

...

...

...

...

...

...

..

.


Pemilik Semasa pada tarikh 07/04/2011 No Pendaftaran Kenderaan: WNW8404 Nama:NOOR SHAHIDAH BINTI SAHAROM No Kad Pengenalan / Paspot:821003015880 Kategori:ORANG AWAM MALAYSIA Alamat:NO 2 JLN SINARAN 1 TMN DSSINARAN JENDERAM HILIR 43800 DENGKIL SELANGOR DARUL EHSAN Buatan:KIA Model:RIO 1.4L (A)

Ala baru je kereta rio bukannya ferrari pun...berlagak lebih2 lak...tapi memang silap lah wahai Noor Shahidah Binti Saharom kerana memberi kebenaran kepada orang gila ini memandu kereta awak...kalau awak lah yang berada di sebelah driver dalam kereta pagi tadi...awak sendiri telah nampak cara pemanduan gila orang gila sebelah awak kan??....lagi2 lah kalau dia bukan second driver yang boleh drive kereta awak..kalau jadi accident pagi tadi..awak rugi macam tu jer sebab sah2 lah orang gila tu bawak macam orang gila (kalau lawan ummi confirm boleh menang) dan policy insurance pun tak cover....tindakan paling bodoh lagi2 kalau awak tidak cuba untuk menasihati orang gila sebelah awak tadi untuk berhenti memandu secara orang gila....sungguh sedih melihat kamu berdua...tak ubah monyet yang baru dapat kereta , orang kampung yang baru merasa pakai keta obersea yang murah tu....gile jakun!!!!


sapa kata pemandu perempuan lagi merbahaya bila memandu...??ummi melalui sendiri pengalaman ini...nah!!! wahai orang gila , ummi doakan agar kamu melalui sgala apa kepayahan pada hari ini dan hari2 esok....amminn.....


kawan2 sekalian kalau jumpa monyet gila yang bawak kereta ini, SILA BERHATI-HATI!

Wednesday, April 6, 2011

Bengkel?....

tajuk entry kali ini mempunyai persoalan...banyak betul bengkel dan kursus berkenaan kerja ummi syang berkaitan undang-undang tahun ini..makanya ummi memerlukan satu bengkel yang lari sikit dari tugas hakiki iaitu...
.....

...

...

..

...

..

.

Bengkel MBfPC yang akan diadakan selama 4 hari tetapi tidak berturut-turut (9&10, 16&17hb April)


dah lama ingin join bengkel ini tapi kali ini bernasib baik dipilih untuk turut serta (setelah melalui proses jawab-menjawab soalan hati-ke hati..). rasanya semua kat sini dah tahu ummi terlalu cintakan dunia penyusuan ini. ummi dah buktikan ummi mampu menyusukan afnan selama 2 tahun. inilah masa nya untuk ummi menyumbangkan sesuatu untuk ibu-ibu di luar sana...tanggungjawab sosial jgn dilupakan..bantu membantu, kongsi berkongsi, sokong menyokong. bukan upah yang dipandang tapi lebih kepada kepuasan diri sendiri. tak dapat nak bayangkan apa modul yang akan ummi lalui nanti, nasib baik ada kawan seofis yang turut serta..at least ada rujukan teman mengadu..hehehhe..


penat akan dijangkakan sebab habis 9&10 April bengkel, ummi akan attend bengkel gubalan undang-undang pula di PD dari 11-13 April. rehat 2 hari sambung balik 16&17. moga2 pengorbanan masa ini berbaloi...amin.


doakan ummi dan kawan ummi ini berjaya ye..kalau ada rezeki bolehlah kami realisasikan impian kami untuk anjurkan satu program sokongan ibu ke ibu di ofis kami di bawah anjuran Puspanita. semoga impian kami berdua ini direstui Allah dan dipermudahkan. amin...will update more about this later!

Monday, April 4, 2011

Hari Prestasi Cendiakawan Educare-2.4.2011

wah..wah...kecik2 sudah ada hari prestasi..berdebar2 ummi dan ayahnya nak dengar prestasi mereka berdua ni daripada cikgu masing2...yang tak berapa best ayah tak dapat turut serta sebab ayah kerja shift pagi dah tak boleh tukar..nak buat macam mana ummi pagi2 dah bangun siapkan mereka berdua dan buat sarapan terus berdezzup ke sekolah..rasa macam ibu tunggal pula..tapi yelah kalau ummi tak kuat sapa lagi yang nak diharapkan betul tak..alhamdulillah mereka berdua riang gembira bila ditanya ke mana mahu pergi sebab ke sekolah terus suka!





sampai sekolah, ummi disambut oleh Pengetua Cendiakawan Educare, Puan Normah dan penyelia Cawangan Perbadanan Putrajaya, Kak Ina. nasib baik belum ramai parents lagi so, ummi terus g section budak 2 tahun..iaitu untuk dengar prestasi afnan. ini antara apa yang cikgu izzati dan cikgu yana bagitahu ummi:


1) afnan sudah boleh memegang pensil, krayon dan warna;

2) makan sendiri;

3)tidur ikut jadual;

4) masih tidak boleh berkongsi barang;

5) sudah boleh kenal huruf dan nombor;

6) baca dan mengira dengan lancar walaupun kurang jelas sebutannya;

7) suka menyanyi;

8) mudah menghafal dan mengikut perbuatan cikgunya;

9) mereka kagum dengan afnan sebab jarang sakit dan mereka kata KERANA SUSU IBU!!!

- BANGGA UMMI SEBENTAR..alhamdulillah..:)


then, ummi terus pergi section tiga tahun pula. ada 4 subjek semua sekali; bm, eng, math dan agama islam. Prestasi zhafran setakat ini...first cikgu wani (cikgu bm) dia kata..zhafran budak pandai!......:) senyum umminya..tak sempat nak rekod je hahahahha..ala budak kecik lagi macam mana nak tahu pandai ke tak..semua budak pandai kan???...cikgu thirah (math) kata dia budak yang baik dan dengar kata....


1) dah boleh kenal huruf dan mengira;

2) dah pandai suaikan huruf dan objek dan bunyi;

3)suka menyanyi-adik beradik2 suka nyanyi;

4) budak yang baik dan tak pernah kacau orang-part ni kagum skit sebab kat rumah suka buli adik;

5) suka dengar bercerita;

6) tengok hasil kerja dia kemas sahaja;

7) pay attention di sekolah tapi kalau yg dia dah pandai-dia buat tak tahu je..hahahah

8) makan sendiri;


nasib baik sebelum balik, cikgu2 bagi buku2 kerja dia...boleh ummi tunjuk kt ayah...



Friday, April 1, 2011

SAYU SAJE LIHAT MEREKA BERDUA NI....

TETIBA SEDIH PULAK TENGOK MEREKA BERDUA NI....:(