Nuffnang Ads

Thursday, December 30, 2010

peminat fanatik THOMAS

hari ini adalah hari ke tiga zhafran ber orientasi..alhamdulillah, zhafran cukup bagus, tidak menangis langsung..cuma hari pertama, dia ber drama sikit tapi lepas nampak ramai kawan2..terus seronok...:) syabas my son!!!!...semalam ummi intai2 dia, dia tengah dalam kelas art...pagi tadi ummi tengok hasil art anak ummi sorang nie tergantung kat sekolah dia...bangga pulak...hahhaha...

ini uniform zhafran..tak sangka anak ummi dah besar panjang kan??.inilah peminat fanatik thomas tu..hidup dan matinya semua THOMAS...tido pun dengan blanket THOMAS ye...jgn tak caye...

first day sekolah, zhafran sibuk tanya mana beg thomas dia...hoohohoo..ingatkan dia lupa...rupanya ingatan dia begitu kuat sekali...sebenarnya ummi nak bagi surprise kat dia dan juga galakan dia nak g playskool dia tu...meh kita tengok model kacak thomas and the tank engine (walaupun dari sudut belakang sahaja)



yang belah atas tu abg dah cop awal2 dia punye...yg bawah tu adik punya ..kata abang..hehheh

atas sebab Malaysia menang bola, dan diumumkan esok cuti, so secara rasminya hari ini adalah hari terakhir afnan duduk rumah auntie noly...mesti afnan rindu ngan auntie noly so much lepas nie...afnan pun akan join abg di playskool minggu depan isnin...hah ini pun satu cabaran lagi...harap2 adik pun ok nanti...jom kita layan gambo diorang ni kat rumah auntie noly...



gambo2 nie terpksa di edit kerana terlalu SEKSI hahha nanti malu lak diorang nie bila dah besar tengok gambo nie......seronok betul diorang ni main air ye...tu eka kat belakang...comel kan?..


p/s....ummi rindu anak2 ummi....











Wednesday, December 29, 2010

No Offer No Reject

hari tuh ada janji nak story mory pasal wean off kan...ok begini citernya, afnan bulan 2 tahun depan yang akan menjelang ni, akan sambut birthday yh ke 2, means dia akan 2 tahun, means jugak menandakan penyusuan ummi sudah mencapai angka 2 tahun juga...alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah memberi rezeki ini, kekuatan, dan semangat ini..kerana tiada 3 benda ini, pasti tempoh penyusuan afnan mungkin sudah terberhenti. dan dalam tempoh 2 tahun ini juga, ummi merancang untuk tidak mempunyai zuriat dalam tempoh itu, satu lagi usaha untuk membenarkan ummi untuk dpt menyusukan afnan menyusu sehingga 2 tahun...kalau tiada usaha melekat jugak kan..hahah ...(belajar dari pengalaman sendiri)

dlam entry lepas ada ummi cerita afnan kurang menyusu di rumah bbster, tapi this week, bbster dia kata dia mula minum banyak seperti dulu2...sekarang nie ummi bekalkan susu fresh-baru-pam-semalam 3 botol, dan 3-4 botol frozen ebm, menurut ujikaji yang telah dijalankan, afnan memang minum dengan lajunya (berselera) tetapi bila minum frozen, agak lambat, tetapi masih habis.plan ummi, since dia nak capat tempoh 2 tahun penyusuan itu, dan cuba cuba menggali ilmu untuk wean off, ummi cuba praktikkan rules NO OFFER NO REJECT.

apa itu??...ia bermaksud, ummi tidak akan sekali2 offer afnan untuk menyusu, tetapi lebih kepada menarik perhatiannya kepada makanan yg menjadi sumber utama dia pada usia begini, daripada dia tumpukan kepada penyusuan yang menjadi pelengkap kepada keperluannya. walau bagaimanapun, sekiranya dia datang kepada ummi, rules NO REJECT pula akan diamalkan di mana ummi tidak menolak untuk menyusukan, setakat ini masih belum nampak kesannya, kerana afnan masih demand tinggi bila nampak ummi.

nak tahu juga bagaimana praktis orang lain pula..thanks ini advance kalau sudi share pengalaman kawan-kawan yang lain...

Thursday, December 23, 2010

setelah 22 bulan yang lalu

update ke dua dalam masa yang berturut2 hahaha....diberitakan kawan baik yang dah sekian lama tak menjengah 22 bulan yang lepas telah kembali semula semalam secara rasminya hahha.....bendera jepun maa....terkejut amat tau..akhirnya selepas 22 bulan. patut la beberapa hari lepas, susu macam tak selalu..boleh kata merudum, ingatkan sebab culas mengepam, atau pun sebab pump susu yang tidak konsisten..rupanya sebab nak PERIOD..hoho...

agak risau tak takut kemeruduman ni berleluasa sehingga habis eddah, tapi alhamdulillah pagi tadi sessi pertama dapat 5oz, semalam 3 oz you....beza kan?...(untuk makluman, ummi dah tak dapat 10 oz sekali pump untuk sessi pagi macam dulu2 masa afnan setahun 6-7 bulan...tapi itupun dah amat bersyukur tau...)yang penting cukup untuk afnan gebu ummi tu. sekarang pun afnan minum 2 botol 30z each...tak banyak kan..stok2 frozen tu ummi nak bawak balik nak bagi qaleesya anak ummi. yang lain mungkin nak donate kat orang lain. sapa2 kawan2 atau sedara2 yang ada masalah kekurangan susu, let me know dan akan difikirkan untuk diberikan daripada membazir, just call me 0136363720 kay...

afnan pun lagi 2 bulan nak capai tempoh penyusuan 2 tahun. macam dah dekat tapi ada dekat 60 hari lagi kan..hehhe...semoga Allah permudahkan urusan ini..aminn....

ini hasil tuaian pagi tadi..alhamdulillah:)

zhafran dan orientasi...

salam..lamanya tak update kan..heheh sibuk memanjang tapi sekarang nie melapangkan sikit masa untuk update benda2 penting yang berlaku walaupun tak dpat update semua..heheh...selasa depan 28 dis 2010, zhafran akan mula ke sekolah menjalani orientasi sebelum formally belajar ikut sessi januari 2011 nanti. excited okay...ummi dia lak yang terlebih excited...risau jugak nak tengok macam mana zhafran nanti. sibuk mintak beg thomas. ayah sibuk google banyak website..akhirnya jumpa 1..insya-Allah akan ayah usahakan sebelum mula sessi persekolahan..esok boleh mula ukur baju untuk uniform

adik pulak akan mula sekolah 3 jan 2011, di tempat yang sama, cuma bezanya adik tak wajib lagi pakai uniform dan tak perlu orientasi...harap2 sangat mereka ini serasi di sekolah nanti..jgnla teringat2 dengan auntie noly kesayangan mereka ....huuu....rasa sangat bersyukur dan berterima kasih pada noly (kawan ummi masa KISAS), sebab jaga mereka dengan baik, aku tau tak dapat nak aku bayar setiap jasa baik ko jaga anak2 aku, suapkan makan anak2 aku macam apa yang aku buat, duit makan yang ko belanja anak2 aku makan...thanks again. walaupun sekejap ko jaga diorang tapi budak2 ni dah sangat2 sayang kat ko....aku pun sayang kat ko jugak...

zhafran bersama abg aiman "game boy"..

adik, abang dan abang aiman

abang dan adik mandi manda di PD

Wednesday, December 1, 2010

sudah 4 tahun kami bersama

wah..wah...sudah 4 tahun la..lama kan?..tapi rasa sungguh sekejap...dengan berlalunya 4 tahun ini, macam2 berlaku..ada sedih ada suka...campur aduk..alhamdulillah, dapat dilalui dengan jayanya..tapi dengan sedikit dugaan dan cabaran inilah membuatkan perjalanan perkahwinan sungguh manis untuk dikenang...dengan dikurniakan rezeki yang paling bernilai iaitu zhafran dan afnan..ummi dan ayah sungguh rasa bahagia...kalian kesayangan ummi dan ayah. tapi agak sedih sebab ummi tak dapat celebrate our big day pada hari ini sebab ummi tak dapat amik cuti due to kekangan kerja di ofis, tapi ummi akan bercuti esok dan celebrate dengan ayah...afnan dan zhafran dok baik2 ngan auntie noly tau jgn nakal2...lepas ummi dah puas enjoy ngan ayah, ummi amik kalian ye..huuu....malam punye sessi dengan kalian pula...apa planning selepas ini?? tentunya mahu untuk fokus pada kerja, kerana ummi merasakan inilah masanya untuk memberikan seluruh tumpuan, memandangkan afnan pun dah besar dah nak mnginjak usia 2 tahun...dan tak lama lagi mungkin wean off breastfeeding ..(topik ini akan dibicarakan kelak)..selepas ini ummi dah tak akan fikir 2-3 kali bila diarahkan untuk pergi hadiri kursus di luar kawasan atau sebagainya...ummi tahu abg dan adik dah boleh berdikari...tambah zuriat??...tentunya mahu..tapi bukan sekarang..ummi ada plan lain lagi sebelum afnan bergelar abang...plannya biarlah ummi sahaja yang tau...even ayah pun tak tahu tau..keh keh....

sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke4 yang cukup manis ini, ummi nak pohon seribu dan berjuta2 kemaafan kepada ayah atas segala dosa ummi, terima kasih sentiasa berada bersama ummi setiap ketika, susah dan senang...terima kasih..ummi akan cuba untuk perbaiki apa yang kurang,..kehadiran ayah menjadi tulang belakang kepada ummi...tertunggu2 apa kejutan kali ini...dah setahun tak terima kad...ummi nak kad...hehheh....nak tambah koleksi kad2 yang ayah bagi...stop dululah...sebelum tu layan dulu gambo saat kami selamat dinikahkan pada 1 Disember 2006..4 tahun lalu....abg dan adik perlu tengok ini!!!!

so sweet time ni....happy anniversary ke 4 ayah....love u so much..

Sunday, November 21, 2010

susu ini rezeki dari Allah...

dah lama tak updet pasal susu kan...lepas cuti raya haji yang panjang nie, baru sempat nak housekeeping semua benda termasuklah stock ebm ummi yang dah lama tak susun. bila diselak2, baru perasan terlalu banyak stock ebm yang dah expired, kebanyakannya stock bulan julai maknanya dah lebih 3 bulan kan,,,how i wish to have a deep freezer..dapatla buat stok lama sikit. ni semua gara2 lupa nak rotate atau memang sengaja nak bagi afnan susu fresh baru pam untuk bekalan semasa ummi kerja. lagipun afnan dah kurang in take dia siang hari 12oz saje dan kadang2 15oz. sebab ummi selalu bekalkan yang fresh oleh kerana malas nak thawkan frozen ebm hehehe..bila dah jadi macam ni, sedih pulak..nak buat macam mana kena dispose jugak, nak tak nak kan?...sekarang ummi masih ngepam di ofis, tak nak supply merudum, mesti pam juga. tapi not so pushing myself. bukan kerana dah banyak stok dan bukan juga sebab afnan tak lama lagi cecah 2 tahun. actually bulan 2 tahun depan baru 2 tahun..lama lagi tuh. tapi setakat ni ummi bersyukur sebab dapat menyusu selama begini. tak sangka juga. syukur kepada Allah. kadang2 dropkan juga kekerapan mengepam konon2 bolehla period balik. heheh..sampai sekrang ummi belum period lagi tau.

