Nuffnang Ads

Friday, January 20, 2012

Happy Birthday Sayang...

20.1.2012 hari ini genap 4 tahun untuk abang zhafran. 4 tahun lepas ummi sekarang ni sedang bertarung dalam labour room. tepat pukul 7.00 malam, zhafran lahir ke dunia dengan tangisan paling nyaring. basah, suci, mulus, putih merah tubuh kecil itu didakap, diazankan oleh ayah. sungguh indah kerana ia pengalaman pertama ummi bergelar ibu. ummi gagal untuk beri susu pada zhafran di awal kelahiran. zhafran hanya dapat meneguk susu ummi hanya pada hari ke 4 kelahiran, mungkin kerana ilmu kurang di dada dan tidak cukup kuat untuk melawan paksaan dan nasihat tidak bertauliah dari orang sekeliling. maafkan ummi, abang. kalau ummi mampu putarkan masa kembali dan pilih masa mana yang ummi mahu, pasti saat inilah yang ummi pilih. sesalan itu berbekas sehingga ke hari ini.

pada awal kelahiran, zhafran seorang bayi yang cukup senang untuk dijaga. tidur bila kenyang, dan hnaya bangun bila mahu disusukan. tetapi masuk bulan ke 2 kelahiran, zhafran mula meragam sedikit demi sedikit. sehingga satu tahap, ummi rasa cukup berputus asa, dan ingin berhenti kerja. tidur yang sekejap2, tidak boleh bising, kuat menangis, dll. tapi rasanya ummi yang bersalah. ummi yang tidak biasakan abang tidur dalam keadaan bising. sentiasa duduk dalam bilik senyap, sesiapa sahaja yang bising yang akan mengganggu tidur abang ummi akan warning siap2...even untuk bersin dan kentut pun ayah kena marah, kelakar kan?..tapi itulah realiti nya...

zhafran juga kerap sakit demam, batuk selsema...antibodi kurang mungkin hanya dapat kan susu zhafran sampai 4bulan shj. ummi disahkan mengandungkan adik waktu abang baru masuk 5 bulan. rasa sungguh kejam kepada zhafran ketika itu. tetapi rezeki dari Allah , takkan mahu ditolak. genap setahun, abang sudah ok, ksihatan juga ok...jadi seorang anak yang mudah diurus. mungkin juga Allah tidak mahu memeri tekanan kepada ummi yang sedang sarat mengandungkan afnan. Setahun sebulan, afnan lahir dan abang masih belum boleh berjalan. ummi tetap sayang abang walaupun ummi sudah ada adik waktu itu....syukur ada rezeki lebih, ummi gunakan khidmat pembantu rumah sehingga lebih kurang 2 tahun. nasib baik sepanjang 2 tahun itu, Allah kurniakan kesihatan anak2 ummi dengan kesihatan yang baik, alhamdulillah..

genap 3 tahun, ummi hantar abang ke sekolah, walaupun setelah mencuba banyak taska dan rumah pengasuh, akhirnya abang bertoleransi untuk menyesuaikan diri di Cendiakawan Educare. alhamdulillah, sehingga sekarang, abang masih bersekolah di situ. percayalah abang, ummi hanya nak beri yang terbaik untuk abang dan adik. perancangan abang untuk 3 tahun akan datang juga ummi telah rancang dengan sebaik mungkin. telah ummi suarakan pada ayah, agar, jika tiba saatnya ummi tidak berkesempatan untuk melihat anak2 ummi bersekolah, sekurang2 nya ayah tahu niat dan cita2 ummi. ummi teringin mahu masukkan abang di sekolah SRA Integrasi, agar abang juga dapat didikan agama sama imbang dengan pendidikan sekular.

doa ummi untuk abang, jadilah anak yang baik, mendengar kata, ummi tak minta abang balas jasa ummi dan ayah, cukup abang ingat pada ummi dan ayah dan sedekahkan al fatihah dan doakan ummi dan ayah jika kami sudah tiada nanti. ummi sangat sayangkan abang...:)

No comments:

Post a Comment