Nuffnang Ads

Saturday, November 30, 2013

Ajar zhafran dan afnan solat..

Kerana kekangan masa, atas sebab ummi agak sibuk menyelesaikan presentation ummi pada isnin dan khamis lepas, ummi xsempat nak update blog..kunun2 nak update setiap hari..emm, tak boleh la..memang tak sempat. kena tunggu weekend la baru boleh update, tu pun apa yang masih dalam memori ummi la kan,,..

Since abang dan adik dah 4 dan 5 thn, ummi rasa, sesuai sangat untuk ummi ajar ambil wudu' dan solat. Mula2 tu biasalah banyak la alasan, malaslah, abang penat lah, entah apa yang dipenatkan nnya pun ummi tak tahu. Tapi ayah ajak dorang sama2 solat, alhamdulillah,,sekarang ni dia yang tanya dah solat ke belum. tapi nama pun budak, adakalanya penuh dengan alasan. Sebab apa ummi biasakan dorg solat wpun usia masih kecil, sebab ummi perhati orang sekeliling, dari apa yang ummi nampak parents sekarang ni macam kurang ambil berat pasal solat. kalau nak anak rajin solat, mestilah parents nya kena tunjuk contoh yang baik dulu, barulah jadi teladan pada anak kan?. 

Lagi 1, yang ummi perasan, anak dah sekolah pun, ada parents yang macam tak kisah je anak solat ke tak. mcm mana anak nak biasa untuk solat kan...biasalah budak2 awal2 memang liat, tapi parents kena peka dan ingatkan..ajak mereka solat bersama, barulah mereka rasa bahawa solat tu wajib. Bukan kah dalam Islam, kalau anak dah 9-10 thn, dah boleh dirotan kalau xsolat. rotan tu bukanlah bermaksud kita nak bantai sebat dorang, tapi maksudnya, kita sebagai parents kena tegas untuk wajibkan anak2 seusia itu, untuk jangan tinggalkan solat.

atas sebab tu, ayah dan ummi rasa usia abang dan adik sekarang masa sesuai untuk biasakan dahulu ibadat solat tu, ajak mereka berjemaah sama-sama, in shaa Allah, Allah permudahkan niat dan usaha kita semua untuk menyematkan rasa cinta anak-anak kita untuk laksanakan perintah Allah. banyak benda lain yang ummi dah set dalam plan 2014 untuk anak2 ummi ni. nak biasakan mereka mengaji Al baghdadi lagi, supaya mereka boleh membaca surah dan boleh membaca Alquran..itu semua tak  mustahil kalau kita benar2 determine untuk pastikan mereka dibimbing.

istiqomahlah anak2 ku

Saturday, November 23, 2013

cerita pertama tahun 2013 walaupun dah nak habis tahun dahhhh.....

Assalammualaikum...

hampir setahun rupanya ummi tak update blog yang bersawang ni. dan sekarang ummi telah mem 'public'kan kembali blog ummi ni..atas sebab apa ye..sebabnya, ramai yang request nak baca tp bila search xjumpa, nak kena tunggu invite la apa la kan..so, untuk memudahkan kawan2 ummi semua tu, public kan lah semula, ummi pun malas nak invite2 bagai.

dulu antara sebab ummi mem private kan blog ni, sebab biasala ramai yang dengki kan, heheh...so, malas nak fikir, terus private. but this time, i wont do that anymore, you are free to read, walaupun mesti ada pembaca blog yang ummi tak suka. lantaklah, nak baca, silakan, nak fitnah pun sila kan, tahu kan azab dan balasan fitnah. kalau berani, sila buat ye. sebab ummi percaya ramai kawan dari musuh yang menjadi pembaca setia blog ummi yang tak seberapa.

dalam setahun ni, ummi terlalu busy uruskan keluarga gamaknya, banyak sangat aktiviti dengan anak2 yang ter miss untuk dikemaskini. dulu, masa buat blog pun antaranya untuk bacaan anak2 bila dorang dah boleh membaca. kan...sekarang ni zhafran dah boleh membaca dengan baik pun,...mungkin dia dah boleh baca sikit2 diari ummi ni kan...setahun lepas juga sibuk dengan assignment dan exam, pejam celik pejam celik rupanya ummi dah final sem..sekarang pun actually tgh busy finishing all the assignments..banyak betul this sem, mentang2 final. dah dapat date pun for final exam. 9hb januari 2014, dah kira merdeka dari study master...waaa..cepatnya la kan...setakat ni cgpa alhamdulillah 3.84. result master lagi elok dari degree dulu, wpun sibuk uruskan rumahtangga dan anak2 yang tengah lasak, alhamdulillah, Allah berikan kekuatan dan kejayaan dan ini juga berkat doa suami, mak abah dan anak2 juga. memang biasalah, anak2 selalu jugak complain, ummi ni asyik ngadap laptop nota buku..kadang2 tak de masa nak revise buku latihan dorang. tapi percaya lah sayang, ummi buat all this untuk masa depan family kita juga. mana tahu kan, lepas ni ummi ada rezeki tempat lain. boleh tingkatkan pendapatan keluarga kita, dan of course utk masa yang lebih fleksibel...profession apa yang lebih fleksibel tu...biarlah ummi je yang tahu...

tapi tahun depan, ummi dah siapkan senarai apa yang ummi nak buat. sebab tahun depan dah merdeka, bulan 10 konvo..wah bestnye, berdebar2 dan rasa sungguh excited. harap2 panjang umur murah rezeki dapatkan ummi sarung jubah dan topi konvo ukm pulak. 
Antaranya, ummi nak fokus pada anak2 ummi, sian dorang selalu tak dapat revise belajar, nak fokus ajar mereka mengaji kenal huruf, belajar bahasa arab. tahun depan abang dah 6 thn dan adik 5thn. maknanya lagi setahun abg nak masuk darjah 1 kan.. so far progress abang ummi kurang risau sebab dia memang rajin belajar, cepat tangkap apa yang cikgu ajar di sekolah, even tahun ni pun abang dah skip tahun, sebab dia masuk kelas 6thn dan dia boleh compete ngan budak 6thn. 1 kepuasan dan kebanggaan tengok progress abang. even sekarang dah mula kenal dan belajar bahasa arab, antara sebabnya, pertama ummi nak abang ambil ujian masuk sek ren agama integrasi, nak masuk memang kena amik exam, dan salah satunya bahasa arab. kedua, kalau abang tak pass exam pun xpe, at least dia ada basic untuk kelas sra dia masa darjah 1 nanti, lagipun belajar bahasa Al quran kan pahala, sekurang2 nya ummi ajar abang, ummi pun dapat pahala. maklumla lama dah meninggalkan dunia bahasa arab ni.

untuk adik pulak..em terus terang ummi cakap agak merisaukan sebab adik ni bukan la tak pandai atau lambat, tapi dia banyak malas dan agak tak fokus, so tahun depan mmg kena bagi latihan intensif utk adik, kena pakai psikologi jugak adik ni, baru dia minat nak belajar. apa yang dia suka ialah main playstation dan game di tablet...ooo itu tak payah suruh, tak payah ajar, pandai sendiri, siap dia lak ajar ayah dia main. tapi ini tidak mematahkan semangat ummi untuk terus beri adik pendedahan untuk dia minat belajar. insya Allah ummi sentiasa doakan kejayaan anak2 ummi, semuanya...sayang kamu semua...

panjang dah update ni kan...stop dulu sini, nak sambung prepare untuk presentation isnin dan selasa depan... jumpa lagi jika umur ini masih dipinjamkan Allah...in shaa Allah....