Allah tu Maha Mengetahui dan Merancang segala-galanya. Alhamdulillah, dengan rezeki susu ini jugala, ummi berjaya menyusukan anak susuan ummi. Nur Qaleesya Dania, ya sungguh ummi teruja menyusukan Qaleesya, kerana ummi belum lagi dikurniakan anak perempuan. dengan susu ini jugalah menjadi pengikat kasih sayang ummi dan juga menjadikan mahram kepada papa qaleesya dan keluarga ummi. reaksi zhafran dan afnan?.. zhafran sangat sayangkan qaleesya, cium berulangkali..afnan juga tapi bila part menyusu, dia akan jeles dan ingin menyusu serentak. ada insiden yang ummi menyusukan mereka serentak, so sweet...memula macam tak percaya yang ummi mampu susukan qaleesya, tapi bila ayah kuatkan ummi, tetiba rasa bersemangat pula. Alhamdulillah Allah telah permudahkan segalanya. mengimbau kembali waktu ummi berpantang dan menyusukan baby pada waktu malam...saat ini teringat2 pula ummi pada qaleesya...bulan depan kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye, mana tau ummi dapat menyusukan qaleesya lagi..

ini saje stok yg tinggal,..stok bulan 8, 9, 10 dan 11

stok bulan 7 yang terpaksa di dispose, dekat 60 oz juga


nur qaleesya dania, anak susuan ummi...

Monday, November 15, 2010

salam aidil adha semua...

Hari ini ummi dan anak2 akan pulang ke kampung..alhamdulillah kali ini seminggu bercuti...lama tak bercuti panjang...suami juga dapat bercuti pada pagi raya...alhamdulillah sekali lagi..yang paling best sekali, ummi tak sabar2 nak jumpa anak sedara ummi, nur qaleesya dania....ummi uda balik bawak hadiah car seat tau...banyak hadiah ni nak bagi....excited terlebih pulak ummi uda nie...maklumlah anak sedara gurl...kalau diizinkan mahu juga untuk menyusukan..mana tau boleh jadikan anak susuan...kalau diizinkan, mesti kenangan terindah untuk ummi...

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk kawan-kawan semua..:)

Sunday, October 31, 2010

bahagia begini:)

Lama betul rasanya tak update...ada banyak sebab yang buatkan ummi lebih suka berdiam diri...muhasabah diri apa yang tidak kena...menguruskan rumah tangga dan kerjaya...kehidupan ummi lebih mencabar sekarang..kenapa...mari kita baca satu persatu...

pada saat ini, ummi perlukan sebuah kekuatan yang betul2 tinggi, juga menuntut setebal mungkin kesabaran untuk lebih kuat menghadapi apa jua yang mendatang. alhamdulillah, segalanya telah mampu ummi lalui walaupun, sukar pada mulanya..tapi beransur mudah...syukur yang tidak bertepi ke hadrat Ilahi kerana beri kekuatan ini. Ku mohon agar ianya tidak berakhir di sini.

2 minggu lepas ummi dikejutkan dengan kehilangan (tidak pulang) pembantu rumah yang hampir 2 tahun bekerja dengan ummi. tak tahu mana silapnya, tapi dia membuat keputusan meninggalkan rumah dan tidak pulang kembali. adakah sebab ummi yang bertindak terlalu lembut membuatkan dia berlalu dengan senang hati. malas untuk memikirkan di mana puncanya, ummi harus bangkit segera..

beberapa adjustment perlu dibuat, tenaga juga sudah ber double, sementelah ummi tidak sekali2 boleh berkompromi dengan kekotoran...zhafran dan afnan terpaksa merelakan diri untuk ke taska, walaupun ummi boleh baca di sinar mata kalian, tidak mahu ke sana. ummi cuba buat yang terbaik untuk anak2 ummi, ummi usaha juga untuk cari pengasuh, alhamdulillah dah ada, esok akan mula episod baru dalam hidup kalian.. ummi panjatkan doa tanpa henti agar kalian serasi di rumah pengasuh. jangan nakal2...ummi tahu kalian berdua memang budak yang baik. kalian juga perlu kuat, kekuatan kalian adalah kebahagian tak terhingga bagi ummi. kalian sihat ummi ceria ke pejabat menguruskan kerja. dilema sungguh bila anak sakit, kerja pula menuntut komitmen.

emm, duduk taska 2 minggu(tak penuh sangat), telah memberi impak yang terlalu besar untuk anak-anak ummi. mungkin kerana mereka telah biasa dibesarkan di rumah sendiri, tak pernah ke taska, membuatkan mereka tidak dapat bertoleransi dengan suasana baru yang terpaksa berdikari dan tiada lagi tempat bermanja. ummi faham sayang, tapi apa pilihan yang ummi ada pada ketika itu, kerana sebab itu juga la, ummi usaha cara lain untuk kalian. hari ke 2, penyakit pula berkunjung, yelah bila dah ramai, macam tula. benda tu semua perlu ummi terima walaupun berat.

urusan rumah?.alhamdulillah, semuanya in order. terima kasih tidak tehingga pada ayah yang banyak membantu, walaupun ummi faham, ayah kadangkala tak larat bila terpaksa membuat kerja rumah sementelah penat bekerja pada malamnya. ummi faham.. ummi mintak maaf kalau ada yang terkurang. ummi tau dengan keadaan ayah yang kerja tak tentu masa, mesti sukar untuk adjust masa untuk mebantu ummi mana yang patut. apa2 pun, ummi tetap berterima kasih dengan pertolongan ayah. ummi sayang ayah....

apa yang ummi harapkan selepas ini, zhafran dan afnan serasi tinggal dnegan pengasuh, kesihatan yang lebih baik dari hari ini, ummi kuat dan diberikan kesihatan yang berpanjangan, sokongan ayah yang tidak berbelah bagi...

walaupun penat, tapi ummi puas hati dan berbahagia dengan apa yang ummi lalui.

Friday, October 8, 2010

malam sepi tanpa afnan....

wah sedihnya...minggu depan start isnin sampai khamis ummi kena pergi kursus dan exam di Avillion Legacy Hotel Melaka...walaupun tak le jauh sangat tapi yang ummi sedih sangat nie sebab afnan akan tidur malam tanpa ummi....boleh ke dia tidur lena?..nak ke dia minum ebm malam2? tak tercari2 ke dia ngan boobies ummi dia nanti?...ish risau gak bila pikirkan..harap2 afnan behave well nanti...dan tak menolak ebm..sebab afnan sekarang ada masanya kurang suka ebm..mungkin sebab dia dah besar, dah tau beza rasa yang fresh dan ebm...bab stok ummi memang tak risau..risau dia tak cukup minum susu jer...kalau balik petang memang dia dah ready depan pintu sambut ummi..biasanya around 5.30 macam tuh..mesti jerit2..nak dukung..lagi satu risau jugak tetiba balik dia dah lupa nenen ..huhu...yang nie paling takut...harap2 tak macam tu..walaupun afnan dah setahun 8 bulan tapi rezeki susu dia alhamdulillah sampai sekarang ada...hari ini pun ummi kena bengkak susu, mungkin makan nasi lemak plus afnan kenyang dan tak kerap susu malam tadi...bila lambat pump memang macam ni la.. Dr pun heran kenapa pada usia afnan sekarang nie ummi masih kena bengkak susu...sakit nye Ya-Allah ...Allah je yang tahu...nak pegang nipple pun tak boleh...dah puas pump perah pakai tangan pulak...denyut2 tak payah cerita la....

zhafran ummi tak risau sangat, dia seorang budak yang pandai bawak diri kalau ummi takder..kalau ummi ada jer yang terlebih manja...nenek atok pun ada datang..so, ummi memang tak risau.,,thanks nenek dan atok....zhafran loves both of u....

bercakap pasal exam, ummi sibuk kumpul nota je tapi tak tengok lagi dan tak baca..nak jugak revise sikit2...otak pun dah agak tumpul..nak juga hafal sikit2 kes sekurang2 nye boleh lah impress examiner nanti bila jawab soalan keh keh....topik untuk pengucapan awal dan public speaking pun belum pilih....memang pening kepala....risau2 pun ada jugak masa nak berpoya2...

nak share sikit la...baru2 nie dapat anak sedara 2 orang serentak...seronok sangat sebab gurl tau...walaupun sorang tu anak sedara angkat jer..tapi tetap anggap dia sebahagian keluarga En wahab....heheheh....tak sabo nak balik kg nak tengok baby comel tu...dengar kata mak kandung dia nak bagi nama Nur Qalisah Nabilah...apa maksud Qalisah tu ek...lagi 1 sekarang nie boleh ke anak angkat tu ber binti kan bapa angkat..apa ye hukum dalam islam...hari ini diorang nak setelkan kat Jabatan Pendaftaran dan Akuan Sumpah..harap2 semua berjalan dengan lancar....ammminnn....

Wednesday, September 29, 2010

mood updet datang kembali:)

salam semua kawan2...lama betul tak updet blog..sebab macam dah takde mood jer..padahal banyak giler perkara best2 berlaku semasa raya sehingga sekarang...alhamdulillah ummi berjaya puasa penuh 30 hari tahun ini untuk tahun ke 4....sungguh seronok sebab tak payah ganti puasa...heheheh...tapi ummi agak musykil ini bila agaknya cik P nak datang kembali, adakah sebab pengambilan norriday yang berterusan?..atau sebab full breastfeed afnan..? macam mana nak pregnant balik kalau lum P kan?...ceh ada hati nak pregnant lagi tuh..sabo ler dulu anak kecik lagi..tapi risau gak sebab umur dah lanjut (walaupun ramai kata saya kelihatan lagi muda dari adik ipar saya sendiri yang berumur 27 tahun dan juga kakak ipar saya yang berumur 24 tahun itu...)...ramai juga yang kata saya nie nampak macam anak dara ..dan terkejut beruk bila saya kata anak saya dah 2...mana tak nya saya tak perlu untuk berkunjung ke mana-mana slimming centre untuk mengkuruskan badan kerana anak2 bujang saya lah slimming program saya...hehehhe...on 1 part sangat bersyukur dengan bentuk badan saya yang dianugerahkan Allah ini...tak payah pening kepala..makan tak hingat pun tak naik badan...saya masih mengekalkan berat 43 kg sekarang ini...alhamdulillah...

walau bagaimanapun persoalan nya di sini...apa cara nak bagi period datang balik ye?...adakah untuk meng stopkan pengepaman konsisten saya di ofis dan hanya menumpukan kepada direct feeding sahaja...sayang pula untuk mendropkan sessi pengepaman..pagi2 masih boleh dapat pump 8 oz, macam mana pula nak menghadapi problem B bengkak ???...dilema sungguh tapi cita2 saya untuk melengkapkan penyusuan masih menebal..insya-Allah selepas 2 tahun baru saya fikir untuk cuba sedikit2 untuk melatih afnan untuk tidak bergantung kepada susu saya semata2..tapi bila lihat afnan , macam tak sampai hati...ada juag niat nak extend tempoh penyusuan...tapi takut afnan tidak dapat menerima kehadiran adiknya sekiranya ditakdirkan saya mengandung lagi dan dia masih menyusu..takut sekiranya insiden perebutan berlaku antara mereka berdua...insya-Allah dalam 4 bulan lagi, misi saya akan tiba...masih ada masa untuk difikirkan..ayah pulak kata biarlah sampai afnan stop sendiri...rasa nya kalau ikut afnan...mungkin cecah 4-5 tahun pula...dan tidak akan membenarkan saya mengandung lagi...hehehhe:)

