Nuffnang Ads

Wednesday, December 29, 2010

No Offer No Reject

hari tuh ada janji nak story mory pasal wean off kan...ok begini citernya, afnan bulan 2 tahun depan yang akan menjelang ni, akan sambut birthday yh ke 2, means dia akan 2 tahun, means jugak menandakan penyusuan ummi sudah mencapai angka 2 tahun juga...alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah memberi rezeki ini, kekuatan, dan semangat ini..kerana tiada 3 benda ini, pasti tempoh penyusuan afnan mungkin sudah terberhenti. dan dalam tempoh 2 tahun ini juga, ummi merancang untuk tidak mempunyai zuriat dalam tempoh itu, satu lagi usaha untuk membenarkan ummi untuk dpt menyusukan afnan menyusu sehingga 2 tahun...kalau tiada usaha melekat jugak kan..hahah ...(belajar dari pengalaman sendiri)

dlam entry lepas ada ummi cerita afnan kurang menyusu di rumah bbster, tapi this week, bbster dia kata dia mula minum banyak seperti dulu2...sekarang nie ummi bekalkan susu fresh-baru-pam-semalam 3 botol, dan 3-4 botol frozen ebm, menurut ujikaji yang telah dijalankan, afnan memang minum dengan lajunya (berselera) tetapi bila minum frozen, agak lambat, tetapi masih habis.plan ummi, since dia nak capat tempoh 2 tahun penyusuan itu, dan cuba cuba menggali ilmu untuk wean off, ummi cuba praktikkan rules NO OFFER NO REJECT.

apa itu??...ia bermaksud, ummi tidak akan sekali2 offer afnan untuk menyusu, tetapi lebih kepada menarik perhatiannya kepada makanan yg menjadi sumber utama dia pada usia begini, daripada dia tumpukan kepada penyusuan yang menjadi pelengkap kepada keperluannya. walau bagaimanapun, sekiranya dia datang kepada ummi, rules NO REJECT pula akan diamalkan di mana ummi tidak menolak untuk menyusukan, setakat ini masih belum nampak kesannya, kerana afnan masih demand tinggi bila nampak ummi.

nak tahu juga bagaimana praktis orang lain pula..thanks ini advance kalau sudi share pengalaman kawan-kawan yang lain...

2 comments:

  1. masih lagi dalam dilema la zulie.... mama sumayyah yg tak ready nak wean off... macam mana?

    ReplyDelete
  2. oo ye ke...sebenarnya ummi dia ni pun macam tak ready lagi...tapi tahun depan ni banyak sangat agenda, kursus la macam2..rasanya banyak nak kena tinggal dia berhari2...sian pulak...nasib la sepanjang 2 tahun nie jarang tinggalkan dia...

    ReplyDelete