Nuffnang Ads

Tuesday, June 5, 2012

pengalaman cabut gigi under GA

alhamdulillah benda pertama ummi ucapkan bila ayah message zhafran dah kuar OT. risau banyak benda sebab takut sangat kalau ada sebarang komplikasi pada zhafran. pukul 11 malam abg dah ummi puasakan. diapun macam tahu je yg dia kena puasa untuk op esok pagi. malam tu ummi siapkan semua barang zhafran, makanan susu dan sikit brg ayah. memang pada awalnya ummi memang tak percaya yg ayah boleh handle anak dia sorang nie. tapi bagus jugak bagi peluang pada dia, sebenarnya boleh je....

ummi pulak lepas siapkan adik terus ke ofis hntar adik ke skolah dulu, naik ofis kejap amik nota.then terus ke ukm.sampai tepat kul 8.30.semua org dah sedia. ummi jugak terkial2.sibuk ber texting dgn ayah.setiap masa juga ayah update pasal zhafran. lega sikit la walaupun hati tak tenteram nak present depan prof nie.dahla grup ummi yg ke 3.berserah je la buat yg terbaik.tak nak mengharap apa sgt pun.asalkan semuanya berjalan lancsr.waalaupun sesekali tu, tergagap hilang idea la...entahla...memangla kan naluri keibuan ni memang tak leh nak sangkal.asyik ingat anak je.alhamdulillah grup ummi dpt pujian dan dpt highest mark. petang tucontinue ngan individu presentation pulak.masa ni prof dah marah2 tak tahu kenapa mood dia lain mcm.habis 2 kawan kitorg kena tala macam2.rasa snagat takut tapi lagi risau pasal anak.prof tahu pasal zhafran, tetiba lepas presentation ummi, dia kata dia bg excuse untuk ummi balik.tak sangka baik nya prof nie.dgn hati melonjak2nak jumpa zhafran, mcm tak boleh drive rasanya.

ayah kata ayah dah otw balik ke rumah.dia kata zhafran ok sangat.ummi terus ke ofis amik adik dulu, then terus pecut balik rumah.sampai luluh je rasa sebab tak aktif dok diam je terus tunjuk gigi dia dalam botol.dia kata abang sakit kat sini sambil tunjuk tgn dia kena cucuk.sian....ayah tunjuk gambar abang sebelum masuk ot dan masa dah kuar ot.rasa sunguh lega bila ayah kata semuanya ok.

kawan2 semua sms bagitahu markah ummi untuk presentation. alhamdulillah lega dan berbaloi sebab ummi amat bersabar melalui semuanya.dengan bersusah payah buat persediaan presentation. syukur jugak ummi ada partner yg bagus.terima kasih jugak pada dia.





hari ini ummi amik el sebab nak jaga abang.ummi masakkan bubur untuk abang. nampak sangat berselera mungkin sebab semalam berpuasa kan. adik pun tumpang sekaki.ayah pun.:-)sesekali makan bubur sedap jugak.masak pun campak2je senang ya amat.esok belum pasti kalau abang masih sakit memang kena cuti lagila..tp hrp dah sihat sikit cuma kena sediakan bubur la kot takut kat sekolah makan keras dan panas.nak cuti lama2, jumaat nie ummi dah start cuti sebab nak ke sabah jalan 2
.lelas ni nak fokus buat proposal then baca nota.dah nak exam 20dan 28 jun.lepas tu cuti..seronoknyz..sem dpan pulak dngan apa ntah lagi cabaran. dah nak sampai penghujung sem dah.

Friday, June 1, 2012

general anaesthasia???

suspennya nak melalui hari-hari sukar isnin 4 Jun 2012 yang bakal hadir ini. kenapa?..sebab pada hari itu, zhafran akan menjalani satu prosidur rawatan pergigian di bawah G.A. maksudnya, zhafran akan dibius satu badan tak akan sedarkan diri untuk 1 tempoh yang agak panjang bagi membenarkan doktor untuk menjalankan rawatan pergigian tanpa sebarang gangguan dan tentangan dari zhafran. mungkin sudah bosan melalui beberapa siri rawatan akhirnya zhafran tidak dapat consider any more rawatan. at last, pakar menasihati ummi untuk menggunakan alternatif lain iaitu menjalankan rawatan di bawah G.A.

