Nuffnang Ads

Thursday, January 26, 2012

alhamdulillah....


TAHNIAH. PERMOHONAN ANDA BERJAYA.

NAMA: ZULIE HAFIZAH BINTI ABD WAHAB
No.KP: 810615016194

PROGRAM YANG DI TAWARKAN ADALAH :
Sarjana Undang-Undang
SURAT TAWARAN AKAN DIHANTAR KE ALAMAT ANDA.

---------------------------------------------------------

Terima Kasih


alhamdulillah:)....tak lama lagi bermula episod baru ummi sebagai seorang pelajar.

Wednesday, January 25, 2012

seronoknya main layang-layang.....













puasnya kami main layang-layang di Pantai Klebang....dengan air yang kencang, cepat je layang-layang kami naik ke ruang udara...puas tau bila layang2 kita terbang tinggi. zhafran dan afnan pun sibuk minta naik kan layang-layang angry birds diorang....sambil main layang-layang boleh menjamu selera di gerai2 sepanjang pantai. seronok sangat...memang lepas ni setiap kali balik dari muar, wajib singgah kat sini la...lepas main layang-layang boleh naik kuda pula...adik memang berani, semua benda nak cuba. itu perangai ummi...sukakan adventure...abang contra sikit..memula naik lepas tu rasa macam tak berapa secure terus nak dukung ngan ummi....hehheh....tengok jela pics kat atas tu...meh la ramai2 pergi sana...ummi promise memang happening.....best!

Monday, January 23, 2012

Muzium Kapal Selam, Klebang Melaka....





Sabtu lepas, kami jalan2 ke Melaka...saje lepak2 kat Pantai Klebang, Melaka terus singgah kat Muzium Kapal Selam. ramai jugak orang...kat tepi pantai, sibuk orang main kites...seronok je...esok insya-Allah tunggu ayah dulu amik kami dan terus ke sana main kites...mesti seronok....

Small celebration but memorable.....





alhamdulillah dapat juga zhafran sambut besday ngan adik beradik dia...siap pakai baju hadiah dari pak long lagi..thanks pak long dan mak long..budak2 sekarang nie memang suka apa2 yang berkaitan dengan angry birds...seronok giler la kan....walaupun ayah tak de nak celebrate sama2..insya-Allah nak buat majlis sikit 25hb 2 ni untuk raikan adik sekali....insya-Allah, kalau diberi masa, umur dan rezeki...

Friday, January 20, 2012

Happy Birthday Sayang...

20.1.2012 hari ini genap 4 tahun untuk abang zhafran. 4 tahun lepas ummi sekarang ni sedang bertarung dalam labour room. tepat pukul 7.00 malam, zhafran lahir ke dunia dengan tangisan paling nyaring. basah, suci, mulus, putih merah tubuh kecil itu didakap, diazankan oleh ayah. sungguh indah kerana ia pengalaman pertama ummi bergelar ibu. ummi gagal untuk beri susu pada zhafran di awal kelahiran. zhafran hanya dapat meneguk susu ummi hanya pada hari ke 4 kelahiran, mungkin kerana ilmu kurang di dada dan tidak cukup kuat untuk melawan paksaan dan nasihat tidak bertauliah dari orang sekeliling. maafkan ummi, abang. kalau ummi mampu putarkan masa kembali dan pilih masa mana yang ummi mahu, pasti saat inilah yang ummi pilih. sesalan itu berbekas sehingga ke hari ini.

pada awal kelahiran, zhafran seorang bayi yang cukup senang untuk dijaga. tidur bila kenyang, dan hnaya bangun bila mahu disusukan. tetapi masuk bulan ke 2 kelahiran, zhafran mula meragam sedikit demi sedikit. sehingga satu tahap, ummi rasa cukup berputus asa, dan ingin berhenti kerja. tidur yang sekejap2, tidak boleh bising, kuat menangis, dll. tapi rasanya ummi yang bersalah. ummi yang tidak biasakan abang tidur dalam keadaan bising. sentiasa duduk dalam bilik senyap, sesiapa sahaja yang bising yang akan mengganggu tidur abang ummi akan warning siap2...even untuk bersin dan kentut pun ayah kena marah, kelakar kan?..tapi itulah realiti nya...

