Since abang dan adik dah 4 dan 5 thn, ummi rasa, sesuai sangat untuk ummi ajar ambil wudu' dan solat. Mula2 tu biasalah banyak la alasan, malaslah, abang penat lah, entah apa yang dipenatkan nnya pun ummi tak tahu. Tapi ayah ajak dorang sama2 solat, alhamdulillah,,sekarang ni dia yang tanya dah solat ke belum. tapi nama pun budak, adakalanya penuh dengan alasan. Sebab apa ummi biasakan dorg solat wpun usia masih kecil, sebab ummi perhati orang sekeliling, dari apa yang ummi nampak parents sekarang ni macam kurang ambil berat pasal solat. kalau nak anak rajin solat, mestilah parents nya kena tunjuk contoh yang baik dulu, barulah jadi teladan pada anak kan?.
Lagi 1, yang ummi perasan, anak dah sekolah pun, ada parents yang macam tak kisah je anak solat ke tak. mcm mana anak nak biasa untuk solat kan...biasalah budak2 awal2 memang liat, tapi parents kena peka dan ingatkan..ajak mereka solat bersama, barulah mereka rasa bahawa solat tu wajib. Bukan kah dalam Islam, kalau anak dah 9-10 thn, dah boleh dirotan kalau xsolat. rotan tu bukanlah bermaksud kita nak bantai sebat dorang, tapi maksudnya, kita sebagai parents kena tegas untuk wajibkan anak2 seusia itu, untuk jangan tinggalkan solat.
atas sebab tu, ayah dan ummi rasa usia abang dan adik sekarang masa sesuai untuk biasakan dahulu ibadat solat tu, ajak mereka berjemaah sama-sama, in shaa Allah, Allah permudahkan niat dan usaha kita semua untuk menyematkan rasa cinta anak-anak kita untuk laksanakan perintah Allah. banyak benda lain yang ummi dah set dalam plan 2014 untuk anak2 ummi ni. nak biasakan mereka mengaji Al baghdadi lagi, supaya mereka boleh membaca surah dan boleh membaca Alquran..itu semua tak mustahil kalau kita benar2 determine untuk pastikan mereka dibimbing.
istiqomahlah anak2 ku
No comments:
Post a Comment