zhafran sekarang nie semakin banyak karenah dan saya amat suka akan perkembangan nya...amat suka menyanyi dan sudah pandai solat mengikut imam..alhamdulillah..walaupun saya yang menjadi imamnya, itu sudah cukup jadi training untuk anak saya yang sorang tuh...afnan pun ikut serta, dan dia juga yang azankan ..pakaikan saja songkok maka azan akan berkumandang oleh imam muda afnan....:) saya baru perasan menggunakan ganti nama saya bukannya ummi...heheheh...apa2 lah labi!!! dan saya telah pun mendaftarkan zhafran ke sekolah untuk tahun depan...walaupun saya agak ragu2 sama ada zhafran mampu bertahan untuk satu tempoh yang lama tanpa saya di sekolah...memang dia biasa ditinggalkan dengan pembantu di rumah..tapi ditemani afnan..ini tidak lagi..ditemani kawan2 di sekolah...memang saya merancang untuk hantar dia di sekolah bawah ofis saya sahaja untuk memudahkan saya untuk menjenguk2 dia bila2 masa diperlukan..risau juga sebab dia belum diapers free dan sentiasa meminta susu tak kira masa...ape2 pun saya akan cuba melatih zhafran pada hujung tahun ini selama seminggu sebelum menghantar zhafran betul2 ke sekolah..harap2 semuanya ok...ada setengah orang kata terlalu awal hantar ke sekolah dan saya punye alasan tersendiri...zhafran telah mula menunjukkan minat untuk belajar...dan saya takut dengan masa saya yang agak terhad pada hujung minggu dan juga setiap kali pulang ke rumah selepas ofis, setelah memasak saya kepenatan dan sentiasa tidur awal bersama anak2...sekiranya sang suami kerja shift petang...nak cerita juga, pada jumaat ini saya akan membawa zhafran untuk membuat pemeriksaan gigi yang pertama dalam hidupnya..risau pada tahap keterukan giginya yang semakin meruncing..walaupun telah mendisiplinkan untuk memberus gigi sbanyak 2 kali sehari...saya perlu untuk dapatkan nasihat dr..cuma saya takut zhafran tidak memberikan kerjasama yang baik pada hari tersebut...doakan agar dipermudahkan...sekurang2 nya saya mendedahkan pemeriksaan gigi se awal yang mungkin agar zhafran tidak takut sekiranya berjumpa dr gigi...kalau muka sahaja hensem tapi gigi tak cantik..hilang serinya sayang ooi....:)

afnan alhamdulillah, perkembangan juga ok, sudah mula bercakap sepatah2..menyebut ayah memanggil orang..cuma ummi belum pandai disebut...amat2 manja...susah juga bila time dia terlalu manja memang ummi sahaja tempat dia ber'gantung'...tak mahu dnegan orang lain..sanggup nangis sampai muntah ssehinggalah ummi amik dan dukung dipangkuan baru berhenti menangis...macam mana entah bila ada adik nanti cheewaah....masih menyusu ummi sehingga sekarang....alhamdulillah...jarang benar sakit, berkat susu ummi...tahun depan abang dah tak main ngan adik lagi...adik boleh main dengan tenang tanpa kacau dari abang..dah pandai nak ikut ummi ke ofis..pantang nampak ummi naik kereta, kalau tak bawak round confirm melalak tak henti...nak tak nak bawa jugaklah sampai puas hati...

macam2 kan..tapi rasa sangat seronok melalui fasa-fasa ini...biasala penat...dah jadi ibu dan isteri mestilah penat kan...raya dah nak dekat habis..tapi open house masih bannyak lagi...zhafran dan afnan murah rezeki tahun ini dengan duit raya...tu pun dah simpan dalam tabung haji...sessi kedua akan diteruskan sehingga penghujung raya...seronok rasanya...tapi bukan sebab duit kita pergi beraya...lebih kepada melatih anak2 kenal sedara dekat dan jauh....dah besar nanti jgn tak kenal sedara pulak...

bila mood dah datang updet pun panjang jer..:)

Thursday, September 9, 2010

20hb September, kita jumpa lagi:)

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..SAYA DAN ANAK-ANAK AKAN BEREHAT2 DAN BERAYA (mengumpul duit raya) SAMPAI 19HB SEPT....20 SEPTEMBER 2010 KITA JUMPA LAGI..SEMOGA PANJANG UMUR!!!

Monday, September 6, 2010

sayu, ralat, sedih, gembira..:)

Ya-Allah...tak sangka kan ada 4 hari je lagi puasa kan....maksudnya ramadhan pun akan pergi meninggalkan kita...sayunya hati ini...tak boleh nak digambarkan..entah kenapa..ramadhan kali ini sunguh bermakna untuk ummi...sedih sangat...bila lagi lah diberi peluang, kesihatan, dan keupayaan untuk mencari sedikit pahala di bulan yang paling mulia ini...entah bila lagi..entah esok lusa nadi ini berhenti berdenyut...Ya-Allah kenapa sayu sangat hati ini...tak kepalang rasanya...bila2 lagi apabila usai solat terawikh setiap hari...termenung sebentar cuba untuk mengenang kembali dosa2 lalu..mungkin kah dapat dipadam dengan amalan yang sikit ini....seronok bila tengok anak2 kecil buat shof asing dari shof orang dewasa untuk turut sama berterawikh..dalam hati terdetik..nanti zhafran dan afnan besar bolehlah join ngan abg2 tuh...sungguh tertib...bila nak dibandingkan dengan golongan dewasa besar panjang yang sungguh berupaya dan mampu punya kudrat yang cukup masih belum terbuka hatinya untuk meng imarahkan bulan ramadhan yang mulia...mungkin ada alasan tertentu..manusia penuh dengan alasan...penat, sibuk, saat akhir untuk bershopping...dll....ummi juga tidak ketinggalan...tapi cuba lawan...bila lawan kita menang...kemenangan yang gilang gemilang dan cukup manis....

ralat sungguh ummi bila ummi telah gagal 1 hari untuk berterawikh...ralatnya sampai sekarang terasa...sungguh2...

dengan alunan bacaan ayat al-quran imam mengetuai terawih di masjid besi putrajaya..Ya-Allah ada kalanya imam menangis teresak2 bila sampai ayat yang maksudnya menyayat hati...tentang kekejaman orang2 kafir...Ya-Allah menitis air mata ummi...cukup sahaja bila al-fatihah dialunkan...selurh jiwa terasa kosong, sebak dan hiba....harap Allah beri peluang lagi pada tahun hadapan....

cukup gembira bila melihat anak2 lengkap segala kelengkapan raya..biarlah ummi dan ayah tiada apa..asalkan anak2 cukup...ayah lah yang paling ummi kagum...selain baju melayu yang ummi tempah utnuk ayah..ayah tak beli baju baru pun...sebenarnya ummi pun sama..biarlah orang lain kata tak meriah...kepuasan melalui bulan ramadhan sudah cukup membahagiakan...
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk kawan-kawan yang mengenali diri ini...tulisan ini adalah ingatan kepada ummi yang mudah lupa...bila senang Allah dilupa..bila susah sebaliknya pula...

Friday, September 3, 2010

apa pendapat kalian....

bila kita bercakap pasal HAK??...apa yang korang fikir...mestilah menjurus kepada kebebasan ..dalam erti kata yang lebih luas, tapi perlu juga ada sempadan...dan bila kita bercakap pasal PENDAPAT pula....semua orang akan pikir semua orang mempunyai pendapat masing2...betul tak...bila kita pikir pasal RASA.... yang ini pula mesti kita kata tak semua akan berperasaan begitu...kesimpulan yang boleh kita buat adalah ketiga2 elemen ini adalah subjective...di mana ia tidak rigid sama sekali....

ada orang berfikir dan merasakan tidak semua benda yang boleh dikongsi dengan orang di luar sana...tetapi ada orang lain yang berfikiran sebaliknya...ummi percaya semua orang ada pendirian masing2...tetapi bila kita tidak menyukai sesuatu pandangan atau pendirian orang lain...TOLONG SENYAP!!! atau SHUT UP!!!....kenapa perlu pertikai apa yang orang lain rasa..kenapa perlu menjaja untuk meraih komen orang lain pada waktu yang sama berkenaan isu2 hak dan pendirian...PERLU KAH????....

Tanpa orang-orang sebegini sedar...disebabkan kealpaan mereka ini...mereka tak sedar ada juga pendirian mereka yang orang lain pula berfikiran sebaliknya...tapi orang lain mampu berfikir bahawa "ooo...orang ini berfikiran begini...tapi itu adalah HAK nya.."...kadang2 ada juga perkara2 yang dikongsi, macam MENYAMPAH orang nak baca...tapi ada ke orang lain menyumpah seranah si pekongsi cerita itu....kalau betul tak suka...cakap depan2...ini create kat tempat lain....dan boleh tak guna perkataan yang elok sikit....kalau nak nasihat perlu lah berhikmah bukan menjerit2 macam orang hilang akal....

sajer je nak meluahkan perasaan kat sini...ummi dah meluahkan apa yang ummi rasa pada insan itu...dengan ayat berlapik2 lah..maklumlah darah kemelayuan ummi masih tebal lagi...tak tahulah empunya diri faham atau tidak...moga Allah beri hidayah kepada insan tersebut...ammin....

Thursday, September 2, 2010

try supplement shaklee...

bulan puasa ini, biasalah letih sikit..badan2 pun lemah2..sejak ummi dah mula amik ais nie..rasa tak boleh lak kalau tak amik...tak elok sebenarnya untuk ibu yang menyusu..alhamdulillah, afnan dah setahun 6 bulan dah menyusu..ada lebih kurang 6 bulan lagi untuk menyempurnakan penyusuan mengikut islam...masa bulan puasa ni, production agak tak menentu, dan kebetulan vitamin obimin dan kalsium ummi habis..terbaca lak satu blog pasal shaklee...ada set lengkap untuk menyusu ada 4 jenis vitamin untuk sebulan- B complex, vit C, multivitamin dan alfalfa. alfalfa ni milk booster, nak citer pengalaman pertama consume alfalfa ni, selepas 15 minit makan, breast tetiba engorge dan mengalir air susu..cepat betul bertindak kan??..ummi pun tak sangka secepat itu...sekarang dah 1 minggu ummi makan...

Perbezaannya- badan kurang letih..kalau dulu rasa lesu lepas berbuka dan tak leh nak buat apa..baring dan nap sekejap sebelum maghrib...sekarang, alhamdulillah ada kekuatan nak habiskan terawih..setakat hari ini, hanya 1 malam jer tak dapat terawih...syukur kepada Allah kerana beri kekuatan ini di bulan yang paling mulia ini...moga2 kekuatan ini akan terus terpahat sehingga penghujung ramadhan..amminnn.. bab kulit pula, rasa sungguh licin dan susah nak tumbuh jerawat...tinggal parut2 sahaja...kulit juga kurang berminyak dan rasa segar apabila setiap kali amik wudhu'..kesannya juga, ummi setiap hari ber make up ke ofis..mood ada setiap hari...berbeza kan???..make up yang biasa ummi sapu calit sikit eyw shadow 2 colours bagi ada pembayang mata...sapu blusher agar nampak lebih segar dan sapu lipstik yang nipis...rasa lebih berkeyakinan untuk bertentang mata dnegan semua orang...bila berkeyakinan, kerja pun dapat dilangsaikan dnegan hati yang gembira...walaupun bulan puasa nie terlalu banyak kerja, tak menang tangan untuk buat...lagi satu perubahan yang amat ketara adalah peningkatan dari segi production susu..alhamdulillah untuk cuti merdeka ini ummi dapat buat lebih 7 bekas berisi 3oz susu..selepas sahur mesti pump dan siang hari juga pump sekiranya afnan tidak menyusu...lagi satu, time malam biasanya afnan kerap menyusu dan boleh kata mengempeng sahaja all the time dan membuatkan ummi terpaksa lupakan proses mengepam di waktu malam..ye lah priority goes to direct feeding la kan...sekarang afnan minum 3-4 kali sahaja pada waktu malam dan tido yang lama satu2 masa...susu menjadi pekat likat dan warna kekuningan..jelas ketara bila stok2 ebm itu disusun dalam peti ais..jelas ketara perbezaan stok ebm sebelum amik shaklee dan selepas..

syukur kepada Allah kerana menggerakkan hati ini untuk mencuba shaklee, rasa sedikit kekesalan kerana tidak mencuba shaklee dari awal lagi...terima kasih juga kepada ziemah kerana membekalkan shaklee untuk ummi...lain kali ummi beli lagi untuk stok akan datang,...amat berbaloi sebab hasilnya jelas nampak untuk ummi dan juga afnan..selain ummi amalkan doa dan ayat2 untuk membanyakkan susu...usaha tanpa tawakal juga ada cacatnya bukan?? maka ia perlu seiring..kawan2 ummi yang lain yang seangkatan dengan ummi...macam mana? wanna have a try??...cubalah sebelum anda menyesal juga seperti ummi sekarang ini...produk ini ada di mana2..mudah dan senang...online pun ada...

nota kaki: pagi tadi dapat 7 oz pagi....semalam total ebm dekat 17 oz untuk 4 kali pump..pagi nie lepas sahur, afnan merengek nak susu..so, direct feeding, but sampai saja di ofis mula mengepam pukul 8 masih ada balance 7 oz...seronok seperti dalam hati ada taman....harap perkara yang menggembirakan ini berkekalan sehingga bila2..amminnn....