Isnin lepas, iaitu seminggu sebelum rawatan tersbut dijalankan, ummi diminta untuk hadir bersama zhafran untuk mendengar penjelasan pakar bius dan juga untuk memeriksa tahap kesihatan zhafran. ummi diterangkan risiko2 yang bakal dialami oleh zhafran semasa dan selepas rawatan tersebut. ummi memang amat2 keliru waktu itu, untuk sign dan beri consent kepada doktor untuk meneruskan rawatan tersebut. mentang2 la ummi sekarang tengah study medical law, ada 1 topic on informed consent. ummi menggunakan autonomi pesakit dengan menanyakan beberapa soalan kepada pakar bius, tapi hampa, jelas, mereka belum benar2 sedar kepentingan penjelasan yang benar-benar mencukupi untuk diberikan kepada pesakit/ keluarga di mana dengan kealpaan mereka itu, tanpa mereka sedar, mereka sebenarnya terbuka untuk didakwa dan dituduh cuai dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai doktor untuk melakukan at the best interest for their patient. communication and relationship breakdown bet patient and doctor jelas di sini. doktor lebih senang untuk mengarahkan pesakit/ keluarga untuk hanya membaca borang kebenaran tanpa membuat penjelasan menyeluruh akan nature, expected risk inherent to that proposed treatment, any other alternatives beside those proposed treatment, the benefit and consequences.

tapi ummi buat juga rational choice dengan membenarkan doktor untuk menjalankan rawatan tersebut secara G.A. Antara risiko yang akan dialami oleh zhafran (biasa berlaku):
1. luka pada bahagian kerongkong, tempat tiub pernafasan dimasukkan;
2. tidak boleh bercakap untuk 1 tempoh sementara luka nak sembuh;
3. kesakitan otot yang sementara
4. sakit kepala atau kabur penglihatan buat sementara.

takut kan???....lagi sedih sebab ummi tidak dapat bersama-sama melalui saat2 ini bersama zhafran sebab ummi terpaksa menghadiri presentation di ukm untuk subject medical law on the topic of informed consent..sungguh sangat ber kebtulan snagat...harap2 semuanya berjalan lancar, dan harap sangat doa-doa dari kawan2. walaupun ia adalah rawatan biasa, tetapi naluri ummi ada juga terlintas, takut sebarang komplikasi berlaku pada anak kesayangan ummi seorang ini. sangat bergantung kepada keupayaan suami untuk bersama-sama zhafran nanti, mengharapkan dia juga kuat, dapat menahan zhafran untuk tidak makan dan puasa sehingga pukul 7.30 pagi. zhafran diminta untuk berpuasa minum dan makan bermula pukul 12.00 malam. memang tak senang duduk lah ummi masa presentation nanti. harap2 presentation berakhir dengan baik dan ummi akan terus cepat-cepat ke hospital serdang untuk melihat keadaan zhafran selepas sedar dari G.A nanti. kalau ikut doktor, zhafran tidak perlu bermalam, hanya di wad rawatan harian sahaja, tapi risau jugak, kerana mengikut doktor kalau keadaan zhafran tidak ok, dan perlukan pemerhatian yang rapi, maka kami bermalam la di wad pula..harap2 takperlu tidur hospital. doakan ye:)

pada ketika ini, dengan sibuk nak siapkan slide presentation lagi, menguruskan hal rumahtangga, kerja pejabat yang macam air bah, tak putus2 datang,...uruskan urusan mak abah lagi. ...fikirkan zhafran lagi..memang stress..tapi nak jadi superummi mana boleh stress kan..saya yang ambil cabaran ini untuk melanjutkan pelajaran semasa anak masih kecil, maka saya perlu kuat untuk hadapi semua cabaran yang datang...
zhafran kuat kan?..mestilah sebab abang lahir dari perut ummi yang kuat ini...ummi doakan abang selamat menjalani rawatan tersebut. tunggu ummi habis presentation, ummi akan jaga abang:)