zhafran juga kerap sakit demam, batuk selsema...antibodi kurang mungkin hanya dapat kan susu zhafran sampai 4bulan shj. ummi disahkan mengandungkan adik waktu abang baru masuk 5 bulan. rasa sungguh kejam kepada zhafran ketika itu. tetapi rezeki dari Allah , takkan mahu ditolak. genap setahun, abang sudah ok, ksihatan juga ok...jadi seorang anak yang mudah diurus. mungkin juga Allah tidak mahu memeri tekanan kepada ummi yang sedang sarat mengandungkan afnan. Setahun sebulan, afnan lahir dan abang masih belum boleh berjalan. ummi tetap sayang abang walaupun ummi sudah ada adik waktu itu....syukur ada rezeki lebih, ummi gunakan khidmat pembantu rumah sehingga lebih kurang 2 tahun. nasib baik sepanjang 2 tahun itu, Allah kurniakan kesihatan anak2 ummi dengan kesihatan yang baik, alhamdulillah..

genap 3 tahun, ummi hantar abang ke sekolah, walaupun setelah mencuba banyak taska dan rumah pengasuh, akhirnya abang bertoleransi untuk menyesuaikan diri di Cendiakawan Educare. alhamdulillah, sehingga sekarang, abang masih bersekolah di situ. percayalah abang, ummi hanya nak beri yang terbaik untuk abang dan adik. perancangan abang untuk 3 tahun akan datang juga ummi telah rancang dengan sebaik mungkin. telah ummi suarakan pada ayah, agar, jika tiba saatnya ummi tidak berkesempatan untuk melihat anak2 ummi bersekolah, sekurang2 nya ayah tahu niat dan cita2 ummi. ummi teringin mahu masukkan abang di sekolah SRA Integrasi, agar abang juga dapat didikan agama sama imbang dengan pendidikan sekular.

doa ummi untuk abang, jadilah anak yang baik, mendengar kata, ummi tak minta abang balas jasa ummi dan ayah, cukup abang ingat pada ummi dan ayah dan sedekahkan al fatihah dan doakan ummi dan ayah jika kami sudah tiada nanti. ummi sangat sayangkan abang...:)

Thursday, January 19, 2012

aksi anak-anak saya...memang terhibur:)





gelagat diorang ni selalu buat ummi pening kepala tapi kalau berjauhan sekejap je terus rindu....

hari tu cabut kali ni tampal pulak....



zhafran budak yang baik dan beri kerjasama yang cukup baik..syabas anak ummi...30hb ni ada lagi appointment...kali ini tampal 2 gigi dulu..next 3 gigi...gigi zhafran memang kronik..menurut dr paed tu, ada 8 gigi perlu cabut, 7-8 gigi untuk tampal..sekarang progress 1 telah dicabut, dan 2 telah ditampal....nasib baik zhafran ok...lama lagi proses nak bagi gigi zhafran cantik tersusun dan bersih....

Wednesday, January 18, 2012

pap smear dan perancangan keluarga

nak berkongsi cerita sikit kat sini. 3/1/2012 yg lepas (cerita dah basi kan...tapi nak buat macam mana time ni je free), ummi berkunjung ke klinik kesihatan Presint 3, dengan hajat nak mengambil suntikan perancang kehamilan. actually ummi dah datang lepas ummi buat dnc november tahun lepas. tapi selepas dinasihatkan nurse di klinik tu, untuk amik suntikan hanya selepas period kembali datang selepas dnc...ummi dengan sabar, menunggu period kembali...nah! akhirnya pada malam sambutan awal tahun, ummi period...alhamdulillah...tension tunggu ni tau...sebab sekali tunggu tak datang2 kan naya..hahaah....