Wednesday, September 1, 2010

sapa ada petua / nasihat

salam semua..salam merdeka juga...kawan2 ummi semua...tak tahu nak mula kat mana...cuti baru nie berlalu dengan tragisnya...kenapa??? sebab entahlah...ummi sekarang agak pening kepala dengan karenah zhafran yang pada ummi macam tak boleh nak control..hari ahad lepas, ummi cadang nak pergi jusco cari kasut untuk adik..sian adik pakai kasut abang yang dah ketat..kaki adik pun dah kembang..tak sesuai dah pakai kasut abang masa kecik tu...

ayah bawak ummi g jusco mid valley..sampai kat sana..memula behave jer, sebab paksa dok dalam trolley..bila nak masuk jusco, tak boleh bawak trolley so, bawak dia jalan sendiri..adik ayah dukung...so, mula lah operasi mencari kasut yang sesuai untuk adik..zhafran dah mula lari ke sana ke mari...orang begitu ramai..sampai tak nampak barang...semuanya orang ....pening kepala...siap rasa haus lagi..tetiba ayah kata zhafran hilang...ummi mengucap panjang...ayah sibuk cari sana sini...ummi dok statik jer satu tempat..lepas tu tetiba nampak dia muncul celah baju...sambil gelak2 lari tengok2 belakang...dia ingat ayah dia kejar dari belakang la tuh...ummi pun pegang dia erat2..dan ayah yang berpeluh2 tu...maintain cool..tak marah pun...ummi pun nak keluar, suruh ayah tunggu ngan zhafran dan adik kat entrance sebab ummi nak cari trolley tak larat lak nak dukung adik...adik punyela senyap sebab dah dapat lolipop...bagus anak ummi sorang nie...lepas ummi dapatkan trolley, tetiba ayah tak ada tempat tunggu tadi...ummi ada denngar suara budak jerit tapi tak pasti tu suara zhafran ke...tapi hati ummi dah tak sedap...mesti hilang lagi..ayah kata zhafran hilang...ummi dah rasa nak pengsan...ummi pun cari sekali..sampai siap masuk tempat jual arak..sebab takut dia menyelinap masuk kat situ...last2 ayah g kat counter service zhafran dah ada ngan pak guard baju hitam ngan walkie talkie..dah siap2 nak buat announcement...siap uncle tu dah tulis nama dia...tapi fafan (zhafran) ni mesti kes dia tanya nama dia sebut pelat...tapi sikit pun tak nangis..siap dok atas meja kat service counter tu lagi...ummi amik dia terus cubit...geram sungguh ummi..tak tertahan2...masa tu baru dia nangis....zhafran zhafran....



hari merdeka pulak, ummi keluar tinggalkan adik ngan zhafran..balik2 kak yanti cakap abang tolak adik, dan adik cedera dan luka dekat kelopak mata sebelah kiri..kesiannya..siap bengkak mata, macam kena tumbuk...ummi suspen, walaupun adik tengah tido, ummi kejut dan terus bawak g klinik ..mujur dr kata hanya tisu kulit yang luar sahaja yang koyak ,..tak perlu jahit...bayangkan la kalau kena jahit...ummi sungguh terasa hati dengan zhafran sepanjang hari tu ummi tak boleh tengok zhafran....kenapa la dia sanggup buat adik dia macam tu..adakah dia belum paham...atau nak ambil perhatian...atau nak balas dendam....atau macam2 lagi...entahlah ummi betul2 tak paham...adakah silap ummi yang tak pandai nak ajar anak...ataupun ummi kurang perhatian pada abang...lepas solat terawih ummi borak2 nngan ayah...ummi tanya ayah...ayah kata...budak baru nak lasak memang macam tuh...tapi ummi memang tak sanggup tengok adik dia kena buli sehebat itu...kena buli ngan abang sendiri pulak tu....memang ummi tak sanggup...kawan2, ada tak petua atau nasihat atau ayat2 quran atau doa2 yang boleh lembutkan hati anak2 yang macam ini, zhafran nie memang garang dan tak boleh langsung sentuh barang dia...dia akan kerjakan sungguh2....ummi tak sabar nak tunggu zhafran mula paham sayang adik dengan erti kata sayang yang sebenar...kawan2 tolong doakan sekali ye..thanks in advance!!!


dah try upload gambo luka afnan...tapi gagal...

nota kaki: rasa syahdu jer pagi2 nie...teringat2 budak2 tu kat rumah...rasa sungguh tak selesa...:(

Thursday, August 26, 2010

ketagih....

aii semua..dah masuk minggu ke 3 berpuasa..bermakna ada kurang 2 minggu jer lagi nak menyambut lebaran betul tak??...mood untuk melengkapkan apa yang ada dan merealisasikan cita2 pun dah datang denngan berkobar2..hasilnya minggu lepas ummi telah berjaya membuat biskut raya 2 jenis tau..peanut butter dan chocolate chip...alhamdulillah walaupun baru pertama kali buat sendirian..berjaya jugak dengan hasilnya memang boleh dibanggakan memandangkan zhafran anak ummi yang yang jadi juri merasa biskut yang panas2 baru keluar oven...tak sabo2 nak merasa...kata best ummi sambil menunjukkan thumbs up....teruja tunggu waktu buka untuk merasa hasil sendiri buat..ya...betul, pandai zhafran jadi juri...hehhehe

tapi betul la kata orang..bila kita buat menjadi memang ketagih nak buat lagi..sekarang ummi mencari2 resepi biskut lain untuk tambah2 ...seronok tau bila biskut dah jadi ..sedap pulak tu..puji diri sendiri lak kan..tapi ye lah kagum rupanya ummi ini ada bakat untuk membuat cookies, ingatkan boleh memasak lauk pauk sahaja..upps...terlebih sudah kan????

dah boleh buat biskut nie, dalam kepala sibuk nak pergi kedai bakery untuk beli barang2 buat kuih..tak sabo2..hehheh....alhamdulillah kali ini niat tak nak mengorder biskut raya dari teman2..akhirnya membuahkan hasil...harap2 tahun depan boleh mengasah skill lagi...hero2 ummi tak kacau ke?...jgn silap..diorang nie pun nak uli sama...hehheh...takper, anak lelaki juga perlu belajar nak buat biskut..kot2 tahun depan boleh tolong ummi berbisnes....:)

Tuesday, August 17, 2010

melatih anak-anak ke masjid..:)

wah sudah 7 hari kita berpuasa nie..sekejap jer kan...ummi lum mula lagi buat biskut raya...sang suami dah sibuk bertanya2..nak amik mood nie hahha..tapi kali ini bukan nak citer pasal tu tapi pasal pengalaman ummi melatih anak-anak ke masjid bersolat terawih..alhamdulillah setakat nie cuma hari pertama sahaja ummi tidak dapat bersolat terawih due to keadaan badan yang amat tidak memberansangkan...yelah dengan berpuasa, mengepam 3 kali di ofis, balik ofis memasak di dapur, melayan karenah anak2, menyusu si afnan...sambil berbuka pun afnan bergayut..oh sungguh penat tak dapat nak diceritakan..usai suapan yang ke tiga, badan berpeluh2 tanda mau pengsan...terpaksa berhenti, mungkin tak cukup tido sama...entahlah..memang rasa regret yang amat sebab tak dapat melaksanakan sunat yang 1 itu...alhamdulillah hari2 berikutnya, badan dah dapat adjust, berjaya menyempurnakan solat terawih bersama suami merupakan kenangan terindah untuk ramdhan kali ini...dan lagi indah bila diserta dengan kehadiran anak2...

malam sabtu yang lepas, sementelah maid juga bercuti, ummi tekad untuk membawa zhafran dan afnan ke masjid, setelah 2 hari sebelum itu telah meninjau keadaan di masjid besi Masjid al-Mizan di Putrajaya yang rata-ratanya juga membawa anak bersolat bersama..mungkin afnan dan zhafran juga boleh bersama-sama fikir ummi..tapi ternyata ia tidak semudah itu,,,

ummi sampai ke masjid imam sudah pun 2 rakaat solat isya'..terkejar mendukung afnan dan zhafran mengiringi ayah ke tempat solat lelaki...ummi dapat menghabiskan solat isya' dengan jayanya walaupun afnan berada lebih kurang 30 meter dari ummi...niat ummi jgnla anak aku pergi tempat lain..usai solat, dan baru sahaja solat terawih bermula, afnan mula bergiat aktif, mem follow abang2 di sana menaiki tangga untuk ke tingkat atas..memang pantang nampak tangga ...tangga kat rumah memang telah dipasang safety gate atas dan bawah, memang jgn harap la nak mendaki tangga rumah...so, di sini peluang luas di depan mata...pada masa yang sama, ummi nampak ayah ke hulu ke hilir...kenapa ye, terdetik hati ummi, mana zhafran???...SAH!!! zhafran hilang...ya Allah risau nya tak tahu nak kata, sebab masjid tu dikelilingi air tasik...ummi berdoa jgn la jadi apa2 pada zhafran...jgn la dia pandai tekan lift untuk turun ke bawah...ummi berselawat 3 kali...dan akhirnya ummi berpecah dengan ayah..ummi tinggalkan afnan bermain di ruang legar...akhirnya belum sempat ummi ke mana2 sebab tak ada idea nak cari di mana dulu...zhafran turun dari atas dan menyebut ayah..ayah...tapi tidak menangis langsung,,,muka tak cuak, gembira, cuma berulang kali menyebut nama ayahnya...nampak ummi terus senyum2..apakah anakku??ummi risau sangat..ko boleh tersenyum2...ummi pikir nak balik sahaja..tapi rasa sayang pula...plan B pula..ummi gesa ayah solat dulu habiskan 6 rakaat lagi sebelum diganti dengan ummi..alhamdullillah kami selesai solat walaupunm berganti2...dan pada 3 rakat untuk witir, kamu solat serentak, cuma pada rakaat yang terakhir, zhfran buat pasal menindih adiknya, dan ayah terpaksa membatalkan solatnya untuk memujuk adik....ayah kata berpeluh 1 badan macam berjoging rasanya...walaupun penat ummi rasa puas sangat...

memang niat ummi nak melatih mereka berdua untuk kenal apa itu masjid, maklumlah kali pertama, nama pun kali pertama...cabarannya sungguh tak terkata....insya-Allah ada kelapangan dan kekuatan, ummi bawa kalian semua lagi...ummi berdoa 1 hari nanti kalian berdua tahu bahawa masjid itu rumah Allah yang kita perlu jaga kesuciannya, dan harap dapat kalian behave ketika ummi dan ayah bersolat...wahai anak-anak ummi, kalian kena tahu bahawa ummi dan ayah sayang kalian berdua....:

Tuesday, August 10, 2010

mengidam...:)

salam menyambut ramadhan untuk kawan2 sekalian...huhuu...nak tahu tak apa yang ummi mengidam kali ini..kali ini plan nak habiskan ramdhan dengan berterawikh...last g masjid solat terawikh ramai2 time ngandungkan zhafran, masa pregnant afnan dah solat kat rumah jer tu pun jenuh tunggu zhafran tido dulu..dan pada kesempatan kali ini, dengan niat yang menebal, nak teruskan balik amalan yang ummi buat masa sekolah dan "u" dulu2...best betul...nanti ramai2 makan moreh...hahaha...cuma kali ini ummi akan bersolat dengan jiran2 baru..harap2 dapat juga untuk berkenalan2..yang rata-ratanya berpangkat kakak dan makcik..maklumlah ummi agak muda di situ..:)

dan kali ini, ummi rasa paling best sebab dapat sambut ramadhan dengan suami tercinta, dapat bersahur bersama untuk first day ramdhan...(orang lain tak kecoh pun kan..)...baju raya zhafran afnan ummi dan ayah dah siap..cuma belum shopping untuk baju2 sampingan untuk budak2 nie..entah bila entah..azam lain nak buat biskut raya, harap2 cepat la ayah beli oven untuk ummi...tak sabar nak test power nie..mana tau tahun depan boleh bisnes kecil2 lan...hahhah

dan kali ini juga tahun kedua berpuasa dan menyusukan...tahun lepas umur afnan 6 bulan, dan memang agak kekeringan la bulan puasa terutama weekend, rasa kempis jer..hahhah...alhamdulillah dapat juga ummi genap berpuasa sebulan...insya-Allah kali ini ummi mampu untuk menghabiskan puasa dan mengepam. tak mau tinggal pump, takut production pun jatuh...:) stok2 ummi pun dah penuh tak tau nak letak ke mana dah..hari tuh hampir2 nak di let go sebab dah nak hampir expired, tapi nasib baik dapat di rotate dengan sebaik mungkin...mungkin kena pikir2 kan nak beli deep freezer kot:)..dan harap2 juga dapat genap sebulan berpuasa memandangkan ummi sampai afnan nak masuk 18 bulan nie belum datang period lagi...hehhehe....kagum tak?...betul la dengan penyusuan penuh, kita mampu merancang kerana secara automatik ummi tidak subur....keh keh...

inilah dia yang ummi idam2 kan...bukan mengidam sebab pregnant pun ....cis...terlebih sudah:)..ok kawan2, selamat menjalani ibadah puasa dan doakan agar ummi dipermudahkan perjalanan penyusuan ini insya-Allah..

