Nuffnang Ads

Saturday, May 26, 2012

susah dan senang insan bernama ummi....

betul la orang kata, bukan senang nak senang dan bukan senang nak susah...susahnya nak bahagikan masa dengan keluarga, kerja dan study. senang nya nak biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dimanafaatkan untuk sesuatu yang berguna. susahnya nak fokus pada pelajaran bila tanggungjawab sebagai ibu juga perlu dilaksanakan dalam satu masa. senangnya buat persediaan pada pelajaran endah tak endah. susahnya nak stabilkan emosi dan kuatkan hati untuk jalankan amanah yang satu ini. senangnya biarkan perasaan dan emosi memandu akal membuat perkara yang dilarang.

baru sekarang rasa susah. sebab suka bertangguh. sebab suka lepak-lepak tak tentu pasal. suka buang masa...emmmm update blog nie buang masa tak...heheh..saje la kan...time stress ni kan senang sangat setan masuk dalam otak. rasuk macam2. emosi tak stabil. ke sebab dah berbulan ummi tak period...ada kaitan ke?.selalu jadi mangsa anak-anak dan suami...sian diorang ..memang susah nak hilangkan stress tu, sampai satu tahap, badan tak tahan migrain teruk, dan dr bagi ubat stress,,,hohoo.....sedih nya kan,

bulan 6 nie ummi exam final. dah nak habis 1 sem kan. harapnya berjaya lulus. tak harap sangat pun berjaya with flying colours, asalkan lepas sudahlah...malas nak letak harapan tinggi menggunung. perasaan berkobar tu memang ada,,,tapi bila tengok effort tu macam nan hado...Allah pun tahu agaknya...harap2 sangat Allah bantu ummi untuk setiap perkara yang ummi usahakan...

niat utama nak sambung master sebab nak tukar angin kan..cita2 kena tekad la kan...mana boleh tetiba hanyut di bawa arus air sungai pulak...ni tak leh jadi. so kena determine la...first sem memang tak banyak pengalaman...kena usaha lagi next sem. yg penting kena bijak pilih subject. dan usaha tanpa henti. bukan tunggu nak habis sem baru terhegeh2 nak study bagai..peringatan buat diri sendiri....

tahun depan kena kurangkan berjalan..tahun nie asyik berjalan je kerjanya..cuti pun dah nak habis....

emmmm ummi kena kuat sebab mereka ini...:)

Monday, May 21, 2012

Hadiah ummi's day

hari ni zhafran dan afnan buat something special untuk ummi.hari ni penat tapi tak rasa penatnya bila dpt something special dr merekea berdua. thanks sayang:-)love you both!

Sunday, May 20, 2012

quick update on ummi and family

salam semua. lama kan ummi tak update blog. sebab utama adalah busy ngan kehidupan sehariab. dengan kelas setiap isnin dan jumaat, kerja ofis dan prepare presentation lagi, memang letih dan tak sempat. hari minggu, kalau tak keluar, sibuk ngan anak2. tak sempat langsung nak bukak blog, lagi la nak blog hopping semua. hilang nikmat bersenang lenang. tapi takpela bukannya lama pun, ni pun dah nak habis 1 sem dah, sekejap je kan. tu part best la...yg tak best dah sibuk nak presentation dan exam. pening kepala:-).ummi pilih tajukchild abuse je, malas nak pikir banyak,alhamdulillah Datin accept tajuk ummi walaupun tajuk yg paling common di abad ini.hahahah.ada tau yg kena reject mentah2 tajuk kena buat tajuk lain, naya je kena research balik smula.

awal tahun 2012, ummi kena g kursus di spore dan balik dari spore terus ke KK. penat giler dah le kena ponteng kelas kan, tapi best nya sebab dapat jalan2 fre, walaupun tak dapt g oversea jauh2, tapi dapat jugak release tension mengahadap kerja kat ofis kan. kena bersyukur jugak sebab g spore la ummi dapat renew pasport free sebab ofis yg bayar. awal bulan 5, ummi g Bandung, bersama keluarga belah husband. macam2 jadi kelakarpun ada, hampir tertinggal flight. ada 1 family betul2 tertinggal flight. nasib baik bykan family kitorgkalau takmemangtakde la nak beli tiket lain pulak.:-)

balik dari Bandung, kami ke Universal Studio Spore pulak. alang2dah cuti lama. pasport pun dah ada untuk semua. memang seronok yg amat. memang di nasihatkan pergi bawak anak2.mak bapak bhdak yg terlebih excited. tapi kalau nak pergi, lebih bagus g time weekdays macam kitorg, tak ramai orang, dan tak payah tunggu turn nak naik rides.siap kitorg repeat rides berkali2:-)

gambar semua telah di upload kat fb. malas lak nak repear uploading. hehehe..korg bukak je la fb ummi semua rentetan ceritera tu semua ada bukti, sila lah check kat fb ek:-)

smentara tengah agak ada masa, ummi update la sikit.sorry ye kawan2. doakan ummi cukup masa untuk rajin update. bulan 6dah nak exam, rasa macam belum bersedia.presentation ummi untuk legal rsearch jumaat depan, medical law 4 jun. doakan ummi doing well nanti.love u guys! Jumpa lagi