apa lagi terus 3 jan ummi ke klinik
kesihatan. since ummi sedang period, so nurse terus buat kad temujanji dan buku perancang keluarga..soal selidik sikit, buat test HB, urine dan timbang berat semua, gi jumpa Dr jap...dengar nasihat ...then terus cucuk...sengal seminggu..hehhe... nak citer jugak kat sini sebab berat ummi pada hari tersebut adalah 38.6kg ye...sangat la kurus dan ringan..itu berat ummi masa anak dara dan sebelum pregnantkan zhafran....nurse pun tengok dan check 2-3 kali..dia pun terkujat....ummi lagi la kan...sejak bersalin 2 anak ni..berat selalu maintain 43-44kg je...walaupun masih underweight...

suntikan perancang keluarga ni keberkesanan ny
a hanya untuk tempoh 3 bulan..means selps ini ummi ada temujanji 3 bulan lagi..dan akan berterusan sehingga habis 2 tahun (sekiranya ummi habis belajar mengikut jadual perancangan-amin)..kita merancang kan...hanya Allah yang menentukan...kalau sangkut nak dekat final sem tahun depan...ummi ok je...mana tahu dapat naik pentas amik scroll master dengan baby baru..mesti seronok..suka berangan lebih kan...hehheh..itupun kalau Allah tak murka dengan ummi...ummi bersyukur sangat denngan apa yang ummi ada...kalau ada rezeki ummi untuk ada anak lagi memang la extra syukur....


then kita pergi pada cerita pap smea
r..ummi kan selepas bersalin pada tahun 2008 dan 2009, tak pernah ye ,,diulang tak pernah gi buat pap smear...rasa kesedaran hadir setelah membaca di mana2 pasal kanser serviks yang mengancam nyawa wanita..so, ummi decided untuk buat pap smear..walaupun seriau sangat sebab lama dah bersalin kan...hehheh...buat kat klnik kesihatan ni, bagus sebab peralatan cukup dan dia hanya buat selepas 10 hari period...sessi mengambil spesimen tu berjalan dengan pengalaman agak mengerikan ye...hoho....walaupun sister yang buat, tapi kan dia dah lama tak buat, maka prosidur dia dah banyak lupa. siap masa nak buat tu pi tanya nurse2 lain...ummi yang tak berapa yakin ni lagi2 kurang keyakinannya bila tengok keadaan sister tu..siap dah plan nak buat hari lain je tak mo ngan dia..heheh...tapi sebab pikir takut lepas ni takde masa dah...serah diri je la...

bila dia start masuk mulut itik tu (device nak amik spesimen tu), dah mula rasa tak sedap dan memang sakit...dia dok ngomel2 kata ummi buat2 keras dan kejang...tension ummi..lepas dia amik spesimen tu, dia boleh tinggal device tu kat dalam..meraung dalam hati ummi tau...dalam 1 minit gak la...sampai ummi kata sister tak m
oh keluarkan dulu ke benda ni..sakit la...baru dia terhegeh2 nak kuarkan...tension tul...heheheh...rasa nya lepas ni ummi akan buat pap smear kat private je la..konon malas nak guna duit nak kena claim duit ofis bagai...takpe lepas ni harus kena rajin...result dia 2 bulan...giler bapak lama tu....apa2 la labu..ikutkan je...kalau buat kat private tu 1 week dah boleh tau...dia kata kalau ada problem, sekejap je dia akan call...tapi kalau pikir logik, nak tahu ada problem ke tak, mesti la hantar lab dulu dan test kan...kalau tak test, mana nak tahu...entah la....


suntikan perancang keluarga


pap smear

adik pula kali ini...



adik sedang menghayati rasa sedut gas...sian....