Wednesday, August 4, 2010

entry khas untuk SAZRIZA, SHERI DAN SUHANA

SALAM untuk kawan2 ku sekalian..sebenarnya dah lama nak buat entry nie tapi busy sangat tak sempat2...melihat hari baik dan bulan baik nie sempena bulan penyusuan susu ibu, ummi nak amik kesempatan untuk mengucapkan kepada semua ibu diluar sna yang menyokong susu ibu ini dengan ucapan...selamat hari susu ibu!!!!

untuk sazriza yang baru bersalinkan fathi, aku rasa sungguh terharu sebab dapat jumpa ko kat azzahrah hari tuh, cuma aku lupa nak bawak pump bersama at least boleh pinjamkan kat ko untuk stimulate susu yang belum keluar..sementelah si fathi asyik nyenyak jer diulit mimpi..kita sama2 belajar untuk menggerakkan si fathi yang syok tido utnuk bangun menyusu...dah nampak dah tanda2 seorang ummi yang baik...:) untuk ko aku doakan ko kuat untuk terus kan menyusu..aku tau bby boy memang kuat susu, ikut demand dia..jgn lupa berdoa kepada Allah agar dipermudahkan laluan iini...kalau ko rasa tak kuat terus lah call aku dan sms, aku akan sentiasa ada di belakang ko.,,,,sian kat fathi kalau dia minum formula..perut dia belum boelh terima lagi...

untuk sheri pulak, dah lama betul tak jumpa ko..last2 ko sms aku untuk datang meraikan majlis cukur rambut anak nya falah..nama anak diorang nie semua dekat2...masing2 comel..hero2 of the day...belum campur hero2 aku lagi tuh..hehehh...tahnks for jemputan..tak sangka time tu husbnd aku yang busy giler tu dapat cuti..daptlah kita jumpa...enak betul makanan hari tuh siap bertmbah anak2 aku makan...heheh...falah baby yang baik, diam tak meragam sepanjang majlis..budak baik senang mama nya...untuk sher walaupun aku tengok ko dah mula campur susu, walaupun falah baru masuk 2 minggu, tapi mungkin atas sebab kesakitan yang ko alami sepanjang hari2 awal kelahiran falah, menyebabkan ko tak larat nak menyusu, ko masih boleh menyusukan tapi mungkin bkan direct, melalui botol, pump dan offer guna bottle. ko kena percaya semua orang ada susu, dan cukup tak cukup tu adalah bergantung pada usaha kita, kalau kita determine untuk berikan yang terbaik utnuk anak2 kita..insya-Allah dipermudahkan...

untuk suhana, walaupun kita baru kenal sejak kita berjiran ...tapi rasa macam dah lama kenal...auni sedap nama si kecik..comel serupa mama nya...tak sabo nak tengok auni pakai kasut baby yang auntie zulie bagi...cute sangat...:) nampak dah suhana ada keinginan mendalam nak menyusukan si kecil, sihana kena kuat, kalau boleh cari masa terutama time pantang nie untuk menimba ilmu sedalamnya untuk sihana lebih kuat untuk menghadapi cabaran penyusuan...insya-Allah boleh....:)

ingatlah kawan2 yang ummi sayang...penyusuan ini amat bertitik tolak kan dengan PENGORBANAN..ia adalah merupakan momen2 terindah yang tidak dapat diungkap, hanya ummi, mama, ibu, mummy yang bertuah sahaja dapat merasai..jgn sia2kan kebertuahan ini, makan jgn mudah cepat mengalah...happy breastfeeding:) mmmuahs..

ingatan tulus ikhlas,
""hardcore breastfeeder""

Thursday, July 29, 2010

ABANG & ADIK

kali nie ummi nak citer gelagat anak2 ummi yang dua org tu lah..ramai gak yang sibuk tanya bila nak dpat gurl pulaks...jawapannya belum lagi...biar mereka berdua ni besar dulu..sebab belum habis turun ilmu persilatan kat mereka berdua..nanti macam mana diorang nak buli adik pulak...hahhahaha:) meh kita citer pasal zhafran dulu

zhafran dah mula bercakap dengan bahasa yang boleh difahami..tetapi biasanya diselangi dengan bunyi2 an yang memnudahkan ummi untuk paham..cthnya...kaki fafan (zhafran) anggar (langgar) car vroom vroom...(bunyi car lah tuh)...sekarang dia memang suka memunya kan barang walaupun barang tu bukan miliknya..contohnya toys adik pun dia kata abg nye....suka main2 sama2 adik dan juga suka tolak adik ...lepas tolak adik dan adegan menangis terlolong oleh adik bermula..dia akan cuba larikan diri sembunyi di tempat yang ummi masih nampak..dan perhatikan ummi samada ummi marah ke tak...cukup mencabar keimanan...kekadang tercabar gak kesabaran dah terlepas gak sedas dua di kaki abg...pandai nangis sebab nak ummi pujuk..akan nangis tak henti2 sampai ummi peluk dan pujuk baru berhenti...minum susu pun kuat, tapi pada usia zhafran sekarang dia masih guna botol kecik 5 oz..dan sekali minum susu 4 oz sahaja..sungguh jimat kan?...zhafran dah 2tahun 6 bulan...susu dugro coklat kegemaran...makan pun bersemangat lagi2 kalau ayah buat nasi kepal...berkepal2 dia makan...gud boy...cuma 1 jer, dia lum diapers free..tengah nak train dia.sebab dia dah pandai cakap...sekarang pun dah mula ajar dia berak dalam toilet bowl...cuci sendiri...dia macam excited sebab boleh main air..itu sebenarnya...kalau dah diapers free, lagi jimat..cuma nak pikir untuk si adik jer..tu pun adik ummi nak ajar sikit2...

hah adik lak la....dia sekarang montel dan lasak...si comel ummi sorang nie ummi memang tak leh lama2 tinggal..g kerja pun masih teringat2 kan dia...budak yang senang dijaga..pandai berdikari..jarang merengek, jarang sakit, makan tak memilih, susu kuat minum susu ummi...air lain dia belasah jugak..perut tahan tak sensitif, bagus senang jaga dia...ummi sayang betul kat dia..kalau ummi masak tak pernah kacau, bagi tupperware dia akan kemas ikut suka dia...abg jer selalu ganggu ketenteraman adik, amik barang adik...mula la adik marah...sekarang nie ummi boleh drive bawak abg dan adik dalam kereta...walaupun lasak..tapi ummi start bukak cd lagu nasyid terus masing2 menyanyi ikut irama lagu..seronok sangat tau time nie...nampaknya memang ikut jejak langkah ummi ayah yang merdua suaranya amminnn....(perasan betul)...afnan dah boleh nyanyi banyak lagu, twinkle, baa baa black sheep, are you sleeping, london bridge, chuggington, thomas n frens, humpty dumpty, memang dia hafal melodinya walaupun lirik memang banyak yang tak tepat...betul2 la dengan nyanyian dan melodi anak2 kecil lagi senang menghafal....dan yang ummi paling suka bila dia dah mula hafal doa..sebab ayah beli cd tilmiz, sebab doa2 pun dibaca dalam irama nasyid..moga2 anak2 ummi masing2 boleh jadi imam muda 1 hari nanti..bangga ummi dan ayah...sekurang2 nya ummi nak salah sorang ada lah yang boleh menghafal quran jadi tahfiz, boleh selamatkan 10 orang terdekat...harap2 sangat...amminn...afnan dah setahun 5 bulan..bulan depan genap setahun 6 bulan...lama dah rupanya ummi susukan afnan...alhamdulillah..sekarang nenek dah tak sibuk tanya lagi ada susu ker?...mesti girang bila tengok stok susu ummi yang penuh atas freezer, dulu sibuk kata ko buat aiskerim ke????...hilang la dongeng mengatakan keturunan dia takder susu...alhamdulillah sekarang dia asyik cakap afnan sihat dan tak sakit sebab minum susu ummi nya...bila anak sihat tumbesaran dan perkembangan otak tak terbantut...tu yang paling penting..syukur pada Allah sebab anak2 ummi tak sakit...dan amat menggembirakan...kalau anak2 sakit, mesti kita tak senang hati nak g kerja....betul tak?...

banyak benda lagi nak citer tapi takperlah stop sampai sini...hari nie baru dapat masa nak update, sebab terlalu busy..next week agaknya sambung balik...seronok jugak bila busy, kita takder masa nak sibuk bergosip..hehheh...nanti ada masa leh update lagi...

Wednesday, July 21, 2010

campur aduk....:

hai lamanya tak update blog..keh keh...kenapa ntah bila tak busy takder mood..sibuk baca blog org jer..lepas tu senyum2 sendiri...bila busy, baru rasa nak update baru tau rupanya ofis block jugak time ber blogging..pukul 1-2 jer..huhuu....

sekarang nie ummi ada bos baru yang amat2 suka bagi kerja kat ummi...(ape maknanya)....tak menang tangan..sekarang nie kena buat banyak kerja...kebetulan laks fb dan blog kena block so, takder masa sangat nak rehat2 macam dulu..bila tepu kepala..g kunyah2 kudapan ataupun sembang ngan kawan sebelah partition pasal tele movie Benci Bilang Cinta...(oh Dimas yang hensem...:)

tapi busy macam mana pun, tetap sempatkan diri untuk ngepam....nak upload gambo pun lembab so, takder la gambo kali ini...alhamdulillah afnan masih menyusu lagi...seronok tengok afnan sihat..berkat susu ummi...jarang sekali sakit...

ummi terpaksa citer ringkas2..lagi 15 minit dah kena block..hehhehe...hari ini plan nak masak ikan ruhu goreng bercili mesti sedap..semalam atok bagi..atok kan kaki memancing...(sayang atok...terima kasih ye..:) lain kali bagi lah lagi...heheheh...

zhafran sekarang nie suka sangat main game handset ummi, tak bagi ngamuk2..baling2 barang...hehehe..(macam perangai ummi laks...) jgn le abang macam tuh...ummi tak bagi sebab ummi takut handset ummi rosak..walaupun ummi tau abang pandai pakai handset touch screen nie...sayang anak ummi...

eh..oklah got to go..nak solat dan sambung kerja..sebab banyak benda hutang ngan bos nie..maklumlah mengikut arahan nie..keh keh..bye2 kawan....

