Just nak share apa yang ummi lalui untuk perjalanan penyusuan ummi ketika ini. Perubahan demi perubahan yang ketara jika dibandingkan dengan suatu ketika dulu dan semasa...banyak betul perubahan. mungkin sebab hormon prolaktin yang semakin mengurang, demand afnan pun dah semakin kurang, pengepaman yang tidak konsisten dan tidak disiplin menyumbang kepada kemerosotan pengeluaran hasil tuaian ummi sekarang ini. walau bagaimanapun, ini memberi lebih semangat kepada ummi untuk lebih kerap kosongkan breast untuk up kan balik production. mujur juga afnan masih nak minum frozen ebm..terima kasih sayang kerana memahami ummi ketika ummi dilanda badai begini.; tanpa kerjasama dari sayang, mungkin ummi tak sekental ini. doakan agar ummi tegar mengepam sehingga ke titisan terakhir...
kini...sekali pump hanya 1-2 oz sahaja, juga alhamdulillah. masih ada rezeki untuk afnan:)
semoga ikatan ini tidak terlerai walaupun sekiranya khidmat ini terhenti. sedih:(!