kesian adik..teruk pula batuk dia siap kahak banyak..susah nak tidur waktu malam..memang dah lama tak kena batuk sebab mungkin imuniti adik dah ok sejak dok taska ni...tapi sekarang ni kena batuk teruk..selalunya ummi bagi madu jer sebab dia tak pernah tolak untuk minum madu sebab sedap kan...last2 ummi menyerah kalah kena bawak jugak ke klinik..nah! sampai 5 jenis ubat ye..ubat kahak, paru-paru, demam, selsema, batuk dan antibiotik.ummi tak bagi antibiotik sebab once dah minum sekali kena habiskan ..takut adik tak nak habiskan....dr advise untuk amik neb..so malam tu amik jugak la neb...sian adik..nasib baik dia ok walaupun first time...malam tu lepas balik rumah sempat lagi request nak makan McD..makan ubat terus tido...lena je dia tido sebab dah clear sikit kot lungs dia.....

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Datang 2012

dah 3 hari rupanya kan 2012,..sekejap je rasanya. bila dok rumah uruskan anak2 dan rumahtangga masa berjalan terlalu pantas. kalau di ofis macam sedikit lambat..kalau time tak sibuk la...time sibuk rasa sungguh sekejap, kadang2 tahu dah pukul 12.30, time nak beli makanan. hadirnya 2012 ini, membuat ummi berdebar2 sebenarnya sebab tak lama lagi ummi nak mula kelas iaitu pada Feb. risau, berdebar, takut macam2 rasa ada. yelah otak dah agak berkarat nak study. kena restart engine balik. tapi kan bila tengok nenek2 dan atok2 pun boleh pass exam dengan jayanya..takkan le ummi yang baru nak cecah 31, harusla otaknya masih lagi ok kan...

cuti baru ni, ummi pergi kerteh dan otw balik tu kami singgah pulak di Gambang Water Park...best sangat tempat tu. sebab rasa santai dan happening. Ada kiddy rides, adult rides and family rides...habis zhafran dan afnan sun burnt sebab tak ada lotion sun block terus terjun masa dalam kolam...ummi dah ayah dia pulak yg over excited, keh keh...alang2 sampai kan apa salahnya..kalau kami pergi berempat memang la tak boleh nak main adult rides tu, sapa lak nak jaga anak2 kami kan...tapi sebab pergi ramai2...boleh la amik turn main dan jaga anak masing2...hehhehe....nanti upload gambo...gambo tak banyak sangat sebab sibuk main kerjanya...

Azam tahun baru?..actually azam ini dah ada masa awal muharram hari tuh. kan kita orang Islam, mestilah berazam masa awal tahun hijriah ye tak...azam baru ummi ialah:-

1. nak jadi orang yang lebih bersabar, tak mo marah2...chewaah....;
2. nak jadi ummi yang baik tak nak jerit2 macam selalu dan tak mo cubit2 anak2 dah;
3. untuk diapers free kan zhafran..actually dah tercapai dah...mungkin tukar azam untuk diapers free kan adik pulak;
4. untuk jadi isteri yang baik dan sopan santun (ahaks...);
5. bekerja dengan ikhlas;
6. jadi student yang rajin datang kelas (tak ponteng) dan rajin belajar hehhehe;
7. nak jadi manusia yang well organized;
8. semoga dapat celebrate birthday zhafran dan afnan 25 Feb ni;
9. nak kena prepare kek untuk budak berdua..sebab masing2 dah pandai request kek feveret sendiri kan....;
10. kalau ada rezeki nak tukar keta besar sikit yang lebih selesa. maklumlah dengan 2 anak je dah penuh. nak ajak orang tumpang pun dah tak selesa;
11. nak penuhkan perabot rumah;
12. beli kerusi urut mungkin..sebab kalau ada hilang sikit lenguh2 badan..(mode berangan!).
13. tambah saham di ASB kalau ada offer;
14. buat fixed deposit untuk keuntungan masa panjang;
15. penuhkan tabung haji.....

banyak lagi azam2 lain yang tak ter list...hehheh...kot2 ingat lain masa, nanti ummi tambah ek..manusia memang tak pernah puas kan?....apa2 pun nak ucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua kawan-kawan ummi...jumpa lagi!