Tuesday, June 29, 2010

JUN....

bUlan ini adalah bulan yang istimewa sebenarnya tapi dalam masa yang sama banyak benda yang sedih berlaku...mungkin ini ujian dan pengajaran untuk ummi...dari bulan yang istimewa jadi bulan yang agak memenatkan, memeningkan dan apa ntah lagi..

di kala usia ummi nak menginjak 29 tahun yang lepas (dah tua rupanya ummi nie), ada peristiwa yang ummi takkan lupakan sebab tak eprnah terjadi sepanjang hidup ummi...kereta ummi kena pecah dah ummi hilang hand bag yang mengandungi segala kad2 peribadi dan anak2...pasport ummi dan pasport maid, duit, kad kredit dan atm, kad-kad panel klinik dan hospital, kad2 shopping...semua habis...kenangan2 banyak betul kat dalam wallet ummi...sampai hati betul la pencuri bodoh tu..kalau ye pun nak duit ko tak payah le angkut ngan dokumen2 ummi tu sekali..yang lagi sedih bila buku2 simpanan ummi, tabung haji pun hilang..sebab baru jer lepas masukkan duit zhafran dan afnan....

maka, bermula la operasi menguruskan replacement kad pengenalan, mykid dan semuanya la..yang paling tension bila pergi ke kedutaan indonesia ..dah la pergi masa bithday ummi...satu hari kat sana..macam dah kat negara indonesia lak...seriknya nak g lagi tempat macam tuh...huhuu....

nasib baik untuk replacement semua dokumen ini takder kena bayar..cuma untuk pasport indon kena bayar RM36...murah giler kan...kalau pasport malaysia punyela mahal...cuma ummi punye pasport lum uruskan lagi..dah tanya..memang kena denda Rm300 huhu...dan terpulang kepada discretion Ketua Pengarah Imigresen untuk grant berapa lama tempoh pasport...sedihnya...

nak buat macam mana benda dah jadi..terima jer lah..kira macam hadiah harijadi jugaklah...so, sekrang nie memang trauma gak nak tinggal apa sahaja bentuk beg dalam keta...orang bodoh yang gila duit nie memang tak kira asalkan dapat duit sanggup buat apa sahaja...mungkin masa ni orang tu dah mati kot...(hahhahahah)....sakit hati punye pasal....menyusahkan orang betul...bukan dpat banyak duit pun ( tapi ummi memang takkkan ahalal duit tu..biar kembung perut makan duit haram)....

buat kawan2....jgn sesekali tinggal barang berharga walaupun tempat letak kereta itu di kawasan laluan orang ramai, atau hanya untuk sebentar sahaja..orang gila macam nie tak kira ada peluang jer diorang kebas...ummi bengang sebab tempat letak kereta depan surau dan masa kejadian time orang solat zuhur....

Dugaan2......

Monday, June 7, 2010

short updates...

salam..lama betul tak update blog..sebabnya banyak benda berlaku lately...


1) uruskan urusan renovation rumah (pening kepala bila semua benda kita kena pikir...nak survey nak harga murah...tapi berbaloi:)


2) pindah rumah (selamat tinggal rumah kuarters, sayang jugak rasa tapi sebab asyik bocor jer..dah tak larat dah nak panggil maintenance yang begitu "efficient" tu)


3) sebab pindah rumah, sibuk angkut stok ebm afnan (thanks to atok sebab bagi tumpang fridge atok untuk simpan susu2 afnan-)


4) kemas rumah (uish, tak sangka boleh kemas rumah dalam tempoh masa 2 hari setengah jer...terror tak??)


5) last but not least, sebab kerja melambak kat atas meja...(agreement, sebutharga, tender, surat tawaran, surat setujuterima, meetings lagi...ish2 tak habis2)


disebabkan faktor2 di atas, ummi macam tak dan nak update...kat rumah lak ummi dah tak dapat nak update sebab dah potong dah streamx ngan phone line...kat taman kiotrang lum pasang kabel telekom lagi..(harap2 tak lama lagi leh la pasang...)


banyak perubahan bila dah pindah:


1) dulu, bersiap lewat pun tak pe, pukul 7.30 kat rumah lagi walaupun pukul 8 masuk kerja

sekarang, kena bangun 6.20 pg kena siapkan bekalan susu afnan (kalau tak sempat malamnya), pukul 7 dah kena start engin...(macam la jauh sangat...tapi tak suka dalam keadaan terkocoh2..)


2) dulu, balik kerja tak sempat nak berangan dalam keta dah sampai...sekarang, siap berangan nak masak apa, leh nyanyi2 ikut lagu kat radio...sebelum sampai:) pukul 6 pun pernah sampai rumah kalau lambat bertolak dari ofis...


3) dulu lepas sampai rumah terus ke dapur masak..sekarang kena betulkan urat2 dulu main ngan afnan zhafran baru leh masuk dapur..kadang2 lepas azan baru sibuk ke dapur..masak cincai...janji masak..zhafran afnan nak makan..kalau ummi belasah jer apa yang ada..:)


banyak jugak perubahan kan...opss lagi satu ummi dah mula balik baca quran yang selama ni ditinggalkan..dulu selalu ngelat tak baca hari2..sekrang nie dah disiplinkan diri setiap lepas solat maghrib..moga2 berkekalan la amalan nie....


updates pasal anak2 ummi:


1) zhafran dah makin suka menyakat adik dia pantang tengok adik dia main mainan dia pun sibuk rampas...afnan pun makin ligat ...pernah masuk dalam longkang tergolek sampai berdarah kepala...(adik buat ummi cuak jer..jgn nakal2 lagi ye)


2) zhafran dah kuat makan, ummi pun rasa semangat nak masak bihun, mee, nasi ayam...makanan faveret dia..afnan tak payah citer la,,,semua bedal..pedas2 pun makan sanggup ber ulam air tahan pedas macam ummi....bagus2...


3) zhafran dah boleh minum susu coklat ..dulu dia reject (mulanya dia suka minum milo ummi...tak elok lak ada gula..tu yang try balik dugro coklat...nasib baik minum)

afnan lak, alhamdulillah syukur pada Allah masih menyusu ummi lagi...(siang masih on ebm thru botol) malam kuat nyusu....thanks sayang sebab masih berminat ngan susu free nie...:)


eh, tajuk short updates...tapi ter "long" laks...heheheh...penat betul sekarang nie..rasa nak cuti..tapi sekarnag nie org lain sibuk cuti sebab cuti sekolah....


Friday, May 21, 2010

Pahit Untuk Ditelan....

dah lama tak update..sibuk buat macam2 perkara...sebab sibuk ni jugaklah ummi terleka dan ter skip jadual pump ummi...dan menyebabkan output minggu nie Ya Allah merudum sama sekali...takut tau ummi..sampai bergigil2 tangan bila pegang botol tengok masya-Allah..dugaan apa yang sedang ummi lalui ini??..macam tak leh terima kenyataan...sepanjang minggu lepas sehingga kelmarin ummi kena ulcer mulut...teruk betul,...tak tahu kenapa..nak kata tak cukup air..Ya Allah ummi minum air 4 liter 1 hari...entahlah...banyak sangat dosa kot..hehhehe...

memula tahan jer tak nak g jumpa dr..lama2...sampai tak boleh telan makanan langsung...ummi hnaya boleh makan bubur jer...so, sebab tak makan, output pun kureng...lepas tu dr ada bagi aintibiotik, ummi ada tanya dr..tak efek ke sebab ummi still breastfeeding...dia kata baby dah lebih setahun should be ok...ummi makan le 4 biji..tapi the result was...Ya Allh memang merudun..kalau biasanya pump di awal pagi leh dapat 7-9 oz..ummi hanya dapat separuh 4-5oz. jer...memang sedih..tapi tak nak risau2 sangat....ummi pikir2 balik banyak sebab...mungkin sebab skip pump, kurang makan, dan sebab pil yang dr bagi tu....

ummi berdoa setiap kali lepas solat agar dipermudahkan perjalanan ini...alhamdulillah, semalam dah kembali pulih seperti sediakala..dan ummi mampu tersenyum kembali...dan ummi ambil ini sebagai pengajaran untuk tidak leka jadual pump...tidak sekali2..nak upkan balik memang menuntut kesabaran dan kegigihan...hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ummi usahakan untuk dapat yang terbaik untuk Afnan...apa yang ummi tulis ini sebagai kenangan manis ummi dan sekiranya Afnan baca nanti (bila besar)...Afnan akan tahu ummi sanggup buat apa sahaja untuk anak ummi yang sorang nie...sayang afnan dan sayang zhafran juga....mmmuahs....

Wednesday, April 28, 2010

pam di mana sahaja...

alhamdulillah sehingga sekarang ummi masih aktif mengepam...di ofis 3 kali dan dirumah ikut sempat dan weekend adalah wajib...hehehe...dengan bantuan pam yang begitu canggih nie dan amat memudahkan, bagi yang malas dan nak cepat jer macam ummi..digalakkan untuk merembat pam ini hehheh sebab hasilnya memang lumayan....ummi boleh mengepam di mana sahaja..tanpa segan silu, ke mana sahaja ummi angkut beg medela itu...heheheh....
ini ummi sedang mengepam di dalam kereta hehehhe....ayah yang snap..nasib baik tak nampak apa2 yang seksi...keh keh.....ini sessi pertama di awal pagi...lumayan kan???
ini hasil tenusu ummi ...taklah banyak,,,tapi oklah kan...hehehe...sian sotong ngan ikan tu terpaksa mengalah dok kat tepi...hehhe...tenusu diutamakan....(entry ni bukan untuk riak ye..sebab nak bagi semangat kat diri sendiri dan ibu2 seangkatan ummi....)

Monday, April 26, 2010

teruja!!!!!

wah..teruja!!!...satu perkataan untuk menggambarkan pengalaman ummi menghadiri SGM untuk penyusuan susu ibu pada Ahad 25 April yang lepas...emmm bukan setakat ummi yang excited tau, ayah dan zhafran pun turut serta...meh ummi citer serba sikit...

ummi rasa bertuah sangat apabila terbuka hati nak join meeting nie...terlalu banyak info dan pengalaman baru yang ummi dapat berkongsi dengan ibu2 seangkatan dengan ummi....memandangkan ia bersifat 2 hala, dan semua ibu2 tak malu2 nak cerita pengalaman masing...dan yang paling penting kita dapat rasa semua yang hadir sealiran pendapat dengan kita....dan menguatkan semangat ummi....sesuai dengan matlamat pertemuan itu iaitu sokongan ibu ke ibu....memula ummi rasa terlalu kerdil kerana punya pengalaman yang belum matang lagi..tetapi kehadiran ummi dihargai dan diberi ruang dan peluang untuk bercerita...memang seronok...bertukar2 cerita....bukan sahaja isu berhubung penyusuan,,,malah menyentuh kepada isu2 parenting iaitu bagaimana untuk meng handle anak2 yang semakin lasak, aktif dan dari kalangan autism...terima kasih kepada rakan ummi ilah yang sudi berkongsi pengalaman daripada kursus parenting yang dihadiri baru2 ini..sedikit sebanyak memberi ummi idea untuk dipraktikkan...alhamdulillah....biarpun ianya free tapi sungguh memberikan kesan kepada ummi...siap ada presentation lagi u......huhuu....next time nak jadi presentor lak...seronok woo!!!!

bagi golongan bapa pula, jgn pikir takder grup support for fathers...ada tau...seronok sangat tengok diorang participate,,,lain kali ayah join ye,,,ummi tak nak paksa...next meeting join ye...
untuk zhafran pula, sedang ummi sibuk berdiskusi, ada segmen toddlers yang di lead oleh teacher ntah apa nama ntah....seronok betul zhfran semalam, sebab dapat bermain2 dengan kawan2..tapi yang paling best, zhafran paling muda di kalangan mereka...walaupun begitu, zhafran paling glamer sebab apa?? sebabnya bila teacher tanya what is your name...zhafran seorang jer yang jawab....dengan jeritan paling nyaring...zhafran!!!!...so start daripada tu, teacher dia asyik suruh dia jer yang ke depan..hehhehe...(bangga ummi dalam hati...)... dan ini bukti yang menguatkan kata hati ummi nak masukkan zhafran sekolah....dia memang suka benda2 menyanyi, menari macam kat sekolah tu....nampaknya zhafran dah ready...ummi cukup berbangga dengan zhafran....dan zhafran juga membuktikan kepada semua bahawa baby yang tak menyusu badan yang lama,..juga bijak dan cepat menangkap apa yang dipelajari...well done my son....yang paling menyentuh hati ummi..bila dia habis main..datang kat ummi....dia cakap..."ummi,,,,stars in sky...." terkejut ummi....balik jer dia tunjuk sand art yang dia buat..tunjukk stars...moon.....seronok sangat....

