Nuffnang Ads

Tuesday, February 21, 2012

tentang apa yang kita rasa....

semalam petang adalah hari pertama ummi sepatutnya attend kelas. For monday, it is a medical law class. berkobar2 plus bersemangat tak hingat sebab nak attend first class kan...dari ofis, memang dah solat siap2.....terus amik anak2 di sekolah, pecut laju terus hantar mereka ke rumah. nasib baik kali ini ayah cuti selepas kerja midnight, so, ayah dengan rela hati take over jadi ummi untuk beberapa jam ummi attend kelas... thank u ayah..love u...masa dalam kereta, ummi citer2 ngan abang, ummi nak kena g sekolah hari ini, ummi pun nak belajar macam abang...abang tanya ummi belajar lukis2 jugak ke?...ummi cakap..tak la...ummi kena belajar buku tebal2 dengan hati bangga...hahahah...lepas perbualan tu, dia senyap je sepanjang perjalanan...bila dia senyap, membuatkan ummi tertanya2 kenapa dia senyap..selalunya dia akan berbual dengan ummi sepanjang perjalanan dengan berkongsi cerita 1 hari disekolah, pasal kawan-kawan, pasal teacher,pasal makanan yang di makan..apa yang dia belajar...setiap hari rutin harian dia bercerita pasal apa yang dia rasa...tapi tidak pada petang semalam...dia hanya pandang sayu kepada toy thomas dia...sesekali pandang dash board...entah apa yang difikirkan nya ummi pun tak pasti...

tiba2 ummi pulak melayan perasaan, adakah dia rasa sedih bila ummi selepas ni terpaksa tinggalkan dia di rumah jiran...sebab ummi memang dah terus terang dengan dia, bahawa dia dan adik perlu juga berkorban sedikit perasaan walaupun dia tak suka, untuk tinggal sementara di rumah nenek (jiran sebelah rumah). mujur nenek nak jaga kamu berdua sayang...ummi tahu abang tak suka, berulang kali beritahu yang abnag tak nak duduk rumah nenek..ummi faham perasaan abang.. tapi ummi tiada pilihan sayang. kalau ayah seorang guru atau penjawat awam ummi rasa abang tak mungkin ummi hantar di rumah orang..tapi abang kena faham ayah kerja tidak menentu. ummi rasa sangat bersalah terpaksa memaksa anak sekecil abang untuk berkorban perasaan. serius ummi rasa cukup bersalah...terfikir jugak seketika, adakah ummi ini seperti mementingkan diri sendiri sanggup mengorbankan perasaan anak semata-mata nak kejar sesuatu yang ummi cita2kan...ummi buat semua ini bukan untuk ummi pun sayang...semua ini untuk kebaikan kita sekeluarga..dan ummi tidak nafikan ummi buat ini memang pertamanya kerana kamu berdua... ummi nak yang terbaik untuk kamu...sekolah yang terbaik..biar mahal pun, duit ummi boleh cari, makan pakai..semua ummi nak yang terbaik...bukan ummi mahu ajar kamu untuk hidup senang tapi ummi nak kamu dapat dan rasai sesuatu yang terbaik untuk setiap saat kamu di dunia ini..selagi ummi mampu, ummi akan buat sedaya mungkin...ramai jugak yang kata, ummi mungkin tak mampu nak habiskan pengajian 2tahun...tapi ummi mungkin ambil kata2 itu sebagai pembakar semangat ummi untuk grad in time..segalanya tidak mungkin sekiranya kita ada determination...

ummi harap 1 hari nanti abang akan faham kenapa ummi buat semua ini. bila abang dah besar dan masa tu ummi dah tua (moga dipanjangkan umur agar ummi dapat lihat abang dan adik), ummi tak harap apa2 pun balasan..cukup sekadar abang dan adik ingat ummi adalah ibu yang pernah mengandung dan melahirkan kamu berdua...ummi tak harap abang dan adik balas jasa ummi dan ayah...ummi doakan semua yang terbaik untuk anak-anak ummi..abang selalu cakap ummi garang dan suka marah cakap banyak-banyak kat abang (bebel)..tapi jauh di sudut hati ummi, ummi sayang kan abang dan adik..sayang sangat2...tiba2 sebak....ummi stop dulu la...rasa sungguh tak best....

6 comments:

  1. Zulie, mungkin zhafran rasa mcm tu mula2 je.. Insya Allah, lepas nie dia akan faham. Ayah aku dulu pun, sambung ambik degree 4 tahun kat UPM masa umur ayah aku 40 tahun, anak dah 8 orang, aku umur 10 tahun. Hujung minggu baru ayah aku balik kelantan. Mula2 aku tak faham, memberontak juga la kes mak aku garang, aku anak sulung pompuan kena jaga 4 orang adik lagi. Tapi bila dah lama skit, aku appreciate dan belajar erti kegigihan ayah aku menimba ilmu wpun anak dah 8 org dan sedikit sebanyak aku ikut kegigihan ayah aku. So, sementara anak baru 2 orang nie (untuk beri keyakinan pada kau) at least kau boleh jumpa anak juga hari2, so, sebenarnya KAU BOLEH! itu semua halangan awal yg cuba nak melemahkan kau.. lama2 zhafran akan faham dan dia akan berbangga bila tahu ummi dia pun sama2 belajar macam dia.. Kalau boleh, kau bawak dia gi fakulti undang2 UKM tu bila ada peluang (mcm ayah aku buat) untuk beri semangat (dan ia terbukti berkesan pada aku).. Insya Allah, kau boleh! Nory dan Awin yg anak 2 orang dan dgn pregnant pun mampu habiskan.. so, kenapa kau tak boleh!? Ini ayat semangat dari aku.. BUKTIKAN KAU BOLEH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kan...bagus jugak cadangan ko tu..nanti aku nak bawak dia g fakulti UU tu..memang dia dah request nak tgk sekolah ummi katanya...dia kalau tak tengok asyik la tanya kat mana berulang2 kali..tak tahu nak jawab macam mana...thanks ek bagi aku semangat...aku pun tak tahu mereka yg bagi kata2 tak berapa nak semangat tu sebenarnya nak cerita kan pengalaman sebenar orang lain atau dengan niat dan dengki ngan kita..entahla..lantaklah yg penting aku tahu apa yang aku nak...thanks again dear!

      Delete
  2. @zulie, insyaALLAH... pasti suatu hari nanti, anak-anak akan berterima kasih dgn pengorbanan zulie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks doakan...harap2 begitulah...bab anak2 ni cepat sangat nak rasa sebak....

      Delete
  3. Oh sentap sungguh mulut mereka yg condemn ko tu. Meh aku cilikan sikit. Hamboiii, mengata org x ingat. Jgn pedulik kata org, Zulie. Sntiasa sematkan bahwa setiap pengorbanan kita harini utk kesenagna keluarga akan datang. Bukan setakat memenuhi cita2 kita sorang. Go fren! Aku sntaiasa ada utk menyokongmu. Insyaallah anak2 pon akan faham, nurin dan adam bila lalu di ukm akan ingt itu skolah mama. Sekolah mama besarrrr.. Hahahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks win...tula aku memang tak nak amik pot pun apa diorang cakap...biasala manusia kan...memang suka macam tu...thanks doakan dan support aku ye....

      Delete