so kesimpulannya, ummi amat teruja sekali...nxt meeting pada 28hb may, ummi nak join lagi....

belah kanan nie, grup support ummi...nampak tak afnan sibuk kacau discussion..hehheh...zhafran sibuk kat belakang nun jauh di sana tenagh main playgame...ayah kat belakang nun baca paper (lain kali join support grup for fathers macam kat gambo belah kanan tu ye..hehheheh...)

ummi yang berpakaian ikut tema walaupun tak tahu..hahhahah

Friday, April 23, 2010

SGM3-normal development for breastfeeding babies

ngee...tetiba excited rasa nak join benda nie..actually first time nak ber geder ngan ibu2 yang seangkatan dengan ummi...heheheh.....tadi dah daftar dah kehadiran...ada pot luck lagi tuh...memula plan nak bawak afnan sorang jer...lepas tuh rasa nak bawak zhafran sekali..so, masa tengah berdiskusi tu leh lah zhafran main2 kat palyground nearby...hehehe...tak sabo nak jumpa otai2 nie...nak diskus pasal development babies...memang ummi nak tahu sangat pasal nie....kalau cari kat internet tu macam satu hala jer..at least berdepan dengan orang ada 2 hala mesti lagi berkesan di samping dapat berkongsi pengalaman dengan ibu2 yang lain...mesti seronok....

sebenarnya ummi nak citer mana ummi menghilang baru2 nie...ummi bawak zhafran main2 kat theme park times square...heheheh...nanti ummi upload gambo sikit2 untuk tatapan kawan2...best rasanya sesekali release tension bila jerit2 main thriller game...heheh....ummi rasa macam anak dara lagi jer...ayah sibuk main ngan zhafran kat tempat children theme park..ummi main sorang kat adult area...hahahha....

Wednesday, April 14, 2010

zhafran dan perangainya...

dah lama kan ummi tak update..sebabnya memang terlalu busy..hari ni ummi agak rileks boleh siapkan kerja semua..dan mula nak update blog...kat rumah walaupun ada internet tapi dah sampai rumah memang dah letih nak rehat jer...lepas masak layan budak2 nie...letih betul..belum azan isya' ummi dah zzzzzz..

nak cerita pasal zhafran.. sekarang nie zhafran bertambah lasak, suka jerit2 sampai pecah suara..hari tuh bawak g Tesco dia nak beli apa sahaja yang dia nampak..biasala ummi kalau tak berkenan tak kasi dia letak dalam troley...dia pun ngamuk lah..pukul2 ummi..tension tul...semua kotak2 mainan tu dia suruh bukak nak tengok apa dalamnya...selagi tuh dia jerit2..semua orang pandang...dia amik coklat kat kaunter dan suruh bukak nak makan..makan sikit pergi lari2 kat dalam tesco..puas maid kejar ke sana ke mari....

kat rumah lak, asyik nak buli adik..dulu dia dah tak kacau adik..tetiba sekarang nie perangai dia makin menjadi2..dia suka duduk atas adik..cakar muka adik, gigit pipi adik sampai berdarah..kesian sangat kat afnan....apa lah dosa afnan sampai dia buat macam tu sekali...kalau kita marah dia..sekarang dia tak nangis..siap marah dan pukul kita balik...lepas tu cakap STOP!!!...lepas kena marah..sealng berapa minit...tolak adik sampai jatuh..adik baru jer pandai jalan..baru nak jalan dah kena tolak..so sekarnag nie kalau dia nampak abang dia macm nak tolak dia..cepat2 dia duduk...pandai adik...dah puas nangis dah dia...

ummi sekrang buntu sangat dengan perangai zhafran...macam mana ye nak buat..ada cadangan tak...inilah dia cabaran membesarkan anak2...kalau aktif bagus..tp terlampau aktif jadi lain la pulak...nak cuba berlembut dulu la...tengok ada perubahan tak..rasanya sebab zhafran nak perhatian orang sekeliling kot...kesian jugak katdia sebab afnan hadir kedunia nie masa zhafran masih memerlukan perhatian penuh dari ummi dan ayah...tapi tak bermakna ummi tak beri perhatian sayang....ummi setiap kali lepas solat mesti doa, semoga anak2 ummi nie jadi budak yang baik..dengar cakap ummi, soleh...bijak dan menyenangkan hati semua...moga2 apa ynag ummi doakan akan termakbul...amiin...

Monday, March 22, 2010

jgn malas ngepam, ummi.....

haipp!!!! haipp!!! rasa nak ketuk kepala sendiri nie...lately nie ummi jarang bangun malam..dulu rajin sangat...sekarang failed!! selalu malas..ngantuk plus penat...huhuu...nasib baik weekend ummi masih berjaya mengepam...kalau dah tido nie memang malas sangat...selalu dok pikir sebab afnan dah kosongkan B dah...yelah afnan tak kosongkan betul2...bermula hari ini...nak amik semangat pump balik...kerapkan ngepam....don't skip2....peringatan untuk diri sendiri..kosong kan B dengan lebih kerap supaya susu baru lebih banyak terhasil...jgn malas2 ummi nanti bila time kemerosotan dan kemeruduman tiba baru nak gigit jari....baru tersedar dari lamunan la ummi nie....bila teringat zaman dulu2 yang bangun tersengguk2 pagi2 buta pump susu...kdg2 tertido sambil pump...adeke patut...plan ummi nak buat power pumping;...lum pernah buat...nak buat tapi leh tak sambil tido...sebab nak buat mesti amik 1 jam...1 jam amat bermakna tuh...tu pun kalau afnan tak nyusu..hehehhe.....sekarang nie afnan memang kuat nyusu..pagi time ummi kerja..20oz pun boleh habis...pantang bagi hisap...sekarnag dia dah boleh pegang sendiri botol..feveret dia tengok little einsten sambil hisap susu lepas tu tertido sendiri....hehehe..kenyang perut suka hati...kadang2 lumba minum susu ngan abang..tapi biasala abang memang tak tekun bab minum susu..kejap2 berhenti...adik dah minum kali ke 2 baru terhegeh2 nak habiskan susu 4 oz tuh...hehhehe..


baru merasmikan botol bumble bee..hehhe...ummi pelik time pump guna botol medela ummi tengok sukatan 7 oz je...bila transfer kat botol nie jadi 8oz plus...banyak gak beza tuh...ni sessi pertama pagi nie...alhamdulillah...

Friday, March 19, 2010

3 tahun kawin perlu ke Merajuk????

entahla, bila pikir pasal semalam kelakar pun ada...sebabnya..ayah tetiba makan tak ajak ummi...geram sungguh....lepas tu dia cakap sayang pun pernah je makan tak ajak kan???..ummi bengang dan terasa hati...lepas tu dia tambah lagi..dah le sayur tak hidang....selalunya ummi hidang terus apa yang ummi masak kat atas meja..tugas sapa nak makan tu cuma senduk nasi jer dari dalam rice cooker dan makan...

ummi pun tetiba sebab berhangin punye pasal...cakap...orang penat2 balik kerja..terus dnegan baju kerja, tonggeng2 nak masak kat dapur...dia boleh seronok tengok doraemon, zhafran ngan afnan gaduh sesama sendiri....memang ler semua benda kuar...dah macam mengungkit lak...rupanya dia hangin sebab ummi lepas masak tukar channel tv ..dia rupanya tengah syok tengok doraemon, ummi tukar tengok American Idol...dah tua anak 2 tak payah le sibuk tengok kartun....

bila tengok ummi merajuk..baru nak pujuk...kelakar jugak ler merajuk bila dah tua nie..umur pun dah 29thn anak pun dah 2...kawin pun dah 3 tahun....boleh ke nak merajuk2 lagi????hehhehehe

Thursday, March 18, 2010

1,2,3,4,5...aiikk....5 jer ke dik???

hehheeh..ummi tersengih2 sorang diri sebab semalam ummi dapat menyaksikan afnan berjalan pada pertama kalinya..bestnya..sebab masa zhafran dulu ummi tak dapat tengok..sebab zhafran jalan pertama kali depan atok ngan nenek....heheheh..semalam masa ummi lepas masak..rileks depan tv..adik dari grill pintu depan...pandang straight pada ummi..sambil buat muka cuak...langkah satu step ke dpan...badan agak goyang2 la...lepas tu 2,...3,....4,...5..yeyyyyy!!! ummi terlompat2 macam apa ntah..hahah...abang pun lompat sama ngan ummi...lepas tu cakap yeyyyy.....zhafran tutup2 mulut gelak suka...(sajer lah tuh ikut gaya ummi gelak tutup2 mulut control cun...)...tapi sayangnya tak sempat nak record adik jalan....takper yang penting ummi nampak....dan ummi ingat....hehhe

ummi semalam excited g beli selipar yang agak ringan nak bagi afnan pakai...sebab ummi dah pesan kat kak yanti latihkan dia jalan sendiri....kat depan rumah...tapi biasala..jalan 2-3 tapak sibuk nak pegang tanah..tertonggeng2 gelak sorang2...tapi yang best bila ummi pimpin, adik dah boleh jalan tapi slow lah tak payah pimpin 2 tangan lagi..hehehhe...suka2 ummi sangat suka...nampaknya afnan lagi awal jalan daripada zhafran...takper..lambat pun ummi tak kisah..cuma nanti bila org tanya dah tumbuh gigi?? dah boleh jalan??...ummi boleh jawab DAH!!!! dengan hati yang bangga....hahhahahah

Wednesday, March 17, 2010

photo ke 8 dalam folder ke 8

hehehe...ummi berbesar hati nak buat satu tag daripada mama sumayyah...since ada mood ank buat nie..macam best jer dia punye rules



The rules of this tag are:
1. Go to your photo files… select the 8th photo folder
2. Select the 8th photo in that folder
3. Post that photo along with the story behind it
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same.


setelah melalui proses tersebut, photo yang di select adalah:

ini gambar kambing yang diaqiqahkan untuk afnan last year...tapi sob sob afnan aqiqah lambat sebab perkara2 yang ummi malas nak ingat sampai hari ini..biar ummi pendam saja ye...alhamdulillah akhirnya afnan selamat di aqiqahkan...

heheh nak tag sapa ek...nak 8 org la plak...

1. awin

2. syikin

3. kam

4. mahyudin

5. husni

6. noly

7. luqman

8. sapa2 la....

heheheh

Tuesday, March 16, 2010

sakitnya ...blocked ducts

sekali lagi ummi kena blocked ducts...kawan2 tau tak apa itu blocked duct??? ia boleh terjadi oleh banyak sebab..oversupply, skip pumping, dll...dia akan jadi ketulan berketul disekitar tempat tersebut..hehhehe..keras semacam macam ada benda beku kat dalam..urut pun tak jalan...tuam ngan air suam pun tak jalan...lepas pump pun tak kuar habis...masih ada ketul..berdenyut2..dia macam engorge la rasanya....

semalam ummi buat research kat banyak website pasal benda nie...so, ummi dah try semua benda..and at last ummi buat benda ni...sebenarnya ummi takut nak cuba..seriau betull...sebab blocked duct kali nie diiringi dengan blister (putih) kat nipple....so, dengan keberanian yang ada ummi amik pin dan try bakar..lepas tu tunggu dia sejuk, then cucuk kat tempat blister tu,,,..terus susu kuar pancut2...ummi pun pump..dan alhamdulillah kelaur semua..dan kempis tempat yang bengkak tu....berbaloi rasanya guna method tu...setakat ummi menyusukan afnan setahun sebulan nie..dah 3 kali kena....memang sakit...tak tahu sebab apa....banyak faktor yang menyumbang....thanks to kellymom for the info,,..lepas nie ummi tak ler gabra lagi....

Monday, March 8, 2010

susu mesti mari!!!!!!

wah..siap ada tagline macam kumpulan MAMU yang terkeluar masa episode sebelum akhir RAja LAwak...keh keh...sajer nak citer pasal susu nie...lately nie ramai kawan2 yang baru bersalin tanya2 pasal penyusuan ibu ini...ummi rasa cukup best dan gembira sebab dah ramai kawan2 ummi berminat nak letakkan priority pada susu ibu ini...dulu ummi macam takut2 nak bercerita pasal nie..tapi bila tengok ada demand daripada kalangan mereka2 ini yang bergelar ibu muda, tak salam ummi nak berkongsi pengalaman dan pengetahuan...ummi bukan bagus sangat..masih dalam perjalanan yang masih ada separuh lagi untuk dihabiskan...semuanya berkat doa ayah dan ummi agar perjalanan mulia ini dipermudahkan oleh Allah...





ummi tau bila ummi cerita pasal susu ibu ini..ramai geleng kepala sebab kebanyakan kata tiada susu, leceh,...dan macam2 lagi..nak tackle this group agak susah...tapi biasanya hati mereka2 ini terbuka bila dia tengok kegigihan ummi mengepam, tak kira masa..ada kursus pun lari cabut sekejap nak pump..kalau tengah meeting pun ummi sanggup minta excuse untuk keluar...semuanya ummi bolehkan untuk beri yang terbaik untuk anak ummi..alhamdulillah selepas itu ramai yang mula bertanya2...mungkin inilah jalan terbaik untuk kita beri pendedahan kepada mereka...untuk yang tak berapa tahu..ummi try bagitau apa yang ummi tahu...ummi pun masih belajar...sama2 berkongsi ilmu...buat apa nak kedekut..sekali kita berkongsi...selagi itu Allah beri rezeki kepada kita..ummi selalu pikir macam tuh...





afnan sekarang pun kerap dan kuar nyusu...makan pun kerap..mungkin sesuai dengan tumbesaran dia...kadang2 baru lepas nyusu direct..bila dia tengok abang dia minum susu ...dia pun rampas botol susu abang...ummi pun pump lah sikit 3oz untuk dia hisap together2 ngan abang guna botol...berlumba2 nak habiskan susu nngan abang ..so sweet....disebabkan demand afnan yang agak kuat tu...so ummi terdorong untuk pump dengan lebih kerap jugak...weeknd pun pump...





alhamdulillah rezeki afnan sentiasa cukup sehingga ke hari ini...moga2 Allah sentiasa murahkan rezeki afnan sampai berapa lama mana yang boleh....

nilah rezeki afnan untuk pagi ini untuk sessi pertama....alhamdulillah...




Wednesday, February 24, 2010

Setahun Berlalu Terlalu Cepat

Hari ini genap usia Afnan setahun...pagi2 bangun dah senyum2 anak ummi sorang nie...tak sangka ummi dah setahun dah anak ummi nie..sekejap sangat masa berlalu...masa zhafran dulu..macam lama jer..yelah time tuh ummi lak membawa Afnan dalam perut lagi...memang rasa lambat jer...

sempena setahun kelahiran ni ummi nak update la perkembangan afnan sebab ummi tak betah nak update setiap bulan. mungkin disebabkan kekangan masa dan juga terlalu banyak perkembangan afnan yang ummi tak larat nak tulis...so, kali ni ummi ambil sedikit masa ofis perah ingatan untuk tulis serba sedikit..at least ada la sikit better than nothing kan...

Antara perkembangan Afnan setahun ini:-

1) masih menyusu full ngan ummi (harap2 niat ummi tercapai untuk melengkapkan penyusuan)

2) sudah pandai bergaduh ngan abang (kawan2 dalam erti kata yang lain)

3) makan 5 kali sehari..amat berselera sekali (kalau malam tak makan akan mengamuk2)

4) sudah pandai nangis kalau nampak ummi nak g kerja dan keluar rumah pakai tudung (ini ikut perangai abang la)

5) suka berdukung..(bila la nak pandai jalan kalau asyik dukung jer anak oiii)

6)lum pandai jalan..(cuma bertatih dengan bantuan dinding, sofa, meja dan tangan orang)

7) gigi dah tumbuh 5 batang..(3 batang tumbuh diringi demam panas..sian dia..tapi sekejap jer)

8) dah tak makan bubur lagi..sebab dah ada gigi...

9) habit baru suka mengigit...(tak kira mana sahaja termasuk B ummi..uishhh sakit giler)

10)lebih suka merangkak daripada bertatih

11) kalau tengok kartun yang ada nyanyi2..fokus giler (sampai kuar air liur..kes tak tutup mulut)

12) selalu pandang ummi ngan mata terkebil2 kalau ummi membebel pasal abang

13) dah pandai nangis kalau ummi ter tinggi suara (selalu nya mangsa kena marah ayah dan abang la...afnan punye silap pun ummi marah orang lain..)

14) tersengih2 sendiri kalau nampak kak yanti

15) senang tidur kalau atas perut dan dada ayah

16) suka goncang2 grill..sambil tengok pemandangan luar

17) tak berapa suka ngan orang lain (walaupun tak la melalak kalau orang amik)

18) dah pandai main sorang2..sorong2 kereta (sweet sangat)

19) banyak cakap..ngomel sorang2...

20) suka main agah...gelak over kalau kena geletek...

21) pantang tengok tangga..cepat jer naik atas kalau safety terlupa nak ditutup (terima kasih safety gate..)

22) suka memanjat tak kira meja tv, coffee table, sofa dll...

23) boleh merayap dari satu sofa ke satu sofa yang lain dan pandai turun sendiri...(lagak ngeri yang menakutkan)


dan banyak lagi lah tertulis...hehehhe....ni gambo afnan dan zhafran masa kat hospital...tak sempat2 nak buat entry pasal zhafran masuk wad hari tuh....




Wednesday, February 10, 2010

zhafran dilanggar kereta...

hai..dugaan dari Allah..datang tidak diundang.untuk menguji kesabaran ummi dan yang paling penting zhafran..petang sabtu lepas zhafran dilanggar kereta..sebabnya dia main ke tengah jalan..sesiapa yang perbah tengok keletah zhafran memang akan kata..emmm memang patut pun..sebab dia memang lasak dan gerak geri dia unexpected..masa kejadian, semua tak expect dia akan ke tengah jalan...memang ngeri masa dia kena langgar.sebab berlaku didepan mata ummi..cuma ummi tak tercapai dan kaki beku tak bergerak..tergamam mungkin..petang tu juga ummi bawa ke Azzahrah..x-ray alhamdulillah tak retak dan tak patah..tapi bengkak semacam..ummi suspen..bila dr kata refer pakar ortopedic...(betul ke ejaan nya ntah)...

esok pagi ahad, ummi bawa zhafran..dan dr pakar suruh x-ray lagi sekali..memang sah PATAH!!!...jantung ummi terberhenti denyut....memang takut giler..macam2 pikir dalam kepala..nanti zhafran tak leh jalan ke..macam mana zhafran nak lari2...kesiannya..dia dah menangis...dr siap2 kan barang nak betulkan tulang dan simen...tapi tak leh buat sebab zhafran enggan dan meronta...buat appointment untuk masuk wad esoknya untuk tunggu pakar bius untuk bius satu badan dulu baru leh buat simen dan cuci luka...

pagi isnin, kami tiga beranak masuk wad..dan yang sadisnya..zhafran tak habis mintak susu..dia tak leh minum dan makan sebab kena puasa dari kul 7.30 pgi sampai 1 petang...lama kan???cipta rekod lah dia hari tuh..sian sangat..sampai kat bilik bedah tu sambil tunggu pakar bius datang...dia tak nak pakai suit untuk masuk bilik bedah..jerit nak susu nak susu..memang sedih..tapi jiwa ummi nie kering lak hari tuh...tak nangis..tapi masa otw g azzahrah...ummi ada lah mengalir air mata sebab tetiba sedih tengok kaki zhafran..heheheh..hati ummi mana tak sedih kan...kalau korang tengok zhafran lepas kena simen..dia still aktif macam orang sihat,,siap main motor lagi tau...seret kaki yang berat kena simen tu..sadis ummi tengok...

semalam ummi mintak kat dr untuk keluar wad sebab zhafran meraung2 minta kuar,,,nak buat amcam mana..ummi pun rimas dok wad..sebab dia tak sakit cuma kaki jer yang bersimen...dr kata 6 minggu jugak kena pakai simen tu...

nanti ummi update gambo kaki yang sebelum simen dan selepas simen ye...kawan2 doakan lah zhafran cepat sembuh dan boleh jalan macam biasa...amin...

Friday, February 5, 2010

ReVieW LaGi...

setelah hampir seminggu dan ummi berjaya melepasi proses nipple preference..maklumlah bertukar dari spectra di mana sedutannya tak berapa nak sama dengan freestyle nie...selepas sessi suai kenal ni..alhamdulillah sangat..resultnya terlalu bagus...dan ummi sangat suka okey....

walaupun pada mulanya ummi rasa bunyi nya yang agak mengganggu ketenteraman dan kesyokan ummi ketika ngepam...tapi lelama dah jadi macam melodi lagu yang boleh mengfokuskan diri untuk mengepam....

disebabkan pada permulaan sessi..ada stimulation phase yang amat2 membantu untuk let down dengan lebih cepat..tanpa apa2 kesukaran....walaupun setting untuk stimulation dalam 2 minit...ummi berjaya let down awal daripada 2 minit..tapi tak perlu risau just tekan punat stimulation..automatically akan tukar untuk expression phase..dan ummi akan naikkan sehingga level paling maximum iaitu L9...dengan maximum level of expression ini still tak sakit kalau compare ngan sedutan spectra at max level....dan ia memudahkan dan mempercepatkan expression dalam kuantiti oz yang banyak...once ummi dah rasa expression dah mula kurang..then ummi boleh buat multiple let down dengan menekan stimulation phase berulang kali..best kan??...ini kerana apabila berlakunya let down, akan terhasil la susu pekat dan kuantiti yang banyak....alhamdulillah....

dan ini hasilnya, setelah melalui proses nipple preference...ummi sangat2 bersyukur....dan memberi semangat kepada diri ummi sendiri....


ini semua adalah untuk anak ummi yang seorang ini...afnan sayang....

Thursday, February 4, 2010

Hati UmMi tErsenTuh

ummi agak tersentuh la hari ini ada orang kata macam nie..

"susu ibu mmg da' best, tp sihat or sakit anak all by the will of Allah... kat nursery UIA nie, ada bberapa budak yg fully breastfeed itu lah yg selalu sakit/demam, idung asyik meleleh... yg x breastfeed sihat sokmo.. "

"ada kebaikan juga bila anak demam/sakit sbb die build up immune system (develop memory cells yg bertahan bertahun2), susu ibu straight away bg antibody yg bertahan few months only, for early protection, no memory cells.."

ini copy paste apa yang Hamba Allah tu tulis...kawan2 tahu tak betul ke statement yang berwarna merah itu???.apa niat dia sebenarnya...atau sebenarnya dia telah gagal untuk menyusukan anaknya sendiri..atau dia dengki dan iri hati kepada insan-insan bergelar ibu yang masih menyusu anak nya sehingga ke hari ini??...atau apa2 lagi kemungkinan lain...

sedarkah dia..kala dia menulis seperti itu ada sekeping hati ini yang terluka..atau berkeping2 lagi hati ibu2 lain di luar sana yang terhiris dnegan kata2 itu...sedarkah beliau???mungkin ikut sedap mulut dan perasaan je lah tu kot..hehehe...

bersangka lah baik wahai ummi....harap2 satu hari nanti terbuka hatinya untuk breastfeed..sekurang2nya dia paham apa yang ummi rasa sekarang nie....